Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Make Up

Showing posts with label Make Up. Show all posts
Showing posts with label Make Up. Show all posts

Hannah Cushion BB Cream Pilihan Terbaru Bagi Pengguna BB Cream

Hannah Cushion BB Cream Pilihan Terbaru Bagi Pengguna BB Cream | Ada sesetengah yang sukakan foundation dan ada yang hanya sukakan cream yang ringan dan tidak terlalu tebal. Antara pilihan yang ada seperti BB Cream, CC Cream, DD Cream dan EE Cream. Tapi pada cik en, walaupun dah sampai EE Cream sekarang cik en masih sukakan BB Cream berbanding yang lain walaupun fungsinya berbeza. Kalau siapa yang masih tak tahu perbezaan semua krim itu boleh baca di entri Apa Perbezaan BB Cream CC Cream DD Cream dan EE Cream. So kali ini cik en nak share dengan korang satu BB Cream yang mungkin boleh menjadi kegemaran korang yang sukakan BB Cream macam cik en. BB Cream yang dimaksudkan ialah Hannah Cushion BB CreamHannah Cushion BB Cream Pilihan Terbaru Bagi Pengguna BB Cream


Hannah Cushion BB Cream Pilihan Terbaru Bagi Pengguna BB Cream



Hannah Cushion BB Cream ini best sebab ianya hadir dengan warna natural dan sangat sesuai dengan semua kulit wajah. Kelebihannya adalah cushionnya yang senang untuk kita apply tanpa perlu guna tangan atau berus yang lain. Hanya pulas dan BB Cream keluar terus apply ke muka. Mengandungi daun pegaga yang sangat sesuai dengan kulit sentitif dan berjerawat. Mempunyai SPF 35++ UVA/UVB dan Melindungi kulit dari Blue Light yang menyebabkan aging. Hannah Cushion BB Cream ini sangat sesuai dengan cuaca kita di Malaysia yang panas so ianya diformulakan dengan sweatproof

Harga Hannah Cushion BB Cream : RM69.90
Dijual di : Lazada, Shopee dan Agen agen
0

Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ?

Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ? | Ada yang tanya cik en Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ? . Terlalu banyak sangat produk kosmetik di pasaran sekarang sehingga ada pengguna yang blur dan susah nak buat pilihan kan? So kali ini cik en share dengan korang Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ? Harap ianya dapat membantu korang yang masih tak tahu apa maksud ketiga tiga cream ini. | Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ?



Apa Perbezaan BB Cream, CC Cream DD Cream dan EE Cream ?


Awal awal dulu, hanya wujud BB Cream, lepas itu barulah keluar CC Cream dan selepas itu DD Cream and last EE Cream. Fungsi dia pun berbeza dan ianya memberi kesan yang berbeza pada kulit muka

BB Cream 


BB Cream bermaksud blemish balm, blemish base, beblesh balm, atau beauty balm. Produk kosmetik semua-dalam-satu untuk menggantikan serum, pelembap, primer, asas dan sunblock

CC cream 


CC cream bermaksud Color Correction cream yang mana ianya berfungsi mengurangkan kemerahan kulit atau sllowness atau untuk memperbaiki nada kulit yang tidak sekata.

DD Cream 


DD Cream bermaksud "Dynamic Do-All" atau "Daily Defense" Cream. DD Creams mempunyai tekstur yang sama seperti BB Cream tetapi ada lebih fokus kepada Anti Aging dan extra perlindungan SPF serta penghalang untuk mengelakkan kehilangan lembapan. Ia juga sama CC Cream. So DD cream lebih kurang campuran BB cream dan DD Cream

EE Cream


EE Cream masih baru dan cik en sendiri tak pernah cuba lagi. Mungkin masih belum meluas pasarannya. EE cream adalah Even Effect. EE cream adalah gabungan BB Cream, CC Cream dan DD Cream dan ada tambahan whitening dan prevent darkening of skin



So harap ianya dapat membantu korang untuk membezakan ketiga tiga ini. Sekarnag ini pun foundation pun dah ada semua yang ada dalam BB Cream, CC Cream dan DD Cream dan EE Cream ini. Cuma kornag kena lebih banyak research setiap produk foundation yang ada di pasaran. Itu yang membezakannya
2

Cara Guna Foundation Yang Betul

Cara Guna Foundation Yang Betul | Ramai yang suka pakai foundation dan tak semua yang tahu apa yang boleh dan tak boleh semasa guna foundation. Cik en sendiri pun bukanlah pandai sangat tapi ianya hasil carian dan kongsi ilmu dari kawan kawan terutama beauty blogger yang hebat hebat di Malaysia ini. So cik en kumpulkan untuk panduan korang yang mungkin masih tak tahu amalan korang ber"foundation" selama ini betul atau tidak | Cara Guna Foundation Yang Betul 

Cara Guna Foundation Yang Betul
Cara Guna Foundation Yang Betul

Cara Guna Foundation Yang Betul 

Ini ada 7 tips yang korang kena alert bila guna foundation ini. 


