Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Manjung

Showing posts with label Manjung. Show all posts
Showing posts with label Manjung. Show all posts

Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung | Alhamdulillah, bukan sahaja kejiranan cik en di BBSAP dibantu oleh pemaju tapi barisan hadapan (Frontliner) di Manjung ini dibantu oleh DBE Gurney Resources Bhd dalam mengurangkan bebanan Frontliner ini. DBE Gurney Resources Bhd merupakan Syarikat pembangunan perumahan mampu milik yang beroperasi di Perak. DBE Gurney Resources Bhd. Sumbang 7 Tan Sayuran kepada barisan hadapan Covid -19’ – DBE Gurney Resources Bhd. Sumbang sayur-sayuran yang bernilai hampir RM30,000 yang dibeli dari Cameron Highlands sebagai rakam penghargaan keprihatinan sepanjang PKP. Majlis Perbandaran Manjung rakam penghargaan keprihatinan syarikat pemaju sepanjang PKP | Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


YDP Manjung, Shamsul Hazeman Md Salleh (tengah) dan Perancang Projek dari DBE Gurney Resources Sdn. Bhd., Mohd Shukri Bongsu menyampaikan sumbangan sayuran segar kepada barisan hadapan dan golongan yang memerlukan di luar pejabat Majlis Perbandaran Manjung pagi tadi.

Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


MANJUNG, PERAK, 29 Mac 2020 - Pelbagai cara digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di berkuat kuasakan. Sebuah syarikat perumahan dari Manjung, Perak, DBE Gurney Resources Bhd. turut mahu menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada para petugas ini namun melalui cara yang sedikit berlainan. 

Syarikat pembangunan perumahan mampu milik yang beroperasi di Perak itu bertindak menyumbang 7 tan sayur-sayuran segar untuk diedarkan kepada semua petugas-petugas barisan hadapan di daerah Manjung. Sayur-sayuran yang bernilai hampir RM30,000 yang dibeli dari Cameron Highlands diedarkan kepada para petugas barisan hadapan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM). 

DBE Gurney Resources menyerahkan sayur-sayuran itu kepada MPM yang seterusnya akan membantu mengkoordinasi cara penyampaian sumbangan sayur-sayuran berkenaan kepada para petugas barisan hadapan yang akan diagihkan secara berperingkat bagi mengelakkan sebarang perhimpunan orang ramai. 

Yang Dipertua MPM, Shamsul Hazeman Md Salleh merakamkan penghargaan kepada DBE Gurney Resources Bhd. Bagi menyahut inisiatif kerajaan untuk tujuan menyumbang dana kepada barisan hadapan yang telah bertungkus – lumus untuk menangani jangkitan ini. 

“Majlis Perbandaran Manjung menerusi Jabatan Komuniti dan Pembangunan Sosial akan menjadualkan pengagihan barang – barang segar timun, sawi, kailan, salad, kubis and bak choy kepada para barisan hadapan secara berperingkat mengikut kumpulan kecil bagi mengelakkan perjumpaan besar – besaran semasa tempoh kuarantin ini,” katanya. 

Penguatkuasa undang – undang dan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan kakitangan kesihatan (hospital dan Jabatan Kesihatan) terus bersiap siaga melaksanakan tugas mereka untuk memastikan bahawa penduduk di Manjung tidak berisiko dijangkiti Covid – 19. 

“Kami juga akan menyumbang dana ini kepada rumah anak – anak yatim, rumah orang tua, sekolah tahfiz, penerima e – Kasih dan penduduk yang kurang berkemampuan dalam daerah kami kerana mereka adalah golongan yang lebih berisiko terhadap virus ini jika terdedah. Kami berharap agar jasa baik daripada perbadanan akan memotivasikan para barisan hadapan kita untuk meneruskan usaha mereka dalam memastikan keselamatan daerah ini sehingga 14 April atau sehingga maklumat selanjutnya,” tambahannya. 

