Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: OCD

Showing posts with label OCD. Show all posts
Showing posts with label OCD. Show all posts

Dugaan Pesakit OCD

Dugaan Pesakit OCD | Cik en kerap mengalami masalah di klinik tempat cik en bekerja. Cik en tak marah client tapi nampak macam marah. Cik en sebenarnya risau sangat kalau client terasa dengan tingkahlaku dan lenggok bahasa cik en. Semenjak OCD, memang cik en tak boleh control diri dan sembunyikan perasaan marah cik en. Bak kata orang tak profesional. Tapi tak lama pun, dalam 10 minit cik en dah kembali tenang, cik en akan ok. Tapi adakah client cik en tu akan ok balik dengan cik en? | Dugaan Pesakit OCD

OCD (Obsessive-Compulsive Disorder)

1

Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3

Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3 | Hari ini cik en dijadualkan untuk temujanji dengan psikiatri kali yang ke3. 2 temujanji sebelum ini iaitu pada bulan April dan awal Jun terpaksa ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh pihak kerajaan. Tapi ubat cik en masih diteruskan selepas konsultan melalui telefon oleh doktor. Jadi doktor dah bagi bekalan selama 2 bulan pada masa itu. Ubat yang dibekalkan cik en pernah cerita di entri Kesan Mengambil Ubat Luvox 50. Ubat masih berbaki 2 biji dan semestinya doktor pun dah syak yang cik en ada termiss ambil ubat. hahahha. So nak tau perkembangan cik en tak? Kalau nak korang kena baca entri ini, kalau tak boleh klik pangkah. Hihihi. | Perjumpaan Dengan Psikiatri Kali Ke 3

3

Kesan Mengambil Ubat Luvox 50

Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 | Entri ini adalah sambungan daripada entri Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun. Dalam entri tersebut cik en ada kata, cik en dalam treatment dengan cara makan ubat cuma cik en tak nyatakan ubat apa dan berapa dose. Kali ini cik en nak sambung balik pengalaman cik en dengan ubat tersebut. Cik en diberi ubat 50 mg fluvoxamine maeate atau dengan nama jenama Luvox 50 dari company Abbott. Cik en harap sesiapa yang makan ubat ini boleh sharing pengalaman korang di bahagian komen di entri Kesan Mengambil Ubat Luvox 50  ini nanti untuk rujukan kawan kawan. 

Kesan Mengambil Ubat Luvox 50
Kesan Mengambil Ubat Luvox 50 

2

Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun

Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun | Tiberrr cik en up balik kisah anxiety dan depression. Lama kan cik en tak update pasal ini. Last update entri kalau tak silap penghujung tahun 2017. Cik en menaip semula story ini sebab ramai yang bertanya pasal supplement yang cik en cuba sebagai remedy anxiety iaitu Passion Flower. Jadi sebab ramai juga yang bertanya keberkesanan dan perkembangan cik en sekarang ini, cik en akan sharing keadaan sebenar cik en lani. So entri ini entri personal tiada kaitan dengan promosi produk. Hahahha. Cik en akan cerita step by step bagi yang baru jadi pembaca cik en akan nampak pengalaman cik en dengan anxiety dan depression. Harap korang yang baca boleh dapat sedikit info untuk diri sendiri. Manatau simpton cik en sama dengan korang. | Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun


Permulaan Cik En Dengan Anxiety dan Depression 


Cik en start rasa kelainan pada diri tahun 2016 lagi. Entri pertama cik en pasal anxiety saja, sebabnya persamaan cik en lebih kepada anxiety pada masa itu. Korang boleh baca entri Kisah Benar : Kopi Buat Aku Moody Entri pertama ini cik en dah start stop minuman kaffein. Kopi dan nescafe cik en dah tak sentuh sebab cik en dah mula tak boleh tidur malam. sehari kadang kadang 2 jam itu pun tak nyenyak even badan penat. Lepas stop, cik en nampak ok sikit, tapi kisah di entri Kopi Dah Jadi Musuh Aku menceritakan cik en over minum nescafe dan benda tu datang balik. Masa tu memang kopi benda cik en paling pantang. Ini peringkat awal cik en dengan anxiety. 

Selepas itu, cik en stabil dan masa ini cik en mencari Apa Itu Anxiety. Masa ini masih belum  tahu pasal depression lagi. Cik en akan update bila cik en berjaya kalahkan anxiety. Kiranya cik en masih boleh melawan dan think positif. Nampak tak cik en masa itu masih kuat dan semangat untuk sembuh dan cik en berjaya. 

Selepas beberapa bulan itu, cik en masih lagi dengan tekanan kerja, peribadi dan lain lain, masa ini ada kisah iaitu kisag cik en hilang ingatan sebentar. Korang baca di entri Overstress Buat Hilang Ingatan. Masa kejadian ini, Allah je yang tahu betapa takutnya cik en. Cik en boleh lupa jalan nak balik rumah sedangkan cik en bertahun guna jalan yang sama. 

Dalam masa yang sama, cik en mula beremosi dengan cerita, drama atau kisah sedih sampai  ada satu keadaan cik en menangis tak nak ikut kawan pergi tengok movie sedih ( kalau tak silap cerita itu ada melibatkan penderaan dan ganguan emosi). Cerita itu cik en story di Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Konflik?

Selepas cik en rasa semua simpton buat cik en tak normal, tak jadi diri sendiri sebelum ini, cik en mula search di blog perubatan di luar negara dan cara yang dikongsi di group facebook untuk mencari rawatan alternatif (tanpa ubatan dan doktor). Antara rawatan terawal cik en buat adalah dengan berpuasa dan pantang beberapa minuman dan makanan yang cik en stori di entri Cuba Berpuasa Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder. Selain itu pengambilan Passion Flower dan amalkan yoga ataupun bersukan cik amalkan juga. Dalam masa yang sama Cik en cuba bantu diri cik en lagi dengan berjumpa private doctor di Ipoh. Cerita itu korang boleh baca di entri Dalam Diam Buat Ujian Air Kencing dan Darah.

Dalam masa yang sama, perubahan emosi buat cik en kehilangan sorang demi sorang kawan, masa  itu cik en taip entri Susah Ke Nak Memahami Pesakit Anxiety. Cik en nak kawan kawan cik en faham keadaan cik en. Kami tak minta jadi macam ni, tapi tekanan demi tekanan buat kami jadi macam ni. Tapi entri itu tak berjaya untuk mereka faham. 

