Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Kota Kinabalu

Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Perbelanjaan dan Tips Penting Jika Melawat Sabah


Perbelanjaan dan Tips Penting Jika Melawat Sabah | Alhamdulillah, sampai juga ke entri terakhir travel ke sabah ini. So cik en nak buat rumusan balik la dari awal hingga akhir trip ini. Cik en pertama kali ke Sabah dan mencabar diri untuk pergi ke Sabah tanpa ada guide sepanjang percutian kali ini. 

Jadi cik en ambil masa beberapa bulan selepas membeli tiket untuk survey dan buat research mengenai Sabah terutama Tempat Menarik Di Sekitar Kota Kinabalu Sabah dan Tempat Menarik Di Sekitar Tamparulli, Pekan Nabalu, Kundasang dan Ranau . So selepas itu, cik en pun buatlah Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency .

So pada tarikh 20 September 2016, bermulalah perjalanan kami Sitiawan - KLIA - Kota Kinabalu . Fuh, first time naik flight buat kenangan manis buat cik en. Cik en dah boleh travel sendiri dah. Sampai di Airport Kota Kinabalu dalam tengah hari dan terus cik en dan adik Cuci Mata di Sekitar Kota Kinabalu sehingga malam. 

Untuk hari kedua, cik en terus ke Kundasang dan sepanjang perjalanan cik en melawat Rumah Terbalik Tamparulli , Kinabalu Park (Botanical Garden) dan Desa Cattle Dairy Farm Kundasang . Dan kami bermalam di J Residence Kundasang

Hari ketiga, kami ke Ladang Teh Sabah RanauFish Spa Sungai Moroli RanauHot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu sebelum balik semula di Kota Kinabalu. Badan dah mula keletihan tapi cik en perlu gagahkan diri juga untuk habis satu hari lagi.

Masuk hari keempat dan terakhir bagi cik en dan adik cik di Sabah. Sempat juga kami melawat Pantai Tanjung Lipat Likas, Aquarium And Marine Museum UMS Dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi walaupun ada setengah hari sahaja sebelum flight dipercepatkan dari 3.30 petang ke 3.00 petang. 

Jumlah Perbelanjaan 

Mesti tertanya perbelanjaan dan tips tips yang cik en rasa perlu. So kita kira bajet dulu yek.. 

Transport (Bas, Flight, Kereta Sewa - termasuk minyak ) : RM 1179.80
Hotel : RM 256.30
Tiket - Tiket masuk ke setiap tempat : RM 84.90
Makan : RM 217.00
Cenderahati : RM 846.50 

Jumlah Keseluruhan : RM 2,584.50

Jumlah diatas adalah trip travel untuk 2 orang. So kalau di bahagi kedua pun RM 1,292.25 . Dan sebenarnya ianya lebih jimat kalau korang travel 3 atau 4 orang. Kalau di ikutkan kos transport dan shopping paling banyak. So untuk 1st travel ini, memang cik en spend lebih sedikit untuk shopping. Makan pun agak mewah sebab jenis melantak aje. Hahaaha. Memang pulun dan all out habis. 

Kedai Makanan di Kota Kinabalu

Untuk tips pula cik en nak kongsi tempat makanan yang dipercayai Halal. sebab menurut Kak Azizi, di Sabah, Hanya 40% beragama Islam so kena lebih berhati hati. Jadi kak azizi ada listkan kedai makanan yang ok di Kota Kinabalu

  1. Welcome Seafood Restaurant
  2. Todak Waterfront (cari gerai yang bersih)
  3. D'Lengkuas Restoren Selera Kampung (restoran semenanjung, recommended Sedap!
  4. Restoran Sri Melaka Sdn Bhd. Jalan Laiman Diki KK
  5. Pasar Filipin, KK
  6. Port View Seafood Village 
Panduan harga makanan kering di Pasar Kota Kinabalu. 

Harga minimum. Jika mahal jangan beli ye.

  1. Ikan bilis 1st class, jalur halus dan badan kuning cerah : RM22 perkg
  2. Udang kering sandakan:  RM33 perkg 
  3. Ikan kering keropok: RM per 38kg

Selain itu, kalau nak beli ikan kering yang dah berbalut tapi harga murah gila, kena check betul betul. takut bukan ikan yang di katakan oleh penjual. 

