Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: DIY

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah

DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah | Kelakar tak tajuk cik en ini.. Hahahha. Peah nak juga namanya disebut dalam entri ini. Sebagai komisyen cik en kena bagi di amakan wetfood setiap pagi. Demand ko peah ye! Mana yang tak tau, peah atau nama penuhnya Rafeah Bt Simpan adalah kucing cik en yang menemani cik en dekat 5 tahun ini. Kucing betina yang dah dimandulkan sendiri oleh cik en. Disebabkan barang makeup dah banyak dan kotak wet food peah banyak nak di bakar, cik en cuba buat DIY Kotak Makeup. Bukannlah proper tapi cukup untuk disimpan sementara nak masuk rumah baru cik en nanti. masa itu baru buat meja khas. Dan cik en bukan dalam golongan berseni. jadi penghasilan ini tidaklah sekemas mana. hahahha. Jom tengok macamana cik en DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah ini. 

DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah


DIY Kotak Makeup Dari Kotak Wet Food Peah


Cik en tak banyak guna barang. Sebabnya kotak wet food peah ini dah de partition dalamnya, cuma cik en balut dan tampal beberapa sticker je. Tapi susah gak menampal wallapaper ini. Senget benget. nampak sangat cik en tak berseni kan


Rupanya baru cik en tahu, wallpaper ini tak leh tampak double, sebabnya ianya takkan lekat. Hahhaha. pakai gam apa pun tak lekat. hahahha. Barang cik en guna wallapaper beli kat kaison, sticker comel comel dan gunting. Cik en ambik masa 10 minit nak menampal. Susah tau lagi lagi tang celah celah bedah tu. hahhaha. 




Disebabkan ianya kotak biasa, cik en nak beli lock kecik tak bagi ianya terbuka. ok la kan? orang tak berseni membalut. Hahhahaha..kalau nak tengok yang lebih cantik boleh rujuk Tutorial Cara Membuat Rak Make Up (Make Up Organizer) Dari Kardus. Nak tengok rakyat Kenya DIY kasut dorang? Boleh baca DIY Kasut Lama Rakyat Kenya 
18

Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100


Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100 | Status cik en lately ini sememangnya negetif je kan? Sentiasa je status marah marah, stress dan kecewa. Mungkin tekanan kehidupan dan pekerjaan buat cik en rasa serabut hari hari. Cik en mula terfikir untuk ke spa untuk releks kan fikiran dan badan. Tapi bila saja tengok kosnya nilainya beratus ratus juga. Kawan cik en bagi idea untuk buat home spa atau spa sendiri di rumah. Lagipun, kita boleh buat bila bila masa tanpa ada had untuk berendam. 

Semangat la cik en mencari kolam kanak kanak yang paling besar. Satu pekan manjung dan sitiawan cik en cari. Akhirnya dapat juga dengan harga RM70.00 bersaiz 150cm


Kebetulan cik en ada beli produk terbaru dari Ginvera World Spa Swiss Glacer Water & Sea Salts. Nama pun World Spa kan? So try la. Memang best. Sambil tu boleh scrub badan.


Korang boleh juga guna Produk Dherbs Gel Mandian Aura 7 Bunga. Lagi best tapi sebabnya cik en dah kehabisan lama dah, so cik en akan gunakan untuk next spa.. Hahaha


Korang boleh juga beli bunga ros dan taburkan kelopak bunga. Ataupun limau purut. Atau juga boleh taburkan garam bukit. Boleh juga 7 jenis kuntum bunga. Kira buat macam mandi bunga kan? Selain itu, boleh dapatkan essential tuk masukkan dalam air. Air pula kalau boleh cuba buat guna air suam.

Untuk nampakkan lebih tenang, korang beli lilin untuk aroma terapi. Cik en letakkan lilin banyak banyak dan de satu untuk aromaterapi. Buka lah lagu lagu spa yang korang boleh beli di kedai CD atau youtube. Sambil tu boleh aja korang pakai mask muka. Di Watson banyak pilihan dan murah murah saja.

