Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Hebatkan Negaraku

Showing posts with label Hebatkan Negaraku. Show all posts
Showing posts with label Hebatkan Negaraku. Show all posts

Corat Coret PRU14 Cik EN

Corat Coret PRU14 Cik EN | Siapa sangka dalam masa sehari, Malaysia bertukar wajah. Macam macam isu berlaku. Sampaikan cik en sendiri pening tengok banyak status status di keluarkan di facebook. Macam macam cerita, andaian, ada juga yang main serkap jarang dan ada juga yang menabur fitnah. Impak lain macam PRU kali ini kan? Dengan tumbangkan kerajaan yang lama dan diganti dengan kerajaan yang baru. Macam orang lain cik en pun yang dah masuk 30 siri dah layak mengundi. Cik en balik ke kampung cik en untuk mengundi Dun N34 Bukit Chandan dan P67 Kuala Kangsar. 


Cik en dapat offer untuk jadi Agen Pemerhati Barong dengan adik cik en. Saja saja nak jumpa orang kampung dan kawan kawan yang memang dah lama tak jumpa. 


Kebetulan di buat di SK Menora dan ianya merupakan sekolah rendah cik en. Masuk je terus dok tinjau kawasan sekolah. Hampir 20 tahun cik en tinggalkan sekolah ini. Rindu masa kutip daun kering tepi pintu masuk, main zero point kat tepi kelas, makan RMT kat kantan tepi Sungai Perak. 


Ada beberapa buah bangunan baru dibina tapi tandas masih di tempat dan bangunan yang sama. Hahaha. 

Cik en bertugas bermula 8 pagi hingga 5 petang. Macam macam ragam yang cik en tengok tapi dalam keadaan tenang. Motif cik en pun hanya nak berjumpa kawan kawan lama dan saudara mara yang memang cik en jarang jumpa kecuali berkunjung waktu Hari Raya. 

Dan cik en jumpa makcik cik en. Makcik Yusnita merupakan ibu saudara cik en. Sepupu kepada mak cik en. Masa kecik, mak cik en selalu hantar cik en pada Opah, mak pada makcik untuk dijaga. Dulu memang rapat la masa kecik. Cik en pun tak la ingat sangat tapi cik en tahu semua sayang cik en masa itu. Hihihi.


Last cik en jumpa makcik en masih sihat walaupun tahu makcik menghidap barah payudara. Lepas itu cik en hanya tahu khabar di facebook je. Keadaan makcik semakin teruk selepas kimo. Mata makcik kuning. Cik en tahu ianya masalah hati. Perut mula membusung. Sama juga dengan kucing. Sebab itu cik en tahu sikit masalah hati ini pada manusia. 

Masa jumpa itu, cik en terus menangis lepas peluk makcik. Cik en tak tahu nak story macam mana tapi tengok keadaan makcik, muka yang cengkung, badan yang susut buat cik en macam sedih sangat sangat. Nampak keperitan dia. 

Apa mampu cik en kata pada makcik, kuat dan bersabar dengan dugaan Allah. Makcik orang terpilih dan disayangi oleh Allah. Hope korang yang baca ini berdoa lah supaya makcik cepat sembuh na.. 

Ok, back balik kepada asalnya. Cik en dan adik bertugas tanpa berganti. Lagipun cik en dan adik hanya pemerhati kan. Tugas cik en usha usha orang mai je. Dok juga tunggu ada ke markha cik en lama sebab dalam list ada nama dia dan bila call, rupanya dia tak datang pun. Baru nak cuci mata. hahaha.




Sambil itu, cik en sembang dengan petugas SPR ini. Katanya ramai kakitangan kerajaan tak join PRU14 ini sampaikan mereka kena mencari orang. Ntah la kenapa tak ramai kali ini cikgu cikgu dan kakitangan kerajaan lain join bertugas SPR. Mungkin disebabkan tahu Malaysia akan berubah kerajaan atau ada sebab sebab lain ye? Korang rasa kenapa?

Masuk tengah hari cik en tak dapat la makan yang diperuntukan oleh SPR jadi adik cik en pun carilah makanan di dewan. Itu pun makan buffet kot. Terpaksa la adik cik en cari bekas nak bawa balik makanan untuk kakak dia ini. 

