Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Pusat Perlancongan

Showing posts with label Pusat Perlancongan. Show all posts
Showing posts with label Pusat Perlancongan. Show all posts

Bukit 300 Teluk Batik Perak


Bukit 300 Teluk Batik Perak | Teluk Batik terkenal dengan kunjungan pelancongan dalam dan luar negara untuk aktiviti pantai. Sebenarnya di berhampiran kawasan laut ini ada 3 bukit yang selalu dinaiki oleh orang tempatan dan pelancong untuk aktiviti hiking. Setelah menaiki 2 bukit iaitu Bukit Engku Busu dan Bukit Vale, kali ini cik en menaiki Bukit 300. Bukit ini dipanggil 300 mungkin kerana kami perlu mendaki sambil memusing bukit ini. Perjalanan dalam 1.5km - 2 km. Tempat ini sebenarnya lagi awesome dari 2 bukit yang lain. Sebabnya kena baca penuh entri ini ok?


Sepatutnya kami menaiki jam 8 pagi tapi terlewat kerana tidur lambat sebelum nya. Selesai sarapan kami menuju ke teluk batik dan bukit ini sebelah kiri dan berhadapan dengan pantai teluk batik. Kawasan parking kerata adalah tapak perkemahan Pengakap Peringkat Dunia yang pernah di rasmikan oleh Permaisuri Perak, Tuanku Zara dahulu


Perjalanan kami mendaki dan seakan akan melalui kawasan pembalakan sedikit. Ini kerana permulaan jalannya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda.


Disini ada checkpoint dan chekcpoint diatas ini kalau tidak silap checkpoint 3/9. Ada 9 Checkpoint yang kita boleh perhatikan sepanjang perjalanan.


Sebenarnya pendakian ini bukanlah seperti Engku Busu yang mendaki permulaan sehingga akhir. Bukit 300 ini lebih kepada mendaki - jalan mendatar - mendaki - menurun - jalan mendatar - mendaki dan seterusnya, 



Tadi nampak mendatar kan, kali ini mendaki semula dan ada tali kapal yang akan membantu kita memaut jika perlu.


Berpeluh juga lah sebabnya sudah 2 minggu cik en berehat kerana tidak sihat. Tapi stamina masih ada dan masih boleh bertahan walaupun lambat



Suasana sepanjang perjalanan dibawah pokok ini memang menenangkan. Bersahabat dengan pokok dan haiwan seperti semut dan nyamuk . hihi


Sepanjang perjalanan ini, cik en sentiasa snap gambar sendiri yang tidak bermake up . Hendak lihat kesan penggunanan Ephyra Skin Nano Repair Serum yang cik en amalkan sebulan lepas. Lihat sahaja masih kekal berseri dan ada yang memuji tau! siapa? kena paksa baca entri ini sampai habis. 


Inilah checkpoint yang cik en katakan.. sempat mengambil dari 3/9 kerana telepas yang no 1 dan 2. dan yang akhir sampai sudah 9/9. Diakui perjalanan naik 2 jam tersebut agak perlahan kerana ada Uncle Indian yang sama medaki pada awalnya dan apabila kami sampai 6/9, uncle tersebut sudah turun.. hahaha. nampak kan kami lambat


Ini laluan terakhir sebelum sampai Gerai ABC diatas. ABC? ada ke di atas bukit ada gerai ABC? Kita tengok sekejap lagi


Sementara sejukkan badan selfie sekali lagi dan perhatikan kulit muka cik en. No filter ! Memang produk serum Ephyra sangat sangat berkesan. Boleh rujuk entri ini --- Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Terbaik Untuk Wajah


Sebenarnya tiada gerai ABC cuma ada beberapa pondok untuk perkemahan. Ada bangku dan kerusi macam perkemahan pengakap itu. Ungkapan Gerai ABC dan Cendol adalah semangat bagi yang baru pertama kali naik bukit. Jadi saja dikatakan ada ABC supaya mereka tidak berhenti separuh jalan. Ini antara teknik psikologi yang baik kan?



Terjumpa kawan badminton yang menaiki melalui laluan berbeza. Rasanya dekat bertahun tidak berjumpa di tanah besar. Jumpa di tanah bukit. hahaha.. Sebenarnya budak berbaju kucing itu memuji muka cik en makin berseri. Mungkin sebelum ini tidak berseri. Tapi nampakan kesan Ephyra Serum itu.


Ini antara memo dan info untuk bacaan semua yang mendaki. Jika perhatikan ada 3 laluan sebenarnya Peak 300 itu. 


