Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Ipoh

Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Pengalaman Menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Pengalaman Menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh | Agak lewat cik en update pengalaman cik en menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh pada 17 Ogos 2019 yang lepas. Memang jadual cik en agak padat lately ini tapi dah namanya blogger, sesibuk mana, rindu nak menaip di blog kesayangan ini memang tak boleh lari. So cik en nak kongsi sikit pengalaman cik en menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh selama 2 hari 1 malam beserta aktiviti yang boleh dibuat di Ipoh dalam percutian pendek kali ini. | Pengalaman Menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh
Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Pengalaman Menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Anyway tanggapan cik en sebelum ini, dalam Royal Perak Golf Club atau RPGC hanya dibuka untuk ahli kelab sahaja. Tapi rupanya dalam RPGC ini ada hotel yang boleh cik en menginap dengan harga yang sangat berbaloi. Dah setahun dah rupanya Putrade Allsuites ini wujud di sini. Anyway sedikit info untuk korang, Putrade Allsuites bukan diuruskan oleh RPGC tapi tp diuruskan Putrade Property Management Sdn Bhd yang berkait rapat dengan pengurusan PWTC. Tapi kesemua fasiliti yang ada di RPGC setiap guest boleh guna pakai. So jom kita tengok dulu bilik bilik yang ada di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh ini

Jenis Jenis Suites di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

Putrade Allsuites at RPGC Ipoh


Putrade Allsuites at RPGC Ipoh mempunyai 36 unit yang mana setiap unit mempunyai design atau dekorasi yang cik en rasa mewah dan dapat membangkitkan mood percutian yang santai dan releks. Suites yang disediakan sangat sesuai untuk percutian keluarga, perniagaan, golfers group atau ghatering sesama rakan rakan. So setiap suites akan ada ruang tamu, mini kitchen dan ruang makan. Yang berbezakan akan ada Suites 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik. 

One Bedroom Suites (RM 390 pernight with breakfast)




Two Bedroom Suites  (RM 490 pernight with breakfast)







Three Bedroom Suites  (RM 590 pernight with breakfast)








Kemudahan yang ada di setiap suites Putrade Allsuites at RPGC Ipoh


Yang paling menarik, di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh ini cik en boleh buat coffee sendiri dengan menggunakan Dolce & Gusto Coffee Machine. Itu la kelainan yang ada dari hotel yang lain. Selain itu ada juga


  1. Iron & Ironing Board
  2. Mini Bar Fridge
  3. Wall Mount Hair Dryer
  4. Kettle Set
  5. Safe Deposit Box
  6. Magnifying Mirror
  7. Central Air-Conditioning
  8. 43" LED Flat Screen Television
  9. 32" LED Flat Screen Television
  10. Astro Channel
  11. Coffe/Tea Making Facilities
  12. Luggage Rack
  13. Telephone with IDD
  14. Free High Speed Internet Connection ( yang ini memang cik suka, memang tip top line internet dia)
  15. Electronic Door Lock
  16. High Pressure Shower
  17. Bathroom Amenities ( Paling banyak yang cik en pernah jumpa. hahahaha)
  18. Minieral Water 500ml
  19. Wake-up call Services (request only)



Servis lain yang ditawarkan oleh Putrade Allsuites at RPGC Ipoh

  1. 24 hours Security Services
  2. Airport Transfr Services
  3. Laundry & Dry Cleaning Services
  4. Complimentary Parking Bays

Fasiliti Putrade Allsuites at RPGC Ipoh


Macam cik en beritahu awal awal tadi, segala fasiliti yang ada di RPGC boleh di access oleh smeua guest yang check in di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh. Fasiliti yang ada adalah

18 Hole Championship Golf Course


Driving Range



Swimming Pool




Jacuzzi



Games Rooms



Squash Courts



Fitness Gym



Dining Facilities - Fairway Restaurant 



Banquest Hall



Pro-Shop



Banquet



  • Tennis Courts
  • Wading Pool

Seminar Packages di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh


Anyway Putrade Allsuites at RPGC Ipoh menawarkan juga seminar packages untuk group yang melebihi 10 orang peserta. Ada 2 pakej iaitu 

Full day (RM 85 nett perpax)

