Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Bunga RS Manjung

Showing posts with label Bunga RS Manjung. Show all posts
Showing posts with label Bunga RS Manjung. Show all posts

Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan

Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan | Nak bercerita mengenai motosikal, cik en bukanlah seorang yang arif tapi dengan berkawan dengan adik beradik dalam RS Manjung buat cik en dapat ilmu sedikit sebanyak. Walaupun cik en belum lagi dapat masalah gangguan tapi cik en hendak simpan disini ilmu ini. Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan untuk memudahkan pengguna mengetahui masalah pada motosikal RS mereka. | Jumlah Kedipan Lampu Indicator Honda RS150R Menunjuk Kod Gangguan


1

Tips Penjagaan Rambut Bagi Muslimah Rider

Tips Penjagaan Rambut Bagi Muslimah Rider | Dah menjadi hobi cik en sekarang ini aktif dengan aktiviti permotoran atau senang dipanggil rider. So bila dah jadi rider dalam masa yang sama wanita bertudung atau digelar muslimah rider, mesti banyak masalah yang cik en kena hadapi. Anyway dah lama nak share dengan korang pengalaman cik en apabila berhadapan denga situasi normal seorang wanita apabila ride tapi kekangan masa buat cik en tertangguh nak kongsi. So for 1st sharing, cik en nak kongsi sikit Tips Penjagaan Rambut Bagi Muslimah Rider


Tips Penjagaan Rambut Bagi Muslimah Rider


Macam cik en, cik en memang jenis rambut dan apabila bertudung semasa ride atau konvoi, cik en akan memilih tudung, ikatan rambut, penjagaan rambut yang sesuai. Tips Penjagaan Rambut Bagi Muslimah Rider yang cik en amalkan adalah :


  1. Memilih material tudung yang nipis, elakkan tudung yang tebal seperti pashima. 
  2. Inner tudung pun pilihlah yang nipis dan elakkan jenis sanggul besar. Nanti dah macam pelik pakai helmet ahhahaha
  3. Ikatan rambut pastikan agak tinggi dan elakkan ikatan bersanggul besar. Nanti korang akan rasa sakit kepala
  4. Selesai ride, make sure basuh rambut dan buat rutin penjagaan rambut untuk memastikan rambut sentiasa sihat
  5. Jika korang ada masalah kelemumur, cik en syorkan untuk guna Set Safi Shayla Anti Kelemumur yang mempunyai Syampu anti kelelmumur, Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal dan Minyak Rambut Anti Kelemumur.
Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur


Mengandungi Micro Bamboo Charcoal bersama Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam
  • Micro Bamboo Charcoal - Arang buluh Mikronisasi adalah bahan semualjadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut
  • Habbatus Sauda - Meghalang pembiakan bakteria, menyihat, melindungi dan mencantikkan rmabut
  • Micro ZPT Compelx - Agen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur

Cara Penggunaan : Buihkan syampu pada rmabut yang basah, kemudian bilas sehingga bersih


Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal


Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal dengan menggunakan Micro Bamboo Charcoal bersama Minyak Organik Habbatus Sauda dan Mentol. membantu mengurangkan kelemumur pada cucian pertama lagi. Ianya dapat mengurangka kulit kepala yang gatal, bau kepam dan minyak diserap agar kulit kepala sentiasa segar. Harumannya mampu bertahan sehingga 48 jam. 

  • Micro Bamboo Charcoal - Menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut
  • Minyak Organik Habbatus Sauda - Kaya dengan nutrien yang membantu melindungi dan menyuburkan kulit kepala
  • Mentol - Menyegar dan menyamankan

Cara penggunaan : Ratakan masker dan urut kulit kepala perlahan lahan selama 1 minit.


Minyak Rambut Anti Kelemumur



Minyak Rambut Anti Kelemumur menggunakan Minyak Organik Habbatus Sauda, Minyak Zaitun Tulen dan Ejen Anti Kelemumur serta menthol. Minyak rambut SAFI Shayla menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari

  • Minyak Organik Habbatus Sauda - Memberi kelembutan kepada rambut, nutrien, anti bakteria dan perlindungan matahari
  • Minyak Zaitun Tulen - Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam dan kering
  • Ejen Anti Kelemumur serta menthol - Mengurangkan kelemumur, minyak dna gatal kepala serta membeikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan. 

Cara penggunaan : Gocang sebelum guna, Urutan perlahan lahan hingga ke kulit kepalamemlalui hujung rambut. Biarkan selama 3 - 5 minit. 

 
Korang yang beli any products dari Safi Shayla dengan harga RM35 korang boleh get free We Bare Bears beg yang mana ianya limited edition tau!