Ini lah keadaan sebenar diatas Bukit 300 Teluk Batik Perak. Boleh berkelah selepas penat mendaki. 

Bukit ini bukan sahaja melayu, cina dan indian yang daki tetapi ramai pelancong yang membawa anak mereka mendaki. Dan rasa sedih sedikit, bangsa lain beramah mesra dengan kami. Tapi bangsa Melayu terutama gadis muda tidak langsung menegur atau senyum. Mungkin kerana sifat lazim gadis melayu yang pemalu kot. Hahaha. 

Setelah menawan 3 bukit iaitu 

  1. Engku Busu boleh klik link -- Bukit Engku Busu Lumut Perak
  2. Bukit Vale klik sini -- Pusat EKOLOGI VALE Teluk Batik Perak
  3. Bukit 300 Teluk Batik
Cik en boleh katakan Bukit 300 the best !!. Kenapa? Ianya kerana jika Engku Busu, lutut kena dalam keadaan yang sihat dan kuat kerana pendakian yang 80 darjah . Kalau Vale tempatnya masih baru dan boleh dinaiki bermula jam 9 pagi. Bukit 300 tidak la sunyi, santai dan tidak rasa push diri sehingga memberi kesan pada lutut dan badan.

Jika ada yang hendak mencuba boleh terus ke Teluk Batik Perak. Berhadapan dengan tempat rekeasi Teluk Batik. 
10

Wonderfood Museum Penang Awesome!

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Museum Penang Awesome! | Wonderfood Museum Penang merupakan muzium yang menempatkan replika gergasi makanan yang ada di Malaysia amnya dan Penang khususnya. Wonderfood Museum Penang terletak di dalam pekan Georgetown yang berhampiran dengan muzium 3D, Upsidedown Meseum dan kawasan menarik yang lain. Wonderfood Museum Penang menerapkan elemen makanan 1 Malaysia yang terdiri daripada makanan Melayu, Makanan Cina, Makanan India. Pintu masuk ke Wonderfood Museum Penang, anda akan disajikan dengan Cendol yang besar

Wonderfood Meseum Penang

Melangkah sahaja masuk ke ruang kaunter, disajikan dengan telur goreng gergasi yang sangat nyum nyum. Tapi ianya hanyalah replika. Dilarang Sentuh tapi cik en sentuh juga dan ianya awesome sangat kerana nampak sangat real.

Antara blogger perempuan dari team Blogger Utara. Dari kiri Miss ZyarosesCik En , Lady Yana dan YunSing. Pada mula berjumpa, masing masing malu. Tapi bila mula bersembang, semuanya menjadi ramah. 

Wonderfood Meseum Penang

Di bahagian pertama kami memasuki galeri kedai mamak. Terdapat replika teh tarik yang membolehkan pengunjung membuat aksi seperti sedang membuat teh tarik. Gambar diatas merupakan cik en dan kawan kawan sepejabat cik en. Dari kiri cik en, Kak su, Anis dan Ila.

Wonderfood Meseum Penang

Diakui kami mulanya kekok dalam mempamerkan aksi seakan akan real tapi tunjuk ajar dari staf Wonderfood Museum Penang kami berjaya mengambil feel dalam bergambar. Jaga jaga cik en tengah goreng mee ni. Hiah!
Wonderfood Meseum Penang

Blogger Utara yang lain adalah ArzMoha dan Pha Is.

Wonderfood Meseum Penang

Makanan dibawah adalah makanan bagi masyarakat India di Malaysia. Untuk menampak ketelitian terhadap setiap jenis makanan, anda boleh fokuskan dan cik en menggunakan kamera berpixel tinggi.

Wonderfood Meseum Penang

Dibawah ini, makanan tradisi Masyarakat Melayu. Nampak sedap sangat bila tengok

Wonderfood Meseum Penang

Ini pula makanan tradisi Masyarikat Cina di Malaysia

Wonderfood Meseum Penang

Pulau Pinang tempatnya Nasi Kandar. Jadi ini menu lauk nasi kandar. Nampak sama dengan makanan original kan?

Wonderfood Meseum Penang

Siapa yang tidak makan belacan? kuih muih kan? Disini terdapat replika bagi makanan kuih muih, sambal belacan, udang sambal petai dan lain lain

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Colorful Theme

Wonderfood Meseum Penang

Semangat kalau makanan berwarna warni

Big Satey. Sate merupakan makanan kegemaran pelbagai bangsa. Kalau macam ini sate yang dijual di kedai, rasanya satu cucuk pun dah buncit perut.

