Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Food Review Perak

Showing posts with label Food Review Perak. Show all posts
Showing posts with label Food Review Perak. Show all posts

Bring Back Memories di Kedai Ayamas

Bring Back Memories di Kedai Ayamas  | Satu satu kenangan yang cik en tak boleh lupa adalah makan ayam panggang dari Kedai Ayamas yang abah cik en bawa balik. Masa itu, abah kerja di Ipoh dan akan bawa rezeki untuk anak anak dia. Kami tinggal di Kuala Kangsar, jadi abah akan mencari rezeki atau makanan yang tiada di jual di kawasan kami. Cuma masa itu, abah bawa rezeki yang berbeza iaitu ayam panggang. Sedap sangat sebabnya cara masakannya sesuai untuk kanak kanak macam cik en pada masa itu. Selepas itu, kami jarang dapat makan disebabkan faktor faktor tertentu. Sehinggalah Kedai Ayamas dibuka dengan banyak di Perak. Cik en berpeluang untuk Bring Back Memories di Kedai Ayamas macam dulu dulu. 


0

Lunch di Potpourri House Cafe Ipoh Perak

Lunch di Potpourri House Cafe Ipoh Perak | Sebenarnya cik en ini akan ada masalah kalau nak makan di Ipoh even cik en pernah stay di Ipoh masa belajar dan bekerja dulu. Last last makan di tempat yang sama dan berulang ulang. Sampailah cik en terperasan ada satu cafe yang menarik, privasi dan yang penting sedap. So cik en dan adik cik en terjah untuk lunch di Potpourri House Cafe Ipoh Perak. Agak tersorok tapi bila korang masuk di perkarangan Potpourri House Cafe Ipoh Perak ini, korang akan kagum dengan decoration dan menu menu yang mereka tawarkan. Menggunakan konsep British Style Cafe ini dan ianya yang pertama menggunakan konsep ini di Ipoh


0

Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru?

Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru? | Orang yang duduk Ipoh atau kawasan berhampiran, kome pernah tahu atau makan di Labu Sayong Signature Meru? Ke kome tak perasan? Di Bulatan Amanjaya Meru je. Ke kome pernah nampak tapi tak pernah singgah disebabkan stylenya yang nampak mewah? Kome silap dan cik en sendiri pun sama sebab fikir Labu Sayong Signature itu makanan mahal atau untuk orang orang berada je. Disebabkan cik en sendiri dah merasai masakan dan melihat sendiri harga yang dikenakan untuk makanan dan minuman di Labu Sayong Signature ini, sebab itu cik en berani nak berkongsi dengan korang mengenai Labu Sayong Signature Meru ini. Manatau terlalu atau planning ke Bulatan Meru ini, boleh la singgah dan menikmati makanan dan minuman di sini. Semestinya korang merasakan berada di dalam rumah opah dan atuk kita dulu dulu. | Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru?


0

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai | Makan dalam sungai? Atau makan atas sungai? Kalau dalam sungai, blup blup la kan? Hahahhahaha. Mesti korang pernah melihat di media sosial konsep makan dalam sungai menjadi trend terbaru di Malaysia. Dikatakan mengambil idea di Thailand. Di Malaysia ada hampir lebih 20 lokasi makan dalam sungai. Antara yang popular adalah BBQ Lamb KL Kemenseh, Castella Cafe Grik, Rimba Cafe Baling dan yang terbaru tular di media seluruh Perak La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak. Kesempatan cik en ke Ipoh minggu lepas, cik en dan bersama rakan rakan cik en, Criz Lai, Tan See Wah, Lia Hasty dan Nazrul mencuba La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak | Konsep Makan Dalam Sungai


0

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je?

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je? |  Lepas photoshoot sabtu lepas, cik en dan kak Julia lapar giler sebabnya dari pagi tak makan sebab sibuk dengan make up dan photoshoot. Nak share pasal photoshoot yang kami buat, gambar masih tak siap lagi so cik en nak share satu port makan yang cik en pergi lepas photoshoot hari tu. Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je? Macam tak recomended je cik en ini? ahhahha. Kalau nak tau cik en recomended ke tak, kena la baca entri Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je? ini sampai habis

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak
Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je?


Cik en memilih spagethi carbonara seafood dan kebab daging. Kak Julia pula order nasi putih dan asam pedas. Tambahan banana split. So far spagheti carbonara dia cik en suka. Creamy dan pastanya cukup masak.