Hotel 

Kalau nak survey Hotel pula, korang boleh gunakan Traveloka, Booking.com atau Trivago. Survey kawasan yang berhampiran dengan bandar dan tempat makan. Lagi lagi di Kota Kinabalu. Parking susah kot. Banyak gila kereta ye. So jangan stress kan diri untuk cari parking. Cari hotel berdekatan dengan pusat. So keluar jalan kaki je nanti ye. 

Kenderaan

Untuk kenderaan sewa, cik en suggestkan Kak Azizi 012-7857221. Sebabnya kereta dia tip top dan baru. Kak Azizi ramah dan banyak kongsi tips kat cik en dan adik. Orang semenanjung tapi dah lama di KK.

Shopping Mutiara 

Ada 2 tempat yang cik en boleh suggest, Jamilah Jewellery dan Kampung Air. Pandai tawar menawar okey.

Benda Wajib kena ada dalam aplikasi Telefon

  1. Waze
  2. Google Map
  3. Aplikasi seperti Trivago, Traveloka atau booking.com
  4. Line Internet
  5. Kredit mencukupi 
Apa lagi ye cik en terlupa. Setakat itu saja kot sharing cik en mengenai Sabah. Lepas ini cik en akan buat trip ke Sabah dengan lebih terurus sebabnya dah ada pengalaman pertama di sana.  So, terima kasih sebab sudi baca semua cerita cik en di Sabah. Jika ada pertanyaan boleh email cik en atau pm cik en di facebook personal atau pages. 
13

Hot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


Hot Spring Poring Ranau dan Pekan Nabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Perjalanan dari Fish Spa Sg Moroli ke Poring Hot Spring lebih kurang 40 minit. Jalan ini cik en dah pergi semalam jadi cik en dah arif sikit simpang. Tempat ini ada beberapa tempat korang boleh lawat. Jadi setiap tempat korang akan bayar tiket yang berasingan


Untuk masuk pintu utama, korang perlu bayar RM 3.00 seorang. Yang ini untuk bayaran masuk saja tau.. Jangan anggap korang boleh masuk tempat lain juga. Dibawah ini ada senarai harga tiket dan tempat tempat yang ada di sekitar sini.


DI Hot Spring Poring ini ada beberapa tempat


  1. Kolam air panas
  2. Conopy Walk
  3. Air Terjun Kipungit
  4. Gua Kelawar
  5. Air Terjun Langanan
  6. Orchid Garden
  7. Tropical Garden
  8. Butterfly Garden

Yang bawah ini pintu masuk ke Kolam Air Panas, Conopy Walk, Air Terjun dan gua. So sini dorang akan check untuk tiket masuk kat Pintu Utama RM 3.00


Masuk sahaja, korang akan jumpa kawasan kolam renang air panas, restoran, bilik mandi tertutup. Part ini cik en tak pergi la, sebab nak mandi pula kan?



Selepas itu, korang akan jumpa butterfly garden. Yang ini cik en tak masuk sebabnya kejar masa.


Jalan kedepan sedikit jumpa Titian Konopi Poring atau Conopy Walk. Kat sini koang kena bayar harga tiket RM 3.00 seorang dan kamera atau kamera handpone kena bayar juga ye. 1 kamera RM 5.00. Jangan ngelat bayar sebab masa di dalam nanti diorang akan check sekali lagi.


Ini pintu masuk conopy walk. 


Untuk sampai ke atas, korang kena mendaki sedikit. Sebaiknya pakai kasut sarung, jangan bertumit tinggi pula ye. 




Sampai diatas, nampakya kena tunggu giliran. Punyalah ramai orang. Masa ini bukan cuti. Kalau hari cuti tak tahu la panjang mana kena berbaris



Sebelum sampai giliran cik en, cik en temu ramah juga pengawai yang menjaga jambatan gantung ini. Ada 3 pokok yang berhubungkan satu sama lain. Kira ada 4 jambatan semuanya. Cik en ada selitkan video dari ig cik en. so layan la ya..












Selesai berjalan di jambatan masa untuk turun. Jalan turun lebih baik sedikit dari naik. 


Selesai di kawasan air panas kami ke Tropical Garden, Orchid dan Bamboo Garden. Maaf la kata, yang ini, semuanya tak ok. Macam tak terjaga. Tak pastilah sebab apa. atau mungkin bukan musim orkid. So, cik en tak suggest untuk pergi ke 3 tempat ini. Tak percaya, korang tengok la gambar dibawah ini. Kosong!




