Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Makanan

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Capati Lembut dan Kari Kambing Sedap Di Capati Corner Tapah

Capati Lembut dan Kari Kambing Sedap Di Capati Corner Tapah | Lamanya cik en tidak buat food review kan? Kali ini cik en hendak kongsi dengan korang port makan capati sedap di Tapah iaitu Capati Corner TapahCapati Corner Tapah ini terletak di Kampung Pasir Temoh Tapah. Capati Corner Tapah ini dibuka setiap hari bermula 7 pagi sehingga 7 malam. Selain capati ada menu nasi, ayam kampung dan lain lain lagi. Macamana cik en boleh ke Capati Corner Tapah ini? Sebenarnya cik en kena buat pemeriksa ladang ayam di sekitar Air Kuning. Sudah alang alang, staf lain bawa cik en ke kedai capati sepupu peternak beliau. Cik en tak tahu pula capati dia lain dari yang lain. Asal order satu last repeat 1 keping lagi. Hahaha . Jom tengok menu apa yang cik en recommended sangat di Capati Corner Tapah ini. 


Capati Lembut dan Kari Kambing Sedap Di Capati Corner Tapah

The best di Capati Corner Tapah semestinya capati nya. Capati di lembut, lembab tapi tak berminyak, besar dan sedap. Selalunya cik en akan combine dengan kuah sardin tapi staf yang bawa cik en suruh cik en ambik kuah kari kambing dia. Ada menu kari kambing, masala kambing dan kurma kambing yang mana sangat sesuai makan dengan capati ini. 



Nampak capati dia tak menarik kan? Tapi kalau korang ambik secubit, makan sekali dengan kari kambing dan masuk dalam mulut korang, baru korang akan rasa nikmatnya. Kalau makan capati single pun cik en suka. Sebab capati Capati Corner Tapah sedap sangat, wangi, lembab tapi tak berminyak, lembut, tebal dan besar. 

Ini pula kuah yang sedap makan dengan capati


Ini pula proses buat capati di Capati Corner Tapah. Memang buat fresh dari doh. 




Selain itu cik en tertarik menarik dengan ayam goreng Capati Corner Tapah dia. Masa cik en sampai, ayam goreng dia panas panas baru lepas goreng. Nampak cruncy sangat. 


Menu lain di Capati Corner Tapah menu nasi kandar la. Sebabkan masih awal, kami makan capati saja. Walaupun nampak menu nasi kandar dia sedap. Ini antara yang dah siap masak


Kalau korang ada melalui jalan Temoh Tapah ini, korang boleh cuba masakan dan capati di Capati Corner Tapah dan rasakan sendiri. Setuju ke tidak apa yang cik en review ini. Kalau naik Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur boleh turun Tol Tapah, Kalau dari Utara turun tol Gopeng. Capati Corner Tapah ini melalui jalan Tapah - Kampar. Atau korang boleh waze atau gunakan google maps. 

Capati Corner Tapah
Kampung Pasir,  35300, Temoh Tapah Perak 
05-4199786
5

Kwaycap Rantau Panjang

Kwaycap Rantau Panjang | Kiranya entri ini entri throwback sebabnya nak story menu baru yang cik en cuba masa di Kelantan masa sukan veterinar 2018 bulan lepas. Korang pernah dengar tak Kwaycap? Mungkin ore kelate tau menu ni tapi cik en yang berasal dari Perak baru tau pasal menu ini. Menu ini cik en cuba masa shopping di Rantau Panjang. Itupun staf pejabat yang bawakkan. Bukan kedai tapi lorong lorong rumah kampung di Rantau Panjang. Korang nak tau tak rasa Kwaycap Rantau Panjang ini? 

