Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Cameron Highland

Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time | Cameron Highlands memang banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kalau satu hari memang tak sempat nak pergi semua. Untuk bonding time dengan Firman minggu lepas, cik en sempat pergi 6 tempat menarik yang ada di Cameron Highlands. | 6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time
6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time


6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

1. Ladang Teh ( Cameron Valley Tea)



Kalau dari Tanah Rata ke Cameron Valley Tea ini lebih kurang 3km. Ada satu cafe dan dekat dengan cafe ada pintu masuk turun ke ladang. Tak besar mana dan kalau nak masuk kena cas RM 2 seorang. Kalau pergi ke Ladang Boh free off charge tapi perlu ke Sungai Palas. 


Dah alang alang datang ke Cameron Highlands ini, kami pekena tea original. Walaupun boleh beli teh dan bawa balik tapi nak merasa juga teh di sini. 


2. Lavender Garden



Lavender Garden ini masuk kena bayar RM 10 seorang. Dan dalam ini korang puas puas la tangkap gambar sebab semua cantik cantik belaka. Semestinya ada bunga lavender, bunga ekor kucing dan lain lain lagi. 


1st lagi dah ada jual aiskrim lavender ini dan rasanya macam makan pewangi. Hahahha. Walaubagaimana pun Firman sangat suka perasa ini. 









3. EQ Strawberry



Untuk petik strawberry ini cik en sebenarnya nak ke tempat lain tapi disebabkan hujan kami terjah je ladang strawberry yang ada. Agak mahal berbanding tempat yang cik en nak pergi itu. RM30 untuk 1/2kg. Wajib petik 1/2 kg. Lebih kena topup duit. Tak recommended sangat sebab tempatnya tak berapa cantik. 





4. Pasar Malam Cameron Highlands



Pasar Malam Cameron Highlands memang menjadi tumpuan yang datang ke sini. Dulu pasar malam di Brichang tapis ekarang dah diubah ke Golden Hill. Kami bungkus makanan dan makan di hotel. Kadang kadang tekak pasar malam datang memang nak makan makanan sebegini berbanding di hotel. 

5. Abang Strawberry



Ha, inilah tempat yang sepatutnya cik en pergi untuk petik strawberry tapi tak apa la, walaupun tak petik strawberry disini, kami makan nasi lemak strawberry yang viral. Nanti kalau nak petik datang sini tau. Harganya lebih murah



Cik en memilih Nasi Lemak Strawberry, Aiskrin Strawberry dan Kopi Strawberry.



Nasi Lemak Strawberry ini memang terasa lemaknya cuma tak terasa strawberrynya. Sambal dia pedas dan bagi cik en yang kurang makan pedas memang tak makan la. Firman nampaknya suka dan habiskan separuh nasi ini. Apa pun, not bad la. Cuma cik en andaikan ada rasa strawberry yang kuat. Ada rasanya tapi mild sangat la. Ada 2 pilihan, Ayam ranggup atau rendang. Harga RM9.90 kalau tak silap la.


Aiskrim strawberry biasa macam yang lain cuma cik en suka pati strawberry ini. Sedap sampai cik en beli kordial dia. Lepas ini nak cari askrim vanila dan letak kordial ini. Sedap. Recommended untuk beli. 


1st time minum kopi strawberry ini. Rasanya pun mild saja. Tak terlalu rasa strawberry sangat tapi kira ok la dengan tekak cik en. 

6. KEA Garden



Nak cari KEA Garden ini senang. Kena pergi pasar kea garden. Nak masuk area sini kena bayar RM 1 seorang. Korang layan la apa yang ada dalam ini. 





Untuk keluar, korang kena turun tangga dan ada cafe dibawah dan jual bunga bunga. 


Settle jalan jalan di pasar dan beli apa apa yang patut, kami teruskan perjalanan balik ke Ipoh. Sebabnya hujan lebat kami tak singgah mana mana selepas itu. 

Sepanjang kami mengunjungi tempat menarik di Cameron Highlands ini, kami menginap di Avillion Cameron Highlands di Tanah Rata. Korang boleh baca pengalaman kami di Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time atau terus ke website mereka di https://www.avillioncameronhighlands.com/
5

Gunung Irau 6 : Kami Berjaya Tawan !!


Gunung Irau 6 : Kami Berjaya Tawan !! | Berbaki 750 meter lagi dari Mini Irau ke Puncak Gunung Irau tapi cik en mengambil masa 2 jam 30 minit juga untuk habiskan. Kalau tempat cik en jogging, 750 meter ini tak sampai 10 minit dah selesai. Pendakian di perjalanan ini agak mencabar. Disini cik en sudah mula tiada mood untuk bergambar kerana badan mula penat ditambah kaki yang injured. Tapi semangat masih berkobar kobar.

