Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Covid19

Showing posts with label Covid19. Show all posts
Showing posts with label Covid19. Show all posts

#AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

#AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat | Ingat tak lagi, cik en pernah berkongsi entri mengenai Pantri Komuniti AyamBersamuMu yang membantu golongan yang kurang kemampuan? Kali ini Ayam Brands menerokai kawasan orang asli dalam menyokong mereka dengan makanan berkhasiat. Dengan kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), mereka ke Kampung Orang Asli Tibang Perak untuk menyumbang barangan dari sumbangan Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero | #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat

0

Heboh Di Ipoh Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu

Heboh Di Ipoh Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu | Ingat tak cik en pernah cerita mengenai Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh? Nampaknya tular di Ipoh mengenai Pantri Komuniti AyamBersamMu tersebut dan banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan. Alhamdulillah, cik en sendiri rasa seronok dapat sebarkan kebaikan ini kepada semua. | Heboh Di Ipoh Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu

0

Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh

Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh | Alhamdulillah, dalam kesukaran bertahan dalam suasana wabak Covid-19 ini, ramai yang menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Cik en salute tabik spring dengan Ayam Brand kerana berjaya merealisasikan inisiatif pantri makanan yang di panggil Pantri Komuniti di 13 buah rumah kebajikan dan Ipoh menjadi salah satu tempat untuk merealisasikan inisiatif ini. Dalam iniasiatif ini, korang boleh ambil apa saja yang ada didalam Pantri Komuniti ini atau boleh sumbangkan seperti biskut, snek, alat tulis, makanan bijirin, makanan runcit, minuman tanpa alkohol dan barangan keperluan harian. Pantri ini terletak di Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh. Dimana itu? Korang kena baca entri ini sampai habis | Orang Ipoh! #AyamWithYou Bantu Komuniti Ipoh Dengan Bantuan Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh


0

Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung | Alhamdulillah, bukan sahaja kejiranan cik en di BBSAP dibantu oleh pemaju tapi barisan hadapan (Frontliner) di Manjung ini dibantu oleh DBE Gurney Resources Bhd dalam mengurangkan bebanan Frontliner ini. DBE Gurney Resources Bhd merupakan Syarikat pembangunan perumahan mampu milik yang beroperasi di Perak. DBE Gurney Resources Bhd. Sumbang 7 Tan Sayuran kepada barisan hadapan Covid -19’ – DBE Gurney Resources Bhd. Sumbang sayur-sayuran yang bernilai hampir RM30,000 yang dibeli dari Cameron Highlands sebagai rakam penghargaan keprihatinan sepanjang PKP. Majlis Perbandaran Manjung rakam penghargaan keprihatinan syarikat pemaju sepanjang PKP | Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


YDP Manjung, Shamsul Hazeman Md Salleh (tengah) dan Perancang Projek dari DBE Gurney Resources Sdn. Bhd., Mohd Shukri Bongsu menyampaikan sumbangan sayuran segar kepada barisan hadapan dan golongan yang memerlukan di luar pejabat Majlis Perbandaran Manjung pagi tadi.

Terima Kasih DBE Gurney Resources Bhd Bantu Frontliner Covid-19 Di Manjung


MANJUNG, PERAK, 29 Mac 2020 - Pelbagai cara digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di berkuat kuasakan. Sebuah syarikat perumahan dari Manjung, Perak, DBE Gurney Resources Bhd. turut mahu menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada para petugas ini namun melalui cara yang sedikit berlainan. 

Syarikat pembangunan perumahan mampu milik yang beroperasi di Perak itu bertindak menyumbang 7 tan sayur-sayuran segar untuk diedarkan kepada semua petugas-petugas barisan hadapan di daerah Manjung. Sayur-sayuran yang bernilai hampir RM30,000 yang dibeli dari Cameron Highlands diedarkan kepada para petugas barisan hadapan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM). 

DBE Gurney Resources menyerahkan sayur-sayuran itu kepada MPM yang seterusnya akan membantu mengkoordinasi cara penyampaian sumbangan sayur-sayuran berkenaan kepada para petugas barisan hadapan yang akan diagihkan secara berperingkat bagi mengelakkan sebarang perhimpunan orang ramai. 