Ada juga yang pertikai, " kamu suka duduk sorang sorang" dan cik en luahkan dalam entri Pesakit Anxiety Suka Hidup Sendiri dan Menyendiri. Dan start dari situ, cik en tutup kesemua persahabatan. Yang ada, cik en jauhkan diri, menyendiri dan bersendiri. Kesannya buat cik en stabil untuk jangka masa beberapa tahun. Dalam masa beberapa tahun, cik en dapat depression tanpa sedar. Itu yang cik en tak cerita dalam blog. 

Depression Pula Yang Datang Tanpa Sedar


Depression yang cik en rasa cik en boleh dikatakan masa itu cik en hidup atas dasar hidup. Selagi bernafas, Im continue my life. Pergi travel, kapal terbang meletup atau terhempas, cik en tak kisah dan sampai tahap nak benda itu terjadi. So tak perlu hidup dah. Sepanjang beberapa tahun, cik en tak ada keseronokan langsung. Hanya yang ada kesedihan, putus asa dan biarkan diri jadi apa pun. Sebab cik en tak peduli apa pun. Duit dibuang buang, ada bagi rantai emas, cik en tak nak, ada bagi hadiah cik en tak buka berbulan bulan. Beli handphone tak diguna dan sampai tahap masa dapat keputusan loan rumah berjaya cik en tak ambil peduli. Hahhaha. Sampai tahap camtu. Nampak sangat tak normal kan? 

Sampailah cik en kerja partime 2 bulan. Kerja non stop. Masa itu, cik en sibuk dan cik en tak overthinking berlebihan. So nampak macam cik en dah normal. Lepas habis kerja part time, duit gaji cik en beli motosikal. Cuba hobi baru. Cik en memilih Honda RS150R Pilihan Hati Cik En. Ini antara usaha cik en untuk sembuh sebenarnya. Cik en pun masuk kelab motosikal. Selain itu travel memang dah menjadi hobi pada masa yang sama. 

Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun


Disinilah bermulanya kemuncak episod depression cik en. Cik en dah tutup pintu persahabatan tapi bila dalam group motosikal, awalnya cik en buat guide. Hubungan biasa biasa. Sampailah ada yang perasaan cik en tak berkawan dengan sesiapa. Update status sedih je. Jadi mereka menasihati untuk berkawan dan bersahabat. 

Awalnya, cik en tak nak sebab takut ada masalah, apabila cik en "lost" lagi sekali cik en akan teruk depression dan anxiety. Tapi mereka meyakinkan cik en dan cik en buka pintu hati untuk rapat dengan mereka. Seperti dijangka, cik en "lost" atas benda benda yang kecil dan berlaku masalah. Masa itu, cik en redho kalau mereka nak pergi sama macam kawan kawan cik en yang meninggalkan cik en dulu. 

Masa itu, cik en rasa menyesal why cik en buka semula pintu persahabatan pada orang luar. Cik en dah biasa dalam "kotak" dan cik en buka "pintu" untuk mereka masuk dan bila cik en "lost" dan berlaku salah faham, mereka pergi sedangkan mereka janji untuk tidak tinggalkan cik en dalam apa jua keadaan pun. Sebab mereka yakinkan cik en tapi bila cik en tunjuk kekurangan cik en, mereka tak boleh terima

Bukan sekali tetapi beberapa kali. Cik en tak boleh paksa mereka terima cik en. Tapi kenapa mereka tak cuba faham cik en. Dan berlaku la peristiwa cik masuk ward dan ada kisah kisah di wad kecemasan yang buat doktor decide refer cik en ke PSY. Dan sekarang cik en berada di saluran yang betul untuk treatment diri cik en. Selepas beberapa kali cuba untuk sembuh sendiri. Dan alhamdulillah mereka yang awalnya menjauh membantu cik en dalam treatment kali ini dan bagi moral support. Terima kasih awak awak semua. 

Pengalaman Cik En Berjumpa Doktor PSY


Cik en jumpa doktor PSY 2 minggu lepas. Dekat 3 jam cik en sharing semua dan kesimpulannya dan dari apa cik en faham, cik en dalam peringkat moderate disebabkan kisah cik en ada beberapa episod. Kata doktor, kalau cik en ada 1 episod ianya di peringkat mild. Boleh dirawat melalui kaunseling. Tapi kalau beberapa episod kena continue dengan ubat.  

Apa itu episod? Apa yang cik en faham, kisah tekanan bermula dari ex bf lama around tahun 2008, berkawan dalam masa 5 tahun tapi perhubungan yang toksik. (biarlah ianya menjadi memori duka cik en sebab ianya melibatkan aib orang lain). Selepas putus, setahun cik en normal tapi selepas itu  ada masalah keluarga, masalah tempat kerja, masalah kerja dan beberapa masalah lain. Cik en berusaha untuk sembuh dengan suplement, yoga dan kehidupan sihat. Cik en dah normal. Dan jadi balik dan normal balik. Jadi itulah maksud episod.

So sekarang cik en official ambil ubat depression dengan dose yang rendah dan perlu makan untuk beberapa tahun akan datang. 

Kesimpulan, kalau rasa pelbagai usaha korang buat masih tak ok, better rujuk yang pakar. Jangan labelkan sakit korang itu gila. Kita tak gila! Kita cuma tertekan dengan kehidupan yang semakin mencabar, Rugi sangat korang tak ambil peluang untuk sembuh dengan saluran yang betul di peringkat awal. Jangan biar lama, mungkin korang akan jadi teruk dan mungkin korang akan mula fikir untuk bunuh diri. 

Macamana nak pergi ke PSY?


Rujuk ke rawatan luar di hospital kerajaan. Story semua cerita korang dan doktor akan decide untuk refer korang ke PSY. Please buat untuk diri sendiri. Jangan fikir apa presepsi orang. Yang penting, korang sembuh dan ada kehidupan yang berkualiti. 

