Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Contact Lens

Showing posts with label Contact Lens. Show all posts
Showing posts with label Contact Lens. Show all posts

Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat

Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat | Topik yang cik en nak kongsi kali ini untuk pengguna contact lens atau kanta lekap. Ramai yang pernah mengalami situasi tertidur dengan contact lens dan sangat risau apabila lens tak dapat dikeluarkan. Cik en nak jujur la dengan korang dan cik en sendiri jujur dengan pakai optometrik cik en iaitu Hoo Optical Kuala Kangsar, cik en pernah 3 hari tak buka lens dan jalani rutin harian biasa. Tapi cik en tak pernah sesekali Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan. Kemungkinan cik en sangat menjaga kualiti lens yang cik en pilih dengan bantuan Hoo Optical. Baru baru ini, cik en ada ke Hoo Optical dan biasalah kami akan bersembang panjang dan ada satu kes Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan. Jadi entri Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat ini cik en kreditkan kepada Hoo Optical disebabkan bagi ilmu baru ini. | Tertidur Dengan Contact Lens dan Tak Boleh Keluarkan? Ini Cara Korang Kena Buat


4

Power Mata Cik EN Naik Lagi

Power Mata Cik EN Naik Lagi | Tau kan cik en rabun? Mana yang tak tahu cik en dah keluarkan beberapa artikel seperti 8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik EN . Cik en rabun semenjak dari umur 9 tahun lagi. Dan naik mendadak setiap tahun dan suggest pakai lens pada umur 15 tahun. So cik en memang fully pakai lens dari umur 15 tahun sehingga 31 tahun ini. Kenaikan power cik en dah stop pada umur 25 tahun lebih kurang. Tiba tiba 3 minggu ini cik en mula rasa pandangan cik en mulai kabur. Cik en pun susah hati la, adakah power mata cik en naik lagi?


Power Mata Cik EN Naik Lagi 

Macam biasa, cik en yang memang setia dengan HOO OPTICAL Kuala Kangsar Perak akan pergi ke kedai ini untuk dapatkan stok lens. Dah alang alang kata dah mula kabur, Adrian (owner kedai HOO OPTICAL dan pakar Optometrist ) suggest untuk buat pemeriksaan mata. 

Dan suggest what, cik en naik 50 ke 100. Sebelum ini cik en pakai lens kanan 8.00 tapi sekarang 8.50. Sebelah kiri pula dari 7.00 ke 8.00. Lepas itu silau pun naik sikit. Nasib la memang stok lens dah habis, terus la order lens dengan power yang baru. Dan semestinya brand cik en guna adalah Alcon. Memang setia dengan Alcon lagi. Air Optix Plus HydraGlade


Ingatkan dah umur 30 an ini, power tak naik lagi tapi naik juga. Mungkin kerana terlalu mengadap komputer dan handphone. Kebetulan cik en lupa off kan Blue Light Filter macam selalu. 

Kali ini cik en bawa adik cik en sekali dan cuba menghasut untuk dia pakai lens juga. Lepas pujuk nanti lawa macam Nora Danish, dia pun setuju.Hahahahha.  Dia pun perlu buat pemeriksaan mata. 

Dan mata adik cik en ini agak pelik sikit tau. Mata sebelah kiri dia jenis "main main". Sebabnya power dia naik turun. Selalunya kita dengar power akan naik naik dan naik kan. Tapi dia kejap naik, kejap turun. Adrian kata ini kes special dan kena rujuk balik nota nota lama. Hahahahah. 

Macam kerja cik en gak, kes yang jarang berlaku ini, bila dia mai, kita kena duduk dan study balik. 

Dan alahamdulillah, adik cik en berjaya dapatkan lens yang sesuai sebabnya bacaan silau dia tinggi. Kalau tak silap Optical 66 atau Optical 99. Lupa pula cik en jenama itu. Try google tak dapat cari. Cuma dia punya perlu tempah. 