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak
Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak

2nd dish yang cik en order Kebab Daging Mini. Mini dia pun boleh tahan juga besar. Tak mampu nak habiskan. Ingatkan macam kebab pasar malam yang kecik tu. Sampai sampai memang besar. Camne la rupa jumbo kan? Hahahha. Disaluti cheese atas dia tapi tak muak la bagi cik en. Boleh la untuk makan 2 atau 3 orang ini

Kebab Daging Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak

Kak Julia pula order nasi putih dan nak macam sup atau tomyan. Menu berkuah. Awalnya kata ada tapi 2 3 kali datang tak ada dan akhirnya kak julia memilih nasi putih Asam Pedas

Asam Pedas Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak

Yang ini cik en tak rasa tapi kak julia komen sangat pedas. Kalau di apu kata pedas cik en confirm tak makan sebab cik en kan tak makan pedas.

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je sebenarnya. Tak la tak sedap dan tak la sedap sangat. Boleh la kot. Anyway lepas ini cik en akan repeat lagi sekali untuk repeat macam nasi 7 benua tu. Kata blogger marshaliza sedap. So korang pernah tak makan kat sini? pe pendapat korang? Mana yang belum lagi bolehla try menu menu dorang.


p/s : Kalau pagi pagi di area Seri Iskandar ke Ipoh ada satu port nasi lemak berlauk yang sedap giler iaitu Nasi Lemak Kukus Pak Nan Terbaik Di Pusing Perak
1

Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh

Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh | Orang luar kalau datang Ipoh mesti nak cuba Nasi Ganja kan? Korang anggap itulah yang paling sedap ada di Ipoh tapi sebenarnya cik en sendiri yang pernah duduk di Ipoh masa belajar dan bekerja, cik en lebih suka makan Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh berbanding Nasi Ganja. Bukannya Nasi Ganja tak sedap tapi tekak cik en lebih meminati Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh. So review cik en mengenai Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh bukanlah detail tapi cuba nak kongsi dengan korang tempat kegemaran cik en kalau di Bandar Ipoh selain Mee Hailam Parit Perak yang pernah cik en kongsikan sebelum ini

Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh
Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh

Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh


Cik en ada snap Nasi Kandar yang cik en pilih tapi dok cari tak jumpa pula gambar tu. So tak boleh la nak belanja korang gambar terliur Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh ini. Perbezaan antara Nasi Kandar adalah kuah dia. Kuah campur ini yang membezakan rasa Nasi Kandar Pekan Ipoh dengan tempat lain. 

Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh
Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh

Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh bermula jam 10.00 pagi dan waktu kemuncak waktu rehat iaitu 12.30  tengah hari sehingga 2.00 petang. Jangan mai lewat sangat, memang licin la lauk lauk best dia. Cik en akan minta kuah campur, telur masin, sambal kelapa (paling favourite), ayam/daging dan sayur. Cuma cik en ini jenis tak makan pedas so selalunya cik en akan minta kurangkan kuah cuma datang paling latest ini cik en lupa. Tapi sebab dah lama tak makan, cik en memang gigih makan walaupun bibir dah jadi macam Angelina Jolie. Hahahhaha


Abaikan muka tembam cik en diatas, biasalah, yang snap gambar ini jenis tak sentitif dengan kegemukan dan kecubbyan. Aahhaha.. Abaikan penggunaan bahasa bukan baku itu ye. Hahahha. So kalau korang Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh ini. Korang boleh search Rumah Flat Kinta. Sebab Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh bersebelahan dengan flat ini atau korang boleh ke 

Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh

Rumah Pangsa Jln Bijih Timah Mbi, 125, 31650 Ipoh, Negeri Perak
Facebook : Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh
Google Maps
2

Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh

Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh | Beberapa hari yang lepas cik en berkesempatan untuk mencuba Ramadhan Buffet Preview di Tower Regency Hotel & Apartment di Ipoh Perak. Bertemakan Semarak Rasa Ramadhan ini, pihak cafe @6/Polo Side memilih tema makanan ala kampung di hotel. Hidangan menu istimewa ini akan mengungkap nostalgia resepi masakan melayu lama bagi menyemarakkan suasana berbuka bersama keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja. | Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh


Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet Tower Regency Ipoh


Masa awal awal puasa kebanyakan ramai berbuka di rumah kerana semangat untuk berbuka dan menyiapkan hidangan bersama keluarga. Selalunya apabila masuk minggu kedua ke atas semestinya tercari cari Ramadhan Buffet yang sedap selepas sibuk dan jemu untuk memasak. Hahaha. So sesiapa yang ada di Ipoh atau travel ke Ipoh boleh memilih Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet Tower Regency Ipoh untuk tempat berbuka puasa. 