Yang Dipertua MPM, Shamsul Hazeman Md Salleh merakamkan penghargaan kepada DBE Gurney Resources Bhd. Bagi menyahut inisiatif kerajaan untuk tujuan menyumbang dana kepada barisan hadapan yang telah bertungkus – lumus untuk menangani jangkitan ini. 

“Majlis Perbandaran Manjung menerusi Jabatan Komuniti dan Pembangunan Sosial akan menjadualkan pengagihan barang – barang segar timun, sawi, kailan, salad, kubis and bak choy kepada para barisan hadapan secara berperingkat mengikut kumpulan kecil bagi mengelakkan perjumpaan besar – besaran semasa tempoh kuarantin ini,” katanya. 

Penguatkuasa undang – undang dan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan kakitangan kesihatan (hospital dan Jabatan Kesihatan) terus bersiap siaga melaksanakan tugas mereka untuk memastikan bahawa penduduk di Manjung tidak berisiko dijangkiti Covid – 19. 

“Kami juga akan menyumbang dana ini kepada rumah anak – anak yatim, rumah orang tua, sekolah tahfiz, penerima e – Kasih dan penduduk yang kurang berkemampuan dalam daerah kami kerana mereka adalah golongan yang lebih berisiko terhadap virus ini jika terdedah. Kami berharap agar jasa baik daripada perbadanan akan memotivasikan para barisan hadapan kita untuk meneruskan usaha mereka dalam memastikan keselamatan daerah ini sehingga 14 April atau sehingga maklumat selanjutnya,” tambahannya. 

DBE Gurney Resources Bhd telah diwakili oleh Perancang Projek, Mohd Shukri bin Bongsu. “Kami merancang untuk menyampaikan sumbangan yang serupa di daerah lain dalam negeri Perak yang terjejas oleh PKP minggu hadapan. Fokus kami adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan sebanyak yang mungkin dalam tempoh getir ini,” kata beliau.
1

Adakah Covid-19 Berjangkit Dengan Kucing?

Adakah Covid-19 Berjangkit Dengan Kucing? | Ramai yang bertanya pada cik en, Covid-19 ini berjangkit dengan kucing tak? Semua sedia maklum, covid-19 ini merupakan virus baru yang mana ianya masih lagi dalam kajian. Pelbagai kajian dijalankan terhadap kucing dan anjing yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit covid-19 ini. Diharap entri Adakah Covid-19 Berjangkit Dengan Kucing? ini dapat membantu  menjawab persoalan korang ya?

Adakah Covid-19 Berjangkit Dengan Kucing?
Adakah Covid-19 Berjangkit Dengan Kucing?

Adakah Covid19 Berjangkit Dengan Kucing?


Merujuk kepada kenyataan World Organisation For Animal Health atau OIE, sehingga kini tiada bukti atau kes berlaku transmited atau kucing, anjing, haiwan kesayangan yang lain dan haiwan ternakan mendapat covid-19 ini. Tapi untuk pengetahuan korang, Covid-19 ini daripada virus Coronavirus yang mana ianya comman name bagi Coronaviridae dan Orthocoronavirinae, atau dipanggil Coronavirinae. Dibawah ada Orthocoronavirinae ada beberapa jenis iaitu Alphacoronavirus, Betacoronavirus, Deltacoronavirus, Gammacoronavirus. Untuk virus corona, haiwan wujud dalam Alfa dan manusia di bawah Beta. Untuk memudahkan korang boleh tengok graph di bawah ini daripada Bayer


So, sehingga artikel ini ditulis, masih tiada bukti terdapat jangkitan Covid-19 daripada haiwan atau kepada haiwan. Apa apa juga korang boleh merujuk WHO untuk mengetahui perkembangan terbaru.

Sumber : OIE,Wikipedia

2

Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid 2020?

Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid 2020 | Hai korang, ada yang tanya cik en Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid19 2020? Untuk makluman semua, info ini cik en dapat dalam SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN BILANGAN 3. Jadi ianya bergantung kepada klinik atau kedai haiwan / petshop untuk buka atau tutup. Harap ianya dapat membantu korang yang ada masalah mengenai haiwan sepanjang PKP ini. | Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid 2020


Klinik Veterinar dan Petshop Buka Ke Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid 2020


Untuk klinik veterinar terdapat 2 jenis iaitu klinik veterinar kerajaan dan klinik veterinar swasta. Jadi untuk memudahkan korang, cik en screen shoot soalan lazim itu. 


Apa apa pun, korang boleh call dahulu klinik veterinar atau petshop yang berhampiran dengan korang untuk memastikan mereka buka atau tidak. Untuk tempat cik en, klinik kerajan tidak menerima sebarang kes sepanjang PKP ini. Senarai klinik yang cik en boleh bantu korang adalah 


Untuk negeri lain, maaf la, cik en sebenarnya tak sempat nak menyiap semua klinik veterinar yang ada. Jika ada klinik veterinar yang membaca artikel ini, sila komen nama klinik dan detail, nanti cik en akan approved na.. Ini untuk panduan pembaca artikel ini. Kebetulan senarai klinik ini update beberapa tahun lepas dan cik en tahu, klinik veterinar semakin banyak dibuka dalam setahun dua ini. 


1

Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY | Pakej Ransangan Ekonomi Covid19

Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY | Pakej Ransangan Ekonomi Covid19 | Sekarang trending mengenai #makcikkiah dan semua sosial media menceritakannya. Contoh yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhiyudin Yassin memang on point sangat bagi rakyat Malaysia memahami bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat disebabkan Covid19. | Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY | Pakej Ransangan Ekonomi Covid19



Meletop Letop Nama Mak Cik Kiah Penangan TSMY | Pakej Ransangan Ekonomi Covid19


Ini merupakan petikan ucapan TSMY mengenai Mak Cik Kiah 

Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.
Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120. 

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.

Apa pun, ringkasan bantuan yang diberikan adalah 

Bayaran tunai one-off

  • RM1,600 - Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah
  • RM1,000 - Isi rumah berpendapatan RM4,000 - RM8,000
  • RM800 - Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  • RM500 - Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 - RM4,000
  • RM200 - Pelajar IPT
  • RM500 - Penjawat awam dan pesara kerajaan

Ada banyak lagi bantuan bagi rakyat menghadapi Covid19 ini. Rakyat Malaysia faham bila libatkan duit tapi PM minta untuk duduk rumah ada segelintir tak faham faham. Stay At Home tau korang. Putuskan rantaian virus jahat ini bagi memastikan Malaysia bebas Covid19 ini. 
0

Penjarakan Sosial ( Sosial Distancing) Covid-19

Penjarakan Sosial ( Sosial Distancing) Covid-19 | Semua sedia maklum. Malaysia dah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menganangi virus Covid-19. Cik en sendiri dalam mode stanby untuk bekerja jika ada kecemasan yang memerlukan cik en bekerja. Sebagai rakyat Malaysia, korang ikutilah saranan dan langkah langkah yang disediakan oleh Kerajaan dalam membendung Covid-19 ini. | Penjarakan Sosial ( Sosial Distancing) Covid-19

Penjarakan Sosial ( Sosial Distancing) Covid-19
Penjarakan Sosial ( Sosial Distancing) Covid-19

Penjarakan Sosial ( Sosial Distancing) Covid-19


Kerajaan telah guidekan korang dengan Penjarakan Sosial ( Sosial Distancing) Covid-19 ini seperti


  1. Duduk di rumah
  2. Minimakan masa di luar
  3. Tidak hadir perhimpunan
  4. Elakkan keluar rumah (tempahan secara online)
  5. Tidak berjumpa orang lain, saudara mara atau berjogging
  6. Jarakkan diri dari orang lain minima 1 meter
  7. Elakkan pengangkutan awam
  8. Belajar dan bekerja di rumah
Harap korang membantu diri sendiri dan orang lain untuk musnahkan jaringan Covid-19 jahat ini. Pesanan dari www.nurfuzie.com sumber dari KKM. Info terkini boleh klik di Covid-19 di Malaysia
0