Cik en yang kelaparan ini terus la nak makan tengok menu nasi putih, ikan sardin dan sayur kobis. Alahai sedihnyaaaaa,, Tapi sebab lapar habis juga, Nasib sedap. Dah itu rezekinya cik en makan sampai licin la. hahahha


Jam dah pukul 5 dan apa lagi habis dah masa cik en bertugas, balik nak sambung tidur la. Hahahha. Sebab dah janji dengan mak dan abah cik en nak belanja mereka makan malam.


Entah la sepanjang cik en bertugas, keadaan di tempat ini nampak suram. Orang pun tak ramai mana dan juga mungkin di sini ada 1500++ saja pengundi. Tapi dari pandangan mata kasar cik en dalam 60 ke 70 % je yang keluar mengundi. 

Dan seperti cik en agak, ianya merupakan permulaan Malaysia Baru. 



Terima kasih Barisan Nasional yang selama ini berkhidmat untuk kerajaan. Mungkin ini adalah masa terbaik untuk BN muhasabah diri masing masing. Mungkin perlu berehat untuk 5 tahun ini dan mencari di mana lopong lopong yang berjaya menarik pengundi memilih selain BN

Parti Keadilan Rakyat pula tahniah sebab berjaya menumbangkan parti yang lama bertahan.  PKR merupakan gabungan PKR, DAP, PBBM, dan PAN. Menjadi pilihan parti lain selain BN untuk berkhidmat untuk rakyat. Besar tanggungjawab tapi pendapat cik en, aura Tun Mahathir tu yang membuat orang memilih PKR. Harap rumors mengatakan beberapa pertubuhan PKR menggunakan Tun untuk kepentingan tertentu tak benar. Tun banyak berkorban untuk rakyat walaupun banyak sisi gelap dia yang lain sebelum ini. Dia sendiri nak berubah jadi jangan sia siakan pengaruh dia yang ada pada rakyat Malaysia. Kalau ada apa apa berlaku terhadap Tun atau cubaan untuk mengulingkan dia, tak mustahil PRU15 nanti BN akan kembali dengan jentera yang lebih baik. 

Parti Agama Islam Se Malaysia cik en nampak macam biasa. Cool dan releks je. Menang kalah mereka masih begitu. Parti yang bertahan lama. Arwah Nik Aziz sangat dihormati dan cik en sendiri kagum dengan cara mereka mampu kekal di Kelantan untuk jangka masa yang lama. Diharap kekal la berdiri sendiri sebab aura PAS itu sentiasa lain dari parti yang lain dan PAS mampu menjadi alternatif lain untuk pengundi mengundi. 

Dan cik en undi apa?

Haahhaha, Undi tetap rahsia. Mungkin BN, mungkin PKR atau pun PAS. ataupunnnn cik en X pada semua kotak yang ada dalam slip undi tu.. ahahhahahah. 
1

Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan

Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan | "Jom Pi Pasar along" Cepat aje cik en bersiap bila mak cik en ajak cik en pi pasar. Entahla dari dulu lagi cik en suka pergi pasar. Tak kisahlah pasar pagi ke, pasar petang ke atau pasar malam. Sebabnya akan ada pelbagai barangan dijual. Dari barangan basah hingga kering. Dari keperluan dapur ke peribadi. Kalau dulu bawa RM 10 akan ada 10 beg plastik cik en jinjing. Sekarang dengan kos sara hidup yang tinggi, RM10 itu tak mampu nak beli apa apa. Ikan pun dah nilai berbelas belas ringit. Tapi dok dengar cerita yang Kuala Lumpur ada program Jom Pi Pasar . Program Jom Pi Pasar yang katanya bermula tahun lepas menyasarkan pasar di sekitar Kuala Lumpur dengan memberi kupon RM 20 dan sedikit barangan dapur. Korang tau tak ada program Jom Pi Pasar ini? Lagi lagi yang duduk di kawasan Kuala Lumpur tu?

Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan

Tujuan program Jom Pi Pasar ini adalah satu inisiatif membantu golongan yang memerlukan. Menerusi program Jom Pi Pasar ini, seramai 150 ke 300 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM 20 untuk pembelian barangan keperluan. Program Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan ini bermula semenjak April 2017 rupanya. Dah masuk 2018 baru cik en tahu ada program sebegini di Kuala Lumpur. Antara yang cik en tahu, ada beberapa pihak yang terlibat dalam program Jom Pi Pasar ini seperti FAMA, KPDNKK, LKIM, Econsave dan lain lain lagi. 