So untuk Hot Spring ini cik en cuma suggestkan korang datang time bunga pakma atau Raflesia berkembang. Nak tahu bila, kena call Hot Spring Poring sendiri sebabnya bunga ini ambil masa 9 bulan untuk berkembang dan hanya bertahan lebih kurang seminggu je. Cik en cuba google bulan berapa dia berkembang, tapi tak jumpa. Mungkin tengok pada tempat sebab tiada spesifik masa. So habis round lebih kurang 2 jam setengah di Poring ini. Cik en perlu bergegas ke Kota Kinabalu sebelum gelap. Sambil itu akan shopping di Pekan Nabalu dulu. Disebabkan gambar di Pekan Nabalu tak banyak, jadi Cik en ringkaskan di dalam entri ini ye. 

Pekan Nabalu adalah tempat untuk orang ramai shopping. So cik en sempat rakan persekitaran tapi masa ini berkabus teruk. 


Kat sini cik en gila sikit shopping. Harga boleh  nego lagi tapi kena pandai la ye. Selesai shopping, masa untuk pulang ke Kota Kinabalu. Cik en nak kongsi pemanduan cik en semasa kabus terbal.


Mencabar la. Dengan kabus tebal dan jalan berlengkang lengkok. Sampai Kota Kinabalu cik en duduk di Hotel Stay-In dan kami shopping mutiara di Kampung Air serta makan malam di Pasar Filipino. Kali ini cik en makan mee seafood dan adik cik en nasi seafood sahaja.

Perbelanjaan di Hot Spring Poring ,Pekan Nabalu dan Kota Kinabalu

Harga Tiket Masuk : RM 6.00
Harga Tiket Conopy Walk : RM11.00
Harga Tiket Masuk Orchid Garden : RM 8.00
Cenderahati di Pekan Nabalu : RM598.00
Minyak Kereta : RM 36.00
Hotel Stay -In : RM 80.00
Cenderahati di Kota Kinabalu : RM 38.00
Makan Malam di Kota Kinabalu : RM 15.00

So untuk next, cik en akan cerita untuk hari ke 4 di Sabah. Hari last okeh! Stay Tuned
3

Cuci Mata di Sekitar Kota KInabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency Hari Pertama


Cuci Mata di Sekitar Kota KInabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency Hari Pertama | Kota Kinabalu adalah sebuah bandar yang tidak lah sesibuk di Kuala Lumpur. Semua pemandu kenderaan di sana sangat berhemah. Kalau nak masuk keluar simpang pun, mereka sangat prihatin dan bertolak ansur. Mereka akan memberi ruang untuk kita keluar dari simpang dahulu. Tak la di satu negeri ini, lagi kita nak keluar simpang, lagi mereka merapatkan kereta dengan kereta depan. So menunggu la kita nak keluar simpang. Memang cik en puji pemandu di Kota Kinabalu ini. 

Keluar sahaja dari Airport, cik en perlu mencari stesen minyak. Isi minyak kali ini kena penuh la sebabnya cik en sendiri tak boleh agak lagi perjalanan cik en . Kali pertama cik en isi RM36.00. Selesai semuanya, kami ke Promenade Service Apartment di Api Api Centre mengguna Waze. Perjalanan dalam 15 minit dari airport dengan bawa 80km sejam saja. (sopan cik en drive kan?) Sampai saja, cik en check in apartment dan berehat dalam sejam dua sebelum cuci mata sekitar Kota Kinabalu. 


So mengikut perancangan asal
  1. Sampai KK
  2. Check In Hotel 
  3. Muzium Sabah
  4. Window Shopping
  5. Tempat Bersejarah
  6. Zoo
  7. Pulau Sapi (Jessleton Point)
  8. Ladang Buaya (Putatan)
Mana yang cik en potong itu kira tak sempat cik en nak pergi sebabnya pukul 6 pun dah mula gelap sebabnya cik en keluar jam 4 petang.

So destinasi pertama adalah city mosque, so sempatlah adik cik en rakam permandangan sebelum sampai masjid tersebut




1. City Mosque


City Mosque Sabah atau ada yang panggil Masjid Terapung sabah ini terletak de tepi jalan besar dan Pantai Tanjung Lipat Likas. Dari pekan KK, korang kena menuju ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sebelum sampai, korang akan jumpa round-bout dan masjid itu betul betul sebelah kanan korang kalau dari pekan KK. Cantik masjid ini cuma tak berkesempatan masuk kerana kejar masa untuk lihat matahari terbenan di Signal Hill.

