Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Malaysia

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wan Zai Bawal Goreng Bandar Perda Bukit Mertajam Penang

Wan Zai Bawal Goreng Bandar Perda Bukit Mertajam Penang | Miggu lepas, cik en dan keluarga sempat habiskan masa bersama ke Bandar Perda Bukit Mertajam. Kami ke Bandar Perda disebabkan abah cik en nak berjumpa dengan kawan lama dia yang bekerja di Balai Polis Bandar Perda. Kawan lamanya pernah bertugas di Balai Polis Kuala Kangsar sebelum ini. Cik en pun bergerak dari Kuala Kangsar dalam pukul 8 malam dan sampai lebih kurang 9.30 malam. Sementara menunggu kawan abah cik en habis shift, kami sempat la berjalan di Uptown Bandar Perda dan makan dulu di Wan Zai Bawal Goreng Bandar Perda Bukit Mertajam Penang. Tak sangka Wan Zai Bawal Goreng Bandar Perda Bukit Mertajam Penang merupakan tempat yang tular di kalangan pengemar makanan ikan bawal goreng panas panas di sini. 


Cik en bukanlah peminat menu ini, tapi seorang yang mencari menu menu terkenal di satu satu tempat. Menu Bawal Goreng Panas Panas ini dalam satu set yang mempunyai nasi, bawal yang digoreng semasa order, sambal belacan dan ulam serta yang paling best kuah kari Melayu dia. Sedap. Dan kalau datang sini kena cuba juga Sup Ayam Kampung mereka. Kuah dia perghhh. sedap sungguh. Cuma dah lewat dan cik en dah kenyang cik en tak dapat la pulun makan macam abah cik en. Abah cik en siap tambah lagi bawal untuk meratah.

Kebetulan, masa cik en dan sekeluarga ke sini, Pak Teh Am cik en iaitu pak menakan atau bapa saudara cik en ini baru balik bekerja. Dia kerja bawa lori dan port simpan lori di area sini je. Jadi sempat la berjumpa dengan salah seorang wali cik en ini. 


Kalau korang datang kesini, bolehlah try datang kesini dengan search di Waze Wan Zai Bawal Goreng atau Uptown Bandar Perda. Uptown ini berdepan je dengan Wan Zai Bawal Goreng ini. Lepas cuci mata di Uptown tu bolehla menjamu perut di sini. 

Xoxo, jumpa next entri di www.nurfuzie.com
4

5D Interactive World Penang Best


5D Interactive World Penang Best | Lebih dikenali 5D Museum atau Muzium 5D ini tidak akan mengecewakan bagi sesiapa melawat muzium ini. Muzium ini juga sangat sesuai untuk lapisan umur. Dari kanak kanak ke dewasa kerana ianya berkonsepkan seni, kreatif dan pembelajaran (Art, Creativity and Education). Terletak di tengah tengah Penang membuatkan ianya menjadi tarikan pengunjung yang ingin mencuba benda baru. Muzium ini berhampiran 1st Avenue dan Penang Komtar.


Dari jalan besar. senang saja korang nak cari. Tengok pintu masuk di atas ini. Ada kepala T-Rex lagi. Senang korang nak cam tempat ini.

Jimatkan Sumber Air Kita

Kehidupan Marin Yang Semakin Hari Semakin Pupus

Help me Help me!

Wacha!!!!!! 

Im butterfly!

Habislah kejap lagi spider datang


Nenak Kebayan Bertapa

Puteri Bertapa.. hahahahaha

Bonda bertapa...

Kamilah geng anak beranak bertapa!

Ada rupa cik en tak? hahahaha

walaupun nampak ke anak anakan.. tapi sesekali memang best dan fun sangat

Hasil kerja Blogger Utara (tipu saja)

Gabungan team cik en, cik en buat doraemon tu tau! jangan kata tak comel pulak yeee

Team Blogger Utara

Keluarga Blogger Utara

Peace yo!
Seperti entri sebelum ini, cik en bersama sama dengan geng Blogger Utara  FarahHusna ZumalAbang Long ArzPha IsNurul YuiZarul Farhana dan Kak Marsha. Walaupun ada yang sampai lewat sebabnya faktor kesesakan (Cuti merdeka) dan tempat parking yang penuh. Ini sememangnya tidak dapat nak dielakkan sama seperti tempat yang lain. Ok, korang nak tahu berapa harga tiket dan tempatnya? 