Kwaycap Rantau Panjang
Kwaycap Rantau Panjang

Kwaycap Rantau Panjang



Kwaycap ini gabungan kuey teow buatan sendiri, kuah kicap, kaki ayam, telur dan sayur. Cik perasan juga, kalau sebelah Pantai Timur ke Thailand, mereka banyak gunakan kaki ayam untuk masakan dorang. Di sebelah Perak ini memang ada tapi tak banyak kedai makan tengah hari dijadikan kaki ayam sebagai salah satu menu utama. Rasanya tak terlalu masin walaupun kuahnya kicap, ala makan sup tapi ada rasa ummp tu. Kaki ayam tu lembut, tak liat, cik en makan sampai tulang tulang kecik pun cik en leh hancurkan. Telur pula adalah telur rebus. Dapat 1/2 lagi. Harga RM 3.50. Murah kan? So kalau korang yang tak pernah rasa boleh la try kalau mai ke Kelantan na?
4

Cara Mudah Buat Kerabu Daun Selom dan Kerisik


Cara Mudah Buat Kerabu Daun Selom dan Kerisik | Cik en kalau sebut sahaja kerabu, sememangnya ianya menjadi pilihan pertama yang cik en akan pilih. Kerabu jantung pisang, kerabu perut, kerabu ikan bilis, nasi kerabu, nasi goreng kerabu sememangnya kegemaran cik en. Tapi kali ini cik en nak kongsi satu kerabu dari ulam ulaman. Kerabu Daun Selom menggunakan kerisik. Jom kita tengok bahan bahan nya

Bahan Bahan Kerabu Daun Selom dan Kerisik


Daun Selom



Kerisik




Bawang kecil (bawang merah)




Cili Padi




Udang Kering


Halia


Limau Kasturi
Serai
Sedikit Garam

Cara Cara Buat Kerabu Daun Selom dan Kerisik



Mula mula, tumbuk cili padi, halia, bawang merah, serai dan garam. Jangan terlalu halus, kasar je ye. 

Potong daun selom kecil kecil


Campurkan bahan ditumbuk, kerisik dan daun selom 


Gaul sehingga rata dan letakkan perahan limau kasturi

Selesai, bolehlah dihidangkan sebagai menu makan tengah hari korang. Selamat mencuba
6

Semuanya Mengenai Kelapa


Semuanya Mengenai Kelapa | Rupa rupanya kelapa ini boleh hasilkan banyak produk lain. Di Malaysia mungkin kita hanya tahu santan (coconut milk), Minyak Kelapa (Coconut Oil) dan Air Kelapa (Coconut Water) serta kelapa kering (Coconut Shreds). Di luar negara, mereka hasilkan Mentega Kelapa (Coconut Butter), Coconut Nectar, Coconut Sugar dan Tepung Kelapa (Coconut Flour). Atau mungkin juga ada yang mengenali dan pernah jumpa yang lain lain itu, Bagi cik en orang kampung ini kan, rasa terkejut juga rupanya banyak juga hasilan dari coconut ini. 
0

Rio Burger McDonalds Pedas!!!!


Rio Burger McDonalds Pedas!!!! | Rio Burger Brazil adalah keluaran terbaru Mc Donalds dan setelah sekian lama tidak menjejak kaki di Mc Donalds, cik en membawa anak angkat cik en , Mr Cimie dan mamnya yang juga kawan baik cik en untuk mencuba Rio Burger ini. Semangat kesukanan juga la sebab promosinya menarik minat cik en. 

1 set Mc Donalds ini lebih kurang RM 16 (around RM15 lebih sahaja) dilengkapi Rio Burger, kentang dan minuman berkarbonat. So, cik en nak bercerita mengenai burger utama ini. Diperbuat daripada daging dan patty nya memang lebih besar dari roti. Daging di sedikit pedas mungkin diletakkan lada. Sos istimewa dia juga pedas dan roti dia kecil tapi lembut. So cik en yang kurang makan pedas, menitis juga air mata ini menghabiskannya. Memang kenyang sebab patty yang besar. Jadi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah ke Mc Donalds berhampiran .

p/s: Ini entri review tidak berbayar ye..
6

Nasi Mandy Kambing Di Marbawi Maqli Manjung Meleleh


Nasi Mandy Kambing Di Marbawi Maqli Manjung Meleleh  | Sebut Nasi Mandy ini, mesti ramai orang Malaysia yang dah menjadikan makanan ini makanan kegemaran mereka. Walaupun berasal dari tanah arab, ianya mudah didapati di mana mana dan banyak resepi boleh di google. Kali ini cik en nak review satu restoran di Manjung Perak yang mempunyai menu Nasi Mandy Kambing yang Ummph sedapnya. 