Selain daripada itu yang cik en nampak, bila ada program Jom Pi Pasar ini, ianya dapat mendorong para peniaga menurunkan harga di pasaran. Bila dah orang tertentu turun ke pasar ini, akan ada penambahbaikan seperti bekalan stok di pasar, pengawalan harga jualan, barangan yang berkualiti dan masalah masalah yang lain dari pengunjung pasar kan? Apa apa pun cik en setuju dengan adanya program sebegini. 


Program Jom Pi Pasar ini merupakan salah satu lagi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memahami keperitan golongan kurang kemampuan di kawasan Kuala Lumpur. Bagus gak ada yang prihatin dengan keadaan ekonomi keluarga yang kurang kemampuan ini. Makanan merupakan keperluan asas. Mungkin dengan program Jom Pi Pasar ini dapat memberi lebihan sedikit terhadap menu keluarga ini. Mesti anak anak yang biasa makan telur boleh merasa ikan atau ayam. Isk, kalau cik en mampu, cik en akan bantu mereka dengan berikan makanan asas ini. Tapi apakan daya kan, cik en tak mampu. Bila ada dengar DBKL sediakan program Jom Pi Pasar ini, cik en rasa lega sebab ada yang sudi membantu mereka.

Diharap akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa program Jom Pi Pasar ini seperti menaikkan nilai kupon yang sedia ada itu. Sebabnya kos sara diri semakin lama semakin tinggi. Mungkin nilai itu dapat membantu masa kini tapi untuk jangka masa akan datang ianya semakin tak releven. Selain itu boleh perluaskan lagi ke pasar yang lain di sekitar ibu negara, dibuat seminggu sekali (sebelum ini sebulan sekali) dan bilangan penerima kupon akan bertambah. Korang boleh baca mengenai Jom Pi Pasar di artikel Jom Kita Pi Pasar!

Selain dari Program Jom Pi Pasar Ini, korang kena tahu juga ada beberapa program lain seperti Program Bas Sekolah Percuma di sekitar ibu negara

Gambar adalah ehsan google dan facebook
18

Nasib Ada Klinik 1Malaysia

Nasib Ada Klinik 1Malaysia | Cik en dah lama tak ke Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan untuk menerima rawatan yang biasa macam demam, batuk atau selsema semenjak ada Klinik 1Malaysia ini. Sebabnya cik en sejenis yang tak suka nak menunggu lama lama di satu tempat. Cik en rasa macam membazir sangat masa menunggu itu. Pernah dulu cik en demam dan pergi ke klinik kesihatan di kawasan cik en, tunggu dekat 3 jam dan akhirnya demam cik en kebah sendiri. hahahha. Bila adanya Klinik 1Malaysia ini, cik en rasa lebih senang dan selalunya Klinik 1Malaysia ini tak banyak pesakit macam klinik kesihatan yang lain, suasana tenang dan semestinya bayarannya murah sama macam Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan yang lain. Selesai terima rawatan dah boleh balik dan berehat di rumah. 


Nasib Ada Klinik 1Malaysia


Walaupun Klinik 1Malaysia ini tak selengkap yang lain tapi untuk kes kes biasa ianya sangat membantu klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang lain. Kita pun sedia maklum, di klinik kesihatan dan hospital, ramai sangat orang yang perlu menerima rawatan ringan dan berat. Bila diasingkan rawatan ringan di Klinik 1Malaysia dan rawatan lebih berat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan nampak la kurang sikit sibuk. Setakat demam dan selsema tapi perlu habiskan masa menunggu cik en rasa ianya merugikan. Baik cik en mengadap blog dan siapkan kerja kerja.