Saat cik en in taip ini, cik en dah mula takut dengan kematian. ahahahha. Dah boleh membahan orang, dah boleh bergurau dan boleh rasa sedikit keseronokan dalam jiwa. ahhahaha. Tak sepenuhnya normal tapi nampak perubahan pada diri. Cik en cuma nak hidup normal macam dulu balik. Sebabnya penat jadi pesakit PSY ini. Nak cepat cepat sembuh dan happy dengan life yang singkat ini



4

Cara Atasi Masalah TIdak Boleh Tidur Dengan Yoga

Cara Atasi Masalah Tidak Boleh Tidur Dengan Yoga  | Sebut pasal tak boleh tidur ini, cik en pernah alami satu masa dulu. Masa mula mula cik en nak dapat depression dan anxiety. Cik en hanya tidur dalam 2 jam saja setiap hari. Pelbagai senaman cik en buat tapi tak berkesan. Lagi cik en letih, lagi mata cik en ini segar walaupun badan dah tak larat. Memang cik en dapat ubat tidur dari doktor tapi cik en memang tak amalkan. Kalau perlu sangat saja cik en akan makan, itupun 1/2 biji saja. Dalam itu, cik en cuba cari cara yang natural tanpa perlu ambik ubatan. Dan akhirnya cik en jumpa juga Cara Atasi Masalah Tidak Boleh Tidur Dengan Yoga.

Cara Atasi Masalah TIdak Boleh Tidur Dengan Yoga
Cara Atasi Masalah TIdak Boleh Tidur Dengan Yoga 


Cara Atasi Masalah Tidak Boleh Tidur Dengan Yoga 


Ada banyak sebenarnya step dalam yoga yang boleh kita buat untuk bantu masalah ini. Cik en amalkan step yoga dari fitnessmagazine. Alhamdulilah, buat cik en yang bukan ada masalah insomnia yang tidak kronik ini, step ini dapat bantu cik en sedikit. Dalam web ini, mereka ada 5 step yang digunakan dalam masa 8 minit saja. 






Atau boleh tonton video di entri asalnya Cara Atasi Masalah TIdak Boleh Tidur Dengan Yoga . Macamana cik en dapat ubat tidur daripada doktor? Cik en ada story di Dalam Diam Buat Ujian Darah Dan Air Kencing
0

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia | Sebagai seorang pesakit Anxiety dan Depression yang tidak begitu kronik dan kritikal, cik en akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk reduce atau kurangkan masalah ini. Hanya antara kami saja yang memahami betapa susahnya nak lawan diri sendiri untuk survive. Disebabkan cik en masih dalam keadaan tidak teruk, cik en dapat tahu dari kawan kawan mengenai supplemen Passion Flower. Dan cik en dah seminggu mengamalkan Passion Flower ini. So cik en nak kongsilah sedikit Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia untuk jangka masa pendek ini. 

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia
Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Cik en cuba dapatkan suplemen ini dari farmasi berhampiran tapi nampaknya di Manjung ini, susah nak dapatkannya. Kena order tapi cik en dah tunggu 3 bulan tapi farmasi tak beri feedback apa sampai sekarang. Cik en cuba cari secara online di Lazada dengan taip nama Passion Flower . Dan dalam banyak banyak pilihan yang ada cik en memilih Passion Flower dari Caring Pharmacy . Nama pun pharmacy kan? so trusted la walaupun kebanyakkan di Lazada adalah trusted seller. Selain itu korang boleh juga order Passion Flower dari U Pharma Estore. Kedua dua ini harganya lebih murah la dari yang lain lain. Untuk 1st time ini cik en beli satu untuk percubaan, jika ianya ok, maybe selepas ini order yg combine. Lebih murah dan jimat. 

Passion Flower atau namanya Passiflora Incarnata Folium ini berbentuk kapsul dengan menggunakan 100% bahan semulajadi dan kapsulnya dari gelatin bovine (lembu). Ini bahasa veterinar, kalau porcine pula ianya dari gelatin babi. So korang boleh la check supleman yang korang beli, adakah dari bovine atau porcine. Passion Flower ini adalah Bunga buah Markisa. 


Apa fungsi Passion Flower ini?


  1. A remedy for insomnia and disturbed sleep ( Cara tradisional untuk pesakit yang tak boleh tidur malam atau terganggu (cth : travel luar negara)
  2. May reduce anxiety, panic, stress and irritability (Dapat kurangkan anxiety, panik, tekanan dll)
  3. Promotes soothing, calming and relaxing effects ( dapatkan perasaan tenang diri)
  4. Relieves muscle cramps ( otot yang kejang)

Cara pengambilan Passion Flower yang dicadangkan 

2 atau 3 kapsul 2 kali sehari selepas makan

Amaran bagi pengamal Passion Flower ini tidak boleh memandu atau bekerja dalam operating heavy equipment atau tekanan darah rendah dan mengandung.

Back balik pada pengalaman cik en mengamalkan Pasion Flower dalam masa seminggu ini ada baik nya dan buruknya. Baiknya cik en kembali ceria dan bersemangat walaupun baru makan 2 kapsul suplemen je. Dan buruknya cik en alergik pada Passion Flower ini. Lidah cik en gatal teruk dan kehitaman. Cik en juga berasa panas sangat sebabnya dari pembacaan kawan cik en yang merupakan nurse di dalam Navy Lumut, Siti Mariam, pengambilan Passion Flower akan membakar/memanaskan pembuluh darah (lebih kurang la penceritaan dia). So kena la kerap minum air masak atau mineral dalam kuantiti yang banyak.



Selain itu akan ada side effect pening, berlaku kekeliruan, pergerakan otot yang tidak teratur, loya, muntah, mengantuk, dengupan jantung tidak normal dan denyutan nadi yang laju.

kekeliruan, tindakan otot yang tidak teratur dan koordinasi, kesedaran yang diubah, dan saluran darah yang meradang. Terdapat juga laporan mengenai loya, muntah, mengantuk, kadar denyutan pesat, dan irama jantung yang tidak normal dalam satu orang yang mengambilnya. Kalau korang ada nak buat sebarang pembedahan, 2 minggu sebelum kena stop tau sebabnya dengan ubat pelali atau euthasia dengan passion flower ini akan beri kesan pada otak.

So kalau korang ada yang dah ambil baru ambil passion flower ini dan ada kesan yang lain dari cik en dan fakta dalam entri ini boleh kongsikan dengan komen di entri ini untuk rujukan orang lain. Kalau sesiapa nak tahu kisah atau info anxiety boleh baca di Anxiety  .