Marbawi Maqli ini cik en dah 2 kali makan dan kali pertama cik en terdelete gambar untuk review. Dan kebetulan tengahhari tadi cik en nak makan di kawasan Manjung lama, kedai yang menjadi pilihan tutup, jadi terus ke Marbawi Maqli ini untuk pekena Nasi Mandy Kambing. Restoren ala ala KFC dan MCD. Buat order di kaunter dan bila siap akan dipanggil menggunakan no giliran. Cik en order Nasi Mandy Marbawi Kambing dan 2 orang rakan cik en order Grill Chicken Chop


Nasi Mandy dia sedap sangat, kambingnya pula memang lembut dan diselit dengan sedikit lemak kambing. Memang terangkat la makannya.


Grill Chicken Chop dia besar dan ada mash potato (kentang putar) yang dibuat sendiri. Mash potato dia sedap giler bak hang. Lembut dan halus. Memang kentang 100% rasanya di gunakan. Memang puas hati la makan di Marbawi Maqli Manjung ini. Harga? Cer semak resit di bawah ini


Murah dan berpatutan kan harga dia? Tak perlu jauh jauh nak merasa makanan arab ini. Murah dan sedap ada di Restoren Marbawi Maqli Manjung ini. Jika ada sesiapa ke Manjung, Lumut, Teluk Batik atau Pulau Pangkar boleh la ke Sri Manjung untuk menikmati makanan arab ini.

Restoran Marbawi Ayam Maqli
No 26, Fasa 1D4
32040 Sri Manjung
Perak Darul Ridzuan
05-6640623 (telefon) 05-6887375 (faks)
GPS 
4°11'43.9"N 100°40'01.6"E
6

Nasi dan Mee Konjac Untuk Kuruskan Badan


Nasi dan Mee Konjac Untuk Kuruskan Badan | Mungkin bagi pengamal diet terutama diet Atkeins, makanan ini telah dikenali tetapi orang biasa macam cik en masih belum mengenali makanan ini. Dikatakan makanan ini penganti nasi. Konjac ini adalah sejenis sayuran yang tumbuh di negara China, Korea dan Jepun dan masih baru di Malaysia. struktur selepas dimasak kenyal dan tiada rasa. Khasiat Nasi dan Mee Konjac adalah :


Persoalan yang kerap ditanya mengenai Khasiat Nasi dan Mee Konjac adalah :



Mungkin tiada dijual di pasaran tapi boleh semak di Mudah.my
3

Ohsem Cafe di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar


Ohsem Cafe di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar | Kuala Kangsar sudah maju berbanding zaman cik en masih bersekolah. Lagi lagi bila kemunculan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah di Chandan, Kuala Kangsar dipenuhi dengan pelajar pelajar yang datang dari pelbagai negeri. Walaupun cik en anak jati Kuala Kangsar, cik en jarang untuk menikmati makanan di cafe di sekitar Kuala Kangsar. Beberapa hari yang lepas, cik en luangkan masa bersama keluarga untuk mencuba cafe yang menyediakan nasi arab tetapi nasi mandy kehabisan kerana sudah lewat, jam 10 malam. Bersebelahan dengannya cik en mencuba makanan di Ohsem Cafe kepunyaan usahawan wanita, Nyna.


Suasana yang santai dan simple tidak ubah seperti cafe yang lain dan nampaknya walaupun hari beransur lewat malam, cafe ini masih dikunjungi ramai pelanggan. Mungkin malam minggu. zjadi seperti biasa cik en mencari chicken chop dan adik cik en spagetti carbonara. 


Chicken Chop diatas ini semestinya pilihan cik en. Ayam digoreng dan berkuah lada hitam, Ayam dia sedap dan seakan akan chicken chop di Thumb Cafe Ipoh. Cik beri rate 4.5/5


Diatas pula nasi goreng udang kepunyaan mak cik en. Biasalah tekak orang veteren ini lebih kepada nasi berbanding western . Nasi dia sedap. mungkin guna teknik nasi basi cik en kot! hahah.. dan cik en beri rate 5/5 .