DBE Gurney Resources Bhd telah diwakili oleh Perancang Projek, Mohd Shukri bin Bongsu. “Kami merancang untuk menyampaikan sumbangan yang serupa di daerah lain dalam negeri Perak yang terjejas oleh PKP minggu hadapan. Fokus kami adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan sebanyak yang mungkin dalam tempoh getir ini,” kata beliau.
1

Ritz Garden Hotel Manjung | Pilihan Hotel Berhampiran Teluk Batik dan Lumut

Ritz Garden Hotel Manjung | Pilihan Hotel Berhampiran Teluk Batik dan Lumut | Nama duduk di Manjung tapi cik en tak banyak review hotel yang ada di sini. Jika sebelum ini cik en pernah review Marina Island Pangkor Resort dan Hotel, kali ini cik en nak Ritz Garden Hotel Manjung. Ritz Garden Hotel Manjung ini terletak di Seri Manjung dan 15 minit ke Lumut dan 20 minit ke Teluk Batik | Ritz Garden Hotel Manjung | Pilihan Hotel Berhampiran Teluk Batik dan Lumut

Ritz Garden Hotel Manjung | Pilihan Hotel Berhampiran Teluk Batik dan Lumut

Ritz Garden Hotel Manjung | Pilihan Hotel Berhampiran Teluk Batik dan Lumut


Ritz Garden Hotel Manjung ini terletak di tengah tengah kawasan Seri Manjung, Satu bangunan dengan pasaraya Billion. Bangunan yang sama juga terdapat kedai makan jadi memudahkan semua pelanggan hotel ini mencari makan. Jika nak membeli belah pula korang boleh masuk ke Billion.




Cik en menginap di sini bagi mengikuti FamTrip Media untuk Bandar Baru Setia Awan Perdana Dan Liputan Kejohanan Remaja Terbuka BBSAP 2020 Bersama Datuk Misbun Sidek. Lucky sangat sebab kami diberi seorang sebilik jadi cik en memang gunakan sepenuhnya untuk berehat. Sesekali bercuti di kawasan sendiri memang best rupanya. Hahahhaha


Bilik cik en jenis Standard dan memang rasa selesa la sebab sorang kan? Nampak macam kecik je tapi bila masa dalam banyak juga bilik dalam Ritz Garden Hotel Manjung ini. Jom tengok bilik cik en.








Kalau korang nak bercuti ke Lumut, Teluk Batik atau menunggu bot ke Pulau Pangkor bolehlah menginap disini. Harga yang berbaloi sangat


RITZ GARDEN HOTEL MANJUNG
Lot 5260 & 5261, Jalan Lumut,
Seri Manjung, 32040 Lumut,
Perak
Tel: 05-688 8811 (Main Line)
Tel: 05-688 7711 (Sales Office)
Fax: 05-688 3311
Email: reservation@ritzgardenhotelmanjung.com (Room reservation)
Email: sales@ritzgardenhotelmanjung.com (Function)

1

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane | Merasa juga la muka di make up bagaikan majlis perkahwinan. hahahahah. Anyway cik en jarang di make up oleh Make Up Artist (MUA). Rasanya seingat cik en baru 3 kali dan kali ini yang ke 4. Disebabkan cik en nak buat photoshoot so kena juga la make up sikit. So cik en pun Mencari MUA Manjung. Tapi biasalah cik en bukan tahu sangat sampailah Kak Julia Alisya suggestkan seorang MUA dan dalam masa yang sama cik en dan kak Julia photoshoot bersama. So Kak Julia suggestkan Janna Jane yang mana sebelum ini beliau pernah make up kan kak Julia. Simple make up tapi cik en sangat selesa dapat servis dari beliau. So kalau korang Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane ini. 