Harga tiket 5D Interactive World Penang
Dewasa RM30 (Tanpa MyKad) RM 18 (Dengan Mykad)
Kanak Kanak RM20 (Tanpa MyKid) RM 13 (Dengan Mykid)
Kanak kanak bawah 4 tahun  FREE

Alamat 
ACE 5D Gallery Sdn Bhd
29F Jalan Dato Keramat
10150, George Town
Penang

Laman Web
www.ace5d.my

FB Page

Waze
5D Interactive World Penang

No telefon 
Tel: 04-2189676

Rapid Penang
201,202,203,204,206,502,301,11
Hop On Stop 07

Masa buka
9 pagi hingga 6 petang
Selasa hingga Ahad

PERHATIAN : CIK EN NAK OFFER 2 TIKET (50% DISKAUN) KE 5D INTERACTIVE WORLD PENANG UNTUK 2 PENGOMEN BERTUAH! KORANG TINGGALKAN JEJAK DI KOMEN DAN CIK EN AKAN HUBUNGI KORANG. OFFER INI AKAN DITUTUP PADA 16 SEPTEMBER 2016 INI. PASTIKAN LINK KORANG BETUL BAGI MEMUDAHKAN CIK EN MENJEJAKI KORANG YE!
8

TeddyVille Perkenalkan Penang Melalui Patung Beruang


TeddyVille Perkenalkan Penang Melalui Teddy Bear | Pulau Pinang sememangnya negeri yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Cik en pergi buat kali ke 5 dan rasanya masih belum puas untuk round seluruh tempat menarik di Penang ini. Untuk pertama kalinya, cik en ke Batu Feringgi. Pantai Miami dia nampak cantik sangat. Rasa ala ala luar negara gitu. Tapi entri ini cik en bukan nak story mengenai pantai tau! cik en nak bercerita mengenai satu muzium yang dipenuhi dengan patung beruang atau Teddy Bear!!! Siapa suka teddy bear? Cuba angkat kening sikit. Hahaha. Dan korang pernah tak jumpa patung beruang yang 2 kali ganda tingginya dari korang? Tak pernah? Kalau camtu wajib korang baca entri ini sampai habis okey!


Teddy Ville merupakan muzium patung beruang yang pertama di Asia Tenggara. Rasa bangga juga sebabnya ianya ada di Malaysia! Dan semestinya korang akan di sajikan dengan pelbagai jenis patung beruang pelbagai saiz dan rupa dari pintu masuk Teddyville Museum ini sehingga penghujungnya. Cuba perhatikan gambar bawah ini. Betapa besar teddy bear yang pertama kali menyapa kami.


Ini cik en bersama puteri, anak abang long (panggilan team blogger utara) Arz Moha. Last jumpa puteri awal tahun ini dan masa itu, kami ke Wonderfood Museum. Ok, lets to continue. Diawal kemasukan kami, ada satu bahagian menerangkan sejarah Teddy Bear ini. 


Dan guys yang dibawah ini merupakan guide tour kitaorang. Dia menerangkan serba sedikit fakta mengenai teddy bear dan ianya sangat interested sangat tau!


Sejarah awalnya, teddy bear atau patung beruang ini wujud lebih 100 tahun dahulu iaitu tahun 1902. Kisahnya bermula apabila seorang Presiden US yang bernama Theodore Roosevelt atau dipanggil Teddy pergi memburu bear atau beruang dihutan tetapi tidak berjaya. Bersama dengan beliau adalah seorang Hunt Guide. Oleh kerana tengok Teddy asyik asyik tak dapat memburu menangkap seekor pun beruang, Hunt Guide telah mencari beruang tua dan diikat di sebatang pokok. Hunt Guide memanggil Teddy untuk menembaknya tetapi Teddy tidak sanggup kerana kesian. Teddy melepaskan beruang tua tersebut dan ianya dilihat oleh wartawan. Semenjak dari kisah itu, kisah Teddy dan beruang dalam bentuk kartun dilukis dan disebarkan melalui akhbar seluruh US. 