Image may contain: text
1

Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung

Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung | Alhamdulillah, ride kali ini cik en selamat pergi dan selamat balik. Jika sebelum ini cik en up entri Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil, cik en tetap risau kalau jadi apa apa sepanjang perjalanan kami. So tak nak jadi macam tahun lepas, cik en tak simpan memori ini dalam blog, cik en siap siap remind untuk tak lupa up disini. So korang bacalah pengalaman cik en ini. Anyway ini more personal atau lifestyle entri. | Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung

Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung
Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung


Hadir Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil Bersama RS Manjung



Untuk Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil kali ini, penganjur memilih tarikh 3 Ogos 2019 dan seperti tahun lepas, kami dah start kumpul dari pukul 3.00 pagi lagi. Walaupun tak jauh mana Manjung dan Bukit Jalil tapi adat la berkonvoi, kena patuh arahan, tak boleh "fly" ahhahaha. Ada limit km/perjam dan akan ada persinggahan untuk solat, isi minyak dan rehat. So macam tahun lepas juga, cik en memang tidur awal seawal 9 malam tapi bukan mudah. Nasib la pengiraan bebiri berjaya buat cik en tertidur. So ini tentitif ride 


So ada beberapa tempat singgah. Pertama di Caltex Lekir untuk join team dari Lekir. Lepas tu kami  berhenti untuk isi minyak di stesen minyak Teluk Intan. Disebabkan dah masuk azan Subuh, kami berhenti solat subuh di Masjid As Saadah kalau tak silap cik en. Settle semua kami terus menuju ke highway dan singgah di Petronas Sungkai untuk isi minyak dan sarapan pagi. Jangan dok tanya kenapa kerap isi minyak. Ada beberapa faktor. ada yang masih banyak minyak, ada yang masalah cepat habis minyak (selalunya jenis laju sangat atau modified) ahahahah. Anyway ride konvoi ini bukannya siapa yang laju tapi lebih kepada kerjasama untuk bersama sama ride dalam kumpulan. 





Selasai sarapan, kami dapat geng dengan satu kedai berdepan dengan Petronas Sungkai so bergamabr la dulu. Kami masuk highway pun hari dah cerah dan sampai di Hentian Sebelah Sungai Buluh, kami berhenti untuk isi minyak lagi dan ada yang sejukkan enjin jentera masing masing 


Kami sampai ke tapak event kalau tak silap around  9 atau 10 pagi. Tahun ini penganjur susun jentera ikut kroni. Oh, jentera means motosikal la.. Dalam bahasa ride ini jentera. Ikut kroni bermaksud, mengikut warna motosikal. So susah sikit la nk letak banner RS Manjung sebab semua motosikal budak budak berterabur sana sini. So ini je la kot yang cik en sempat rakam sebab cik en sibuk untuk update di bawah IG RS Manjung. Dah dilantik sebagai AJK Multimedia katakan. Hahahhaa





Cik en juga salah seorang ahli Ladies Crew Kapcai Malaysia. So dan la jumpa Idola dan admin bagi  Ladies RS150R, Fiqa RS. Hahahhaha


So ini la team RS Manjung. Dah alang alang itu, cik en promote sikit la kelab. Support Club Gais. hahahaha. Siapa yang nak join atau nak dapatkan sticker RS Manjung boleh DM sosial media kami di bawah ini. 

Facebook Page : RS Manjung 
Facebook Group : RS Manjung
Instagram : RS Manjung 

3

Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil

Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil | Mesti ramai yang tahu, cik en adalah rider RS dan cik en pernah story pasal RS sebelum ini di RS150r . Honda RS ini sebenarnya masih baru. Launched di Malaysia pada tahun 2016 dan tahun 2019 adalah tahun ke 3. Setiap tahun akan ada Mega Gathering RS150r dan cik en pernah join Mega Gathering RS150r 2.0 tahun lepas Masa itu baru 2 atau 3 bulan keluar RS. Tapi masa itu cik en sibuk sampai lupa nak update Mega Gathering RS150r 2.0 di blog. So tahun ini Mega Gathering RS150r 3.0 akan berlangsung di tapak event yang sama di Bukit Jalil pada 3 Ogos 2019. | Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil


Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil


Insyallah tahun ini cik en akan join dan masih dengan jentera yang sama, masih standard dan masih warna yang sama. Anyway dah plan nak tukar coverset tapi macam sayang je lagi masih ok coverseat original ini. Kalau sebelum ini join sebagai ahli biasa. Kali ini cik en pergi dengan misi. Disebabkan cik en kaki media sosial, AJK melantik cik en AJK Multimedia kononnnnnn. So jadilah cik en reporter tak bertauliah untuk kelab. Memang tugas seorang blogger kan? Kena cover event. Huhuhu. Di harap cik en selamat pergi dan balik. Boleh nanti cik en share dengan korang kehangatan Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil. 