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane 


Janna Jane ini dulu MUA Terengganu. Dapat rezeki kembali ke negeri sendiri, so beliau dan suami kembali ke Manjung kalau tak silap cik en around 5 atau 6 bulan lepas. So selepas berehat lama, beliau nak kembali untuk aktif semula. So bila cik en tengok hasil make up dia. cik en rasa memang patut pun cik en review servis dia. Anyway Janna Jane ini sangat friendly. So rasa tak kekok bila bersembang. 

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane
Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Apa yang lagi cik en suka, beliau tanya dulu apa yang make up cik en. Disebabkan ini phooshoot pertama cik en, so cik en tak ada kenakan tema apa apa pun tapi biar nampak runcing muka dan sesuai dengan pakaian yang cik en pakai. Anyway cik en tak suka heavy make up tapi bila melibatkan photoshoot, kena lebih sedikit heavy sebab pencahayaan warna putih akan buat muka pucat kalau terlalu light make up tu. 

Mencari MUA Manjung
Mencari MUA Manjung

Dari hasil make up cik en suka cara beliau punya eyeshadow. Mungkin ramai suka jenis soket atau smokey tapi cik en kurang berminat kalau ianya bukan majlis yang glam. Ia cuma untuk phototshoot untuk profile cik en dan blog www.nurfuzie.com cukuplah ia simple eyeshadow. Begitu juga dengan bulu mata. Beliau gunakan gam warna hitam so nampak lebih natural tak la nampak line putih tu kan.

MUA Manjung

Selain cik en, Janna Jane make up Kak Julia juga, So beliau tak ambil masa yang lama sebab kami pun tak ada masalah muka yang memerlukan correction lebih. Huhuhuhu

MUA Manjung
MUA Manjung

Anyway Janna Jane ni pemalu sangat bila cik en nak snap gambar beliau. Dia asyik pakai mask beliau je macamni

MUA Janna Jane Manjung
MUA Janna Jane Manjung

So kalau korang nak nak tengok wajahnya dan mungkin nak bertanya pakej make up beliau bolehlah ke Instagram dan facebook beliau atau terus whatsapp


Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane
11

Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor

Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor | Kadang kadang rezeki kita ini datang tiba tiba. Dalam ada masalah, Allah balas dengan rezeki yang lain. Entri ringkas ini cik en buat sebab nak ambil idea dan mood untuk entri review. Nak freshkan otak ini. Huhuhu. Cik en bekerja di Manjung yang mana dalam daerah ini terletaknya Pulau Pangkor. Lama juga tak pergi Pangkor selepas Program Pengawal Penyakit Sampar Ayam selesai. Nak berjalan pun rasa macam tak sempat sebab sibuk dengan urusan harian. Ada seorang customer dari Pangkor Priya dan Aunty dia anggap sebagai mak selalu bawa kucing untuk rawatan di klinik. Lama sudah Aunty ajak ke Pangkor tapi tak sempat lagi. Hari ini dapat Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor oleh mereka. 


Rezeki Dapat Ikan Segar Dari Pulau Pangkor


Banyak betul dia bagi jenis ikan termenung (betul ke?) ini. Cik en tak kenal banyak jenis ikan. Yang ini nampak macam ikan termenung. Termenung la kot yek. Hahahha. Dah lama tak siang ikan sebab cik en jarang makan di rumah. Dah sorang kan, nak masak pun macam tak best sebab sorang sorang je makan. Huhuhu.


Nampak tak dari mata ikan memang ikan ini segar sangat. Priya beritahu tadi, bot balik pagi tadi sebelum mereka packing datang ke tanah besar. Ini pun dah bahagi 3 tau. Cuba la bayangkan banyak mana. Mau 100 ekor atau lebih. Cik en punya pun dah dekat 50 lebih ekor.