Apa apa pun kita kena back balik pada Allah S.W.T. cuma bagi pesakit seperti kami ini, kami tak mampu berfikir waras dalam keadaan tertentu. Korang bagi la nasihat apa pun walaupun melibatkan agama, kami takkan dengar malah takut kami mejauhkan diri dari korang. So 1st step kena bagi kami releks dan normalkan balik otak senget dan hati libang libu kami dulu. Lepas itu barulah nak bagi ceramah apa pun ok, sebab masa itu otak kami dah sedia menerima teguran dan nasihat. 
7

Pesakit Anxiety Suka Hidup Sendiri Dan Menyendiri

Pesakit Anxiety Suka Hidup Sendiri Dan Menyendiri | Sambungan dari kisah kisah anxiety sebelum ini. Satu lagi sifat anxiety macam cik en ini, cik en suka menyendiri. Sesiapa yang kenal cik en dari zaman sekolah lagi, mesti mereka pelik kalau cik en bagitau cik en lebih suka sendiri dari "hangout" dengan kawan kawan. 


Cik en ini dari zaman sekolah lagi, cik en ramai kawan sebabnya cik en antara student favourite :p di kesemua sekolah cik en belajar. Mungkin faktor kecomelan cik en kot. Hahaha. So cik en memang seorang yang sosial. Akan ada je aktiviti yang dibuat. sampailah ke zaman kolej dan politeknik dan awal awal masuk kerja. Zaman kerja, cik en rapat dengan kawan kawan serumah. Ada je aktiviti melantak kami setiap malam.hahaah. Bila masing masing dah berkahwin dan ada yang bertukar kerja cik en masih duduk di rumah yang sama. Mungkin salah satu faktor lagi cik en menyendiri dari kawan kawan yang lain kerana sifat overthinking cik en ini. Seperti cik en beritahu sebelum ini, kalau kawan tak tegur, cik en anggap kawan benci cik en atau tak sayang cik en. So perasaan itu akan sekali dengan perasaan jauh hati. So sekarang cik en lebih suka hidup sendiri dan menyendiri. Ditambah dengan kesibukan bekerja buat cik en sendiri lebih selesa hidup bersendirian. Tak pasti lah pesakit yang lain, tapi cik en memang suka begini sampai saat entri ini ditulis. Sebabnya cik en bebas nak menangis tetiba, marah tetiba atau nak meroyan tetiba ataupun nak smule lagu "tarik" tinggi key dia. ahahhha. Dan juga kalau ada masalah atau penyakit ini datang balik, tempat dituju adalah di rumah. Bukan rumah keluarga atau kawan kawan tapi rumah sendiri. Sampaikan cik en sanggup tak keluar rumah berhari hari. Hahaah. Cik en rasa rumah cik en inilah tempat ketenangan yang paling heaven di saat ini. 

Elok ke pesakit anxiety ini hidup sebegini? Entahlah, ini kesukaan cik en mesti cik en akan kat "elok je nak duk camni" tapi diikut logik akal bila cik en waras ianya tak patut. Sebab kadang kala depression akan buat seseorang hilang akal. Tapi entahlah, depends kepada diri pesakit itu sendiri. Andai dengan cara ini ianya buat lebih cool dan releks. Tak salah rasanya hidup sebegini kan? Dan cik en bukannya sendirian sangat pun. Masih ada peah and the geng dan juga rakan rakan alam maya. Bila rasa nak sendiri, cik en tinggalkan dunia maya dan buat kerja kerja lain ataupun tidur. Hobi juga kan tu, bagi rest fikiran dan badan. Ok la, nanti kita sambung lagi sembang pasal anxiety atau AD ini ye. Night!

p/s : Rajin juga saudara mara terutama pakndak cik en datang. Sesekali seronok juga ramai ramai ini. Tapi sesekali je la. hihihi
0

Susah Ke Nak Memahami Pesakit Anxiety?

Susah Ke Nak Memahami Pesakit Anxiety? | Lately ini, penyakit anxiety ini kembali hadir dalam hidup cik en. Walaupun seorang pesakit Anxiety atau AD ini nampak sihat dari segi luaran tapi dalaman mereka sebenarnya tidak sihat. Apa itu anxiety? Sesiapa yang menjadi pembaca blog cik en ini, cik en banyak kali keluarkan entri berkaitan anxiety ini. Kalau nak baca korang boleh bukak label Anxiety Disorder. AD ini bukannya boleh baik dalam jangka masa yang cepat dan selalunya walaupun pesakit AD ini pulih, kemungkinan mereka mendapat semula sakit ini tinggi. Pesakit AD ini juga bukannya dapat sakit ini tetiba. Ianya ambil masa yang lama. Macam cik en sendiri hampir 1 tahun "merana" menanggung "sakit" AD ini sebelum disahkan oleh doktor. Awal awal cik en jadi seorang yang sangat pemarah. Apa saja dibuat orang sekeliling, cik en akan jadi marah sangat sangat sampai sesak nafas. Selain itu, cik en jadi seorang sangat "touching". Orang tak layan pun buat cik en sedih sangat. Dalam masa setahun itu, cik en jadi tak tenteram dan tak tenang. Emosi berubah ubah. "Datang bulan" pun opkos la terganggu disebabkan ketidakstabilan hormon. Dan masa ini, ramai kawan kawan cik en menjauhkan diri dari cik en. Seorang demi seorang. Lagilah cik en "down". Tapi ada seorang yang setia menerima cik en masa itu. Dialah tempat cik en luahkan kesedihan yang kadang kala sedih yang tak releven. Dia jugalah yang tahan makian dan sifat agresif cik en masa itu.


Sebenarnya banyak cik en baca rugutan - rugutan pesakit AD di group facebook, apabila kawan kawan, keluarga malah suami atau isteri tidak memahami masalah kami ini. Ada yang sampai bercerai berai. Kesian kan? Kami bukannya minta diberi penyakit ini ada dalam diri kami. Hanya pesakit AD sahaja yang mampu memahami pesakit AD yang lain. Orang normal di luar sana tidak akan memahami malah mungkin memberi tekanan tanpa sedar pada pesakit ini. Seperti yang cik en share di entri sebelum ini. Perlakuan pesakit AD ini hampir sama dengan pesakit Tiriod cuma membezakan adalah medical record. Kami tiada masalah kesihatan seperti pesakit tiriod. 