Dulu lens cik en pun perlu ditempah sebab power tinggi, tak dah cik en pelanggan setia semenjak umur 17 tahun lagi, Adrian dah ada stok sebab cik en akan datang situ juga untuk tempah lens. 

Apa pun cik en sedih sangat, power semakin naik dan naik. Ada ke tips tips untuk mata jangan bagi naik lagi?
5

Pengalaman Menggunakan AIR OPTIX Plus HydraGlyde

Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde | Sebelum ini cik en ada beritahu yang cik en penguna tegar contact lens dari zaman sekolah lagi. Cik en mula pakai lens semenjak umur 15 tahun lagi yang mana waktu tu jarang sangat orang nak pakai lens ini. Rasanya dah hampir 15 tahun cik en memakai lens. Dalam 15 tahun itu hanya 2 3 kali cik en rehatkan mata selama sebulan. Tapi semenjak menggunakan produk alcon Air Optix, cik en dah tak ada masalah merah merah sehingga perlu buat rawatan susulan. Dan baru baru ini cik en dapat tau Air Optix ada keluarkan produk terbaru mereka iaitu AIR OPTIX plus HydraGlyde. Nampaknya ada beberapa aspek yang mereka upgrade seiring dengan keadaan semasa. Cik en teringin nak share Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde ini.



Pengalaman menggunakan AIR OPTIX plus HydraGlyde

Kisahnya bermula apabila cik en dapat invition untuk menghadiri perlancaran AIR OPTIX plus HydraGlyde yang terbaru ini tapi disebabkan cik en ada kerja yang lebih penting, cik en tak dapat nak join. Dari situ cik en mula tercari cari AIR OPTIX plus HydraGlyde ini. Akhirnya cik en ke optometry atau kedai cermin mata yang biasa cik en dapatkan perkhidmatan nasihat dan pembelian lens serta cermin mata, Hoo Optical di Kuala Kangsar. Hampir 13 tahun cik en menjadi regular customer mereka sebabkan perkhidmatan mereka sangat tip top. Sampaikan kalau cik en boleh order melalui online saja dan perkhidmatan pos percuma pun cik en dapat. 


Macam biasa, cik en pun bertanya lanjut pasal produk AIR OPTIX plus HydraGlyde ini. Apakah kelebihan yang buat ianya berbeza dengan Air Optix yang biasa cik en pakai sebelum ini. AIR OPTIX plus HydraGlyde menggabungkan 2 teknologi eksklusif– SmartShieldTM Technology dan HydraGlyde®Moisture Matrix dan Teknologi kedua HydraGlyde®Moisture Matrix 

Setelah menerima penerangan yang jelas, cik en pun buat pemeriksaan rutin pada mata dan cik en teringin nak mencuba AIR OPTIX plus HydraGlyde ini sendiri. Abaikan gambar gemuk cik en dibawah ini ye! hahhaha



Selepas 3 minggu guna, cik en rasa selesa sangat. Bukanlah kata Air Optix lama tak ok, cuma selepas cik en belajar mekap cik en banyak aplikasi mekap di kawasan mata seperti eyeliner pada bulu mata, mascara, terutama eyeliner bawah mata. Penggunakan semua itu sedikit sebanyak akan memberi kesan pada lens yang cik en pakai. Dah pakai mesti la kita nak guna makeup remover untuk buang mekap kan? Masa ini pun cik en tengok ada perbezaan yang lama. Kalau dulu mesti lens akan jadi kabur dan cik en kena pejam beberapa kali untuk dapatkan penglihatan jelas balik. Tapi dengan  AIR OPTIX plus HydraGlyde ini, tak ada masalah sangat dah. Mungkin ini adalah teknologi SmartShieldTM yang mana membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luaran kanta sentuh. 