Untuk makan ini cik en suka masakan simple. So cik en masak ikan segar ini goreng rangup rangup dengan garam dan kunyit. Buat pula air asam, perghhhh meleleh ayaq liuq cik en. Hahahha


Selain nak dapatkan ikan segar di Manjung ini selain di Pulau Pangkor, korang boleh ke Kampung Sitiawan. Korang boleh baca entri Tempat Jual Ikan Segar dan Seafood dan Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung SItiawan 

p/s : Kalau mai Pulau Pangkor jangan lupa kunjungi 10 Lokasi Menarik Wajib Singgah di Pulau Pangkor
4

MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka

MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka | Sabtu lepas cik en berkesempatan untuk menghadiri Grand Opening MBH Medispa Manjung di Seri Manjung Perak. Siapa sangka mereka memilih Manjung sebagai cawangan kedua di Perak. Ini disebabkan permintaan dan survey yang tinggi bagi peminat MBH Medispa di Manjung. MBH Medispa Manjung merupakan cawangan ke 20 yang mana sebelum ini kebanyakkannya berada di pantai barat dan selatan Malaysia. Untuk menguasai utara Malaysia, MBH Medispa telah pun membuka 3 MBH Medispa yang lain iaitu di Ipoh, Sungai Petani, Seberang Jaya dan seterusnya di Manjung. | MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka

MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka
MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka 

MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka


Pembukaan besar besaran ini merupakan majlis yang dinanti nantikan penduduk Manjung kerana ada promosi wajib iaitu diskaun sehingga 90% untuk semua rawatan termasuk parut berlekuk, jerawat, jeragat dan kulit kusam. Dalam anggaran 100 orang pelanggan yang hadir untuk mendapatkan percuma sampel produk penjagaan kulit dan juga rawatan percuma, mereka juga dihiburkan dengan aktiviti aktiviti menaruk dengan hadiah hadiah tajaan Dermaklair secara percuma. Majlis ini dirasmikan oleh Osama Yamani  anak kepada Jamal Abdillah yang mana beliau juga memilih MBH sebagai pusat penjagaan wajah beliau.


Dengan pengalaman hampir 10 tahun dalam industri spa dan estetik, MBH Medispa kini dikenali ramai sebagai salah satu daripada pusat kecantikan bumiputera yang terkemuka di Malaysia,. Mesti korang tertanya apa itu MBH Medispa? MBH adalah singkatan Maya Beauty House dan Medispa adalah gabungan perkatan medical dan spa. Ini kerana MBH Medispa berasaskan unsur moden dan tradisional dalam rawatan mereka. Menggunakan slogan Beauty In Loving Hands, Puan Yaya Mohammad  pengasas MBH Medispa meyediakan servis rawatan wajah, malah memberi rawatan insentif bagi sesiapa mempunyai masalah kulit yang lebih terperinci seperti jerawat, parut jerawat, jeragat dan sebagainya.



Sejak 2018, MBH Medispa telah dijenamakan dengan MBH Skin Expert dan mempunyai rangkain MBH Haircare dan MBH Body Theory. Kesemua produk mereka menggunakan produk sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan yang mana mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Kesemua produk MBH dihasilkan sendiri di Kilang Moha Biotech Manufacturing yang bertapak di Kulai Johor. 

Antara produk MBH ialah MBH Dermacare Normal Skin Solution, Skin Repair Solution, Essence Series, Cream Series, Dark Spot Brightening dan terbaru EGF Serum.



Selain itu ada MBH Nutricare untuk makanan tambahan seperti Teatox dan Ceramida. Mesin rawatan di MBH diimport dari Jerman dan Korea bagi memastikan rawatan di MBH menggunakan teknologi yang terkini dan terbaik di pasaran.


Bukan sahaja ada MBH Medispa tapi MBH juga mempunyai rangkaian kosmetik sendiri iaitu MBH Minaeral Cosmetics dan pusat rawatan rambut. Para pekerja MBH Medispa terdiri dariapda jururawat terlatih dan graduan lulusan IPT yang diiktiraf.


