Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Lesen Motosikal

Showing posts with label Lesen Motosikal. Show all posts
Showing posts with label Lesen Motosikal. Show all posts

Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah

Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah | Berlagak tak tajuk cik en kali ini. Hahaha. Lambat sikit update pasal Lesen Motosikal cik en ini sebab ada beberapa hal yang JPJ cerewet sikit. Nanti cik en cerita dalam entri ini. Masih ingat tak entri Cara Mendapatkan Lesen Motosikal , Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal dan Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal . Cik en book Ujian JPJ pada 31 Julai 2018 sebab di Institut Memandu ini JPJ buat ujian setiap hari Selasa. Cik en terus ambil cuti takut ada kekecewaan kalau yang gagal nanti.


Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah

Seawal 8 pagi cik en dah datang dan cik en pakai beg silang comel aja untuk senang cik en pakai semasa ujian nanti. Lebih kurang 15 orang yang ada untuk Ujian JPJ Motosikal. Ada yang ulangan bahagian 2, bahagian 3 dah baru macam cik en.

Cik en dapat nombor 5 camtu tapi bila giliran untuk yang ambik kedua dua lesen motosikal dan kereta cik en giliran no 10. Untuk RPK cik en akui cik en lupa kot. Nasib la ada 10 biji motosikal. Tengok tengok kawan je.

"Lampu hadapan berkeadaan baik"
" Tayar hadapan berbunga dan berkeadaan baik"
dan bla bla cik en menjerit. Hahahha

Selesai RPK, cik en stanby untuk bahagian 2 pula. Nerveous cik en pada titi sebab takut terlebih confident jatuh pula. Hahaha.

Lama betul cik en tunggu JPJ panggil nama. Nerveous cik en bertukar bosan. Hahaaha

Dan Alhamdulillah.. selesai Bahagian 2 dengan jayanya

Masuk bahagian 3 dan berjaya juga.

Yeah! Confirm ini cik en lulus.

Terus ke bahagian kelulusan. Dan cik en dapat keputusan LULUS!

Terus cik en jumpa uncle institut kat pejabat dan serahkan keputusan dan gambar.

Cik en bagi gambar ini sama dengan gambar untuk Lesen L tapiiii...


JPJ reject pula sebab sistem tak leh detect muka cik en. Delay la 2 3 hari dan cik en pon bagi la gambar yang ini


Eh, boleh pula. Rupanya nak latar belakang putih. Hahahahha.

So cik en dah ada Lesen Motosikal bermula 6 Ogos 2018. Yeahhhh. Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah .. Hahahha
2

Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal

Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal | Lambat pula cik en update sambungan entri Cara Mendapatkan Lesen Motosikal dan Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal ini. Kesibukan bekerja dan hal hal yang lain buat cik en sendiri tak sempat nak menaip entri ini. Hope entri ini dapat bagi panduan kepada mereka yang baru nak ambil Lesen Motosikal atau dalam proses mendapatkan Lesen P Motosikal. 


Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal 

Selepas cik en dapat Lesen L, cik en perlu belajar selama 9 Jam Setengah dan Lesen L perlu berusia sebulan sebelum layak untuk mengambil ujian JPJ. Macam cik en, Lesen L dapat 27 Jun 2018 dan layak mengikuti Ujian JPJ Motosikal selepas 27 Julai 2018. Dalam masa sebulan ini cik en perlu belajar Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3. 

Sebelum mula belajar, pastikan korang thumb print untuk mengesahkan kehadiran masuk dan jangan sesekali lupa untuk thumb print keluar untuk kehadiran balik. Dari situ korang akan tahu berapa jam korang dah belajar. Sekali sesi perlu belajar 2 jam atau lebih. Tak boleh kurang kata uncle Institut Memandu itu. 

Bahagian 1 Ujian JPJ Motosikal - Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)


Ujian ini lebih kepada pemeriksaan motosikal seperti
  1. Pemeriksaan Tayar depan dan Belakang- memastikan angin bunga tayar dan keadaan yang baik
  2. Minyak Enjin - Buka penutup dan 
  3. Minyak Petrol - Buka Penutup dan periksa minyak petrol
  4. Cermin Sisi - Pastikan 
  5. Lampu Depan, Isyarat dan Belakang dalam keadaan baik
  6. Dokumen - roadtax 
  7. No Plat depan dan belakang
  8. Buka sius
  9. Panel Instrument berfungsi dengan baik
    • Lampu sisi menyala dengan baik
    • Lampu Gear Bebas
    • Meter Minyak Petrol
    • Meter Kelajuan 
  10. Brek kaki dan tangan
  11. Lampu hadapan, sisi dan belakang menyala dengan baik
  12. Hon
  13. Tongkat 2 motosikal

Bahagian 2 Ujian JPJ Motosikal

Ada beberapa ujian yang perlu korang buat dan tanpa gagal mengikut urutan

  1. Laluan bertiti - Tidak kurang dari 7 saat. Tips cik en kat sini, ambil lajak dalam 2 langkah sebelum garis permulaan. Pakai Gear 2 tau! Guna brek kaki kalau rasa terlalu laju dan untuk dapatkan lebih 7 saat buat kiraan satu ribu satu, satu ribu dua, satu ribu tiga sampai satu ribu tujuh. Confirm 7 saat
  2. Laluan kon - Ada 5 kon kalau tak silap. Pastikan start dari kanan baru ke kiri
  3. Brek Mengejut - Gear dua ke gear tida dan brek kaki dan tangan serentak bila masuk petak dan tunggu sampai JPJ kata jalan baru jalan
  4. Laluan berliku - Yang ini guna gear 1 dan pastikan kaki letak di bawah gear untuk mengelak kita terfree gear
  5. Laluan 8 - Buat pusingan 8 setengah
  6. Selekoh tajam 