Wonderfood Meseum Penang

Perhatikan gambar laksa di atas? Adakah nampak seperti replika? TIDAK kan? Inilah hasil yang sangat mengagumi cik en. Bakat dan seni sejati dapat menghasilkan makanan replika yang sama dengan original. Isi ikan nampak sangat jelas. 

Wonderfood Meseum Penang

Laksa Gergasi dengan Geng Blogger Utara. Jemput makan semua.

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Disatu sudut yang meminati aiskrim dan macaron akan terasa seperti ladang manisan.

Wonderfood Meseum Penang

Ini pula mee kari gergasi

Wonderfood Meseum Penang

Argh!

Wonderfood Museum Penang

Ketiau Goreng dari pandangan dekat


Disini terdapat bahagian yang membolehkan kita membezakan 1 kg muscle dan 1 kg fat. Walaupun nilai kg yang sama. Tapi Fat lagi berat dari muscle. Jadi amalakan pemakanan yang baik untuk menghasilkan muscle. 



Mari mari, cik en ada jual ikan masin, beras, mee, sayur sayur, buah buahan dan roti. Semuanya nampak real!


Masyarakat Malaysia sangat mengemari Durian! Lebih besar dari Musang King! Adik comel ini anak kepada blogger ArzMoha 

Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang

Tolong cik en, makanan nak jatuh!

Wonderfood Museum Penang

Mee Tarik. Nyum Nyum


Untuk pengetahuan semua, Wonderfood Meseum Penang mempunyai 1 bilik kebal yang menempatkan makanan yang dicampur dengan emas. Menurut pembacaan cik en sebelum ini, ada yang mencampurkan makanan dengan emas untuk tujuan kecantikan. Dan di dalam bilik ini mempunyai emas bernilai ratusan ribu ringgit.


Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang

Tiba di bahagian kemanisan. Semua nampak manis. Life Is Short, Make It SWEET!


Bertarabur pula meja ini. Kenapa ye?


Rupanya gambar MONALISA


Sup Sirip Ikan Yu (Shark Fin Soup) selalunya di makan oleh kaum cina semasa perayaan Tahun Baru Cina, Keramaian, Kenduri atau Majlis Harijadi Orang berada. Rupanya, mereka menangkap ikan yu dan hanya mengambil Sirip Yu dan melepaskan semula ke laut. Dalam masa 1 minggu, ikan tersebut akan mati kerana berbau darah dan tidak boleh berenang laju apabila dikejar ikan yu yang lain. Jadi hentikan pengambilan Sirip Ikan Yu! Keperimanusian itu sangat penting dari rasa sedapnya sup tersebut. Dan juga ada chef menyatakan sirip ikan yu tidak rasa apa apa dan yang buat ia sedap adalah bahan bahan tambahan yang dicampurkan di dalam sup tersebut. Hukum Makan Ikan Yu







Bahagian ini mempaparkan bilangan gula yang boleh diambil bagi 

Lelaki dewasa : 9 sudu
Wanita Dewasa : 6 sudu
Remaja : 5 sudu
Kanak Kanak : 3 Sudu

Tapi bila melihat mangga. terdapat 5 sudu gula dalam satu biji!


Ini bahagian akhir perjalanan kami

In Every Minute of Every Day, Four children die of hunger
Food Is Precious,
Dont Waste.....




Wonderfood Meseum



Akhirnya kami blogger utara selesaikan tugas bagi review Wonderfood Museum Penang kali ini. Sangat-sangat berbaloi. Anda semua akan terpegun dengan hasil seni yang dipaparkan di meseum ini. Bersempena Tahun Baru Cina Ini, Wonderfood Museum Penang mempunyai 2 menu baru iaitu limau mandarin dan makan besar


Wonderfood Museum Penang

Jika anda berminat untuk merasai dan menjamu mata dengan makanan makanan ini bolehlah pergi ke butiran di bawah ini

Alamat
Wonderfood Museum Penang
49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang
(next to CIMB bank)
04-2519095/ 012-2251968

GPS Wonderfood Meseum Penang
5°25'02.7"N 100°20'31.9"E

Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Dewasa : RM 15 (Mykad) RM 25 (Non IC)
Student/Pelajar : RM10
Kanak Kanak : Percuma

A fun, creative, informative and interactive Food Museum
Open from 9am-6pm 7 days a week

Terima kasih kepada team Wonderfood Museum Penang dan Geng Blogger Utara yang sama sama menjayakan program review ini 31 Januari yang lepas. Geng Blogger Utara yang terlibat adalah Miss ZyarosesCik En , Lady YanaYunSingArzMoha , Pha Is dan Zumal


9