Kehangatan Mega Gathering RS150R 3.0 2019 kian terasa!
Semua riders dah sedia ke?! 
Jemput hadir kepada semua Rider HONDA RS150R ke event MEGA GATHERING HONDA RS150R 3.0
TARIKH : 3 OGOS 2019
TEMPAT : PARKING B STADIUM BUKIT JALIL
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG
0

Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling

Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling | Ride kali ke 5 cik en kali ini ke sebelah utara selepas ride Cameron Highlands yang pernah cik en story sebelum ini. Ride kali ini sponsar by Hiffny dan kami akan ke Penang, Sungai Petani dan Baling selama 2 hari. Kali ini cik en tak berseorang ladies so ada la geng bermalam di sana kali ini. Ride ini 2 hingga 3 Februari 2019 yang lepas. | Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling


Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling


Port biasa kami berkumpul di Restoran Biriyani sebelah Aeon Seri Manjung. Janjinya pukul 9 untuk tayar golek tapi pukul 9 baru la depa ini mai. Hahahha. Cik en mulanya sorang perempuan dan bila Eppy mai kata bawa geng kak long. Rupanya dia bawa kakak ipar dia Ifa. Disebabkan ifa dan husband dia bawa Nouvo LC, Ifa tumpang dengan cik en. So berkawanlah cik en dengan Ifa sepanjang perjalanan. Yang bestnya Ifa ini ada bagi massage free sepanjang ride. Hahahhaa. 



Sampai Hentian Taiping kami tunggu sorang team RTCKK atau RS Kuala Kangsar Lan Sayong. Dia sampai lebih awal lagi tapi di Hentian Bukit Gantang. Dia inform cik en masa itu pukul 9 yang mana kami masing masing masih di Manjung.


Sampai saja, terus kami bergerak dan kebetulan jumpa sekali team RSM yang nak balik ke Kedah. Sekali jalan dan kami berpisah di persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 



Selalunya cik en gi Penang naik kereta dan tak pernah nak ambil tahu laluan motosikal dan kali ini merasa juga la melalui laluan ini sampai merasa sendiri angin laut area sini. Selalunya naik kereta pasang aircord. hihihi. 

Sampai seberang kami terus ke kedai Ekonomi Tomyam di Jalan Perak Georgtown. So far handle cik en dah ketat sikit sebelum ride ke sini dan agak gayat awalnya nak mencelok celok tapi so far semua ok walaupun jalan sibuk. Kebiasanya kalau cik en ride, memang kurang makan. Order nasi ayam makan suku dan adik adik yang lain habiskan. Hihi Mekasih la Faris dan Ihsan habiskan. 





Settle makan kami terus ke Padang Kota untuk tangkap gambar. Mak aihhhh lit lit panaih sungguh. Sempat la merakam dalam 15 minit lebih kurang sebelum kami bergerak ke Jeti. Kita bawa RS naik feri. 





Nasiblah tak banyak kenderaan so tak perlu tunggu lama. Tunggu feri sampai terus kami naik feri.




Sampai je ke tanah besar, kami terus menuju ke Sungai Petani. Sampai memang masing masing penat. Cik en pun berehat sampai la tertidur dalam bilik. Bangun dan mandi je dan terus kelaur tengok satey dah siap bakar. Pe lagi teruslah makan sebelum tunggu geng lain untuk datang malam. Team Ladies Kedah tak dapat datang sebab masa itu hujan lebat sangat. So ada team RS Sungai Petani yang datang. 






Asalnya pukul 10 malam nak gerak ke Kolam Air Panas Ulu Legong Baling tapi tunggu menunggu kami gerak ke sana pukul 2.30 pagi dan sampai lebih kurang dekat pukul 4 pagi juga la. Orang dah mula tak ramai so memang kami conquer la tempat tu. Dalam pukul 5.30 macam itu kami gerak balik. 




Biasala, dah mandi air panas ini, lepas mandi mesti rasa mengantuk. Sebab sebelum ini cik en biasa pergi ke sini naik kereta. Lepas mandi memang kami terus balik Kuala Kangsar, sepanjang jalan memang tersengguk sengguk. Hiffny kata nanti nak singgah pekan Baling minum dulu. Cik en kalau dah ngantuk memang muka dah macam orang meroyan. hahahah. Cik en order kopi o kaw suam kosong. Terus cerah biji mata.




Sampai rumah dalam pukul 8 terus semua terbongkang tidur dan cik en pukul 12 dah bangun dan bersiap. Terima kasih banyak pada family Hiffny sediakan makanan. Nak tolong memang cik en dah tak larat. Last masa makan tengah hari je cik en tolong membasuh. Segan pula bila orang perempuan tak tolong memasak ini. Tapi tula ride ini tak sama dengan drive. Penat dia lain macam. Mungkin cik en masih baru kan, itu yang rasa penat itu. 