Jadi kalau korang ada kawan kawan yang berperangai pelik, better jangan dicemuh atau dikata atau korang pergi sound direct bila meroyan mereka datang. Kadang kadang perlakuan korang buat seseorang lagi down dan kalau di tahap kritikal ada yang rasa tekanan sehingga boleh membunuh diri! Jadi janganlah buat andaian melulu pada kami. Sebenarnya tidak susah nak memahami golongan macam kami, rajin rajin google atau paling mudah join group anxiety disorder malaysia di facebook. Dari situ, korang akan perlahan lahan memahami dan korang akan tahu macamana nak berhadapan orang seperti kami. Kami masih normal cuma tahap pemikiran kami tidak sama seperti orang normal yang lain. Kami tidak merbahaya juga so jangan lah korang jauhkan diri korang dengan kami. Kami memerlukan orang sekeliling kami untuk pulih.

Sepanjang entri ini ditaip, cik en beberapa kali berhenti. ahhahaha sebabnya orang datang tak menentu nak ambil lesen dan permit. ok la, next time cik en akan story lagi pasal anxiety ni ye. 
1

Dalam Diam Buat Ujian Darah Dan Air Kencing


Dalam Diam Buat Ujian Darah Dan Air Kencing | Anyway cerita ini ada kaitan dengan kisah Anxiety Disorder (AD) yang cik en pernah cerita sebelum ini. Cerita mana? Dan apa itu Anxiety Disorder korang godek la ye blog cik en ini. Disebabkan cik en mengalami sedikit Insomnia dan suka timing tak tentu pasal( mengamuk tak tentu pasal ). Jadi cik en ke klinik untuk dapatkan khidmat nasihat. Cik en tak ke hospital kerajaan tau, bukannya berlagak senang tapi kita tahu, di klinik kerajaan ini banyak kekurangan. So Cik en ke klinik swasta dan cik en tak buat di Manjung tapi di Ipoh. Kenapa memilih Ipoh? Itu cik en sendiri tak ada jawapan. Haha. Klinik ini Alpha Clinic di Station 18 Ipoh. Doc yang rawat cik en adalah Dr. Foo Siang Huang dan doc ini baik dan faham masalah sebenar cik en walaupun cik en terang sikit sikit. Rupanya doc ini pernah praktikal di tempat psikiatrik. Bukan semua doc boleh faham masalah pesakit AD ini kalau tiada pengalaman. 

Cik en ke klinik pada 29 Mac 2017 dan doc decide kalau cik en mempunyai AD, cik en dibawah Panic Attack. Sebabnya cik en lebih cemas dalam keadaan tertentu. Tapi... doc perlu buat pengesahan lebih lanjut. Adakah disebabkan Emosi atau Tiriod. Jadi siapa suka mengamuk tak tentu masa itu, better korang check sebabnya Tiriod ini boleh datang dalam pelbagai keadaan bukan bengkak di leher je ye..  So jangan ingat tak ada benjolan korang sihat walfiat ye. Back to story cik en tadi, cik en buat full medical checkup dengan buat ujian darah dan air kencing (urea). Harga di klinik ini RM80 dan dibuat di BP Clinical Lab. Result akan siap dalam masa 2 atau 3 hari tapi cik en tak dapat ke datang dalam masa 2 3 hari sebab waktu bekerja dan jadual padat sabtu ahad. Dan doc bekalkan ubat Amitriptyline Tab 10mg stanby untuk Insomnia. 

10 April 2017, cik en masih bercuti dan cik en ke Ipoh untuk ambil keputusan ujian. Penantian dekat 2 minggu menyeksakan cik en juga. AD ini lain sikit, fikiran mereka tak normal dan rasa risau dia melebihi dari manusia normal. Cuma doc dah pesan dari awal untuk TIDAK GOOGLE apa apa. Sebabnya ia akan menambah kerisauan dan kesihatan kita. So hari ini, cik en datang dalam keadaan emosi tak menentu. Kalau aku Tiriod, macamana kehidupan aku selepas ini? Cik en di sambut mesra oleh Doc dan soalan pertama yang keluar, ada rasa risau? panik? Dan cik en bagitau dari 10 biji ubat, cik en hanya makan 2 biji saja. Cik en makan bila masa perlu dan tak mahu bergantung dengan ubat ini. Korang berdebar tak macam cik en untuk tahu keputusan ujian? Doc ini lambat sangat, dia check itu, check ini, cik en nak tau sakit ke tak.

And lastly, doc terangkan kesemua keputusan ujian. Alhamdulillah, cik en bebas Tiriod. Hemoglobin (darah) ok, air kencing ok, Uric Acid (Gout) pula border (kena hati hati) so kurangkan makan seafood, Liver pon ok, Kolestrol ok tapi kena jaga juga so kena rajin makan oat, Darah cik en B+ (yang ini memang dah tau) cumaaaa.... antibodi cik en pada Hepatitis B zero, kosong, elek. Argh... patutlah cik en kerap tak sihat 3 4 tahun ini. Bila demam, teruk sangat. Rupanya Anti-HBs Non-Reactive. So doc suggest untuk berikan injection 3 kali untuk tahun ini. Bulan 0, 1 dan 6. Kiranya 10/4/2017, 10/5/2017 dan 10/10/2017 untuk wujudkan balik antibodi dalam badan. So, cik en terimalah dengan bayaran RM35 perinjection. Untuk Hepatitis B ini, cik en story lain kali la ye, sebab cik en kena study balik mengenai sakit tu. 


And last, cik en pulang dengan senyuman. Cuma cik en nak mencari Possion Flower yang mana ianya suplemen baik untuk pesakit Anxiety ini. Yang itu juga, cik en akan story next next next entri. OK? So malam ini, cik en boleh tidur dengan senyuman. Yeah!!!!
4

Cuba Berpuasa Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder


Cuba Berpuasa Untuk Atasi Masalah Anxiety Disorder | Seperti sedia maklum, cik en merupakan pesakit anxiety walaupun tiada pengesahan dari doktor. Sebabnya ramai yang didiagnosis sendiri dan cik en masih mampu untuk atasinya sendiri. Kalau di sembangkan dengan orang luar, sememangnya mereka tidak memahaminya. Hanya orang dalam lingkungan kami saja mampu memahaminya. Kalau sesiapa yang baru membaca blog cik en ini dan mungkin tidak memhami apa itu Anxiety Disorder (AD), korang boleh rujuk kesemua entri berkaitan AD di Anxiety Disorder

Pelbagai usaha untuk cik en kawal diri masa AD ini menyerang. Banyak pantang larang cik en amalkan seperti

  1. Pengambilan kafein seperti kopi dan nescafe
  2. Pengambilan minuman isotonik (100 plus dll)
  3. Makan berlebihan coklat dan seangkatan dengan itu
  4. Makanan berangin dan kalau termakan kena la minum air halia. Sebab makanan berangin akan buat korang kerap naik angin. Hahahha
Selalunya bila cik en dah habis ikhtiar tapi masih buat moddy berminggu minggu, cik en akan jadi stress. Jadi, cik en mencuba untuk puasa. Sekarang ini, cik en dah puasa 4 hari dalam seminggu. Bermula hari isnin hingga khamis. Cik en dah amalkan 2 minggu. Sampai masa ini. masih mampu untuk cik en relax dan cool. Mungkin sesiapa yang ada masalah ini, cubalah puasa dan tengoklah hasil nya. 
2

Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Berkonflik?