Selain itu, korang boleh potong kuku, buang bulu bulu (bulu kaki dan bulu yang lain lain) dan baring dan lelap seketika untuk releks dan tenang sambil dengar lagu lagu yang mendamaikan hati dan fikiran. Anyway kolam kanak kanak ini muat untuk badan cik en baring dan berkuak lentang. Hahahha

Diikutkan ini total perbelanjaan untuk Home Spa Cik en ini :

Kolam Kanak Kanak : RM 70.00
Ginvera World Spa Swiss Glacer Water & Sea Salts : RM 14.50 (Watson)
Face Mask Watson : RM 6.90
Bunga Ros : RM2.50 Sekuntum
Lilin Aromaterapi / Lilin dan Essential : RM5.30 (Beli di Daiso) / RM10.60 (Daiso)
Lagu Spa :FREE boleh download di Youtube atau 4Shared
Total : 99.20

Ha, baru RM99.20 je spa cik en yang boleh buat kat rumah ini. Dan boleh buat berulang ulang kali sampai jemu. Hahaha. Anyway mungkin korang boleh tambah apa apa yang boleh menaikkan mood spa korang. Walaupun tiada yang mengurut atau membelai korang, rasanya scrub mandian itu pun mampu buat ia mengurut ngurut badan korang. 
6

DIY Sangkar Kucing Ke Klinik


DIY Sangkar Kucing Ke Klinik | Sudah lama cik en tak kongsikan mengenai anak anak bulus dan veterinar. Iyalah, nak menaip mengenai penyakit, rawatan dan tips perlukan masa yang banyak. Kali ini entri ringkas mengenai sangkar kucing. Jika di lihat harga sangkar kucing atau cat carrier atau cage dalam lingkungan RM50 keatas. Tidak kira ianya jenis plastik atau sangkar. Sebenarnya kalau kita bijak menggunakan apa yang ada disekeliling kita, kita boleh hasilkan sangkar kucing ini tanpa mengeluarkan modal yang tinggi. Carrier ini cik en ambil dengan izin oleh pelanggan klinik cik en. Suami akak ini yang buat dan ianya boleh menjadi contoh kepada pemilik pemilik haiwan di luar sana. Hanya gunakan bekas plastik yang boleh dibeli di kedai RM2.00 , besi dan skru serta idea kreatif





Kucing ini pemalu bila disuruh jadi model. Cik en beberapa kali ambil gambar dia tapi sememangnya dia sangat jual mahal dalam merakam gambar dia.


9

Wajib Tak Beri Hadiah Sempena Hari Guru?


Wajib Tak Beri Hadiah Sempena Hari Guru? | 16 Mei setiap tahun, di Malaysia akan menyambut Hari Guru. Hari tersebut, selalunya akan ada sambutan yang disambut disekolah. Seminggu sebelum Hari Guru, ramai pelajar memikirkan hadiah apa yang hendak diberi pada guru. Kebanyakkan hadiah ini dibeli menggunakan duit ibu bapa. Kadang kadang sampai berbelas belas hadiah yang pelajar beli. Jika dulu, Guru yang paling diminati atau disayangi akan mendapat hadiah paling banyak berbanding guru yang lain. Tapi kat sini, pernahkah kita terfikir, pelajar yang kurang kemampuan untuk membeli hadiah. Mungkin ada guru yang tidak mengharapkan hadiah daripada pelajar mereka tapi dikalangan rakan pelajar itu sendiri memberi sedikit sebanyak perasaan merendah diri. 