Kalau korang ingat lagi kisah cik en dulu, Kisah Sepandai Pandai Mengelak Digigit, Akhirnya Digigit Juga Hari ini , cik en ke Klinik 1 Malaysia . Masa itu pukul 5.30 petang dan petang klinik kesihatan dan hospital kerajaan mana yang buka kan? Hanya Klinik 1Malaysia yang masih buka. Selalunya pergi mesti tak ramai pesakit yang menunggu, lepas saja daftar terus di panggil pengawai yang bertugas. Staf yang ramah dan siap offer nak jahit tapi cik en tolak sebab tak besar mana pun (hakikat takut sebenarnya). Cik en pun dapatkan suntikan anti tetanus pon di Klinik 1Malaysia

Ada juga kes cik en demam teruk dan terus ke Klinik 1Malaysia. Cik en kena drip air sebab dah dehydrated. Ubatan yang cik en dapat mungkin tiada antibiotik tapi dah cukup buat cik en kebah dalam sehari dua selepas itu. Daripada sebelum itu cik en ke klinik swasta, check ala kadar, doktor tak senyum pun, ubat pun 1 saja dan menjangkau ratusan ringgit kena bayar. Nak kata sihat tidak juga, cik en tetap sakit sebab tu terus ke Klinik 1Malaysia. Yang Klinik 1Malaysia ini kena injection, ubatan sampai 10 jenis macam baru bayar RM 1. Esok terus kebah sakitnya. 


Di Malaysia ada 361 buah Klinik 1Malaysia meliputi Sabah dan Sarawak. Ianya dibina di kawasan yang strategik berdekatan dengan kawasan perumahan. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik 1Malaysia adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti batuk, demam, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan serta juga perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi. Beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk hari cuti sabtu ahad dan cuti umum. Beroperasi selama 12 jam dari 10 pagi hingga 10 malam. Cas dikenakan sama macam klinik dan hospital iaitu RM 1 dan percuma untuk warga emas. Walaupun dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital tapi tetap dipantau oleh Jabatan Kesihatan memastikan bekalan ubat dan kemudahan mencukupi.

Klinik 1Malaysia bukan saja ada di kawasan luar bandar sahaja, ianya pun ada di kawasan bandar terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga. Walaupun orang kata bandar ini ramai orang senang tapi hakikatnya masih ada yang kurang kemampuan. Dengan adanya Klinik 1Malaysia ini, akan dapat membantu golongan kurang kemampuan. Antara Klinik 1Malaysia yang ada di sekitar Kuala Lumpur adalah di :

  1. Klinik 1Malaysia Desa Rejang
  2. Klinik 1Malaysia Intan Baiduri
  3. Klinik 1Malaysia PPR Perkasa
  4. Klinik 1Malaysia Taman Melati / Pusat Komuniti Gombak
  5. Klinik 1Malaysia Kerinchi
  6. Klinik 1Malaysia Desa Tun Razak
  7. Klinik 1Malaysia PPR Muhibbah
  8. Klinik 1Malaysia Segambut
  9. Klinik 1Malaysia PPR Seri Alam
  10. Klinik 1Malaysia Flat Danau Kota F
  11. Klinik 1Malaysia Terminal Bersepadu Selatan
  12. Klinik 1Malaysia Alam Damai
  13. Klinik 1Malaysia Suria Magna
  14. Klinik 1Malaysia Kuchai 
  15. Klinik 1Malaysia Hang Tuah
  16. Klinik 1Malaysia UTC Pudu Sentral
  17. Klinik 1Malaysia Sungai Mulia
  18. Klinik 1Malaysia Seri Semarak
Klinik 1Malaysia di Kuala Lumpur ini adalah inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dan seharusnya kita kena guna sepenuhnya kemudahan yang disediakan. Jadi mana yang tak tahu itu, korang boleh semak Klinik 1Malaysia di tempat korang. Banyak kemudahan yang boleh korang gunakan.


Sebenarnya untung kita ini. Di negara lain, tak banyak klinik klinik kecil untuk penduduk mereka. Di malaysia, bab perubatan, klinik dan hospital memang diberi keutamaan yang tinggi. Banyak kemudahan kita dapat dengan bayaran sangat rendah. Hope Klinik 1 Malaysia ini akan sentiasa ada untuk membantu golongan yang memerlukan. Dimana ada Klinik 1 Malaysia ini? Korang boleh baca di Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia 
23

Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?