Kisah tersebut menarik minat ramai orang dan juga seorang peniaga kedai gula gula di Brooklyn, Morris Michtom untuk menghasilkan patung beruang dan diberi nama Teddy sempena nama Theodore Roosevelt dan Bear iaitu beruang. Jadilah nama Teddy Bear tersebut. Korang nak tengok patung beruang pertama di dunia? Tengok di bawah ini. Dihasilkan pada tahun 1902


Selepas itu, dihasilkan mata patung beruang dan dibawah ini antara mata anak patung yang dihasilkan awal awal dulu.



Nak tahu patung beruang bergerak yang pertama kali? Tengok yang bawah ini. Ini antara first patung beruang bergerak.


Yang bawah ini, patung beruang pertama berbunyi. Siap ada kaset lagi. Ini untuk bed story sesuai. Kalau peluk mesti sakit. hahahha


Sedikit suasana stage pertama Teddyville Museum ini yang cik en nak belanja.. Taraaaa...


Yang bawah ini, patung beruang paling keras. Hahhaha. Sebabnya di perbuat daripada wood (kayu)


Okey, yang ini pulak patung beruang paling mahal dalam dunia. Siapa boleh teka? Nevermind, tak perlu teka, cik en akan beritahu. harga nak patung dibawah ini RM20,000.00.


Ok, masuk stage ke 2, kat sini setiap patung beruang yang ada hanya ada satu dalam dunia. Sebabnya ianya di tempah khas untuk muzium ini sahaja. Sebelum cik en biarkan korang jalan jalan dalam muzium ini, cik en nak ceritakan sikit. Konsep TeddyVille ini adalah memperkenalkan Pulau Pinang atau Penang kepada pengunjung tapi diadaptasi pada patung beruang atau teddy bear ini. Jadi, korang akan jumpa teddy bear yang kecil comel dan sebesar manusia. Korang boleh peluk, boleh kiss kiss dan sebagainya. Enjoy sangat. Jom kita teruskan jalan jalan dalam muzium ini.








Memperingati P.Ramlee



Sebahagian keluarga Blogger Utara


Char ketiau satu!


Bora Bora



Penang Hill atau Bukit Bendera






















Bersama abang long Blogger Utara dan isteri serta anak dia.





Penat tak scroll? ada tak ala ala cik en jalan jalan dan tunjukkan apa yang ada dalam Teddy Ville ini tapi dalam bentuk gambar? Kalau korang rasa tak puas, korang kena pergi sendir tempat ini. Cik en sendiri rasa nak repeat balik jalan jalan dalam ini.

Lastly mestilah cik en nak kongsi gambar geng yang join sekali dalam aktiviti Marathon Blogger Utara ini. Cik en kenalkan ye. Dari kanan, Farah, Husna, Cik En Omey, Zumal, Abang Long Arz, Pha Is, Nurul Yui, Zarul Farhana dan Kak Marsha


Ini keluarga besar kami pada hari tersebut. Happy sangat sangat sebabnya meriah dengan kawan kawan baru. 


Korang nak tahu berapa dan dimana Teddy Ville ini. Ini detailnya

Harga tiket TeddyVille Museum 
Dewasa RM36 (Tanpa MyKad) RM 27 (Dengan Mykad)
Pelajar RM29 (Tanpa MyKad) RM 22 (Dengan Mykad)
Kanak Kanak RM25 (Tanpa MyKid) RM 15 (Dengan Mykid)
Kanak kanak bawah 3 tahun FREE


Alamat 
Ground Floor (Inside The Building)
56, Jalan Low Yat
Batu Feringgi
11100 Penang

Laman web
http://www.teddyvillemuseum.com/

FB Page

Waze
TeddyVille Penang

Contact
beary@teddyvillemuseum.com

No telefon 
Tel: 016-550 5949

And last, cik en up sikit gambar selfie di depan pintu TeddyVille ! Pintu masuk pun dah menarik kan! So kalau ada bercuti di Penang terutama di Batu Feringgi, Jangan lupa untuk masukkan dalam list jalan jalan korang ye!


Bye! Adios...
8