Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Idea

Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts

Gantikan Kek Manis Dengan Kek Tembikai Suku Untuk Sambutan Hari Jadi

Gantikan Kek Manis Dengan Kek Tembikai Suku Untuk Sambutan Hari Jadi | Nak sambut hari jadi kawan tapi kawan tengah diet dan request tak nak kek disebabkan kek manis? Itu la yang berlaku pada cik en bila kawan cik en tak nak kek disebabkan diet. Asalnya dia tak mahu sambut cuma nak release tension karaoke. Tapi disebabkan dia pernah sambut hari jadi cik en beberapa tahun lepas rasanya ini masa cik en untuk buat surprise pada dia. Cik en asalnya nak beli salad tapi rasa tak sesuai salad di makan semasa karaoke cik en memilih tembikai disebabkan mudah untuk dibawa, mudah cucuk lilin dan boleh makan beramai ramai walaupun tembikai adalah buah yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Hahahha. So terjadilah Gantikan Kek Manis Dengan Kek Tembikai Suku Untuk Sambutan Hari Jadi



Gantikan Kek Manis Dengan Kek Tembikai Suku Untuk Sambutan Hari Jadi

Cik en beli kek tembikai suku pun kat Aeon Seri Manjung masa itu. Itupun idea kek ini bila sampai tempat tembikai. Hahahah. 


Round pula cari lilin tapi tak ada, dan cik en whatsapp la Aan untuk dia carikan lilin. Nasib la ada. Bila dah dapat semua, camana pula nak potong nanti, takkan nak beli pisau? Akhirnya cik en beli sudu. Pernah kan korang makan tembikai korek guna sudu je. Hahahaha


Inilah kami, 4 orang yang berkumpul masa karaoke je. Masa lain tak berjaya satukan kami kecuali karaoke. Hahahha


Kepada kak rosmah

Happy Birthday Kak Rosmah. Semoga happy, sihat dan murah rezeki selalu! 
6

5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing

5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing | Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai kerana sifatnya yang mudah jinak dan suka bermain. Ada yang memilih untuk mengambil saja kucing liar yang dijumpai di luar rumah, dan ada juga yang sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk membeli kucing dari baka istimewa. Tidak kisah bagaimana cara korang mengambil ‘anak angkat’ ini, korang perlu bersedia untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk memeliharanya. Kos makanan, perubatan dan grooming adalah antara keperluan asas yang harus diambil kira setiap bulan. Selain keperluan asas, korang juga perlu menyediakan rumah atau ruang yang cat friendly untuk mereka membesar dan bermain dengan selamat.Jika korang masih mencari idea untuk jadikan rumah lebih mesra kucing, mari lihat 5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing agak menarik dan unik yang telah cik en kumpulkan untuk tatapan korang.

5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing


1. Para dan kabinet khas untuk kucing

Bagi rumah jenis kompak seperti pangsapuri atau rumah setingkat, gunakan ruang kosong di dinding sebagai tempat untuk kucing anda bermain dengan meletakkan para kayu. Korang bebas untuk melakar bentuk trek laluan mengikut saiz dinding kosong yang ada, dan dapatkan khidmat renovate rumah untuk tempah dan lakukan pemasangan para tersebut. Selain itu, korang juga boleh membuat tempahan kabinet khas dengan tema kucing sebagai ruang penyimpanan barang-barang keperluannya. 

5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing

2. Kabinet untuk kotak pasir kucing

Jika korang mempunyai kabinet lama yang masih elok untuk digunakan, jadikan kabinet itu sebagai tempat untuk korang sorok kotak pasir kucing korang. Dapatkan khidmat handyman untuk lakukan sedikit penambahbaikan dengan membuat lubang untuk memudahkan kucing korang keluar dan masuk dengan sendiri pada bila-bila masa. Dengan adanya kabinet khas ini, pasir tidak akan bersepah ke merata-rata tempat, dan bau busuk juga tidak akan pergi jauh. 


3. Jambatan dan buaian gantung

Bagi rumah yang mempunyai ruang terhad untuk kucing korang melepak, pasangkan jambatan gantung di tempat yang tidak menghalang laluan. Walaupun jambatan gantung itu kelihatan ringkas, korang harus pastikan lebar jambatan itu sesuai dengan saiz kucing korang, dan lapik serta skru yang digunakan cukup untuk menampung berat kucing korang. Pastikan ia dipasang dengan kemas untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan. 


4. Terowong khas di bahagian bawah pintu

Sebelum ini korang sering lihat rumah-rumah dalam filem Hollywood mempunyai laluan khas untuk anjing mereka keluar dan masuk. korang juga boleh mengaplikasikan idea yang sama untuk kucing peliharaan korang. Ada dua cara untuk korang dapatkan pintu dengan terowong khas ini. Yang pertama, korang boleh dapatkan handyman untuk potong bahagian bawah pintu mengikut saiz yang sesuai untuk kucing korang, dan tambah kemasan kayu seakan telinga kucing agar ia kelihatan lebih menarik. Yang kedua, tempah pintu baru mengikut citarasa korang, terutama sekali jika rumah korang masih lagi dalam proses pembinaan. 



5. Para di tepi tingkap

Bagi indoor cats yang sentiasa berada di dalam rumah, sediakan para di tepi tingkap untuk kucing anda lihat suasana di luar. Upah cabinet maker untuk membuat para yang sesuai dengan saiz kucing korang. Tambah karpet agar tidak mudah tergelincir ketika memanjat, serta lebih selesa untuk mereka tidur. Jangan lupa untuk susun para itu seakan tangga agar mereka dapat naik dan turun dengan mudah. Jika korang mempunyai anak kucing, tambah para yang lebih kecil di antara dua para yang besar untuk memudahkan anak kucing tadi naik dan turun. 



