Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Food Review Penang

Showing posts with label Food Review Penang. Show all posts
Showing posts with label Food Review Penang. Show all posts

Flamingo Penang Tawarkan Buy One Free One untuk Sunday Lunch Buffet Sempena 10th Anniversary

Flamingo Penang Tawarkan Buy One Free One untuk Sunday Lunch Buffet Sempena 10th Anniversary | Nak berbaloi baloi makan lunch ini sememangnya korang kena pandai memilih promosi promosi yang ada. Masa cik en pi Penang lepas, cik en dapat tau ada satu hotel ini tawarkan Buy One Free One untuk Lunch Buffet. Apa lagi, terus je cik en grab lunch buffet tu sebelum ke event seterusnya petang itu. | Flamingo Penang Tawarkan Buy One Free One untuk Sunday Lunch Buffet Sempena 10th Anniversary


Flamingo Penang Tawarkan Buy One Free One untuk Sunday Lunch Buffet Sempena 10th Anniversary


Anyway masa cik en pergi ini hari ahad, so memang kena sangat la sebab tawaran buy one free one ini untuk sunday lunch buffet. Memang kerap Flamingo Cafe ini buat promotion macam ini. Macam sebelum ini cik en pernah datang untuk promotion 100 days New Malaysia sebelum ini. Memang menyelerakan menu menu mereka. Semestinya kalau jenis buffet ini akan ada banyak jenis makanan dari Hot Dish, Appetizer, Fruit, Soup dan Dessert.

Lunch semestinya ada nasi dan disini ada 2 pilihan nasi iaitu nasi putih dan beriyani. Dan ini pula antara hot dish yang ada




Selain itu ada creamy soup. Memang favourite cik en yang ini. Yummy. masa tengah menaip ini terasa lagi kesedapan soup ini


Selain itu, kalau gi buffet cik en akan cari appetizer dia. Kalau sebelum ini memang cik en suka pilihan yang ada dan kali ini tidak mengecewakan cik en. 




Untuk dessert pula cik en suka samosa dia dan fruit cocktail dia sedap juga. Yummy rasanya. Tengah panas panas sejuk  je tekak ini hirup fruit cocktail dia. Nanti nak try la buat. sama ke tidak. Hahahhaha



Selain itu korang boleh Fruit Pickle


Masa cik en lunch di sini ada 4 jenis bubur. 


Kat sini juga ada action stall yang mana masakan dibuat panas panas sebelum dihidang kepada korang. Dalam banyak banyak ini ada beberapa menu yang cik en suka







Bubur bawah ini bubur ikan.. 1st time cik en makan bubur jenis camni. So far memang sedap dan rasa nak repeat ini banyak kali je masa itu tapi rushing untuk event lagi cik en tak dapat nak makan lagi. Next time okey. hahahaha


Yang ini memang love sangat. Roti tisu orang kata. dengan susu pekat lemak berkrim buat menu ini menu penutup cik en yang paling awesome. Hahahha


Anyway for drink, hanya ada plain water kalau korang nak tambah minuman lain boleh order terus di kaunter. Untuk cik en yang tengah diet plain water dan cukup. Huhuhu

Menu disini berubah ubah untuk mengelak pelanggan jemu. Sebab itu kat sini sentiasa full booking. Dengan harga RM 60 untuk dewasa dan RM 28 untuk Kanak Kanak dan Citizen memang tak dinafikanlah ianya selalu penuh. 


Untuk 10th Annivesary Lunch Buffet Buy 1 Free 1 hanya untuk adult price only dan hanya ada pada  Sunday bermula jam 12.30pm-2.30pm. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi +604 - 892 7167 atau email terus ke fnb.pg@flamingo.com.my

Anyway masa Lia pergi sebelum ini, menu dia agak berbeza dan korang boleh baca review dia di entri Buy 1 Free 1 Sunday Lunch Buffet Flamingo Hotel 
11