Sebelum satu satu rawatan dijalankan, para pelanggan akan menjalani sesi perundingan bersama pakar di satu bilik khas dan privasi. Selepas itu akan ada sesi analisa kulit wajah menggunakan mesin khas, Ianya penting dalam mengenalpasti masalah kulit. Rawatan yang dicadangkan disesuaikan mengikut hasil analisis wajah. Antara masalah yang memerlukan rawatan pakar adalah


  1. Masalah kulit berminyak
  2. Masalah kulit kering
  3. Masalah parut jerawat dan berlubang
  4. Masalah kulit nipis dan sesntitif
  5. Masalah jerawat 
  6. Masalah Jeragat


Rawatan yang ditawarkan MBH adalah

Rawatan Wajah


  • MBH Signature Facial
  • MBH Cinderella Facial 
  • MBH Glossy Facial
  • Clinical Acne Treatment
  • Luminious Skin Treatment
  • Oleous Skin Treatment
  • Oxydermal Hydrating Treatment
  • Mudnetic Detox Facial
  • MBH Carbon Snow
  • Instant Crystal Glow
  • Royal Gold Reserve Age Treatment
  • MBH SGF Scar Solution
  • MBH Pigmentation Laser


Rawatan Estetik


  • MBH Electrocauter 
  • E-Light PL Treatment Hair Removal
  • Microdermabrasion
  • Mesotheraphy Non Needle
  • LED Photo Treatment
  • Payulift Breast Enhancing Treatment
  • RF V Shape Treatment
  • RF Double Chin Treatment
  • RF Facelift Treatment
  • RF Dark Circle Treatment
  • RG Eye Bag Treatment
Atau untuk lebih lanjut boleh ke https://www.mbhmedispa.com/katalog-produk/

Untuk sesiapa ada di Manjung atau travel ke Manjung dan ingin mendapatkan rawatan muka boleh la booking di 

MBH Medispa Manjung
46, Jalan PPMP 3/1, 
Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 
32040 Manjung Perak
No Telefon : 018-252 8438

p/s : anyway cik en belum lagi kesempatan nak mencuba MBH Medispa ini walaupun nampak ramai blogger beri feedback positif. So dah alang alang di Manjung ini, cik en kena cari masa untuk cik en mencuba dan semestinya nanti cik en akan sharing pengalaman itu di www.nurfuzie.com . So stay tuned!!!!
12

Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh Di Manjung Yang Marvellous Ini

Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung Yang Marvellous Ini | Semenjak duduk di Manjung, cik en memang susah nak cari kuetiau yang sama di Ipoh. Cik en sebelum tinggal di Manjung, memang menetap di Ipoh dari zaman belajar sampai bekerja. Semua orang sedia maklum, Ipoh memang syurga makanan dan salah satu kegemaran cik en adalah Kuetiau Kicap Kuah Kari. Port paling terkenal di Ipoh semestinya Mat Jasak dan Mee Kari Purba di Loken setiap hari Ahad. | Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh  di Manjung Yang Marvellous Ini



Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung Yang Marvellous Ini


Tapi bila cik en sampai Manjung dan menetap disini semenjak 2011 lagi, cik en tak pernah dapat merasa Kuetiau Kicap sedap di sini. So kalau rindu Kuetiau Kicap kuah kicap ini memang cik en akan ke Ipoh. Sampailah cik en diperkenalkan oleh Syahirah yang asalnya pelanggan klinik veterinar cik en untuk merasai Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini.



Banyak kali di ajak tapi cik en ini jarang nak keluar malam sebab badan letih sangat bila bekerja siang hari. Sampai la satu masa cik en mencuba dan wow!!! macam Kuetiau Kicap Kuah Kari Mat Jasak la. So memang licin la cik en makan masa itu. Kali kedua pergi cik en repeat pula Kuetiau Goreng dorang. Perghhhhh macam Kuetiau Goreng Mee Kari Purba la. Walawehhhhhhh.. napa lambat cik en tahu pasal ini. Selain itu nasi lemak dia pun sedapppp.. So repeat la kali ke tiga dengan mak abah yang melawat cik en untuk makan nasi lemak dia.