Normal Ke Kalau Tidak Tengok Drama Berkonflik? | Dalam 5 tahun yang lepas, cik en ada satu masalah kalau pergi ke pawagam atau chill dengan kawan kawan tengok drama. Cik en selalunya mengelak dari menonton sebarang cerita yang melibatkan emosi. Selaluya cik en akan memilih cerita aksi seperti Fast To Furious atau animasi seperti cinderella. Jadi janganlah ditanya atau di ajak tengok wayang kalau ada cerita melibatkan air mata dan penyeksaan, confirm cik en akan menangis nagis tak akan pergi. Normal tak bagi korang kalau ada yang tak suka menonton drama atau filem sebegini? 

Sebenarnya cik en sendiri tak berapa sedar ianya datang. Tau je, bila ada drama di TV yang melibatkan penderitaan dan kesedihan, cik en akan cepat cepat tukar channel lain. Cik en lagi sanggup tutup TV dan tidur dari tengok. Kalau ada dengan kawan kawan, cik en akan buat kerja lain atau ke tempat lain seperti layan game di telefon atau ke dapur, masakkan air atau kemaskan dapur. Filem Bercinta lakonan Farid Kamil dan Nora Danish adalah filem yang diajak oleh kawan karib cik en untuk menonton sehinggakan cik en menolak sampai menangis nangis apabila di paksa. 

So nak tanya la kepada korang, normal ke perasaan cik en ini. Kalau ada yang bertanya, adakah cik en pernah melalui keadaan tersebut. Jujurlah cik en katakan, cik en pernah melaluinya. Adakah sebab itu atau senang dikatakan trauma buat cik en jadi sebegini?

1

Overstress Buat Hilang Ingatan


Overstress Buat Hilang Ingatan | Cik en jarang untuk berkongsi masalah peribadi di blog ini. Lagi lagi sekarang ini, sebabnya cik en mempunyai silent reader yang cik en tak tahu siapa. Sedangkan dulu, cik en akan buat blog cik en ini sebagai diary online. Semuanya cik en luahkan. Tapi ntahlah, sekarang cik en jarang nak luahkan perasaan peribadi . Jadi untuk salah satu entry blog ini, izinkan lah cik en kali ini untuk meluahkan apa yang jadi pada cik en sekarang ini. 

Siapa yang tak pernah stress? Semestinya sejak korang dah mula kenal masalah, korang akan berhadapan dengan situasi stress. Stress maybe biasa korang hadapi, tapi pernah tak korang jadi overstress atau tekanan melampau? Macamana keadaan orang yang overstress? Cik en sendiri akui cik en seorang yang down ketika ini. Cik en seorang yang sangat happy dan suka buat lawak gila gila. Tapi semenjak 2 tahun yang lepas, cik en sendiri dapat rasakan cik en tak seronok dan bahagia seperti dulu. Tekanan demi tekanan cik en hadapi. Bermula dari konflik diri cik en sendiri, keluarga, sahabat dan yang paling beri kesan hingga kini adalah masalah bekerja. 

Kalau nak cik en story satu persatu akan jadi panjang gila dan korang sendiri akan juling biji mata dan juga korang akan jadi tak faham. Cukup la cik en simpulkan tekanan dalam bekerja. Tapi mana ada yang tertekan kan di tempat kerja?Sebenarnya cik en seorang yang sangat positif. Kalau ada yang tak puas hati, cik en akan menangis semalaman dan esok cik en akan jadi bersemangat semula. 

Tapi sekarang ini berbeza. Cik en sendiri tak boleh nak control diri sendiri. Marah, sedih dan kadang kala cik en jadi hilang ingatan. Pernah sekali itu, cik en ke Mall di Manjung. Apabila nak balik, cik en mengalami hilang ingatan untuk balik ke rumah. Sememangnya cik en jadi cuak sangat. Tiba tiba korang lost dan rasa macam tempat korang ini sangat asing. Cik en cuba bertenang tapi tetap cik en tak boleh ingat jalan balik ke rumah. Cik en bertanya cik en pada diri cik en, "Apa dah jadi pada aku?" " Kenapa aku tidak ingat satu pun jalan balik ke rumah ini? " Tiba tiba rasa nak menangis dalam kereta. "Apa patut aku buat ini?" Dalam setengah jam gitu, cik en berfikir untuk gunakan waze. Nasiblah boleh ingat nama taman perumahan cik en. Akhirnya selamat sampai ke rumah. Balik saja, terus cik en menangis tak berhenti sehingga tertidur.

Semenjak dari kejadian itu, cik en takut nak pergi jauh jauh seorang diri. Takut lost macam sebelum ini. Rasa rasa ianya normal atau tak? Adakah sebab overstress jadi begini atau ada masalah lain?
1

Wordless Wednesday ♥ 20 - Anxiety Depresion


1

Apa Itu Anxiety Disorder


Apa Itu Anxiety Disorder | Entri ini agak berat tapi ianya patut dibaca oleh semua. Mempunyai perasaan kerisauan adalah satu perkara biasa tapi kalau berlebih lebihan itu dah jadi luar biasa dan ianya di panggil Anxiety Disorder atau panggilan pendek AD. AD ini adalah satu perasaan kerisauan terhadap sesuatu secara berlebih lebihan sehingga menganggu rutin harian seperti bekerja dan kehidupan.Dan ianya nampak tidak normal. Ini merupakan ganguan mental yang serius kalau tak diubati atau dibantu oleh orang sekeliling. 