Disebabkan cik en seorang kaki jalan dan travel, cik en akan menggunakan lens melebihi masa yang ditetapkan. Bila pakai lama cik en akan mula rasa sedikit kekeringan dan mula lah mencari tempat untuk bukak lens dan pakai cermin mata. Tak best kan? bulu mata pun dah tak nampak bila pakai cermin mata. hahahha. So bila pakai AIR OPTIX plus HydraGlyde ini cik en boleh pakai lebih dari 16 jam. HydraGlyde®Moisture Matrix inilah yang memberi kelembapan lebih 16 jam tu. 


Apa apa pun cik en suka la dengan AIR OPTIX plus HydraGlyde ini, sesuai sangat dengan cik en yang aktif dan suka travel ini. Kalau setakat tak buka lens semalam itu, tak ada masalah pada cik en dah! Cik en boleh enjoy tanpa risau nak buka lens dan pakai cermin mata. Penglihatan sentiasa terang dan takkan buat cik en moody time tengah syok berjalan.

Disini ada sedikit siaran media untuk maklumat lebih lanjut mengenai Air Optix Plus HydraGlyde

PELANCARAN KANTA SENTUH AIR OPTIX®PLUSHYDRAGLYDE®- RAKYAT MALAYSIA DIGALAKKAN SUPAYA TIDAK MENYERAH KEPADA PENGLIHATAN KABUR

AIR OPTIX® plus HydraGlyde®menggabungkan 2 teknologi eksklusif– SmartShieldTM Technology dan HydraGlyde®Moisture Matrix
72% pemakai kanta sentuh di Malaysia menikmati tahap keselesaan yang ketara sehingga penghujung hari apabila menggunakan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®1
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2017 – Alcon, peneraju global dalam penjagaan mata dan sebahagian daripada syarikat Novartis, telah melancarkan produk terbarunya untuk pasaran di Malaysia hari ini. Kanta sentuh pakai buang bulanan, AIR OPTIX® plus HydraGlyde®direka untuk mengurangkan penglihatan yang kabur sepanjang 1 bulan penggunaannya. Dengan menggabungkan dua teknologi terkini, SmartShieldTMTechnology dan HydraGlyde®Moisture Matrix, pengguna kanta sentuh pakai buang bulanan tidak perlu lagi bersabar denganpenglihatan yang kabur atau rasa kering di pertengahan bulan.
Dari semasa ke semasa, deposit protein dan lipid (minyak) berkumpulpada permukaan kanta sentuh bulanan lalu menjadikannya kering dan kabur semasa dipakai. Tambahan pula kesan daripada produk kosmetik seperti maskara, pembayang mata, penanggal mekap mata dan krim sapuan tangan pada kanta sentuh; ia menjejaskan penglihatan dan menyebabkan ketidakselesaan pada kanta sentuh.
SmartShield™ Technology, teknologi eksklusif yang hanya boleh didapati pada kanta sentuh AIR OPTIX®, mengatasi masalah ini dengan membentukkan lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luaran kanta sentuh yang melindungi pengguna daripada deposit2-3 yang dinyatakan. Dengan itu, pengguna akan menikmati perlindungan daripada gangguan harian2-3 dan menikmati penglihatan jelas yang konsisten4. Tambahan pula, 7 daripada 10 pengguna kanta sentuh di Malaysia bersetuju bahawa mereka selesa memakai AIR OPTIX® plus HydraGlyde®sepanjang satu bulan penggunaannya5.
Teknologi kedua yang terdapat dalam AIR OPTIX® plus HydraGlyde®adalah HydraGlyde®Moisture Matrix, yang membolehkan pengguna mengalami peningkatan kelembapan yang berpanjangan dengan menarik dan mengekalkan kelembapan pada kanta sentuh6-7. Teknologi ini menyelaputi kanta dalam kelembapan dan memberikan penghidratan yang lebih tahan lama selepas 16 jam6-7, justeru memberikan keselesaan kepada individu aktif yang inginkan ketenangan fikiran.
"Apa yang berbeza tentang kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde®adalah keupayaannya untuk menangani dua masalah sekaligus - iaitu pembentukan deposit dan keperluan kelembapan sepanjang hari," kata Sandeep Tewari, Pengurus Besar Negara kepada Alcon Malaysia. "Kami percaya bahawa pengguna kanta sentuh tidak patut berkompromi dengan masalah penglihatan kabur di pertengahan bulan atau penglihatan yang tidak selesa apabila menghampiri penghujung hari. Pengguna kini boleh menikmatipelbagai aktiviti yang disukai, tanpa perlu ‘menyerah kalah’ kepada penglihatan yang tidak jelas dan tidak selesa”.
Pelancaran AIR OPTIX® plus HydraGlyde®turut memperkenalkankempen #NeverSettle (Tidak Menyerah) yang diwakili olehGermaine Yeap, seorang bekas jurubank berusia 32 tahun yang kini merupakan peninju Muay Thai dan pelakon lagak ngeri wanita. Beliau merupakan seorang individu yang menepati saranan Alcon untuk memiliki penglihatan yang jelas pada setiap masa.
Sifat #NeverSettle Germaine mendorong beliau untuk mempunyai gambaran jelas tentang apa yang ingin dicapai, walaupun mustahak atau remeh, dan dia berusaha keras untuk mencapai matlamatnya meskipun mengalami pelbagai cabaran. Begitu juga betapa pentingnya penglihatan jelas bagi Germaine ketika beraksi. Penggunaan kanta sentuh AIR OPTIX® plus HydraGlyde®membolehkan Germaine  melihat dengan jelas dan selesa, tanpa gangguan, supaya dia boleh memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik ketika bertinju.
Kisah mengenai bagaimana dia mengekalkan visi yang jelas dalam setiap aspek hidupnya, dari segi penglihatan mahupun kerjaya, adalah motivasi supayaorang ramaitidak mudah menyerah kalahkerana kita layak untuk mendapatkan yang terbaik. Cerita penuh tentang kisah #NeverSettle Germaine boleh didapati di laman Facebook Alcon Malaysia.
Kanta sentuh pakai-buang bulanan AIR OPTIX® plus HydraGlyde®boleh didapati di seluruh Malaysia. Setiap kotak mengandungi 3 kanta, dengan harga jualan yang disyorkan pada RM86.90 setiap kotak (termasuk GST). Sila dapatkan nasihat lanjut daripada pakar penjagaan mata anda. Layari laman Facebook Alcon Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ahli terbaru keluarga kanta sentuh  AIR OPTIX®.
Germaine Yeap’s #NeverSettle story#NeverSettle Social Experiment videoAIR OPTIX plus HydraGlyde’s Website