Aduhh.. aaduhh sayang.. ruginya cik en tak tahu pasal kewujudan Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini kat Manjung sebelum ini. Ini review jujur tau. Cik en memang obses dengan Kuetiau Kicap dan Kuetiau Goreng ala chinese ini dari dulu. So setiap kali ada menu ini memang cik en akan pergi dan rasa. So Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini cik en recommended sangat sangat. Korang orang Manjung jangan tak cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini. Dan korang yang nak ke Pulau Pangkor ke, Lumut ke atau Lakar Lumut jangan lupa nak singgah Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini sebab dekat sangat dengan tempat peranginan ini. Ini detail Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung

Masa Perniagaan : 6.00 petang sehingga lewat malam
Lokasi : Hadapan Starview Hotel Manjung
Facebook : Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung
No telefon : 010-4434864

4

Laman Karya Lumut - Lakar

Laman Karya Lumut - Lakar  | Walaupun Lakar dah wujud beberapa bulan lepas di Lumut, cik en masih tak tahu kewujudannya. Nampak tak cik en orang duduk rumah jarang keluar? Hahhahaha. So kali ini cik en nak kongsi dengan korang pasal Lakar ini. Lakar atau Laman Karya Lumut ini diusahakan atas gabungan beberapa komuniti tempatan seperti Kuasa Perak, Info Hub, Nagarakota, Ruang GK, Lakar Cafe, Toko buku Hamzah, Selat + Selat, OGB, Hinggap Backpaker, Sugar & Twine dan marina Wing Night dalam mengumpulkan beberapa komuniti untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti filem, nature arts, penanaman pokok, nursery bakau dan lain lain lagi. | Laman Karya Lumut - Lakar

Laman Karya Lumut - Lakar
Laman Karya Lumut - Lakar 

Laman Karya Lumut - Lakar


Anyway cik en sebenarnya tak explore lebih sebabnya cik en nak jemput Blogger Perak untuk join aktiviti yang ada disini. Tapi disebabkan semuanya sibuk dengan jadual masing masing cik en buat review terlebih dulu apa yang ada disini. So apa yang cik en diberitahu ada beberapa bilik atau ruang di Laman Karya Lumut - Lakar ini dan disewa kepada beberapa komuniti seperti Nature InfoHub & Tours, Nagarakota, Lakar Cafe, Toko Buku Hamzah dan Hinggap Backpacker. Paling famous disini Hingap Backpacker dan Lakar Cafe


Gamabr di atas ini adalah gambaran kawasan Laman Karya Lumut - Lakar ini. Setiap bangunan ada terbahagi kepada 4 ruangan atau bahagian. Atas 2 dan bawah 2. Sebelah kanan sekali bawah adalah Nature InfoHub & Tours. Diatasnya adalah ruangan bermesyuarat atau perjumpaan kecil. Kalau nak buat surprise party pun boleh juga sebab ruangannya privacy dan santai. Sebelahannya adalah tempat jamming dan tempat buat cop untuk baju. Cik en sendiri dah lupa apa ke namanya proses itu. Tapi blok dia gunakan kayu di bawah ini



Disebelah atas Lakar Cafe ada ruangan santai, cit cat dan minum minum. Gambar di bawah ini adalah gambar di ruangan ini



Bangunan sebelah nya pula adalah Lakar Cafe dan cik en belum kesempatan untuk merasai menu yang ada disitu lagi. Insyallah dengan team Blogger Perak nanti cik en akan merasa dan berkongsi dengan korang. Kalau korang nak tahu menu apa yanga ada, korang boleh try tengok di Facebok LAKARkafe.