Kali ini jalan ada yang berbatu dan ada yang perlu menggunakan kekuatan tangan untuk memanjat. Dan jangan terkejut, masa kami datang, orang terlalu ramai dan untuk naik pun kena tunggu giliran sampaikan ada yang kata perlu ambil nombor.hahah.. Yang mana nak naik perlu beri peluang kepada pendaki yang turun kerana jalan di bahagian atas sesak dengan orang yang ramai. Dalam 10 minit juga la kena menunggu. Nampaknya hujan rintik dan membasahi bumi. Dalam hati ini mula rasa risau sebab mengikut ramalan cuaca, petang di kawasan gunung ini akan hujan lebat. Tidak sampai 10 minit, hujan berhenti dan cik en sempat ambil gambar suasana berkabus. 


Cik en sudah mula rasa yang cik en akan tidak dapat melihat permandangan yang cantik bila sampai puncak nanti. Tapi kena akur dengan takdir Allah kan (sedih rasanya), cik en berharap ada geng cik en sempat merakam memori permandangan sebelum hujan. Berjaya ke geng cik en itu? Kita teruskan dan tengok berjaya tidak. Tapi sebelum itu cik en sempat rakam keadaan berkabus ini


Selepas sahaja melalui kawasan diatas, cik en melalui kawasan berlumut yang cantik. Ada yang cakap, malam malam lumut kawasan ini akan bercahaya tau! Tapi sebab cik en tidak sampai ke malam, tak dapatlah cik en nak buktikan.



Dalam beberapa meter lagi cik en akan sampai ke puncak.. Yepiii... Hilang rasa penat dan injured. Dan apa yang cik en fikirkan memang betul, cik en tidak nampak pemandangan langsung sebab dipenuhi kabus. Nasib Kak Zulia sempat menangkap gambar sebelum hujan. Lebih kurang jam 1.53 petang cik en berjaya juga cik en sampai ke puncak harapan... ops.. puncak Gunung Irau



Tiba masa untuk sapadek. Walaupun menunya tidaklah sesedap mana, Nasi, telur rebus dan ikan sardin, tapi... ianya cukup menyelerakan. Thanks buat Kak Zulia yang kelakang kelekung pagi buta untuk sediakan...


Tapi kan.. kerana sa..ngat penat, cik en hanya makan suku dari bekalan ini. Disebelah kami, ada sekumpulan anak anak muda yang masak maggi. "Amboi.... sedap sungguh kalau dapat makan maggi saat ini". Itulah yan terkeluar dari mulut kami. Hahahah.. sampaikan berangan turun nanti nak makan maggi. Hahaha..



Muka kepenatan semuanya. Tapi kami puas mendaki walaupun pertama kali naik gunung. Alhamdulillah diberi peluang melihat kebesaran Allah. Dan lupa cik en nak cerita, puncak ini masa kami sampai orang terlalu ramai tau! So tak dapat cik en nak kongsi video disekeliling puncak ini macam di Mini Irau.


Selesai berselfie, lebih kurang 2.30 petang kami perlu turun untuk mengelakkan sampai ke pintu masuk Mossy Forest malam. Tapi cik en mengambil masa lebih kurang 6 jam dan lewat 1 jam lebih dari pendakian. Kenapa? Kena baca entri ini sam..pai habis

Mulanya kami turun dari puncak Gunung Irau dengan tiada masalah dan sempat selfie di kawasan checkpoint bonzai yang tadi dipenuhi oleh orang ramai





Selesai selfie kami turun dan kesemuanya nampak baik pada awalnya. Tapi selepas Mini Irau, cik en mula rasa letih, kaki sudah mula tidak kuat tapi masih bersemangat untuk habiskan. Banyak kali berhenti untuk minum dan makan power bar



Kaki cik en nampaknya dah mula sakit tahap maksimum. Setiap 10 langkah cik en berhenti. Jadi perjalanan cik en semakin lama semakin lambat dan dalam hati kami, kami berharap sempat sampai sebelum malam. Tapi... ianya tidak sama yang diharapkan. Jam 6.30 malam, hujan mula turun. Suasana menjadi sejuk dan kabus tebal. Semua itu buat cik en makin lemah dan penat. Masa ini hanya Allah sahaja yang tahu perasaan cik en. Hari semakin gelap, hujan masih belum berhenti. Sampailah cik en dan Anis tidak nampak jalan kerana gelap dan berkabus. Kena berjalan perlahan lahan kerana tanah berlecak teruk dan kayu kayu dipijak licin. Nasib cik en bawa lampu tapi malangnya kabus yang tebal buat kami tetap tidak nampak jalan. Hanya melaungkan nama geng cik en di hadapan saja bila kami mula tidak nampak jalan sepatutnya. Kami berinteraksi dengan laungan dan lampu sahaja. Kerana permukaan bumi yang tidak rata buat kami perlu mendaki dan menurun kayu, batu beberapa kali. Penatnya sampaikan kena tarik seluar naikkan kaki untuk memanjat.Tenaga semakin berkurangan setiap langkah. Manalah tangga kayu yang? Kami dah mula keletihan sangat.. 