3 peringkat Anxiety Disorder

Peringkat Pertama ( Mild Anxiety ) 

Peringkat ni hanya jantung berdebar-debar dan rungsing tanpa sebab. Perasaan sukar di kawal, kadang - kadang sedih (menangis) dan  marah. Gelisah dan serba tak kena. Pada tahap ini, pesakit masih boleh bekerja dan senang diubati. Tapi peranan orang sekeliling perlu.

Peringkat Kedua ( Medium Anxiety )

Peringkat ni anxiety dah mula menyerang bahagian bahagian tertentu di dalam tubuh. Akan mula rasa sesak nafas, pedih ulu hati, sakit seluruh sendi dan tulang belakang. Kepala rasa ketat dan kebas, jantung berdegup laju, tubuh seperti bergetar getar dan telinga berdesing. Tapak kaki dan tangan kadang sejuk dan kadang panas. Perut jadi sangat tidak selesa seperti ada yg bergerak gerak di luar kawalan... Untuk tahap ini masih boleh bekerja tapi selalu bertindak dan berfikir di luar kawalan. Boleh disembuhkan tapi dengan cara yang betul

Peringkat Ketiga (Heavy anxiety)

Peringkat ini keadaan pesakit di luar kawalan. Murung, sedih, menangis fikiran ingat mati, bunuh diri, lukakan diri sendiri atau agresif. Suka menyendiri dan takut pada manusia dan bunyi. Sangat mudah terkejut dan terasa hati, bercakap sendiri dan menjerit tak tentu hala. Tahap ini, memang tak boleh bekerja dan jadi tersangat pasif. Seperti orang yang patah semangat atau down. Nak ubati memerlukan masa yang panjang dan cara yang betul. Perlu rujuk pada pakar psikitrik

Punca terjadinya Anxiety Disorder

  1. Tekanan kerja melampau
  2. Terlalu kerap terkejut
  3. Sedih yg melampau
  4. Perselisihan/pertengkaran dgn kawan dan keluarga
  5. Masalah yg menimpa bertimpa timpa
  6. Terkena gangguan sihir, saka dan sebagainya
Untuk pengetahuan korang, cik en sendiri adalah pesakit Anxiety Disorder tapi masih di peringkat pertama. Masih dalam proses rawatan sendiri (tanpa ubatan) saat entri ini ditaip. Untuk kes bunuh diri tu pernah terjadi. Hampir hampir.. Ada masa cik en sendiri mencederakan diri sendiri tanpa sedar. Sekarang cik en lebih suka ambik sikap "lantaklah" "biar pi lah" dan acuh tak acuh dalam satu satu masalah serta tak fikir lama. Sebab itu, sekarang cik en tak pedulikan perasaan orang lain, tak seperti dulu, cik en cuba jaga hati semua orang. Sekarang cik en buat apa cik en nak buat tapi masih boleh fikir baik dan buruk. Itu yang membahagiakan dan menceriakan hari hari cik en. Harap cik en akan cepat sembuh dan menjalani kehidupan normal semula. 
8

Kopi dah Jadi Musuh Aku



Kopi dah Jadi Musuh Aku | Rasanya ini kali kedua Cik en bercerita mengenai kopi ini. Kopi dan cik en satu masa dulu sememangnya tak boleh dipisahkan. Setiap hari, kopi adalah minimun wajib bagi cik en sebelum memulakan kerja atau aktiviti. Semua ini menjadi 360 terbalik yang mana cik en memilih untuk berhenti minum sebarang kopi atau minuman berkafein untuk jangka masa tertentu. Kenapa? korang kena rujuk la entri lama lama kenapa cik en terpaksa memusuhi kopi dalam kehidupan harian cik en. 

Bukannya suka suka cik en nak buat camni, tapi untuk kesihatan emosi cik en. Semalam, cik en menghadiri mesyuarat di SUK Perak dan minuman yang disediakan adalah nescafe. Nak tak nak, cik en minum sebab tekak dah terlalu dahaga, Tiada minuman lain masa itu. Bila dah lama tak dapat, mula la minum lebih dari yang diperlukan. Dalam 3 kali tambah juga lah. So far, tiada perubahan sehinggalah malam semalam, emo cik en mula mai balik. Dah lama cik en tak emo sampai menangis tak berhenti henti tau. Last masa beberapa jam selepas cik en minum kopi. Nasib lah ada yang memahami dan cool downkan cik en yang macam ada kematian. Jadi, selepas ini cik en kena displinkan diri untuk tidak minum kopi sehingga cik en betul betul sembuh. 
4

Kisah Benar : Kopi Buat Aku Moody


Kisah Benar : Kopi Buat Aku Moody | Tengok pada tajuk cik en, mesti ramai coffee addict akan marah cik en, jangan buat kesimpulan dari tajuk ye.. baca sampai habis sebabnya ianya kisah benar diri cik en. Kopi adalah minuman favourite cik en semenjak 4 tahun yang lepas. Setiap pagi mesti pekena kopi o ais dulu baru boleh buat kerja. Semenjak dalam proses mengurangkan berat badan, cik en amalkan kopi o kosong ais setiap pagi. Selama ini tidak berlaku apa apa masalah pada rutin harian cik en. Setiap pagi akan sentiasa bersemangat dan melayan pelanggan dengan gelak tawa. Keseronokan bekerja dan kehidupan hari hari. Sehingga la awal tahun 2016, kehidupan cik en mula berubah perlahan lahan menjadi .....

Awal tahun 2016, cik en mengalami stress melampau sehinggakan hari hari cik en akan mengamuk. Bukan mengamuk biasa, mengamuk sekali menangis, menjerit sehingga sesak nafas. Selama 28 tahun (1987-2015) cik en takkan marah sehingga tahap sesak nafas. Setiap hari keadaan cik en sebegini. But, i'm still profesional dalam kerja. Setiap hari cik en akan think positive sebelum mulakan kerja. Masa ini kopi o kosong ais masih menjadi pilihan tidak kira masa. Mungkin dengan harapan dapat kurangkan stress yang ntah dari mana datang. 

Sampailah awal bulan Julai, cik en mula mencari kenapa cik en bersikap sebegini apabila cik en mula tidak boleh positifkan diri berhadapan dengan pelanggan. Kadang kadang ada pelanggan yang cik en marah tanpa sebab. Mulanya beranggapan angin bulan setiap wanita tapi ianya berbeza, iyelah setiap hari kot cik en mengamuk tak tentu pasal. Dah rasa orang kurang siuman sahaja. Pencarian cik en berakhir dengan perkataan Anxiety Disorder (AD). Apa itu? 