Sebenarnya banyak cara untuk kita berikan penghargaan pada guru kita ye.. Bukan dengan berhabis duit membeli hadiah di kedai DIY atau cenderahati. Antara hadiah yang mungkin tidak mengeluarkan kos yang tinggi dan tidak akan membebankan ibu bapa juga

  1. Makanan (Coklat, gula gula, kuih muih, kerepek dll)
  2. Barangan DIY. Contoh, hasilkan bunga dari kertas tisu
  3. DIY barangan lama 
  4. Kitar semula gift yang dapat masa kenduri kendara (Paling bajet)
  5. Bunga atau buah buahan (Lagi untung kalau ada kebun/dusun sendiri)
  6. Kad Ucapan Kreatif
  7. Pen murah tapi letakkan ribbon comel
  8. Lukisan (potret atau pemandangan beserta tulisan)
  9. Penanda buku daripada batang ais krim. 
  10. Ucapan sahaja pon ok

Mungkin ada idea masing masing, asalkan ianya jimat. Hahaha.

Dikesempatan ini cik en ingin ucapkan Selamat Hari Guru/Sifu buat semua guru guru di

  1. 1994 - s.k. bintong perlis
  2. 1995, 1998 - Sk Menora kuala kangsar perak 
  3. 1996 - 1997 - sk tambun ipoh perak
  4. 1999 - s.k krubong melaka
  5. 2000 - sek. tinggi perempuan melaka (STPM) dan sek tun haji abdul malek melaka (STHAM)
  6. 2001 - sek.men. malim melaka 
  7. 2002- sek men kota tinggi johor
  8. 2003 - sek. men. keb alor janggus kedah
  9. 2004 - sek.men. keb Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar (RPK)
  10. 2006- Kolej Unikop Batu Caves
  11. 2007 - 2011 - Politeknik Ungku Omar Ipoh (PUO)
Seterusnya di alam pekerjaan di Syarikat Kuari Batu Emas di Ipoh, 7Eleven di Taman Shatin Ipoh dan seterusnya senior, kakitangan dan doktor di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Persekutuan. Dan yang paling otai, kepada "cikgu" Mak dan Abah yang mengajar seluruh kehidupan selama 29 tahun ni. Begitu juga buat semua kawan kawan yg ajar erti persahabatan terutama kawan karib Cik En, Puan Nurul dan Puan Poyok dan juga yang lain. Walaupun tiada title cikgu tu tapi mereka banyak mengajar ilmu ilmu persahabatan. Tidak lupa kepada "awak" yang ada masa Cik En jatuh satu masa dulu, yang banyak bagi Cik en kekuatan untuk cik en bangun tanpa jemu jemu. Terima kasih juga kepada Blogger blogger hebat yang memberi tunjuk ajar seperti Abg Ben Ashaari, Hasrul Hassan, rakan blogger di Kelab Blogger Ben Ashaaris seeprti kak long, Afiq, Firzz, Yaya Cendana, Dr Ita, Abang Lan, Ujang Sue Aina, Achik Sohoque dan ramai lagi, Blogger Utara seperti Arz, Yana, Yui, Pha Is, Zumal, SYM, Timm, Farah, Tasha, Kak Ina, Akma, dan ramai lagi serta semua blogger yang cik en kenali. Jenuh juga kalau di senaraikan. Ini antara yang terlintas di kepala masa entri ini di taip.

Selamat Hari Guru 2016 daripada Eintan Nurfuzie dan Nurfuzie.com
4

Cara Sejukkan Bilik Tanpa Penghawa Dingin


Cara Sejukkan Bilik Tanpa Penghawa Dingin | Musim panas di Malaysia ini seumpama di negera padang pasir dan bahangnya memaksa ramai memakai penghawa dingin dirumah. Tapi orang bujang seperti cik en ini dan duduk di rumah sewa bujang, membeli penghawa dingin bukan langkah yang bijak jika rumah yang duduk hanya sementara. Jadi disini cik en kongsikan satu cara untuk menyejukkan bilik dan tidak memerlukan sumber elektrik pun. Jimat dan mudah. Idea ini datang dari rakan serumah cik en. Dia praktikkan di dalam bilik dia sendiri. Tapi cik en dah cuba dan nampaknya kepanasan bilik cik en mula berkurang walaupun tidaklah sesejuk penghawa dingin.