2. Signal Hill Observatory Tower



Sebenarnya cik en ke Signal Hill ini untuk tengok permandangan laut dan matahari terbenam cuma kecewa sedikit sebabnya bangunan tinggi menghalang cik en menghayati permandangan. Bagi cik en sayang sangat sangat sebab kan pembangunan, port best tengok permandangan laut terhalang. Apa apa pun, kalau korang nak ke Signal Hill ini kena naik bukit sedikit. Kalau nak kesana boleh waze saja lebih senang. Dan juga Free Of Charge ye. Tiada bayaran..

3. Pasar Filipino


Pasar Filipino ini dibuka malam. Kawasan ni besar. Dan bersebelahan dengan Pusat Kraftangan Kota Kinabalu. Ada bahagian untuk gerai makanan, gerai jual kepak ayam bakar (banyak sangat yang jual), barangan basah (ayam, ikan daging) seperti gambar diatas, ada jual sayur sayuran, makanan ringan dan sebagainya. Tempat ini di persisiran laut dan terasa la angin laut malam. 


Masa utama adalah makan malam, so dalam mencari jumpa gerai yang jual seafood. So diatas itu, adalah menu menu yang ada. Cik en memilih satu ekor ikan sebesar tapak tangan cik en (RM20.00) dan sotong sebesar tapak tangan cik en juga (RM18.00). Ikan dibakar dan dicicah air asam manakala sotong masak pedas. Tambahan lain, kami masing masing order nasi putih dan air sirap limau, 


Ye. sampai dah makanan dan selfie sikit. Nampak macam kecil kan? tapi memang kenyang sangat sangat.


Inilah menu secara close up. Sotong di potong kecil so nampaklah sikit sedangkan jenuh nak habiskan tau! Total semua sekali untuk makan malam adalah RM 48.00

4. Pasar Kraftangan


Pasar Kraftangan bersebelahan je dengan Pasar Filipino. Kami cuci mata sahaja sebabnya akan shopping untuk hari terakhir kami di Sabah. Pasar ini ada jual barangan cenderahati untuk dibawa balik. Sebelahnya ada satu tempat jual ikan ikan masin dan kering. Gambar diatas gamabr hari terakhir so tu yang gambar siang ye. 

Selesai jalan jalan cuci mata, kami balik kek apartment dan perlu tidur awal untuk aktiviti seterusnya. 

So perbelanjaan kami untuk Hari Pertama (Kota Kinabalu dan KLIA)

Minyak kereta : RM36.00
Makan Malam di Pasar Filipino : RM 48.00
Sarapan Pagi Di Old Town (KLIA) : RM 26.00
Jumlah : RM 110.00

Tunggu untuk next entri perjalan kami dari Kota Kinabalu ke Kundasang pulak ye. Sesiapa yang terlepas boleh rujuk sidebar blog ( kalau menggunakan PC) dan scroll ke bawah lagi untuk cari widget Trip Ke sabah (Mobile View)
3

Sitiawan - KLIA - Kota Kinabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Pengalaman Pertama Menaiki Kapal Terbang | Masih ingat entri Persediaan Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency sebelum ini? Cik en ambil masa juga untuk menaip untuk entri berkaitan travel ke Sabah ini. Sebabnya banyak gambar yang perlu cik en selected dan watermark kannya, So akan ada siri siri selepas ini akan terlewat sedikit. Ok, tanpa nak habiskan masa korang baca benda yang tak ada point ini, jom kita teruskan pengalaman cik en yang pertama kali di KLIA dan menaiki flight