  1. Jangan guna Foundation terlalu banyak 
  2. Guna Foundatiaon yang secukupnya
  3. Jangan gunakan jari untuk ratakan foundation 
  4. Gunakan berus untuk nampak lebih sekata atau span untuk nampak natural
  5. Pemilihan warna foundation yang betul. Jangan terlalu terang dan gelap
  6. Jangan pakai foundation terus lepas cuci muka. 
  7. Pakai dulu skincare untuk elakkan kulit muka rosak. 


Skincare apa yang perlu dan wajib korang pakai sebelum guna foundation? korang boleh baca di Safi Balqis OxyWhite 3 Step . Kalau nak kulit nampak smooth boleh guna Baby Skin Pore Eraser sebelum apply foundation.
2

Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna

Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna | Cik en mulakan entri tahun 2019 dengan niche beauty dan kali ini cik en nak kongsi dengan korang mengenai satu produk iaitu Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline. Siapa pernah pakai? Mesti korang oleh rasa perbezaan gunakan Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini dan tidak sebelum apply foundation. Asalnya cik en kenal produk Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini dari tutorial solekan di Instagram. Kebanyakkan ianya banyak di gunakan oleh instafamous dari seberang iaitu Indonesia. So cik en yang suka benda baru belilah dengan harga kirang RM 15.00 di Watsons. So korang nak tahu kenapa cik en kata Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna? Baca sampai habis entri ini

Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna
Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna

Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna


Anyway untuk apply Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini sebelum korang apply foundation atau selepas apply sunblock. Ianya untuk menutup liang pori bagi nampak kulit lebih halus sebelum apply foundation. Bagi cik en ianya macam permukaan dinding  berlubang kita apply layer halus  simen untuk tutup lubang lubang sebelum kita cat. So nampak smooth je cat tu. Ini tekstur dalam dia


Tekstur dia lembut dan bila pakai bukan rasa macam serum, krim muka atau foundation. Bila apply pada muka, kulit muka nampak halus dan macam snap gambar filter beauty kat phone tu. 


Dan cik en dah pakai hampir 3 minggu dan bila dah apply Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini nampak kulit lepas letak foundation lain dari dulu. Nak selfie pun cik en lebih suka kepada natural mode dari beauty. Ini perbandingan cik en guna Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline dan tidak. Mungkin tak nampak clear tapi korang tengok dulu gambar ini


Abaikan pencahayaan itu tapi korang boleh nampak kulit cik en lain sikit. Kalau without Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline itu nampak makeup tak sekata dan pipi tak nampak smooth. Cik en pakai foundation ALARA , keadaan yang sama (tidak berpeluh) dan bedak tabur yang sama. Mungkin tak jelas tapi korang boleh cuba sendiri apply. Harga pun tak mahal sangat pon. Boleh beli di mana man drugstore offline atau online. Macam cik en memang setia dengan Watsons dari dulu so shopping kat watsons je lagi lagi dah jadi Elite Member. 

Untuk review lain korang boleh baca di entri  Review: Maybelline Baby Skin Instant Pore Eraser, Face Primer yang Mampu Menyamarkan Tampilan Pori-pori Wajah .
4

Review Moisture Touch Lipstick The Face Shop

Review Moisture Touch Lipstick The Face Shop | Cik en sebenarnya tak pernah beli atau masuk pun kedai The Face Shop ini. Sebabnya di Manjung tak ada The Face Shop ini. So kurang la familiar produk dari The Face Shop ini. Ini pun cik en teman kawan baik cik en shopping di The Face Shop ini. Terbekenan pula warna  Moisture Touch Lipstick The Face Shop ini. Tapi tak mampu nak beli sebab belum gaji. Jadi cik en just ambik nama lipstick dan code warna saja. Dan tiba tiba kawan baik cik en belikan Moisture Touch Lipstick The Face Shop ini sempena hadiah hari jadi cik en awal tahun ritu. yey! Merasa juga memiliki Moisture Touch Lipstick The Face Shop ini. 


Moisture Touch Lipstick The Face Shop

Cik en suka memilih warna lipstick yang ceria seperti purple dan merah. Cuma untuk brand  Moisture Touch Lipstick The Face Shop ini cik en memilih warna yang soft gitu. Sesekali nak nampak ayu kan? 

Sedikit info untuk korang yang tak familiar dengan The Face Shop ini. The Face Shop adalah produk yang diimport dari Korea, gunakan bahan semulajadi, ada RND sendiri, 100% Authentic, tak jalankan ujikaji pada haiwan dan Recycable Package.