Kalau korang yang nak tips memakai kanta lekap boleh baca Tips Penggunaan Kanta Lekap. Okey, jumpa di next entry!
2

Produk Terbaru Untuk Pengguna Contact Lens


Produk Terbaru Untuk Pengguna Contact Lens | Cik en pengguna kanta lekap semenjak di bangku sekolah lagi. Jadi cik en memang kena care lebih dan kalau ada produk yang baik buat mata terutama pengguna kanta lekap seperti cik en, semestinya cik en kena ambil tahu. Alcon sekali lagi mengeluarkan 2 produk terbaru iaitu Lubricant Eye Drops dan Moisturising Lens Drops. Fungsi nya berbeza dan cik en cuma nak terangkan secara ringkas sahaja

Lubricant Eye Drops : Dipakai sebelum memakai kanta lekap atau selepas membuka kanta lekap. Fungsinya memberi 2 lapisan baru di bahagian mata yang hilang semasa kita memakai kanta lekap.

Moisturising Lens Drops : Dipakai semasa memakai kanta lekap. Fungsinya melembabkan kanta lekap yang kita pakai. 

Simple untuk korang faham kan? Dan kedua dua ini tak di jual di farmasi atau Watson dan lain lain. Hanya boleh didapati di Kedai Cermin Mata sahaja. Cik en semestinya beli di Hoo Optical Optometrist di Kuala Kangsar. Servis yang tip top!
0