Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Maybelline

Showing posts with label Maybelline. Show all posts
Showing posts with label Maybelline. Show all posts

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline | Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ini cik en baru cuba around 2 minggu ini. Awalnya cik en cuba untuk ambik foundation dari jenama lain tapi tertarik dengan Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline kerana struktur foundation itu sendiri. Entah la kenapa suka sedangkan niat awal nak memilih jenis liquid atau cecair. Kebetulan cik en ini tengok banyak sangat code Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ini. Selalu cik en tengok 3 code je untuk foundation. Dark, Natural dan light. Tapi Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ada 12 code dan yang cik en tengok masa beli di Watson de 9 code. Banyak kan? Tapi cik en rasa lebih bagus sebab ianya lebih banyak pilihan untuk tone warna kulit kita. 

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline
Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline


Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ada 12 code. 12 Code itu :

  1. Natural Beige
  2. Warm Porcelain
  3. Porcelain Ivory
  4. Ivory
  5. Classic Ivory
  6. Nude
  7. Creamy Natural
  8. Sandy Beige
  9. Pure Beige
  10. Honey Beige
  11. Caremal 
  12. Coconut
Masing masing mempunyai tone warna yang berbeza. Warna korang boleh tengok di bawah ini. Cik en carikan untuk korang 


Pening kan? Cik en sendiri awalnya blur nak pilih warna mana. Last last cik en memilih code 50 Creamy Natural. Asalnya nak pilih Nude tapi tak ada stock pulak. Walaupun Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline Creamy Natural ini pilihan kedua, cik en puas hati jugalah warna dia. Sesuai dengan kulit muka cik en. Cik en dah cuba beberapa kali apply cuma tak sempat buat video sebab masalah teknikal sikit. Tapi cik en tunjuk melalui perbandingan di bawah ini



Nampak smooth kan? Cik en suka dan tahan lama. Buktinya cik en pakai masa Event Traveloka Escape with The Butterfly Project dari subuh sampai ke petang tapi mantain cantik. Hahahha. Puji diri sendiri kan.. ahahhaha.. Harga dia pula mampu milik la. RM45.00 saja. Boleh la golongan sederhana ini nak beli. Kalau korang nak beli online boleh beli secara online atau dimana mana kedai kecantikan seperti Watson, Guardian dan lain lain.

Korang pernah try Bio Essence Water Gold? Mungkin korang tak tahu, cik en pengguna setia Bio Essence ini. Review penuh di Bio-Essense 24KBio Gold Water Mahal? Berbaloi Ke Beli?


11

Pertama Kali Mencuba Lipstick Bewarna Ungu


Pertama Kali Mencuba Lipstick Bewarna Ungu | Lipstick ungu?? Warna yang tak pernah cik en cuba semenjak dahulu lagi. Warna yang agak naughty ini sememangnya bukan warna pilihan cik en. Tapi kenapa cik en memilih warna ini sekarang ini? Semuanya kerana aplikasi Snow di Play Store yang mana ada pilihan aplikasi yang ini 


Nampak gothic kan? Hahaha. Macam terbekenan pula dengan lipstick begitu. Jadi petang itu cik en ke Watson Sitiawan dan cari warna seakan akan warna itu tapi tak ada. Ada satu lipstick dari Maybelline Colorshow Madly Magenta Creamy Matte Lipcolor code M402 yang menarik perhatian cik en . Harga RM 18.97 . Murah kan? Tetiba jadi obses dengan warna camni. Jenuh la.. hahahah.. Cuba kongsi warna warna lipstick yang korang pakai lani. Lengkap dengan code dan jenama. Boleh cik en mencari nanti. Kalau berkenan boleh lah beli. Hahahaha
1