Yang ini menu tambahan cik en. Salad la apa lagi. Salmon Salad ini cik en puji dengan salmon dan salad yang segar cuma serbuk keju yang ditabur tidak kena dengan tekak cik en. Dan lawaknya tertinggal cherry (cik en rasa tomato kecil) dan dihantar selang beberapa minit selepas itu. Tapi nampak lah jujur kan chef di sini. Cik en beri rate 4/5


Makanan ini kegemaran adik cik en, Spagetti Carbonara dan ada tambahan meatball. Meatball dia sangat sedap. Lembut dan sedap! Nyesal tidak order spagethi ini. Yang ini cik en beri 5/5. Puas Hati !!

Jadi sesiapa yang berada di Kuala Kangsar, selain Rambai Classic bolehlah mencuba di cafe ini. Cafe ini terletak berhampiran Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar. Sebelah kiri sebelum sampai kolej. 

Ohsem Cafe
019-4755830 (Nyna)
niena_2511@yahoo.com
1173, Persiaran Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar Perak
Facebook : Ohsem Cafe
1

Sarang Art Hub Tanjung Malim Tempat Terbaik Untuk Budak Seni


Sarang Art Hub Tanjung Malim Tempat Terbaik Untuk Budak Seni | Mamat Khalid merupakan pengarah yang dikenali ramai dengan filem Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah, Kampung Zombie dan banyak lagi. Kebetulan cik en pergi ke Tanjung Malim untuk menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan kawan cik en, cik en berjumpa dengan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu kak Yanie Yusof. Dibawanya ke Cafe Mamat Khalid ini. Sarang Art Hub Tanjung Malim . 


Semangat bersiap sambil tunggu kak yanie. Mulanya ingat hendak menggunakan 2 kereta tapi kak yanie offer naik 1 kereta sahaja. Pekan Tanjung Malim ini tidak lah sebesar mana tapi sepanjang jalan cik en menyusuri tepi jalan keretapi ETS. Kak Yanie beritahu, yang nak bawa ke cafe Mamat Khalid. Pernah la dengar tapi tak la sangka cafe ini dekat je. 


Sarang Art Hub Tanjung Malim Perak di terletak di Jalan Rumah Rehat Tanjung Malim diberi nama sarang kerana ianya tempat berkumpul anak anak seni yang ada disekitar Tanjung Malim, UPSI malah ada anak seni diluar datang untuk membuat persembahan.



Diatas ini menu yang ada, tidak banyak tapi ingatkan cik en dalam misi mencari Chicken Chop Terbaik? Asalkan ada Chicken Chop cik en on saja. Cik en memilih Sarang Chezzy Chicken yang merupakan main course disini. Air pula cik en ambik Orange Juice. Adik cik en pula memilih Spagetti Sarang Carbonara. Kak Yanie hanya order Fun Fries sahaja. Sementara tunggu kak yanie ajak untuk tengok decoration cafe ini. 







Walaupun cik en bukan mata seni atau hati seni tapi kesemuanya memberi maksud yang tersendiri. Paling favourite gambar kain diatas ini. 


Inilah Sarang Chezzy Chicken. Memang menyelerakan. Cik en suka sebab cheese dia kot. Cik en beri rate 5/5


Ini pula Spagetti Carbonara dan dapatlah cik en sesuap 2, dan sedap, kuah dia terasa macam makan di hotel. Yang ini cik en beri 5/5 juga



Kebetulan Mamat Khalid ada di cafe beliau malam itu, cik en pun minta bergambar bersama sama dan memang dia jenis kelakar. Dalam diam dia buat peace belakang cik en.

Jika kebetulan ada di Tanjung Malim atau melalui kawasan itu, bolehlah mencuba sendiri. Alamat dan butiran lengkap seperti dibawah ini.

Address: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Phone:+60 12-659 3234

12