Alhamdullilah... akhirnya lebih kurang jam 8.15 malam, kami berjumpa juga dengan tangga kayu. Itulah tanda yang kami dah sampai ke penghujungnya. Tapi kerana terlalu letih, cik en tidak boleh menaiki tangga. Terasa jauh sangat . Cik en gagahkan diri dan akhirnya perlahan lahan kami berjalan. 8.30 malam lebih kurang kami sampai pintu masuk Mossy Forest. Sampai je, cik en terpaksa minta Megat Rosman bawa abang barney ke pintu masuk Mossy Forest. 

Walaupun kaki cik en injured , cik en tetap bertegas nak memandu abang barney. Selesai bawa masuk barang ke dalam kereta, kami mula turun dan menukar baju di Mall Nova. Satu lagi cabaran, lampu spotlight yang dipasang tetap tidak jelas kerana kabus yang tebal. Perlahan lahan cik en memandu sambil dibantu oleh kak Zulia melihat lubang lubang di sepanjang jalan. 

Alhamdulillah, sampai kami di jalan utama Cameron Highlands. Selesai menukar baju, kami makan di medan selera di dalam mall tersebut. Disebabkan kelaparan, cik en order Briyani dan tengok macamna buruknya cik en makan .. ahhaha


Semuanya berakhir dengan selamat dan kami lewat 3 jam 30 minit dari tentatif asal. Kami bergerak turun ke Simpang Pulai dalam pukul 10 malam dan kerana keletihan sangat, cik en menumpang tidur di rumah Kak Zulia di Tronoh. Bangun pagi keesokan harinya, cik en sakit badan yang teramat sangat terutama bahagian kaki. Sampaikan nak duduk pun menjerit kesakitan. Sampaikan saat cik en menulis entri ini, kaki cik en masih lagi sakit lagi da kesan lebam tak perlu cik en nak cerita. Memang banyak

Tapi... walaupun sepanjang perjalanan, dalam hati terasa serik nak hiking, tapi tak sampai 2 hari, dah  mula plan nak hiking gunung yang lain. Memang gian aktiviti hiking ni yek? hahahahahah

Entri sebelum ini 
Gunung Irau 4 : Pendakian Sangat Mencabar
Gunung Irau 5 : Anak Irau atau Mini Irau 
Gunung Irau 6 : Kami Berjaya Tawan !!
5

Gunung Irau 5 : Anak Irau atau Mini Irau


Gunung Irau 5 : Anak Irau atau Mini Irau | Dulu kawasan ini dipanggil Anak Irau tapi sekarang dipanggil Mini Irau. Daripada Pintu Masuk Mossy Forest ke Mini Irau ini adalah 1.4 km. Cik en sampai sini pada 11.30 pagi. Cik en ambil masa 2 jam 30 minit dan geng cik en yang lain sampai 30 minit lebih awal. Sambil berehat, cik en dan yang lain lain selfie dan rehatkan diri sebelum memulakan perjalanan. 



Kawasan ini rata dan memang sesuai untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Dan kerana line telefon H+++, cik en cuba untuk buat Go Live di Facebook. Cik en downloand dan upload di youtube untuk kongsi kepada yang lain lain. Masa ini cik en masih semangat lagi tau! Seluar pun kalau yang perasaan dah bertukar sebab insiden seluar koyak.


Masih ada berbaki 750 meter sebelum sampai ke puncak Gunung Irau atau Ibu Irau ataupun Mt Irau. Tapi masa yang cik en ambil 2 jam 30 minit juga. Pendakian selepas Mini Irau ini agak mencabar dan perlu memanjat batu yang tinggi dengan berbekalkan tali sahaja. Tunggu entri seterusnya untuk tengok berjaya tidak cik en dan yang lain lain menawan Puncak Gunung Irau sedangkan kaki cik en yang lebam disebabkan terkena tunggul kayu mula terasa sakitnya.

Entri sebelum ini 
Gunung Irau 4 : Pendakian Sangat Mencabar
Gunung Irau 5 : Anak Irau atau Mini Irau
2