More detail ini cik en ambil dari laman web The Face Shop 

  • Layers of moisture create a protective barrier: Infuses lips with a serum containing 10% squalene, leaving lips feeling luxuriously moist layer after layer 
  • Multiple layers of lipstick allows for smooth and vivid coloured lips: With the highly dense colour compact system, colour becomes more vivid and true to its original colour as it is repeatedly applied. 
  • Shiny layering looks like a clear coating has been applied: Conditions lips and makes them look shiny and smooth with no visible wrinkles



Moisture Touch Lipstick The Face Shop yang cik en pilih ini code BE03. So pendapat cik en pula pasal  Moisture Touch Lipstick The Face Shop ini adalah


  • Sangat moist
  • Senang nak apply
  • Warna soft dan sesuai untuk cik en
  • Harga mampu milik around RM 60.00 +-
  • Tahan lama
  • Rasa bibir nampak smooth dan natural.
Dan ini gambar cik en testing Moisture Touch Lipstick The Face Shop. Sebelah kanan itu ye,...

Image may contain: 2 people, selfie and closeup


Ini pula senarai kandungan dalam Moisture Touch Lipstick The Face Shop

  1. Diisostearyl Malate
  2. Squalane
  3. Dipentaerythrityl Tetrahydroxystearate/Tetraisostearate
  4. Titanium Dioxide (Ci 77891)
  5. Diglyceryl Sebacate/Isopalmitate
  6. Methyl Hydrogenated Rosinate
  7. Ozokerite
  8. Pentaerythrityl Tetraisostearate
  9. Ceresin
  10. Bis-Diglyceryl Polyacyladipate-2
  11. Dicalcium Phosphate
  12. Ethylhexyl Hydroxystearate
  13. Octyldodecanol
  14. Alumina
  15. Polyethylene
  16. Polyglyceryl-2 Triisostearate
  17. Hydrogenated Vegetable Oil
  18. Phytosteryl/Isostearyl/Cetyl/Stearyl/Behenyl Dimer Dilinoleate
  19. Sorbitan Isostearate
  20. Vp/Hexadecene Copolymer
  21. Synthetic Wax
  22. Silica Dimethyl Silylate
  23. Iron Oxides (Ci 77491)
  24. Iron Oxides (Ci 77492)
  25. Butyrospermum Parkii (Shea) Butter
  26. Hydrolyzed Hyaluronic Acid
  27. Mangifera Indica (Mango) Seed Butter
  28. Phytosteryl Macadamiate
  29. Ethylene/Propylene Copolymer
  30. Caprylyl Glycol
  31. Glyceryl Caprylate
  32. Dehydroacetic Acid
  33. Parfum/Fragrance
  34. Iron Oxides (Ci 77499)



Kalau korang berminat boleh la usha di kedai The Face Shop atau terus je ke laman web mereka di https://www.thefaceshop.com.my

Selain itu cik en menggunakan Dream Velvet Soft Matte Hydrating Foundation Maybelline untuk gambar diatas itu. 
3

HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel

HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel | Sudah lama cik en mencari barangan make up terutama foundation yang ringkas di bawa bila travel. Lagi lagi bila bawa backpack ini, tempat terhad dan banyak lagi barangan penting perlu cik en bawa. Tapi sekarang dah mudah sebabnya dah ada HB Roller Cream. Apa itu HB Roller CreamHB Roller Cream (Hallas Irish Beauty Roller Cream) adalah bedak asas atau foundation yang direka dalam bentuk botal dan ada span berputar di bahagian atas untuk senang cik en apply pada muka. Di tepi HB Roller Cream ini ada satu butang kecil untuk control krim foundation bila digunakan. Dan satu lagi kelebihan HB Roller Cream ini adalah saiz yang kecil dan mudah dibawa. | HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel

HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel
HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel

HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel


Sebelum itu cik en nak share yang HB Roller Cream ini adalah BB Cream. Korang tau apa itu BB Cream? Asalnya BB Cream di cipta oleh seorang doktor untuk melindungi wajah pesakitnya selepas pembedahan dan pengelupasan. BB Cream adalah campuran serum muka, pelembab, primer, bedak asas (foundation) dan sun block. Ianya dibuat dari mineral untuk tutup cela, parut, blemish, jerawat, kedutan, kulit tak sekata dan lain lain lagi. Berbeza dengan CC Cream. CC Cream merawat tapi BB Cream lebih kepada menutup saja. 

Dan selalunya jerawat dan kulit tak sekata ini akan berlaku apabila kita terlalu banyak terdedah dengan sinar UV. Itu lah berlaku pada cik en kalau travel ini. So dengan HB Roller Cream ini ianya dapat membantu menyamarkan apa yang buat cik en tak cantik dan lengkap dengan pakej mudah dibawa serta mudah apply dimuka. 

Kenapa Perlu Pilih HB Roller Cream



HB Roller Cream merupakan bedak asas yang mempunyai span berputar khusus untuk memberikan kemasan yang tampil sempurna pada permukaan kulit wajah korang. Diperkaya dengan SPF25 yang mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan seterusnya menjadikan tona kulit lebih sekata di samping dapat menjimatkan masa.