Jam 12.30 tengah malam 20 September 2016, cik en dah keluar rumah dan bas cik en akan sampai pukul 1 pagi, jadi ada masa untuk lepak sekejap di kedai mamak bersebelahan dengan Star Shuttle di Sitiawan ini. Bas sampai jam 1.00 pagi dan cik en pun memulakan perjalanan yang panjang. Kalau diikutkan perjalanan bas ini dari Lumut-Sitiawan-Teluk Intan-KLIA-KLIA2. So sepanjang perjalanan, cik en tidur tak sedar diri. Sampailah di satu terminal lebih kurang pukul 5 pagi, Cik en tak pasti terminal apa. Sebabnya tak pernah sampai ke terminal tersebut. So cik en agak Terminal TBS kot. Hahhaha, sedangkan tahu yang bas ini direct ke KLIA. Cik en releks la.. sampai la rasa mcam dengar KLIA. cepat cepat cik en tanya orang sebelah dan guees what?? Yes, Inilah KLIA. Fuh.. cepat cepat la cik en dan adik turun kalau tak ke KLIA2 la kami. Tak malu la cik en cakap, cik en tak pernah sampai ke KLIA lagi lagi tempat basnya. Nasib baik dan cik en nak story, bermula dari saat cik en turun dari bas, semuanya asing dan cik en tak pernah lalui. Kalau KLIA sendiri pun, cik en tak tahu, apatah lagi nak kek bahagian berlepas. Kami adik beradik berpusing mencari bahagian berlepas. Ada peta di KLIA tapi mungkin baru bangun tidur buat cik en blur sedikit. 

Tapi kami sampai juga bahagian berlepas dann.. satu lagi, macam mana cik en nak check in dan nk letak beg besar kami ini?? Dah sudah.. dok perati je orang sekeliling. Dah buntu sangat, terus ke kaunter Malindo dan dia bagi guide untuk terus check in barang. Alhamdulillah.. semuanya selesai. Dan kami terus cari makan sebab lapar dan kami makan la di Old Town KLIA. Kos makan RM26.00


Selepas makan, kami ke anjung tinjau semata mata nak tengok kawasan parking untuk kapal terbang. Hahahha. Nampak jakun kan? tapi cik en still control ayu dan confident yang tinggi. Gaya kena ada okey! Hahahha.


Dalam pukul 8 pagi, KLIA dah mula hujan. Dok fikir juga, kalau hujan, flight delay ke? Yela kan.. cuaca tak ok. Rupanya tak ada yang delay. Dalam 20 minit, hujan pun berhenti.

Jam 8.30 pagi cik en dah check in dan stanby di kawasan kaunter Malindo. Dan tunggu sampai pukul 9.00 pagi tiba tiba flight delay 30 minit. Pukul 9.30 pagi kami dah duduk dalam flight. Wa! teruja sungguh. Start tengok movie yang ada. Sebenarnya cik en nak alih perhatian sebabnya nerveous naik flight. Cik en takut dengan ketinggian. Dan cik en cabar diri duduk di tepi tingkap. Kena lawan ketakutan itu. Masa flight start untuk fly, rasa laju macam naik ferrari tu (walaupun lebih laju) dan perlahan lahan naik ke udara. Mata yang tengah tengok movie curi curi juga pandang luar. Hampir 30 minit nak bagi kuat semangat dan akhirnya berjaya. Langgar awan pun bergoyang jadi kepala ini dah berfikir macam macam. Hahha. Bila di ingat kelakar gila. 









Perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit. Sempat la layan kartun dan cik en terasa sesak nafas juga bila di atas awan. Tak pasti kenapa mungkin tekanan udara buat cik en rasa tak selesa. Mungkin ada yang baca entri ini akan beri penjelasan kenapa cik en terasa sesak nafas bila di atas awan. 





Kami sampai di Kota Kinabalu dalam jam 12.30 tengah hari. Turun saja terus cik en ke bahagian pendaftaran untuk pelancong semenanjung, Sampai di kaunter berikan kad pengenalan dan tiket flight. Dan pihak imegrasen akan beri satu pas yang boleh bertahan selema 30 hari. Kecik saja dan simpan baik baik sebab nanti nak balik semenanjung kena pulangkan balik. 

Selesai ambil bagasi cik en bergegas berjumpa dengan Kak Azizi yang merupakan rakan kongsi Faizul untuk ambil kereta. Kak Azizi memang ramah sangat dan banyak benda di sembang terutama kawasan makan dan kawasan kawasan best di KK. Disamping itu, dia bagi guide line harga barangan kering di KK. Dalam 30 minit juga berborak di tepi jalan dan kak Azizi berpesan, jika ada masalah, hubungi dia. Sebelum bergerak, cik en check dulu kereta, pastikan tiada kemik, tekanan tayar yang cukup dan sebagainya. So bermulalah aktiviti aktiviti kami di KK untuk hari pertama.. Tapiii.. bukan di entri ini.. Kena tunggu next entri yeh!

Perbelanjaan Hari Pertama di KLIA

Sarapan Pagi Di Old Town : RM 26.00

Jumlah : RM26.00
3