Hanya letakkan sebaldi air de bawah katil atau tepi katil. Jangan letak penuh pulak, kang ngigau memalam banjir pula bilik itu. Boleh juga tambah ais bantal atau ais kiub. Boleh biarkan disiang hari semasa pergi kerja dan tambahkan jika air berkurangan. Cuba lah, tidak keluarkan kos pun kan? Kalau hendak lagi cepat cari bekas lebih besar dan rendah. Selamat mencuba
14

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak


Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak | Telur Setengah Masak atau Telur separuh masak adalah menu yang paling ringkas tetapi mampu memberi tenaga yang maksima untuk badan. Mungkin ianya telah dikeluarkan di blog lain atau ada sudah arif membuat tapi cik en hendak kongsi cara yang paling mudah untuk pengemar telur setengah / separuh masak ini. 

Tapi cik en menggunakan bekas dibawah ini yang mana boleh didapati di mana mana kedai plastik. Harganya bawah dari RM10.



Mula mula letakkan telur yang telah dicuci. Maksimum satu bekas hanya boleh guna 4 biji ke bawah sahaja


Masukkan air yang betul betul panas dan sukat menggunakan berapa banyak biji telur yang kita masukkan tadi.

Air akan menitis dan apabila tiada lagi air didalam bekas tandanya telur setengah atau separuh masak anda siap dihidang. Boleh sahaja gunakan di pejabat kan? 

Tiada bekas diatas? boleh rujuk bacaan minit di bawah ini

Berapa minit untuk rendam telur separuh masak / setengah masak :
  1. 2-3 minit untuk suku masak
  2. 4-5 minit putih separuh masak (kuning masih cair)
  3. 6-7 minit putih 3/4 masak 
  4. 8-10 minit telur dah mula masak
13

DIY Rumah Kucing


DIY Rumah Kucing | Rumah kucing ini cik en buat semasa peah (kucing kesayangan cik en) hendak beranak. Menggunakan konsep "kenapa kucing obses dengan kotak", cik en menggunakan kreatif yang ada untuk jadikan rumah sementara untuk anak anak peah dan bagi keselasaan peah untuk brestfeeding. 

8

DIY Kasut Lama Oleh Rakyat Kenya


DIY Kasut Lama Oleh Rakyat Kenya  | Di Malaysia, jika ada kasut terputus atau rosak, pastinya akan dibuang terus kan? atau dijadikan getah bakar kayu api, Tapi ianya berbeza di Kenya, kasut lama dibuat DIY menjadi bahan comel. Hendak tahu lebih lanjut, terus scroll ke bawah



















9

DIY Kolar Kucing


DIY Kolar Kucing | Penggunaan Kolar atau E-Collar selalunya digunakan untuk kucing yang baru menjalani pembedahaan bagi mengekakkan mereka menjilat tempat luka, mengigit tempat jahit, pemberian ubat kutu di badan dan sebagainya. Harga Kolar bermula RM10 untuk saiz S ( area manjung perak) sehingga RM35. Kolar diperbuat daripada plastik putih atau jernih yang keras dan diletakkan di bahagian leher seperti gambar diatas. 

Sebenarnya korang boleh DIY sendiri kolar kucing menggunakan bahan bahan yang murah dan senang di dapati. Contohnya seperti
  1. Pinggan Kek
  2. Polistrin (Pinggan atau mangkuk)
  3. Botol Kosong Minyak Masak 
  4. Botol Kosong Sos
Gunakan kretiviti korang dalam mengayakannya. Boleh rujuk contoh dibawa untuk gambaran. Diharap dapat membantu korang yang mungkin kekurangan budget. 







11