Antara menu kampung yang akan menjadi pilihan semestinya : 











Selain daripada hidangan diatas, ada ikan bakar, ayam bakar dan kambing golek di bahagian luar






Mungkin ada yang nak berbuka dengan makanan yang lebih ringan seperti sup atau goreng mungkin boleh mencuba menu di bawah ini






Nanti jangan lupa rasa Teh Tarik dia yang kaw dan sedap giler itu. Mesti terlagi lagi. Pekena masa buka puasa memang buat tekak rasa lega. Ada juga beberapa pilihan air yang lain dan ABC





Selesai semuanya semestinya kita mencari pencuci mulut. Bila konsep ala kampung ini, semestinya cik en terbayang limas, bengkang, kuih koci dan sebagainya. Pencuci mulut dia memang buat teringat duduk di kampung bersama opah dan atuk






Selain itu kalau teringin nak makan keropok lekor dan cucr udang pun ada tau!


Suasananya yang bersih, besar dan releks sangat sesuai untuk seluruh keluarga




Kesemua hidangan istimewa ini boleh didapati dengan harga RM 55.00 untuk dewasa dan RM 40.00 untuk kanak kanak. Manakala Jumaat dan Sabtu RM 58.00 dewasa dan RM 45.00 untuk kanak kanak. Pada masa itu akan ada tambahan hidangan istimewa kambing panggang dan sos sos yang lazat dan juga BBQ. Kalau beli pada masa promosi bermula 6 Mei 2019 sehingga 12 Mei 2019, harga promosi pembelian Awal Ramadan ialah RM 48.00 dewasa dan RM 38.00 Kanak kanak.

Pihak hotel juga menyediakan surau yang bersih, luas dan berhawa dingin serta selesa di tingkat 10. Jika ada yang nak menginap di Tower Regency ini, harga bilik untuk bilik Deluxe King RM180 termasuk sahur dan Buffet Ramadan untuk seorang. Bilik Deluxe berkembar berharga RM 250 termasuk sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang.

Tarikh 
Bermula 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019

Waktu
7.00 Malam sehingga 10 Malam

Tempat 
Cafe @6 - Tingkat 6 Tower Regency & Apartment 
6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown 30450 Ipoh Perak

Untuk tempahan 
05 - 2086900
05 - 2086888 (ext 6122)

Credit separuh gambar diatas : www.shalimaryusof.com
3

Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh Di Manjung Yang Marvellous Ini

Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung Yang Marvellous Ini | Semenjak duduk di Manjung, cik en memang susah nak cari kuetiau yang sama di Ipoh. Cik en sebelum tinggal di Manjung, memang menetap di Ipoh dari zaman belajar sampai bekerja. Semua orang sedia maklum, Ipoh memang syurga makanan dan salah satu kegemaran cik en adalah Kuetiau Kicap Kuah Kari. Port paling terkenal di Ipoh semestinya Mat Jasak dan Mee Kari Purba di Loken setiap hari Ahad. | Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh  di Manjung Yang Marvellous Ini



Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung? Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung Yang Marvellous Ini


Tapi bila cik en sampai Manjung dan menetap disini semenjak 2011 lagi, cik en tak pernah dapat merasa Kuetiau Kicap sedap di sini. So kalau rindu Kuetiau Kicap kuah kicap ini memang cik en akan ke Ipoh. Sampailah cik en diperkenalkan oleh Syahirah yang asalnya pelanggan klinik veterinar cik en untuk merasai Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini.



Banyak kali di ajak tapi cik en ini jarang nak keluar malam sebab badan letih sangat bila bekerja siang hari. Sampai la satu masa cik en mencuba dan wow!!! macam Kuetiau Kicap Kuah Kari Mat Jasak la. So memang licin la cik en makan masa itu. Kali kedua pergi cik en repeat pula Kuetiau Goreng dorang. Perghhhhh macam Kuetiau Goreng Mee Kari Purba la. Walawehhhhhhh.. napa lambat cik en tahu pasal ini. Selain itu nasi lemak dia pun sedapppp.. So repeat la kali ke tiga dengan mak abah yang melawat cik en untuk makan nasi lemak dia.



Aduhh.. aaduhh sayang.. ruginya cik en tak tahu pasal kewujudan Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini kat Manjung sebelum ini. Ini review jujur tau. Cik en memang obses dengan Kuetiau Kicap dan Kuetiau Goreng ala chinese ini dari dulu. So setiap kali ada menu ini memang cik en akan pergi dan rasa. So Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini cik en recommended sangat sangat. Korang orang Manjung jangan tak cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini. Dan korang yang nak ke Pulau Pangkor ke, Lumut ke atau Lakar Lumut jangan lupa nak singgah Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung ini sebab dekat sangat dengan tempat peranginan ini. Ini detail Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung

Masa Perniagaan : 6.00 petang sehingga lewat malam
Lokasi : Hadapan Starview Hotel Manjung
Facebook : Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung
No telefon : 010-4434864

