Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Kedah

Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah

Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah | Siapa suka Char Kuey Teow? Kalau korang obses dengan Char Kuey Teow korang geng dengan cik en. Walaupun asalnya char kuey teow masakan masyarakat orang cina tak berkuah tapi dimelayukan dengan ada kuah, kedua duanya adalah kegemaran cik en dulu, kini dan selamanya. Entri kali ini cik en nak kongsi port char kuey teow utagha yang ada di Sungai Petani. Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah


Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah

Percutian keluarga ke Sungai Petani adalah percutian tak dirancang. So bila tak dirancang cik en memang tak ada google atau survey tempat makan menarik di kawasan ini. Macam biasalah, disebabkan kawan facebook cik en tinggal di merata rata tempat cik en pun ada tanya dan kawan cik en Syazwani ada suggestkan makan di Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah. Settle check in hotel terus kami waze ke Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini.


Sampai Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini, terus cik en ambil menu dan order yang menjadi pilihan pelanggan mereka iaitu Char Kuey Teow Lobster Menengah. Keluarga cik en termasuk tunang adik cik en pun order yang sama. Selain itu ada Char Kuey Teow Lobster Tadika dan Char Kuey Teow Lobster Rendah. Padan la nama dia Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah sebab menu dia pun ada tadika, rendah dan menengah. Perbezaannya adalah seperti berikut :

  1. CKT Lobster Tadika : CKT + lobster
  2. CKT Lobster Rendah : CKT + Lobster + Udang
  3. CKT Lobster Menengah : CKT + Lobster + Udang + Telur Goreng
Ini review jujur dari kami, rasanya macam CKT yang lain tapi Lobster dia terbaik la. Goreng rangup cuma cik en bukan peminat Lobster jadi tak tahu macamana nak makan secara betul.Hahhahaha. Udangnya pun banyak dalam 5 ekor dan tambahan telur goreng itu cik en suka. Adik adik yang layan kami sabar dengan kerenah kami dok tanya itu ini. Siap terang apa maksud tadika, rendah dan menengah. Bagus sangat service mereka. Recommended sangat!

Mesti ada yang nak tanya pasal harga kan? Kami order CKT Menengah 5, air suam, teh ais, teh panas, air kosong dan teo o limau ais dan cik en bayar around RM 78. Murah.. Sangat murah bagi cik en. Cuma kalau korang tengah lapar better minta lebih kuey teow.. Hhahahah. Tempat dia nampak kecil dan masa kami datang memang tak ramai so tak ada la masalah tempat duduk. Selain dari CKT ada nasi lemak lobster cuma dah kehabisan masa itu. 


Insyallah next ke Sungai Petani cik en nak repeat nasi lemak lobster hampa pula ye Budak Sekolah. hahahah. Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah di 

Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah 

Sungai Jagong
08000 Sungai Petani


waze : Budak Sekolah Char Kuey Tuaw

p/s : ada yang kata cik en menutup periuk nasi orang dengan entri INI tapi kalau sedap, layanan bagus cik en akan review seperti Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini, Tak adanya cik en nak mendengki sebabnya cik en tak jual la apa kak cik tu jual. 
4

Harga Masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling)

Harga Masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling) | Kalau ke Baling, cik en dan keluarga takkan lepaskan peluang untuk ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling) sebabnya masa ini lah kami akan ambil masa nak mandi kolam air panas untuk buang lenguh lenguh badan. Pak menakan (bapa saudara) cik en tinggal di Kupang Baling dan kawan mak cik en di Kampung Asam Jawa Baling. Dah jadi rutin kalau kesana untuk ke sini. Last cik en pergi dalam 2 tahun lepas dan nampaknya Harga Masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling) masih sama lagi. Sambil itu cik en akan kongsi apa yang menarik disini. 


Cik en sampai Baling dalam pukul 10 malam dan ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling) pukul 11.00 malam bersama sama keluarga dan saudara mara cik en. Perjalanan ambil masa 30 ke 45 minit.


Sampai saja, cik en perhatikan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling) masih sama 2 tahun lepas. Cuma nampak lebih banyak kolam dibuka dan penginapan baru. Harga Masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling) pun masih sama. 

Harga Masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling)


Harga Masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling)

Harga Masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling)
Harga Masuk Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling)


Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling)

Sedikit info Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Hot Spring Ulu Lenggong Baling) ini terletak di mukim Siong 22km dari Pekan Baling dan beroperasi sejak tahun 1998 lagi. Kolam air panas, penginapan dan aktiviti lasak dapat dibuat disini. Tapi cik en selalu mandi kolam air panas je. Kolam air panas dia ada 8 kolam yang mana ada kepanasan berbeza. Cik en mampu kolam ke 3 je. Kolam 1 yang paling panas cik en mampu tengok je. Katanya boleh rebus telur.. Kolam kolam ini ada beberapa kategori iaitu kolam dewasa, kolam kanak kanak, dan kolam wanita (yang ini rasanya macam tak ada je. atau mungkin cik en tak perasan).




So siapa siapa nak datang sini bolehlah cari melalui Waze atau maps di bawah ini.


Jumpe lagi di www.nurfuzie.com
1