Two (2) Coffee breaks and One (1) Buffet/Set lunch
• 8-hours function room usage from 9.00am to 5.00pm
• Writing pads and pencils
• Mineral water and mints
• Standard Backdrop & Signage
• One (1) Headtable with Two (2) chairs
• One (1) Registration table with Two (2) chairs
• Complimentary usage of One (1) Whiteboard and One (1) Flipchart with markers
• Complimentary usage of basic PA Systems with Rostrum and Microphone with White Screen

Half Day (RM 70 nett perpax)

One (1) Coffee break and One (1) Buffet/Set lunch
• 4-hours function room usage from 9.00am to 1.00pm OR 1.00pm to 5.00pm
• Writing pads and pencils
• Mineral water and mints
• Standard Backdrop & Signage
• One (1) Headtable with Two (2) chairs
• One (1) Registration table with Two (2) chairs
• Complimentary usage of One (1) Whiteboard and One (1) Flipchart with markers
• Complimentary usage of basic PA Systems with Rostrum and Microphone with White Screen


Tempat Menarik Di Ipoh 

Tempat menarik di Ipoh yang boleh korang kunjungi bila menginap di Putrade Allsuites at RPGC Ipoh untuk short vacation atau long vacation. Antara yang boleh dilawati adalah 

Lost World Of Tambun 





Loken




Gunung Lang




Nasi Ganja



Untuk maklumat lanjut mengenai Putrade Allsuites at RPGC Ipoh ini korang boleh dapatkan detail di bawah ini

Putrade Allsuites At RPGC Ipoh
Jalan Sultan Azlan Shah 
31400 Ipoh, Perak
05-238 0022

8

BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank

BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank | Pernah tengok Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank yang real depan mata? Kalau tak pernah, korang jangan lupa datang ke BookXcess Kong Heng Ipoh sambil melayan buku dan menikmati keunikan dekorasi kedai buku bercirikan bank. Terletak dikawasan strategik, menjadikan BookXcess Kong Heng Ipoh bakal menjadi tumpuan pengunjung ke lokasi bersejarah Kong Heng Square atau disebut Plan B mesti orang Ipoh tahu punya. | BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank


BookXcess Kong Heng Ipoh, Kedai Buku Yang Ada Kotak Deposit Keselamatan dan Bilik Kebal Bank


BookXcess Kini Berada di Kong Heng Square, Lokasi Ikonik dan Bersejarah di Ipoh
Pencinta buku di Ipoh kini boleh mendapatkan buku dengan potongan harga antara 50% hingga 80% sambil menyingkap sejarah lokasi berkenaan



IPOH, 11 APRIL 2019 – Bagi mengukuhkan lagi komitmen terhadap menawarkan buku pada harga mampu milik, BookXcess terus memupuk semangat suka membaca kepada lebih ramai rakyat Malaysia dengan pembukaan kedai bukunya yang terbaru di Ipoh, Perak. BookXcess Kong Heng beroperasi di lokasi bersejarah di Kong Heng Square, yang pernah menjadi salah sebuah bank yang termasyhur di Ipoh. Premis dua tingkat ini kini telah diberi nafas baharu bagi menempatkan kedai buku yang pastinya akan menjadi destinasi pujaan para pencinta buku serta peminat foto di Perak.


Kedai buku ini menjadi pelengkap kepada kawasan sekitar Concubine Lane dengan pemasangan papan tanda neon yang dilengkapi dengan sedikit sentuhan moden di samping mengekalkan seni bina asal bangunan berkenaan. Para pencinta buku boleh menemui beribu-ribu judul buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti novel, sains fiksyen, thriller, sastera, novel remaja, buku perniagaan, resipi masakan, kesenian dan reka bentuk serta banyak lagi.


Reka bentuk serta suasana bank lama masih dikekalkan bagi mencipta satu pengalaman unik untuk para pengunjung; di mana di tingkat bawah, para pelanggan BookXcess Kong Heng boleh memilih buku yang diletakkan di dalam kotak deposit keselamatan bank dan bilik kebal bank yang telah diubah menjadi rak-rak buku.