4

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak


Bakso Sedap Di Sitiawan Perak | Bakso bukanlah makanan kegemaran cik en sebab dulu pernah makan daging itu masam je. Sampai la rakan sekerja cik en ajak makan bakso sebelum cik en fly ke Yogyakarta. Persediaan sebelum ke sana. Kat sana akan jumpa lagi sedap katanya. Tapi malang sangat sebab masa di Jogja cik en tak jumpa bakso yang sedap. Sebab itu cik en beritahu pada kawan facebook cik en " Gi jogja tak jumpe bakso sesedap di sitiawan ini. Ke supirnya tak pandai cari port sedap? 2 kali try dan semestinya sentiasa rasa sedap yang sama " Bila up camtu ramai tanya kat mana Bakso Sedap Di Sitiawan Perak ini? 

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak
Bakso Sedap Di Sitiawan Perak

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak


Untuk pengetahuan korang, Bakso Sitiawan ini adalah makanan kegemaran staf dan doktor Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Persekutuan yang pernah datang ke Sitiawan untuk urusan kerja. Ada yang repeat buat kerja area datang sini semata semata nak makan Bakso Sitiawan ini. Kedai dia bukannya kedai yang biasa kita tengok tapi cuma warung di dalam Felcra Gugusan Lekir Sitiawan. Nak cakap memang tak tahu tapi kalau rasa nak try roger cik en la.. cik en bawakan na...


6

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua | Agak lewat cik en update tempat berbuka puasa cik en dah keluarga untuk minggu kedua. Sebelum ini cik en ke Ipoh, minggu kedua ini cik en menuju ke Utara. Dan pilihan cik en dan adik cik en untuk bawak mak abah kami ke Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort . Macam biasa plan last minit dan tugas adik cik en untuk call dan buat tempahan di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini. So disebabkan ianya buffet sememangnya cik en tak ada la gambar yang menarik cuma nak share dengan korang apa best berbuka puasa di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini. 

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort
Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort 

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua


Apa yang buat cik en dan adik cik en tertarik untuk berbuka puasa buffet di Cafe Le Lac Bukit Merah Laketown Resort ini sebab harga buffetnya yang berbaloi juga la iaitu RM48.00 untuk dewasa dan RM35.00 untuk kanak kanak, warga emas dan OKU. 


Dan kalau korang tak tahu cik en seorang saja bayar untuk dewasa. Adik cik en ada kad OKU dan mak abah cik en warga emas. Untung tak cik en? Hahahahha. Adik cik en la untung, kalau naik ETS ke, bas ke mesti dapat half price. Hihihi. Tu senang bawa dia jalan jalan. 

Ok la, back pada Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort tadi. Kami tempah lewat sikit so meja kami di bahagian luar mengadap tasik 


Kebetulan hujan renyai renyai jadi tak kesempatan bergambar tepi tasik. 

Kat Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, makanan mereka di hidang di dalam cafe dan bahagian luar. Di dalam ada pencuci mulut, buah buahan, kerabu dan ais kacang. 


Disebelah luar Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort yang mengadap tasik pula dihidang secara gerai. Macam Gerai Bubur, Gerai Cucur, Gerai Tomyam, Gerai Nasi Mandy, Gerai Mee Udang, Gerai Makanan Panas, Gerai Nasi Ayam, Gerai Kebab dan minuman. 

Ini port kami sekeluarga. Sementara tunggu waktu berbuka selfie dulu


Dan ini menu kami untuk round pertama.. ahahhaha


Untuk menu di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, cik en recommended ikan patin masak tempoyak, bubur kacang, mee udang, cucur dan teh tarik dia. Sodapppp pada tekak cik en. Kalau korang pula maybe lain la kan. 

Cuma kat sini, menu tak semeriah sangat la. Dan port kerabu cik en sedar bila dah last. Port kerabu ini di bahagian pintu cafe dan cik en tak berapa perasan. Papadom kecik itu keras dan nasi mandy dia macam berminyak lebih. Meja kami kecik dan cik en terpaksa cari troli untuk letak pinggan yang dah digunakan. Mungkin staf masih berbuka puasa. Tapi kira ok la. banyak yang cik en suka dari tak suka. Boleh bagi 3.8/5 bintang

Lepas berbuka, korang boleh solat maghrib sebabnya ada surau di sediakan. Cik en sempat bergambar tapi suasana renyai buat gambar tak berapa cantik la. 



So kalau korag rasa nak berbuka kat Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, korang boleh usha sosial media dorang yerk

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort
Facebook Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort : https://www.facebook.com/BMLaketownResort/
Nombor telefon untuk tempahan : 05-8908888

0