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang | Yeah, selesai aktiviti di The Habitat dan Event di The Venture, cik en craving pula nak makan durian bila nampak tepi jalan jual durian masa datang ke Penang pagi itu. Lagi lagi dengan pulut dan santan, perghhhh mesti terasa nikmatnya dunia. Hahahaha. Tapi kat mana di Penang ini ada jual durian? Anyway di Lexis Suites Penang tengah buat Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet untuk korang yang tengah craving macam cik en ini. Rasa puas sangat la makan durian ini dengan 10 jenis durian yang terkenal di Malaysia ini. | Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang
Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang


Promosi istimewa Durian Fiesta di Lexis Suites Penang ini menawarkan 10 jenis durian iaitu Musang King, Ang Hae, Hor Lor, Kapli, Cheh Phoay Kia, D11, D14, Cheh Phoay 15, Kun Poh dan Ang Bak Kia. Semua jenis durian ini mempunyai rasa, bau dan warna yang berbeza serta mempunyai keistimewaannya tersendiri. Cik en pun selama ini pernah rasa Musang King dan D14 je. Tak sangka pula banyak betul jenis durian ini. Ianya berada di pelbagai tempat dan Lexis Suites Penang bawakan semua ini di Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet. 

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang


Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Harga yang ditawarkan sangat murah la kalau nak dibanding tempat lain yang hanya menawarkan satu atau dua jenis durian sahaja. Harganya RM118 seorang dengan limit 2 jam korang melantak (kata orang perak ler). Yang lagi best, dalam satu sesi hanya ada 10 orang paling maksimum ditambah pula Lexis memilih beachfront sebagai tempat untuk korang menikmati "Kings Of Fruits" ini. Heaven sangat. Hahahhaha

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Selain dari durian, pihak Lexis juga sediakan pulut, santan dan gula merah sebagai booster untuk korang yang suka gabungan itu. Drinking water juga include dalam pakej ini. Untuk tempahan Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet ini, korang kena buat sekurang kurangnya sehari sebelum korang nak mai. Segala tempahan korang boleh ke Front Office atau Reception department kalau korang menginap di Lexis Suite Penang ini. Kalau tidak boleh call 04-6282888 atau paling mudah scan saja QR dibawah ini. Mudah dan cepat kan?


Korang kalau mai Penang, masuklah Lexis Suites Penang salah satu tempat penginapan. Cik en one day nanti nak stay sini dengan family. Hope nanti bila dah stay sini semalam dua boleh sharing dekat www.nurfuzie.com nanti

update 13 Ogos 2019 : The durian promotion has ended
11

Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang

Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang | Bila datang ke Penang, semestinya cik en akan buntu nak makan di mana. Cik en datang ke Penang untuk satu Hi Tea di Batu Feringgi. Cik en datang sehari sebelum event sebab tak nak rushing bersiap. Lepas event di Ipoh, cik en terus ke Penang dan stay satu malam di Bayan Baru. Malam itu dah pekena Char Ketiaw dan mula mencari port untuk sarapan esok. Kebetulan malam itu hangout dengan Lyana Ishak dan Lia Hasty dan mereka suggest Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang



Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang 

Cik en bukanlah peminat makanan korean tapi lepas mencuba menu menu di Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini cik en mula jatuh hati dengan makanan Korean. Selain daripada itu Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ada menu Japanese, Western dan special recipe Golden Bowl Cafetiam sendiri.

Actually, ramai kawan kawan facebook dan follower instagram cik en PM, DM dan Whatsaap, kat mana cafe cik en makan yang nampak sedap sangat dari gambar tu. Cik en sendiri dah tak larat nak jawab pertanyaan mereka seorang seorang dan akhirnya cik en ambik keputasan share kat sini. Mesti korang yang membaca nak tau apa yang best sangat di Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini kan? 

Menu menu di Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti Rice Bowl, Breafast, Brunch, Noodle, Fried Chicken dan beverage. 