Bangunan sebelahnya pula dibawah adalah tempat baiki basikal. Di Laman Karya Lumut - Lakar ini selalu jadi tumpuan komuniti berbasikal. Jadi disini mereka akan dapatkan peralatan dan pembaikan basikal mereka. Diatasnya pula ada Toko Buku Hamzah yang mana buku yang tidak dijual di pasaran dan di Malaysia korang boleh dapat disini. Korang boleh pinjam bawa balik dengan menulis nama je.

Sebelahannya pula adalah Hinggap Backpacker Hostel untuk wanita dan bangunan sebelahnya untuk lelaki. Hinggap Backpacker Hostel ini tak la selesa macam hotel dan ianya sangat terhad dalam 10 orang macam itu. Sesuai untuk sesiapa yang datang ke sini dan menunggu feri ke Pangkor. Masa cik en datang ianya masih dalam penambahbaikan tapi korang boleh tengok progress di Hinggap Backpacker Hostel

Cik en akan story lebih lanjut Laman Karya Lumut - Lakar bila cik en kesana lagi nanti. So kalau korang nak tau aktiviti terbaru Laman Karya Lumut - Lakar ini atau nak join aktiviti mereka boleh la follow mereka di


p/s : lepas ini nak story pula di Manjung ini port makan ketiaw kicap kuah kari best macam di Ipoh. Kena bersabar la ye untuk cik en update. Hihihi
6

Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous

Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous | Hari ini hari kebebasan pada cik en sebab hari ini cik en perlu selesaikan pemeriksaan ladang itik untuk Lesen Penternakan Unggas Negeri Perak di Taiping. Setiap lesen yang perlu renew perlu dibuat pemeriksaan untuk melayakkan mereka renew untuk tahun selepas itu. Lesen Penternakan Unggas ini valid hanya untuk 1 tahun. Anyway cik en bukanlah nak cerita bab lesen tapi seperti biasa, bila ada aktiviti luar, kami akan makan di tempat tempat sedap sepanjang perjalanan. Kali ini kami akan makan port sedap disepanjang perjalanan Manjung ke Taiping. Untuk sarapan pagi hari ini cik en pekena Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous. 


Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous 


Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous ini antara port roti canai yang popular dan jadi pilihan orang orang Manjung tak kira Melayu, Cina dan India. Kalau tengok update location Roti Canai Pak Hassan Segari Manjung Perak di facebook, ada orang cina yang tagged. So boleh dikatakan Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini pilihan ramai orang. 

Kat mana kesedapan Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini? Bagi cik en, cik en suka roti canai dia yang lembut dan sedap. Kuah dia pun sama. Sedap. Kiranya kalau di sebelah Sitiawan, Kedai Roti Canai Tam Kampung Sitiawan port roti canai sedap tapi di sebelah segari Roti Canai Pak Hasan Segari jadi pilihan. 

Segari ini berhampiran dengan Teluk Senangin, Pusat Penetasan Penyu Segari , Swiss Garden Damai Laut, Port Memancing Kg Bharu Sitiawan dan kalau jauh sikit, lumut, teluk batik, pulau pangkor dan Marina Island. 


Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak dibuka bermula 8.00 pagi sehingga 5 petang dan rasanya dibuka setiap hari. Nak cari port sini senang, waze saja Roti Canai Pak Hasan LumutRoti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini bersebelahan dengan Masjid Arfiah Batu 3 Segari atau google saja Roti Canai Pak Hasan


4

D'marmalade Cafe Lumut Sedap Ke?

D'marmalade Cafe Lumut Sedap Ke? | Entri ini sepatutnya cik en keluar lebih awal tapi biasalah mood seorang blogger ini ditambah dengan job yang ada due date buat entri ini pending dekat sebulan. Apa apa pun ini bukan paid review ye. D'marmalade Cafe Lumut cik en tak pernah cuba sebelum ini. Selalunya dengar team Samudera Vet cerita yang makanan dia not bad juga. So bila dah kelapangan itu, cik en pun ajak mereka teman cik en makan di D'marmalade Cafe Lumut ini. Nak tengok gak, apa menu D'marmalade Cafe Lumut yang ada dan Sedap Ke? | D'marmalade Cafe Lumut Sedap Ke?