Kebaikan HB Roller Cream 



  1. Dapat mengecilkan liang pori pada muka korang itu serta mengawal minyak yang berlebihan pada muka.
  2. Krim bedak asas memberikan kemasan HD agar tona muka kelihatan lebih sekata dan pawbelesss
  3. Dengan menggunakan teknik tekan dan oles dapat menjimatkan masa korang serta bersih tanpa menggunakan jari.
  4. Mengandungi pelindung UV SPF 25 yang membantu melindungi kulit dari sinaran UV matahari.
  5. Membantu memudarkan kesan parut.
  6. Sapuannya mampu bertahan lebih lama

Cara Penggunaan HB Roller Cream



  1. Hanya perlu tekan butang kecil di tepi HB Roller Cream itu untuk keluarkan krim
  2. Sapukan di muka dan siap untuk apply make up yang lain
Ini review dari cik en sendiri dengan menggunakan HB Roller Cream sebagai foundation untuk make up cik en. Walaupun tak pandai sangat make up kan? Tapi dengan HB Roller Cream ianya nampak smooth gitew muka cik en. Boleh la nak pakai untuk raya nanti selain persedian untuk travel selepas ini. Kalau nak tau kat mana cik en dah travel boleh baca entri cik en travel 


Kalau korang nak tengok testimoni yang lain, korang boleh la ikuti sosial media dorang dan mereka sedang mencari agent agent baru dan stokis

WHATSAPPP SEKARANG ADA PROMOSI : 

0185714962 (WANIE)
0134764982 (NANI)
0197602890 (SYITAH)
0175163380 (BIBAH)
0124789658 (IERA)
.
FOLLOW INSTAGRAM UTK DAPAT FREE GIFT 

@bedakasasarab_bywunny
@bedakasas.arab
@bedak.asas.arab_hq
@ceklawa_byhabibah
@ieraceklawa_hq

Website
4

Review V-Face Duo Stick Maybelline

Review V-Face Duo Stick dari Maybelline | V-Face Duo Stick dari Maybelline ini cik en baru pakai dalam sebulan dan sebenarnya cik en salah pilih code. Ingatkan macam foundation, perlu pilih warna yang ngam dengan warna kulit tapi rupanya kena ambik warna lebih gelap untuk naikkan shading dan contour. Hahaha. Tiada panduan dan gatal tak google dulu. Tapi bagus juga belajar dari pengalaman sebegini. Lepas ini cik en dah tau nak pilih code apa untuk shading dan contour ini. Jom baca Review V-Face Duo Stick dari Maybelline dari cik en ini. 

Review V-Face Duo Stick Maybelline
Review V-Face Duo Stick Maybelline

Review V-Face Duo Stick Maybelline


Seperti biasa cik en shopping barang barang ini di Watson dan yang cik en nampak ada 2 code je. Light dan Medium. 

  1. V-Face Duo Stick Light 1's
  2. V-Face Duo Stick Medium 1's

Dan yang cik en pilih jenis light dan rupanya ianya tak sesuai dengan kulit cik en yang sawo matang ini. Sebab contour tak menyerlah. Jadi tak nampak sangat kesan itu dalam kuruskan pipi pau cik en ini. Hahaha. Anyway bagus juga la, cik en akan belajar secara perlahan lahan dalam memilih barang makeup. Cik en tak attend mana mana kelas makeup cuma belajar melalui instagram dan youtube. Sebabnya masa free cik en tu tak menentu. Dan semenjak cik en dapat depression cik en kurang nak keluar jumpa orang orang ramai ini. Tapi make up ini merupakan terapi depression cik en. So duduk rumah layan instagram dan youtube je la.. Apa apa pun boleh la bertatih dalam dunia MUA ini. Tapi MUA diri sendiri aja. Ok lah, back balik Review V-Face Duo Stick Maybelline tadi, cik en ada buat tutorial yang cik en share di bawah ini


Mungkin tak jelas sebab cik en salah pilih code tapi cik en nak share sikit line line yang patut korang conteng kat muka

Source: Instagram @makeupartistsarita
Nak apply ini ikut bentuk muka tau! Jangan hentam kromo je. Sebabnya fungsi kita apply nk kuruskan muka dan mancungkan hidung. Kalau salah apply jadi bom bom muka kita. Hhahahha.. Korang kalau nak apply contour dan highlight ini better pakai foundation dulu dulu macam cik en guna Dream Velvet Soft Matte Hydrating Foundation Maybelline .