Bas Sekolah Percuma? Biar Betul? | Last cik en naik bas sekolah masa sekolah rendah. Jarak rumah ke sekolah agak jauh. Disebabkan abah cik en kerja tak menentu masa, abah cik en ambil perkhidmatan bas sekolah. Masa itu bayaran dalam RM 25 sebulan rasanya. Dan sekarang cik en survey yang bayaran bas sekolah sampai beratus ratus ringgit. Mahal juga rupanya sekarang ini kan? Kisah RM 25 itu kisah 20 tahun lepas. Mesti membebankan pada keluarga yang kurang kemampuan. Lagi lagi duduk di bandar besar seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur). Bila cik en baru  baca satu artikel Bas Sekolah Percuma di Sinar Harian online kejap tadi terus perkataan " biar betul? Ada ke benda free sekarang ini? Lagi lagi libatkan perkhidmatan kenderaan" keluar dari mulut cik en. Yang korang  pula tau ke ada Bas Sekolah Percuma untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awan (PA) untuk orang Kuala Lumpur? Kalau korang pon tak tahu macam cik en, meh cik en nak cerita pasal Bas Sekolah Percuma ini ?


Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?

Sebenarnya semenjak dari tahun lepas (2017), Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan peruntukan RM80 seorang murid yang menggunakan perkhidmatan Bas Sekolah Percuma ini. Program Bas Sekolah Percuma ini meliputi 74 kawasan di PPR dan PA di sekitar Kuala Lumpur. Jumlah besar yang diperuntukan RM15 juta ini di sediakan oleh kerajaan dalam bajet DBKL 2018. Mungkin cik en tak tahu adanya Bas Sekolah Percuma sebabnya bukan tinggal di bandar tapi bila ada program sebegini, cik en nampak penduduk yang kurang kemampuan di Kuala Lumpur dapat mengurangkan kos bas sekolah untuk anak anak dan boleh gunakan saving itu untuk perbelanjaan yang lebih memerlukan yang lain. Untung la korang yang duduk di Kuala Lumpur tu? Banyak kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun nampak sikit tapi bagi orang yang terhimpit dengan bebanan kewangan ianya sangat bererti. 


Kalau ikutkan kos pengangkutan macam sewa van sekolah boleh mencapai RM300 untuk seorang anak. Itu baru seorang kalau ada 3 orang? Tak ke dekat RM1000 juga. Baru sewa van je. Duit belanja sekolah lagi, peralatan sekolah lagi dan lain lain lagi. Bila ada program Bas Sekolah Percuma ini  sebenarnya banyak membantu golongan pendapatan rendah ini. Suka cik en tengok kalau adik adik ini boleh belajar tanpa ada bebanan kewangan. Mereka boleh tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Program Bas Sekolah Percuma Ianya merupakan inisiatif dari Datuk Seri Tengku Adnan bin Mansor atau senang disapa dengan nama Ku Nan. Beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Dengan rasa prihatin terhadap penduduk di dalam kawasan Wilayah Persekutuan yang mana ada penduduk kurang berkemampuan, anak anak yang ada semangat untuk belajar tapi tidak mampu untuk membayar pengangkutan ke sekolah dan juga keresahan ibu bapa yang mana semakin hari semakin tinggi kos menguruskan keluarga telah menjadi titik tolak kepada Ku Nan mewujudkan Program Bas Sekolah Percuma ini dibawah peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan bajet yang diperuntukan, beliau menggunakan sebaiknya untuk memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk Kuala Lumpur.

Bantuan ini disediakan untuk penduduk PPR dan PA sahaja, kita (kerajaan) memahami kekangan hidup (kos sara hidup tinggi) jadi kita akan lihat setiap hari bagaimana mahu meringankan beban mereka 
- Datuk Seri Tengku Adnan Bin Mansor -

Harapan cik en pula agar Program Bas Sekolah Percuma ini dapat diteruskan dan akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa seperti diperluas ke seluruhan kawasan bandar Kuala Lumpur. dan bukan hanya tertumpu kepada kawasan PPR dan PA. Selain dapat mengurangkan beban kewangan, ianya dapat juga mengelakkan masalah jenayah seperti penculikan di kalangan pelajar sekolah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh baca di Bantuan Bas Sekolah Percuma

p/s: Selain dari Program Bas Sekolah Percuma untuk penduduk PPR dan PA, Ku Nan juga ada mewujudkan beberapa program lain seperti Perpustakaan 1 Wilayah Persekutuan Lembah Pantai dan pembangunan semula Residensi Kerinchi. Semua ini untuk kemudahan penduduk di Kuala Lumpur. 
48