Selesai semuanya cik en request untuk snap gambar kat mercu Sungai Petani. Nama pun ride to Sungai Petani tapi tak ada simbolik Sungai Petani itu.



So complete ride kali ini. Kami sampai Manjung dalam pukul 8 malam dan cik en balik rumah dah masuk pukul 9.30 malam. Sampai sampai cik en tengok Peyah dah hilang. Dah masuk hari ke3 entri ini di taip, peyah masih belum balik lagi. Macam macam cara cik en cuba untuk jejak peyah tapi dia masih tak balik lagi. Cik en cuma berharap dia akan balik tak lama lagi. Harap dia balik sebelum cik en naik flight untuk travel minggu depan. So, jumpa next entri. Bye!
3

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150 | Diakui bila aktif moto, masa cik en untuk update blog sangat terhad. tapi cik en tetap juga update seperti biasa cuma terlambat sikit. Kali ni cik en nak share dengan korang aktiviti cik en dengan team RSM dan RTCKK minggu lepas. Ride ke Cameron Highlands adalah ride yang cik en tak sangka akan terjadi. Cik en masih newbie dengan ride dan awalnya rasa was was juga untuk join. Tapi disebabkan nak meraikan ride terakhir bersama team RSM iaitu Jack yang nak kembali ke Sabah cik en cuba beranikan diri. Apa apa pun cik en selamt pergi dan balik dan rasanya satu pencapaian peribadi terbaik pada cik en. | Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150
Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150


Port pertama kami berkumpul di Restoran Biriyani sebelahan dengan AEON Manjung. Cik en sampai dah terus bersarapan ala kadar. Selesai semua, kami start " tayar golek " dan sampai ke RV ke 2 iaitu Ayer Tawar. Team Ayer Tawar dah siap semua kami terus ke RV seterusnya Petronas Simpang Simpang Pulai. Kat sini kami tunggu team RS Kuala Kangsar dan bila dah selesai kami terus memulakan perjalanan naik ke Cameron Highlands. 



RV seterusnya adalah lagi suku nak sampai ke atas. Patutla masa cik en naik Cameron Highlands, port disini ramai rider yang singgah. Kalau tak silap ianya RNR dan ada kawasan untuk rider berehat atau menunggu rider yang lain yang masih tak sampai. Sampai je kawasan ini, kepala cik en dah pening. Mungkin tak biasa tekanan. Selalunya pakai aircord kalau naik mr barney cuma kali ini ianya live. So korang layan la gambar di kawasan RNR ini. 






Dalam 30 minit camtu, semuanya dah sampai dan kami teruskan ke Cameron Highlands. Sampai di Cameron Highlands kami menuju ke Food Court di Tanah Rata. Betul betul bersebelahan dengan Avillion Hotel yang pernah cik en review. Yang Review korang boleh baca di Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Bonding Bersama Firman. Tak sangka selepas sebulan cik en naik lagi ke Cameron Highlands tapi dengan motosikal. Gambar masa makan memang cik en tak ambil sebab terlupa. Kelaparan masing masing. 

Selesai makan tengah hari, kami menuju ke signboard Cameron Highlands untuk sesi bergambar. 


Selesai kami terus ke Kea Farm tapi singgah solat di Brinchang



Selesai semuanya kami terus ke Kea Farm. Cik en ak shopping apa apa sebab baru sangat datang kan. So misi cik en cari madu. Dan berjaya juga makan dan lupa nak bawa balik. Hahahha. Sampai Kea Farm kami masuk Garden Kea Farm dengan harga RM 1 seorang.









Selesai KEA Farm kami menuju Avant Chocolate Cameron Highlands untuk makan aiskrim dan bergambar. 




Anyway banyak lagi gamabr disini cuma cik en tak tahu pada siapa. Kat sini korang boleh bersantai dan tiada bayaran. Sambil itu ada cafe dan kedia menjual barangan Cameron Highlands

Masa untuk turun dan kebetulan kami turun selepas hujan dan jalan agak licin. Nak di jadikan dukanya ride ini, salah seorang kecundang dan tiada kecederaan yang serius. 


Kebetulan ada sepasang suami isteri naik hilux dan kebetulan mereka ke Lumut, kami naikkan motosikal dan dibawa ke Lumut dan mangsa kecundang ini namanya Faris ambulans bawa ke Hospital Ipoh. Cik en pun ikut bersama rider yang lain dan semuanya baik baik aja. 

Cik en sampai ke Manjung pun hampir 12.00 tengah malam juga dan sebelum tidur itu fikir juga, berjaya juga Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150 hari ini kan? hihihi
3