Kalau korang nak beli bolehlah ke Watson berdekatan atau shooping online di website Watson . Harga di Watson adalah RM 39.90 
3

Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up

Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up | Foundation pertama cik guna adalah Essence Pure Nude Make-Up natural finish no makeup feel. Cik guna dalam 2 tahun juga la. Sebab cik en suka yang tak nampak over sangat. Sebelum itu cik en banyak gunakan BB Cream sebabnya ianya complete. Bila dah pandai bertata rias ( ewahhhhh perkataan cik en ini) cik en mencuba dengan foundation dari Essence ini. Cuma baru baru ini stok cik en habis, cik en nak topup tak jumpa Pure Nude tu. Tapi nampak Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup ini. Nampaknya macam dah improve foundatiom ini. Boleh bertahan 16 jam gitew. So dah alang alang pakai terus cik en buat entri Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up ini 

Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up

Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up

Macam sebelum ini cik en ambil Pure Nude dengan code 10 iaitu Pure Beige, cik en ambil untuk Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup ini pun code 10 cuma namanya Soft Beige. So ianya nampak lebih soft dan pebelos. Hahhahah. Fawless gitew. Pure Nude memang orang takkan perasan macam ada make up. Ianya natural dan nampak nude. Gambar di bawah ini adalah gambar masa cik en gunakan Essence Pure Nude Make-Up dan gambar terbaru guna 


Korang nampak tak perbezaan dia? Yang 1st nampak macam tak pakai make up and more macam kulit sendiri kan? Yang 2nd nampak soft sikit. Selain itu bau dia sedikit lain. Stay All Day 16 Hour ada rasa sejuk sikit muka bila apply. Ketahanan makeup off course la Stay All Day 16 Hour tu. Dari pagi sampai kemalam still mantain. Harga Pure Nude around RM20++ sebab dah lupa dan Stay All Day 16 Hour RM22.90 di Watson. Kira mampu milik la kan? Dan korang jangan pulak cari Essence Pure Nude itu. Rasanya dah tak ada tau. Dorang dah tukar pada Stay All Day 16 Hour tu. 

Tapi kalau korang tak mahu cuba produk Essence, korang boleh cuba Foundation dari Maybelline. Cik en ada Review Dream Velvet Soft-Matte Hydration Foundation ini. Depends pada penggunaan korang mana yang ok.
7

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline | Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ini cik en baru cuba around 2 minggu ini. Awalnya cik en cuba untuk ambik foundation dari jenama lain tapi tertarik dengan Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline kerana struktur foundation itu sendiri. Entah la kenapa suka sedangkan niat awal nak memilih jenis liquid atau cecair. Kebetulan cik en ini tengok banyak sangat code Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ini. Selalu cik en tengok 3 code je untuk foundation. Dark, Natural dan light. Tapi Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ada 12 code dan yang cik en tengok masa beli di Watson de 9 code. Banyak kan? Tapi cik en rasa lebih bagus sebab ianya lebih banyak pilihan untuk tone warna kulit kita. 

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline
Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline

Review Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline


Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline ada 12 code. 12 Code itu :

  1. Natural Beige
  2. Warm Porcelain
  3. Porcelain Ivory
  4. Ivory
  5. Classic Ivory
  6. Nude
  7. Creamy Natural
  8. Sandy Beige
  9. Pure Beige
  10. Honey Beige
  11. Caremal 
  12. Coconut
Masing masing mempunyai tone warna yang berbeza. Warna korang boleh tengok di bawah ini. Cik en carikan untuk korang 


Pening kan? Cik en sendiri awalnya blur nak pilih warna mana. Last last cik en memilih code 50 Creamy Natural. Asalnya nak pilih Nude tapi tak ada stock pulak. Walaupun Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline Creamy Natural ini pilihan kedua, cik en puas hati jugalah warna dia. Sesuai dengan kulit muka cik en. Cik en dah cuba beberapa kali apply cuma tak sempat buat video sebab masalah teknikal sikit. Tapi cik en tunjuk melalui perbandingan di bawah ini



Nampak smooth kan? Cik en suka dan tahan lama. Buktinya cik en pakai masa Event Traveloka Escape with The Butterfly Project dari subuh sampai ke petang tapi mantain cantik. Hahahha. Puji diri sendiri kan.. ahahhaha.. Harga dia pula mampu milik la. RM45.00 saja. Boleh la golongan sederhana ini nak beli. Kalau korang nak beli online boleh beli kat Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation Maybelline atau dimana mana kedai kecantikan seperti Watson, Guardian dan lain lain.

Korang pernah try Bio Essence Water Gold? Mungkin korang tak tahu, cik en pengguna setia Bio Essence ini. Review penuh di Bio-Essense 24KBio Gold Water Mahal? Berbaloi Ke Beli?


11

Koleksi Make Up Eintan Nurfuzie 2016


Koleksi Make Up Eintan Nurfuzie 2016 | Wanita dengan alat mekap atau make-up memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ada yang kata " aku tak minat make up" tapi jauhhh dalam hati, mereka nak nampak cantik. Itu lumrah seorang wanita. Cik en sendir mulanya tidak minat dan muka cik en akan dibiarkan kosong tanpa secalit krim dan bedak. Nampak natural orang kata. Tapi kita kena faham, jika zaman dahulu, persekitaran dan pemakanan dijaga dengan baik, tapi kini, persekitaran yang berjerebu, sinar UV, pemakanan banyak yang berminyak dan ada perasa tambahan. Jadi nak tak nak biarlah kita calit sedikit bedak untuk memberi perlindungan pada kulit muka. Dan kebanyakkan produk yang ada sebenarnya merawat kulit muka kita dalam diam. 