Bagi penggemar kucing, mereka pasti akan memberikan perhatian dan kasih sayang yang menggunung untuk anak angkat mereka ini. Mengikut kemampuan dan kesesuaian, ada yang pilih untuk renovate rumah agar ada ruang yang lebih besar untuk kucing bermain, ada yang dapatkan pakar renovate rumah untuk bina rumah kucing, dan ada juga yang tempah kabinet atau aksesori lain, khas untuk kucing-kucing kesayangan mereka. 

Sebelum korang memulakan projek home improvement pilihan korang, pastikan korang gunakan khidmat kontraktor yang boleh dipercayai. Recommend.my mempunyai lebih 900 kontraktor yang berpengalaman di seluruh Malaysia, sedia untuk membantu korang. Kongsi maklumat ringkas dan terima anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam sahaja.
5

Wajib Tak Beri Hadiah Sempena Hari Guru?


Wajib Tak Beri Hadiah Sempena Hari Guru? | 16 Mei setiap tahun, di Malaysia akan menyambut Hari Guru. Hari tersebut, selalunya akan ada sambutan yang disambut disekolah. Seminggu sebelum Hari Guru, ramai pelajar memikirkan hadiah apa yang hendak diberi pada guru. Kebanyakkan hadiah ini dibeli menggunakan duit ibu bapa. Kadang kadang sampai berbelas belas hadiah yang pelajar beli. Jika dulu, Guru yang paling diminati atau disayangi akan mendapat hadiah paling banyak berbanding guru yang lain. Tapi kat sini, pernahkah kita terfikir, pelajar yang kurang kemampuan untuk membeli hadiah. Mungkin ada guru yang tidak mengharapkan hadiah daripada pelajar mereka tapi dikalangan rakan pelajar itu sendiri memberi sedikit sebanyak perasaan merendah diri. 

Sebenarnya banyak cara untuk kita berikan penghargaan pada guru kita ye.. Bukan dengan berhabis duit membeli hadiah di kedai DIY atau cenderahati. Antara hadiah yang mungkin tidak mengeluarkan kos yang tinggi dan tidak akan membebankan ibu bapa juga

  1. Makanan (Coklat, gula gula, kuih muih, kerepek dll)
  2. Barangan DIY. Contoh, hasilkan bunga dari kertas tisu
  3. DIY barangan lama 
  4. Kitar semula gift yang dapat masa kenduri kendara (Paling bajet)
  5. Bunga atau buah buahan (Lagi untung kalau ada kebun/dusun sendiri)
  6. Kad Ucapan Kreatif
  7. Pen murah tapi letakkan ribbon comel
  8. Lukisan (potret atau pemandangan beserta tulisan)
  9. Penanda buku daripada batang ais krim. 
  10. Ucapan sahaja pon ok

Mungkin ada idea masing masing, asalkan ianya jimat. Hahaha.

Dikesempatan ini cik en ingin ucapkan Selamat Hari Guru/Sifu buat semua guru guru di

  1. 1994 - s.k. bintong perlis
  2. 1995, 1998 - Sk Menora kuala kangsar perak 
  3. 1996 - 1997 - sk tambun ipoh perak
  4. 1999 - s.k krubong melaka
  5. 2000 - sek. tinggi perempuan melaka (STPM) dan sek tun haji abdul malek melaka (STHAM)
  6. 2001 - sek.men. malim melaka 
  7. 2002- sek men kota tinggi johor
  8. 2003 - sek. men. keb alor janggus kedah
  9. 2004 - sek.men. keb Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar (RPK)
  10. 2006- Kolej Unikop Batu Caves
  11. 2007 - 2011 - Politeknik Ungku Omar Ipoh (PUO)
Seterusnya di alam pekerjaan di Syarikat Kuari Batu Emas di Ipoh, 7Eleven di Taman Shatin Ipoh dan seterusnya senior, kakitangan dan doktor di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Persekutuan. Dan yang paling otai, kepada "cikgu" Mak dan Abah yang mengajar seluruh kehidupan selama 29 tahun ni. Begitu juga buat semua kawan kawan yg ajar erti persahabatan terutama kawan karib Cik En, Puan Nurul dan Puan Poyok dan juga yang lain. Walaupun tiada title cikgu tu tapi mereka banyak mengajar ilmu ilmu persahabatan. Tidak lupa kepada "awak" yang ada masa Cik En jatuh satu masa dulu, yang banyak bagi Cik en kekuatan untuk cik en bangun tanpa jemu jemu. Terima kasih juga kepada Blogger blogger hebat yang memberi tunjuk ajar seperti Abg Ben Ashaari, Hasrul Hassan, rakan blogger di Kelab Blogger Ben Ashaaris seeprti kak long, Afiq, Firzz, Yaya Cendana, Dr Ita, Abang Lan, Ujang Sue Aina, Achik Sohoque dan ramai lagi, Blogger Utara seperti Arz, Yana, Yui, Pha Is, Zumal, SYM, Timm, Farah, Tasha, Kak Ina, Akma, dan ramai lagi serta semua blogger yang cik en kenali. Jenuh juga kalau di senaraikan. Ini antara yang terlintas di kepala masa entri ini di taip.

Selamat Hari Guru 2016 daripada Eintan Nurfuzie dan Nurfuzie.com
4