Jom la tengok half dari menu menu yang ada di Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini 

YUMMY NOODLE

Kyoto Shoyu
Japanese Menu with mushroom & seaweed based soup

Yoona,s Spicy Kimchi
kPOP Recipe with Kimchi and little spicy 

Golden Milky Chessy
Chesse and mix with creamy hot milk

Signature House Curry
Special flavour Curry 
BREAKFAST & BRUNCH

Australian Shakshuka
Arabian mix Australian Breakfast

Big Momma's Breakfast
Salmon Eggsie Benedicto
Smoked Norwegia Salmon

Eggsie Beef Strips Benedicto
Beef Strips Benedict
SIGNATURE RICE BOWLS

Yoona's Korean Roce Bowl
Korean Grilled Spicy Chicken

Teriyaki Chicken Rice Bowl
Japanese Teriyaki Grilled Chicken
GOLDEN FRIED CHICKEN

Crunchy Cheesy Chicken Wings

Crunchy Korean Spicy Chicken Wings

GOLDEN BOWLS RICE BOWLS 

Milanese Chicken

Pomadora Chicken
BEVERAGES

Coffee (Hor Ka Sai), Ice Blenden (Blended Tea Fantasy, Blended Hor Ka Sai, Blended Chocolate) , Salted Cream Cheese (Black Tea, Milo and Hor Ka Sai)

Terliur tak?Hahahah. Harga dia pun berbaloi la. Satu portion memang banyak dan Korang akan rasa kenyang sangat. Sangat sesuai untuk bawa family dan hangout dengan kawan kawan. 

Kalau korang berminat nak ke sini bolehlah waze Golden Bowl Promenede atau cari Mr DIY Bayan Lepas Penang. Atau korang boleh tengok di sosial media Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini

Waze : Golden Bowl Promenade
6

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Flamingo Hotel Penang

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Flamingo Hotel Penang | Sesekali makan lunch di Hotel apa salahnya kan? Selepas berpuasa selama sebulan ini, nafsu makan ini semakin menjadi jadi pulak. Dah camtu mesti nak cari port lunch yang mempunyai pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan. Sama la dengan cik en. Ada dengar Flamingo Hotel Penang menawarkan 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch sempena 100 hari Malaysia Baru. Promotion Buy 1 Free 1 ini untuk bermula dari 17 Jun 2018 sehingga hari ke 100. Dengan bayaran RM 48 seorang menjadikan ianya best price di Penang. | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Flamingo Hotel Penang

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Flamingo Hotel Penang
100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Flamingo Hotel Penang


100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Flamingo Hotel Penang


Kalau dah set buffet ini mesti korang teruja nak tengok menu menu yang ditawarkan. Bagi cik en memang berbaloi la. Banyak menu yang korang boleh cuba. Dari Hot Dish, Appetizer, Fruit, Soup dan Dessert. Selain itu ada menu panas dari Action dish & Stall. Korang tengok gambar mesti meleleh la air liur korang 


Baru tengok hot dished dorang pun korang dah lapar kan? Jom tengok menu yang lain pula.


Desert dia memang korang boleh rambang mata punya. Kalau cik en gi mana mana buffet, port paling cik en suka adalah dessert la. Macam macam menu yang boleh menaikkan nafsu makan korang


Sedikit info untuk korang, menu ini akan berubah setiap seminggu dan dibahagikan 2 set yang berbeza. Untuk minggu lepas cik en lunch ini la, tapi kalau korang nak tengok set yang lain korang boleh tengok di 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Flamingo Hotel Penang

Korang boleh bawa satu keluarga sebabnya tempat makan atau meja makan memang banyak. Ada di dalam ballroom, pool side, dalam Flamingo Cafe dan juga berhampiran dengan laut. Ini antara tempat yang cik en sempat snap sebelum penuh.




Macam cik en sebut di awal entri tadi, Flamingo Hotel Penang buat promotion Buy 1 Free 1 kan? Maksudnya. kalau korang bawa pasangan, korang hanya perlu bayar untuk seorang saja. Jangan lepaskan peluang untuk makan lunch di antara hotel terbaik di Penang dengan harga yang berpatutan.

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Flamingo Hotel Penang

Flamingo Hotel by The Beach Penang
Jalan Tanjung Bungah
11200 Penang Malaysia
04 - 8927167
www.flamingo.com.my

Harga
Dewasa : RM 48
Kanak Kanak : RM 25 

Masa
12.30 tengah hari sehinga 2.30 petang

Dah alang alang sampai di Tanjung Bungah itu, rasanya jangan lepaskan peluang melawat Muzium Teddy Bear di TeddyVille tak jauh dari situ. 
3