Bagi cik en, make up adalah luaran, dan sebaik baik rawatan bermula dari dalam diri sendiri. Cik en sendiri mengamalkan Tips Awet Muda. Selain itu, hindari stress dan happy selalu. Okey, back to motif entri ini dikeluarkan, cik en nak kongsi alat mekap cik en untuk tahun ini.


Sekarang cik en menitik beratkan kulit muka sebab tu, mask perlu ada selain amalkan minum Innershine Camu Camu setiap hari. Dan juga cik en beruntung, bulu mata cik en memang sedikit lentik, cuma kena perlu rapikan setiap hari untuk "merangsang" kelentikannya. Begitu juga kening. Selalu sikit menggunakan sikit kening. Lama lama ianya akan terbentuk cantik. Tak perlu nak mencukur kening. Haram okey. Cik en masih belum berminat untuk memakai eye shadow, jadi eye shadow dibeli akhirnya expired sendiri. Nak tahu expired bahan kosmetik yang kita guna ini? Boleh rujuk entri Tempoh Tarikh Luput Produk Kecantikan. Pemerah pipi wajib ada dan cik en gunakan in2it. Dan kalau korang nak beli, cuba cari warna coklat atau oren. Eyeliner cik en memang suka produk Maybelline. Serum masih setia dengan Ephyra. Jika ke pejabat cik en guna foundation Essence Pure Nude Make-up. Kalau nak havoc sikit, cik en akan gunakan Chriszen.

Rasanya cukup penerangan ringkas ini. Mungkin produk diatas ini akan bertukar mengikut perkembangan make up semasa. Selain itu, cik en nak kongsi tips penjagaan muka mengikut umur. Korang boleh rujuk entri Rawatan Muka Mengikut Umur. Ok, jumpa di next entri.... 
10

Sweet and Simple Makeup Tutorial


Sweet and Simple Makeup Tutorial | Cik en nak kongsi tutorial makeup yang ringkas dan comel. Entri ini adalah gabungan beberapa entri yang cik en pernah keluarkan sebelum ini. Makeup ini sesuai untuk ke tempat kerja, hangout dan shopping. Pemilihan foundation yang sesuai dengan jenis kulit, penggunaan bedak, pemerah pipi (blusher), kening, pembayang mata (eye shadow), eyeliner, mascara dan lipstick serta shading hidung. 

Mula mula korang kena kenali dulu jenis kulit. Boleh rujuk sini Jenis Jenis Kulit Muka . Ianya penting dalam memilih produk seterusnya. Korang boleh rujuk tutorial yang seterusnya

  1. Penggunaan Foundation
  2. Penggunaan Bedak  
  3. Blusher / Pemerah pipi
  4. Kening 
  5. Pembayang Mata / Eye Shadow
  6. Mascara, Eyeliner dan lipstick 
  7. Shading Hidung
Ini antara info untuk makeup ringkas. Semoga dapat membantu gadis yang baru nak belajar bermakeup. 
5

Blusher di Daiso Pun Cantik Juga Hasilnya


Blusher di Daiso Pun Cantik Juga Hasilnya | Daiso kedai barangan dari Jepun yang menawarkan barangan RM5 setiap barangan ( kini rm5.30 sebab GST) telah wujud di negara kita beberapa tahun ini dan selalunya ada di setiap AEON. Cik en selalu cuci mata dengan barangan yang ada. Tapi tidak pernah sekali mencuba barangan make-up Daiso. Takut juga, cuba cuba muka naik jerawat pulak kan. 

Tapi cik en ada beli beberapa barangan make-up dari Daiso seminggu lepas. Itu pun saja nak ambil skill conteng conteng muka selepas 4 tahun tidak bermake-up. Nak conteng guna produk mahal memang rugi la kan? Jadi keluarkan budget sedikit untuk beli concealer, eyeshadow (pembayang mata) dan blusher (pemerah pipi). Saja main conteng conteng waktu cuti. Tapi bila cik en gunakan blusher dia nampak natural pulak pipi cik en, tak ada la merah seketul di pipi yang memang macam pau ini. 


Cik en memilih warna orange sebab tiada warna coklat. Hampir seminggu pakai dan hasilnya nampak cantik pula dan tidak ada sebarang radangan di pipi. So lepas ini bolehlah guna untuk pergi kerja. Murah tapi hasilnya cantik. 