Kecelaruan keresahan (bahasa Inggeris: anxiety neurosis, anxiety disorder) ialah keadaan psikik dalam ketakutan dan kebimbangan yang kronik, sungguhpun tidak ada rangsangan yang khusus. Ada saja yang mencemaskan hatinya; dan hampir setiap peristiwa menjadi sebab timbulnya rasa cemas dan takut. Misalnya takut kalau mati, takut jadi gila dan macam-macam ketakutan serta kecemasan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori fobia. Emosi pesakit tidak stabil, sangat irritable, cepat tersinggung dan marah, sering dalam keadaan excited atau gempar gelisah. Namun juga cepat menjadi depresif. Disertai macam-macam fantasi, delusi, ilusi dan rasa dikejar-kejar oleh sesuatu yang tidak jelas. Dirinya selalu diliputi ketegangan-ketegangan emosional dan diganggu bayangan-bayangan kesulitan yang Imaginer atau semu. Pesakit sering merasa mual dan muntah; badannya selalu lelah, menderita sesak nafas, banyak berpeluh; bergemetaran dan kadang kala menderita murus. Sebab-sebab neurosa kecemasan ialah kecemasan, ketakutan, kesusahan dan kegagalan-kegagalan yang bertubi-tubi. Lalu mengadakan penekanan atau penindasan terhadap emosi-emosi negatif akibat kegagalan-kegagalan tadi, tetapi tidak boleh berlangsung dengan sempurna. Menurut Freud, juga disebabkan oleh dorongan-dorongan seksual yang tidak terpuaskan dan terhambat, sehingga mengakibatkan timbulnya banyak konflik batin, ketakutan dan kecemasan.

Pendek cerita ianya melibatkan emosi seseorang. Ada yang masih boleh dikawal dan ada yang tidak boleh dikawal. Ianya bukan gangguan jiwa atau mental, tapi lebih kepada emosi yang tidak stabil. Dan bila dah tau nama penyakit, terus cari group di facebook Anxiety Disorder Malaysian Community . Cik en banyak menjadi silent reader sebabnya nak ketahui lebih lanjut mengenai sakit ini. Banyak juga persamaan yang berlaku antara cik en dan pesakit AD di dalam group tersebut. Tapi cik en kagum, walaupun nampak seperti seorang yang mengada-ngada atau lemah sebab berfikiran begitu, setiap ahli menyokong satu sama lain. Memang jiwa pesakit AD ini sangat sentitif dan emosi selalu moody dan swing. Dan cik en yakin tak ramai orang yang sihat di luar sana memahami apa yang kami lalui. Dan ada kes sehingga bercerai berai tau! Jika ada suami, isteri, anak, ibu bapa atau kawan yang boleh memahami pesakit AD ini, lagi cepat pesakit AD ini boleh sembuh tanpa perlu mengambil pil tidur dan ubat ubatan yang ada.

Salah satu tanda AD


Berbalik kisah cik en, cik en masih diperingkat awal, tidaklah sampai tahap, kebimbingan yang kronik. Hanya cepat tersinggung, marah, stress, beremosi, berfikiran negatif. Ikutkan cik en sendiri ingin ke hospital untuk lebih confirmkan. Tapi, biasalah cik en rasa cik en sihat so selalu membatalkan hasrat untuk berjumpa doktor.  Hari ke hari, pelbagai pertanyaan yang diajukan dalam group itu. Dan ada yang kata, beliau pesakit AD, tapi tidak pernah sekali sentuh ubatan walaupuns akit bertahun tahun. Dia cuma mendekatkan diri dengan Allah. Itulah inspirasi cik en. Dan juga ada yang bertanya adakah kopi, nescafee dan coklat buat moody. Dan ada yang menjawab "iye". Dan bila di fikir balik memang setiap hari cik en tidak lepaskan diri dari minum kopi. Dengan nekad untuk sembuh, cik en cuma tidak minum kopi ataupun makan coklat. Dan hasilnya sebulan setengah ini, cik en dah mula happy, emosi lebih stabil dan ceria. Dan ada sekali cik en terminum kopi, memang lepas itu, mood swing ke barat utara. Hahahah.. Nasib sempat cari air oren (Vitamin C) untuk naturalkan balik dan ianya berjaya.

Kisah diatas adalah kisah cik en sendiri. Jika korang bukan pesakit AD, tiada masalah dengan kopi atau coklat. Dan AD ini jika tidak dirawat, takut ada yang sampai membunuh diri. AD datang tanpa kita sedar. Cik en yang selalu hati sado dan sentiasa berfikrian positif pun boleh terkena. Hanya kerana stress dengan orang sekeliling kita. Jadi terpaksa cik en ignore orang yang memberi kesan emosi pada cik en. Cik en terpaksa lupakan segala kenangan yang mengusik jiwa termasuk ex boyfriend, masalah kekeluargaan, masalah kewangan dan sebagainya. Sebabnya jika korang menjadi pesakit AD, korang tak dapat langsung keseronakan kehidupan dan hari hari korang akan suram dan gelap. Sedangkan dunia ini luas, banyak lagi kita belum terokai dan juga bukan kita sahaja ada masalah, ada lagi yang lebih berat masalahnya.

Sebulan setengah ini baru jiwa cik en berbunga bunga balik. Terima kasih pada group facebook berkenaan dan kekasih hati cik en. Dialah tempat cik en meluahkan kemarahan setiap hari. Tidak sikit dia tinggikan suara jauh lagi memukul cik en. Kehidupan cik en tidak seperti kehidupan orang luar sana. Dari kecil hingga dewasa, cik en sentiasa dihujani dengan ujian. Mungkin kerana itu, buat cik en memendam perasaan dalam diam. Apabila usia berganjak dewasa, fikiran cik en tidak seperti dulu. Dulu persetankan apa orang kata, cuma sekarang cik en terlalu banyak absorb masalah termasuk masalah orang lain dalam diri cik en. Sebab itu AD menyerang. Dan cik en tak kata ianya akan sembuh sepenuhnya sebab AD ini boleh kembali bila bila masa.

Pelajari apa itu Anxiety Disorder , takut tanpa sedar, korang pun menghidapinya macam cik en. 
7