D'marmalade Cafe Lumut
D'marmalade Cafe Lumut


D'marmalade Cafe Lumut Sedap Ke?

Untuk D'marmalade Cafe Lumut ini cik en tertarik dengan ketiaw kicap kuah sup. Kalau korang nak tahu, cik en memang peminat chinese food dan salah satunya ketiaw kicap ini. Kat Ipoh dulu ada beberapa port yang cik en akan layan habis ketiaw kicap dia. Sampai satu tahap, cik en sendiri dah keluarkan resepi rahsia ketiaw kicap keluarga mentua tak jadi cik en. Nak tau? Cik en share kat Resepi Ketiau Kicap Halal Kuah Kari Halal . Ini dia menu cik en yang dipilih


Dan ada kisah lucu tau, entah la macamana depa boleh lupa letak kicap dalam ketiaw kicap cik en ini. Hahahha.. Nasib mereka perasan dan hantar kicapnya. Kalau tak cik en leh cakap ketiaw kosong kuah sup. Hahahhaha. Anyway rasanya tak leh lawan la yang memang portnya hanya ketiaw kicap ini. Kari dia biasa mungkin untuk kesesuaian dengan penduduk di Manjung. Cuma bagi seorang ketiaw kicap lover cik en boleh bagi 3.8/5 . 


Cik en takkan makan kalau tak order 2 menu. Hahahha. Cik en order Sotong Kangkung dan ok la, macam biasa dan tiada cacat cela. Yang ini cik en bagi 4/5


Menu atas ini Mee Kari. Rasanya Kekda yang order. Yang ini cik en suka. Kuah dia pekat likat. Yang ini cik en bagi 4.5/5 


Kalau cik en tak diet (kekononya) cik en akan pilih menu ini. Kalau tak silap, asam pedas. Memang sedap. recommended. Kuah dia buat cik en tersedak dengan hirupan pertama. Hahahhaha. Kena pula dengan papadom dan nasi putih camni. Untuk asam pedas cik en bagi 4.8/5

 
Zoom sikit asam pedas dia. Nampak menyelerakan kan? Sama juga dengan rasanya. Memang Umphhh


Menu sampingan lain adalah cucur udang. Kuah dia sedap. Rasa nak repeat masa tengah tulis entri ini. Yang ini cik en kasi 4.5/5 

Untuk air, cik en macam biasa akan order green tea panas atau air suam so untuk menu minuman cik en memang tak kan review dalam ini. Disebabkan ada yang order minuman manis yang lain, cik en review minuman ini



Cik en rasa kesemua air minuman ini. Green Tea Ais dia terbaik! Cik en random bagi 4.8/5 untuk kesemua air minuman ini. 

Mana yang duduk di Manjung atau sesiapa nak mai Lumut Perak, korang boleh cuba menu menu yang ada di D'marmalade Cafe Lumut ini. Tempat dia tak jauh dari Teluk Batik dan Lumut. Cafe dia bersih dan selesa. Boleh masuk ramai dan pelayan ramah ramah belaka. 

Kesemua rate cik en bagi adalah dari review tekak cik en. So setiap orang mempunyai rasa dan kegemaran yang berbeza beza. So apa salahnya korang sendiri mai dan cuba menu menu di D'marmalade Cafe Lumut  ini. Ini detail cafe D'marmalade Cafe Lumut 

D'marmalade Cafe Lumut 

No 13 Jalan Pundut Raya 1,Taman Pundut Raya
Lumut 32200
4.205779, 100.642062
Waze : D'marmalade Kafe Lumut


2