Untuk gambar comel cik en di atas itu, cik en menggunakan Brightening Day Cream dari Good Virtues Co. , foundation dari Chriszen Moist Cake, Bedak compact Silky White, Eye Liner dari Maybelline, Blusher Daiso dan Lipcolor Balm Moisture Boost Silkygirl warna Latte. So nampak muka keoren-orengan. Hahaha. 
10

kelas ke lapan(terakhir) - shading hidung-mancungkan hidung


Tips Shading Hidung

  1. Untuk memberi ilusi hidung tampak lebih kecil, sapu highlight yang berwarna cerah atau putih pada tengah2 tulang hidung. Ratakan sepanjang tulang hidung dengan kemas.
  2. Gunakan bedak asas yang lebih gelap drpd biasa untuk shading bahagian kanan yang menggapit warna cerah highlight. Ini akan memberi ilusi hidung lebih kecil
  3. Jika tiada highlight atau bedak asas berwarna gelap , gunakan sahaja pembayang mata yang berwarna cerah dan keputih-putihan sebagai highlight dan pembayang mata warna coklat untuk shading dan jangan terlalu gelap.
  4. Sapuan hendaklah diratakan dengan kemas sehingga ke pangkal kening.
  5. Lukis shading dengan berus dan ratakan dengan jari
  6. Di tengah batang hidung sapukan highlight.


p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni
4

kelas ke tujuh - celak,mascara dan gincu


Celak
  1. Pemakaian celak atas mata adalah penting bagi menampakkan mata yang lebih galak. 
  2. Apabila memakai celak dibawah mata, adalah digalakkan menyapu sedikit pembayang mata dengan menggunakan berus alis bagi mengelakkan celak tersebut bersememeh apabila berpeluh. 
  3. Celak putih bawah mata memang jarang digunakan, Jangan takut mencuba, celak putih ini jika dipakai akan menjadikan mata lebih galak.

Maskara

  1. Jangan teragak-agak menyapu maskara. Tangan yang tidak tetap hanya membuatkan sapuan maskara menjadi comot.
  2. Selepas mengoles maskara pada bulu mata atas jangan abaikan bulu mata bawah.
  3. Sapuan maskara pada bulu mata bawah akan menjadikan mata tampak galak dan terbuka.
  4. Apabila mahu memakai maskara pastikan berus maskara tidak bergumpal pekat .
  5. Lebih berkesan apabila sapuan maskara dilakukan dalam bentuk zig zag.

Gincu

Tip bergincu sempurna:

  1. Pastikan bibir tidak kering bersisik
  2. Jgn lupa lembabkan bibir dengan lip balm
  3. Jgn memakai lip balm terlalu tebal
  4. Lukis bibir menggunakan pensil bibir yang warnanya lebih terang daripada warna gincu
  5. Paling bagus gunakan berus untuk menyapu gincu pada bibir
  6. Sapuan menggunakan berus gincu menjamin gincu lebih tahan lama
  7. Jangan lupa sapuan gincu pada hujung bibir hendaklah lebih tebal. Bahagian ini amat mudah hilang gincunya.
  8. Penggunaan pengilat bibir (lip gloss) jadikan bibir tampak lebih segar dan menggairahkan.

Selain daripada bedak debu, penyamar noda atau cencealer juga boleh disapu pada bibir agar mendapat base yang sekata sebelum menyapu gincu.

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni  
1

kelas ke enam - pembayang mata/eye shadow dan brush

Pembayang mata / Eye Shadow
Sebelum memakai pembayang mata, sapukan warna putih atau cream terlebih dahulu bagi mendapatkan warna yang lebih menyerlah dan cantik

Terdapat pelbagai cara dan teknik pemakaian pembayang mata seperti teknik smokey eyes dan socket.
Pakai pembayang mata mengikut bentuk kelopak mata. Teknik ini lebih tampak natural dan tidak berlebihan.
Rona cerah seperti hijau atau biru amat sesuai untuk wanita berkulit cerah manakala bagi yang berkulit gelap, jangan sesekali memilih rona berkenaan. Ia lebih menarik jika digantikan dengan warna oren atau keemasan
Bagi memastikan penampilan tidak kelihatan kekok di depan khalayak, solekan pada mata tidak perlu keterlaluan seperti menggunakan teknik smokey dan penggunaan satu warna pembayang mata saja sudah mencukupi

* Tips : Bagi anak mata yang besar dan sedikit menonjol, elakkan warna yang lebih menggalakkan mata.. pemakaian warna lebih creamy type spt pink, pastel, baby blue, soft purple digalakkan.. Selepas itu warna tadi  diblendkan dengan warna brown atau silver black.. eyeliner jgn berlebihan.. nnt nmpk garang

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni

Photobucket
2

kelas ke lima - kening

Kening
Bagi membentuk kening yang cantik, kening mestilah di berus terlebih dahulu supaya kening kelihatan kemas dan teratur terutama sekali bagi yang mempunyai kening yang lebat. 
Bentukkan kening mengikut bentuk asalnya (jika mahu kelihatan natural). Gunakan berus kening (seperti berus mascara tetapi sedikit bengkok). Setelah kening disikat barulah dilukis menggunakan celak kening berwarna coklat. Jangan menggunakan warna hitam kerana muka anda akan nampak garang.
Tips :
A) Permulaan kening.