Bahagian 3 Ujian JPJ Motosikal

Yang ini depends pada institut sebab laluan berbeza tapi ada beberapa yang sama seperti

  1. Motosikal dalam keadaan free gear
  2. Check nyalaan lampu depan, belakang sisi depan dan belakang
  3. Adjust cermin sisi
  4. Betulkan topi keledar
  5. Bagi lampu kanan
  6. Angkat tangan kanan (wajib buat kedua dua ini untuk Perak)
  7. Masuk gear 
  8. Tengok kanan dan kebelakang 
  9. Jalan
  10. Jangan lupa papapn tanda dan isyarat seperti lambai 3 kali untuk perlahan. Angakat tangan macam angkat sumpah untuk berhenti, Angkat tangan kanan untuk membelok

Dan alhamdulillah semua ini cik en dah selesai 9 jam setengah dan menunggu tarikh untuk ujian JPJ. Yang ini cik en akn story untuk next entry okey?
2

Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En

Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En | Mesti ramai yang tertunggu keputusan ujian komputer untuk dapatkan lesen motosikal cik en kan? Maaf lambat sebab tadi cik en berbuka puasa dan layan cerita Hantus sampai ralit nak menaip. hahahha. Ok la, ini entri sambungan Cara Dapatkan Lesen Motosikal yang cik en keluarkan sebelum ini. Dalam entri itu, cik en akan ambil Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal jenis L untuk membolehkan cik en ambil lesen P selepas 30 hari usia lesen L cik en. Nak tau keputusan Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal cik en tak? Korang kena baca la sampai habis.

Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En
Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En 

Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal Dan Keputusan Ujian Cik En 


Anywayyyyy cik en lulus dengan markah 42/50. Markah lulus 42/50.. Oh my good.. Sipi sipi betul tau cik en dapat jawab. Andai kata gagal cik en boleh repeat sekali lagi selepas tamat ujian komputer itu secara percuma. Kalau gagal lagi, cik en kena ke JPJ untuk langkah selanjutnya. 

Ini la keputusan cik en. Hahhahaha. Menangis tengok wehhh.. Rasa macam baru dapat keputusan SPM.. hahahaha


Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal


Kali ini cik en nak share dengan korang apa persedian sebelum peperiksaaan dan tips untuk lulus ujian komputer (macam la dapat markah penuh kan? ahhahaha) 

  • Buku teks yang dibagi boleh untuk korang rujuk dan hafal
  • Kalau rasa nak buat latihan tubi ala ala percubaan SPM itu korang boleh cari di apps di Google Play atau Play Store - Ujian KPP
  • Dalam apps itu ada 500 soalan dan soalan buta warna. So far ada la dalam separuh soalan dalam apps ini muncul dalam ujian sebenar
  • Hari ujian (cik en akan tempah 2 hari sebelum ujian melalui institut memandu) korang jangan lupa bawa no siri yang cik en pernah story sebelum ini. Cik en ambil ujian ini di MYEG Sitiawan 
  • Pakaian pula korang rujuk bawah ini



  • Kes cik en tadi lupa pakai kasut bertutup penuh. Nasib ada sport shoes teruslah tukar. ahahha



  • Cik en ada masalah masa pendaftaran sebab cik en dah salah bayar yuran. Mana la cik en tau kan kena Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal ini harganya berlainan. RM 17 untuk fresh dan RM 27 untuk kes ada Lesen D. Nasib MYEG ini ada list nombor telefon institut memandu di sekitar Manjung


  • Terus cik en call uncle institut memandu tu dan nasib cik en baik uncle itu daftarkan dulu dan bayar kemudian.
  • Cik en dah selesai pendaftaran, terus kena selfie.. ahahha. bukanlahhh.. ambil gambar dulu dan thumb print sebelum ambil Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal
  • Komputer cik en nombor  14 dan korang jangan nak gi komputer nombor lain pulak. Kang ujian komputer untuk dapatkan lesen lain pula. 
  • Ada masa lebih kurang 45 minit untuk jawab 50 soalan. 

  • Semua perlu tinggal di luar kecuali diri sendiri dan kad pengenalan saja. 
  • Gambar diatas ini cik en ambil di komputer untuk demo ujian komputer di bahagian menunggu
  • Ini pula paparan untuk keputusan ujian komputer


Selepas lulus, cik en perlu ke institut memandu dan bawa sekeping gambar dan keputusan ujian komputer tadi untuk mereka proceed Lesen L. So cik en punya boleh ambil esok petang.  

Selepas settle urusan itu, cik en pergi bayar deposit untuk baby baru cik en. Baby baru?? Itu cik en akan story entri lain okey! Oh ya, lepas ini cik en akan story latihan menunggang motosikal juga sekali nanti na.. bagi can cik en belajar dulu

Jumpa next entri semua! 
3