Para ibu bapa yang mengunjung pasti gembira kerana BookXcess menawarkan beraneka pilihan buku kanak-kanak seperti buku aktiviti, buku cerita, buku bunyi dan banyak lagi. Ibu bapa kepada anak-anak kecil juga boleh mendapatkan tiga belas judul buku Augmented Reality (AR) yang dijual secara eksklusif di kedai buku BookXcess. Anak-anak boleh membaca, bermain dan belajar dengan buku AR berkenaan yang menggunakan teknologi AR tercanggih bagi merevolusikan kaedah pembacaan untuk generasi akan datang.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada kekayaan sejarah serta  seni bina indah bandaraya Ipoh. Dengan pembukaan BookXcess Kong Heng, kami berharap agar dapat memenuhi permintaan warga Perak yang mahukan buku pada harga mampu milik. Berdasarkan pengalaman kami semasa penganjuran Jualan Buku Big Bad Wolf di Ipoh, ramai pelanggan  membuat permintaan agar kami membuka sebuah kedai buku tetap dan hari ini, kami telah memenuhi permintaan mereka itu,” kata Pengasas BookXcess dan Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.



Selain daripada buku-buku dan karya pop yang unik, tingkat bawah tanah kedai buku berkenaan turut menempatkan newseum kecil ‘Yasmin at Kong Heng' (bagi mengabadikan nama beliau sebagai inspirasi kepada generasi baru). Galeri berkenaan dibuka kepada orang ramai yang berkunjung ke BookXcess Kong Heng. Di sini para pengunjung boleh ketawa, menangis, memahami erti cinta dan kemaafan apabila menonton iklan televisyen perayaan Petronas dan filem-filem terbaik arahan Yasmin. Mereka juga boleh menjenguk ke dalam minda beliau dengan meneliti kandungan komputer Mac asli yang beliau gunakan untuk menaip semua ideanya. Anda juga boleh membaca skrip asal "Sepet" dan "Wasurenegusa" yang disimpan di sini.


“Ianya merupakan satu penghormatan bagi kami untuk galeri ‘Yasmin at Kong Heng’ ditempatkan di BookXcess. Galeri tersebut membolehkan kami meneruskan legasi Yasmin dan menyampaikan cerita beliau kepada seluruh dunia agar karyanya yang disukai ramai akan terus dihargai dan diingati,” tambah Yap.


Sempena pelancaran ini, para pelanggan BookXcess Kong Heng akan menikmati diskaun tambahan 20% ke atas semua buku serta barangan bukan buku mulai 11 hingga 14 April 2019. Para pelanggan digalakkan mengikuti BookXcess di laman-laman media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran serta buku-buku terbaru di BookXcess.

BookXcess Kong Heng, Ipoh dibuka pada setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam dan terletak di No. 91, Jalan Sultan Yussuf (Belfield Street), 30000 Ipoh, Perak.

Facebook              : https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram             : @bookxcess
Laman sesawang : https://www.bookxcess.com/

0

Kedai Repair Handphone di Ipoh

Kedai Repair Handphone Di Ipoh | Sebenarnya ianya dalah kebetulan cik en repair handphone kat situ. Asalnya cik en mencari kedai kamera untuk beli kamera yang cik en wishlist untuk tahun ini. Diakui susah nak cari kedai menjual kamera di Ipoh ini. Last cik en jumpa jumpa di area Meru Ipoh. Lepas tempah cik en perasan ada kedai repair handphone berdekatan kedai jual kamera tadi. Cik en masuk dan ter tukar cover belakang Samsung S7 Edge cik en ini. Kiranya ini Kedai repair Handphone di Ipoh pertama cik en masuk walaupun dulu pernah stay kat Ipoh masa bElajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh. | Kedai Repair Handphone Di Ipoh 

Kedai Repair Handphone Di Ipoh
Kedai Repair Handphone Di Ipoh

Kedai Repair Handphone Di Ipoh 

Kedai Repair Handphone Di Ipoh yang cik en maksudkan ialah FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist di Meru Ipoh. Kedai ini kedai Melayu dan mereka gunakan konsep Face To Face. Servis yang mereka sediakan hardware dan software. 

Cik en asalnya tak kisah pasal retak di belakang Samsung S7 Edge cik en ini. Sebabnya cik en pakai cover belakang untuk sembunyikan tapi dah alang alang dah masuk ialah FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist terus tanya berapa untuk tukar. Harga asal RM150 dan dia bagi diskaun RM130. Bagi cik en ok la kot sebab ada yang cik en tanya sampai RM 250 dan perlu tinggal. Yang ini murah sikit dan buat secara face to face. Tak sampai 10 minit settle tukar. 





Kalau korang tercari Kedai Repair Handphone Di Ipoh boleh la mencuba FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist ini. Ini detail social media mereka 

Alamat : 12, Jalan Meru Bestari A4, Medan Meru Bestari 
Ipoh, Perak 30020
Phone : 012-237 7355
2