B) Puncak kening.
C) Hujung kening.
Puncak kening jgn terlalu bersegi, muka akan nampak     garang. Hujung kening perlu nipis. gunakan pensil kening coklat & grey jangan guna hitam. sapukan eyeshadow putih shimmer di tulang kening.
5

kelas ke empat-blusher

BLUSHER

Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelum memilih pemerah pipi yang bersesuaian. Bagi wanita berkulit putih, penggunaan warna merah jambu atau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar. Manakala warna seperti coklat muda, oren atau perang, sesuai untuk wanita berkulit sawo matang agar penampilan tampak lebih eksotik dan menarik.

Pemakaian blusher mestilah betul supaya blusher berknenaan tidak nampak seperti di cop atau setompok di muka. Blusher mestilah di blend dengan sekata utk nmpk letih serata dgn pipi.

Memilih warna blusher
Cerah : Merah jambu, coklat keemasan dan beige
Kuning langsat : Coklat dan tembaga
Hitam manis : Jingga lembut, apricot, pic, rona tanah
Gelap : Plum, coklat lembut, gangsa.
Teknik:
Mendatar – Memberikan kesan lebar pada wajah
Naik – Memeberikan kesan panjang pada wajah
Turun – Memberikan kesan tajam/runcing pada wajah
Kesilapan :
- Pemakaian foundation yang tidak sesuai dengan warna kulit.
- Blusher yang tidak diblend/disekatakan dengan betul.
- Eyeshadow yang tidak sekata.

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni


Photobucket
2

kelas ketiga -penggunaan bedak



BEDAK : Sapuan Bedak

Pemakaian bedak merupakan aplikasi ajaib yang boleh merubah kondisi kulit wajah anda. Bedak haruslah disapu pada kulit wajah selepas pemakaian foundation. Bedak mampu menyerlahkan solekan anda dengan hasil yang lembut serta halus. Solekan pastinya akan melekap pada kulit muka untuk jangka masa yang lama jika bedak yang disapu pada wajah sesuai dangan kondisi kulit anda sendiri. Terdapat pelbagai jenis bedak (powder) dalam pasaran. Bedak terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: Bedak Padat (Compact Powder) , Bedak Tabur ( Loose Powder) ,Bedak Muka (Pressed Powder). Pada kebiasaannya bedak compact dipilih sebagai penyudah selepas sapuan foundation. Bedak compact dianggap bedak yang padat serta mampu menahan solekan supaya ia kekal lama pada kulit wajah mereka. Penggunaan bedak tabur atau loose powder juga boleh digunakan selepas sapuan foundation bagi mencipta kesan liputan (coverage) yang lebih menyeluruh. Loose powder biasa datang dengan dua ciri iaitu matte dan sheer. Bedak muka atau Pressed powder pula lebih sesuai digunakan sebagai alat touch-up.

Memilih warna bedak adalah penting tetapi amat mudah. Warna yang dipilih haruslah menepati serta match dengan warna faoundation sebelumnya. Warna bedak yang menjurus pada tone Light yakni warna seperti porcelain, ivory dan beige sesuai pada mereka berkulit cerah manakala tona kulit yang cenderung kepada gelap harus memilih warna seperti warna almond dan golden. Pada kulit sawo matang, pilih sahaja warna medium seperti natural dan honey. mengeksperimentasikan penggunaan bedak ini secara personal bagi mendapatkan warna yang benar-benar tepat dengan solekan anda.

Bedak Padat/Debu/Dwi Cara
Selepas memakai bedak asas, sapukan pula muka dengan bedak jenis padat, debu atau dwi cara. Pilih mana2 yang sesuai dengan anda.
Bedak padat atau compact powder sesuai digunakan spjg hari bagi mengembalikan kesegaran wajah.
Bedak debu digunakan untuk menyempurnakan solekan asas. Menyerlahkan kelembutan pada wajah. Gunakan span debu bagi mendapatkan sapuan tipis dan rata.
Bedak dwi cara boleh digunakan dengan span kering dan lembab. Sapuan dengan span lembab lebih menyeluruh dan solekan lebih tahan lama berbanding sapuan kering.

p/s:info ini adalah dri akak amy.untuk keterangan lanjut sila check blog akak amy ni..untuk pengetahuan akak amy ni merupakan juru makeup untuk pengantin, bertunang,majlis makan malam..kak ni gak de uat pelamin bertunang sekitar kuala kangsar..so klu spe2 berminat sila fb dan blog dan pages dan pages makeup ni 
2

kelas kedua - penggunaan foundation


* Tempat2 utama utk disapukan foundation pada wajah dan tempat2 yg harus ditekankan


5

barang make up cik en - khas untuk nusha

salam semua...kali ni entry ni khas untuk cik adik comey kita..
cik nusha untuk membalas blik entry beliau yang ini
so kali ini akak en nk trgkan pasal pe akak en pakai plak yek...kita compare ngan adik nusha kita ni
perkara asas cik en sebelum bersolek..toner(penyegar) dan pelembab

10