Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Bandar Baru Setia Awan Perdana

Showing posts with label Bandar Baru Setia Awan Perdana. Show all posts
Showing posts with label Bandar Baru Setia Awan Perdana. Show all posts

Untungnya Kejiranan Cik En di BBSAP Mendapat Bantuan Pemaju

Untungnya Kejiranan Cik En di BBSAP Mendapat Bantuan Pemaju  | 1,000 penduduk Bandar Baru Setia Awan Perdana bersyukur terima ‘kejutan’ gembira daripada pemaju. Taraf Nusantara Sdn. Bhd. menyumbang barangan runcit dan sayuran bernilai RM50,000 untuk mengurangkan beban sepanjang PKP. Itulah tajuk keratan akhbar mengenai kejiranan cik en di Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP). Cik en pun sedia maklum dalam group whatsapp rukun tetangga yang mereka mengagihkan bantuan. Cik en masih belum berpindah di sana dan berharap lebihan cik en itu dapat bantu menambah pada kejiranan cik en di sana. | Untungnya Kejiranan Cik En di BBSAP Mendapat Bantuan Pemaju 

1,000 penduduk Bandar Baru Setia Awan Perdana bersyukur terima ‘kejutan’ gembira daripada pemaju

Untungnya Kejiranan Cik En di BBSAP Mendapat Bantuan Pemaju 


MANJUNG, PERAK, 29 Mac 2020 - Penduduk projek perumahan mampu milik, Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) bersyukur apabila pemaju perumahan mereka, Taraf Nusantara Sdn. Bhd. berkunjung ke perumahan mereka dengan membawa barang keperluan dan sayuran segar untuk diedarkan kepada setiap rumah sebagai satu usaha untuk mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam. 

Barangan keperluan dan sayuran segar yang dibawa terus daripada Cameron Highlands bernilai lebih RM50,000 itu diedarkan sendiri oleh satu pasukan sukarelawan syarikat Taraf Nusantara serta Persatuan Penduduk BBSAP

Farid Omar, Pengurus Jualan, Taraf Nusantara Sdn. Bhd. dan satu pasukan sukarelawan tiba untuk membawa keperluan asas termasuk beras, sayuran segar, mi segera, mi, gula, minyak masak, telur dan banyak lagi. “Kami faham dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April 2020 ini, pasti sukar bagi penduduk BBSAP untuk keluar membeli barang keperluan. Kami percaya, sumbangan kecil daripada kami ini mampu mengurangkan beban mereka dalam tempoh getir ini,” katanya. 


“Terdapat lebih 1,000 penduduk yang tinggal di Fasa 1 Bandar Baru Setia Awan Perdana ini sejak kami menyerahkan kunci pada bulan April tahun lepas. Ada juga keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas yang mempunyai risiko lebih tinggi sekiranya mereka perlu keluar rumah dengan kerap. Kami berharap penduduk di sini akan terus menjaga diri sepanjang tempoh kuarantin ini dan mengamalkan langkah berjaga-jaga sehinggalah kerajaan mengumumkan sudah selamat untuk kita semua keluar semula,” tambahnya lagi. 

Farid juga berkata, Taraf Nusantara merancang untuk menghantar bekalan makanan dan bahan runcit tambahan secara berperingkat kepada penduduk di sini. Ini termasuklah beras peket 5kg (425 unit), gula peket 1kg (850 unit), minyak masak peket 1kg (850 unit), peket teh 40 uncang (425 unit), sardin dalam tin (850 unit), telur (425 bekas), tepung peket 1kg (850 unit), mi segera (850 unit), ikan bilis peket 500 g (425 unit) dan sebagainya. 

Menurut Presiden Penduduk BBSAP Fasa 1, Mohd Nor Safarin Mansor, terdapat kira-kira 400 orang kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dan kira-kira 70 warga emas berusia lebih 65 tahun di perumahan tersebut. “Hari ini kami bersama pasukan Taraf Nusantara telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada penghuni di 254 rumah di sini. Malah, kami juga memanjangkan barang keperluan yang ada kepada penduduk di sekitar taman perumahan BBSAP termasuk 80 rumah di Sungai Wangi, Lekir dan Balai Polis Pekan Gurney,” katanya. 

Bandar Baru Setia Awan Perdana merupakan salah satu projek perumahan mampu milik oleh Taraf Nusantara yang dilancarkan pada tahun 2016. Terbaharu, Fasa 2 dilaporkan telah siap sepenuhnya sementara menantikan Sijil Siap dan Patuh (CCC) manakala Fasa 3 dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2021. Projek perumahan ini menawarkan rumat lot mampu milik kepada rakyat Malaysia dari harga serendah RM135,000 satu unit. Terdapat 10,500 unit rumah mampu milik yang akan didirikan dalam lima fasa ini apabila projek tersebut siap sepenuhnya.
1

Masih Mampukah Malaysia Melahirkan Pemain Badminton Negara Setanding Datuk Lee Chong Wei?

Masih Mampukah Malaysia Melahirkan Pemain Badminton Negara Setanding Datuk Lee Chong Wei? | Cik en adalah peminat sukan badminton dan juga pernah menjadi pemain badminton jabatan  yang mewakili negeri Perak dan cik en semenjak itu, cik en mengikuti perkembangan sukan ini. Cik en akui kelebihan Datuk Lee Chong Wei sukar ditandingi selepas Anak Anak Sidek. Semua juga sedia maklum, Datuk Lee Chong Wei merupakan anak didik Datuk Misbun Sidek. Beliau menggunakan formula sendiri untuk melatih Datuk Lee Chong Wei sehingga mendapat gelaran dunia. Persoalannya sekarang Masih Mampukah Malaysia Melahirkan Pemain Badminton Negara Setanding Datuk Lee Chong Wei? 


Masih Mampukah Malaysia Melahirkan Pemain Badminton Negara Setanding Datuk Lee Chong Wei?



Persoalan itu cik en sendiri timbulkan kepada Datuk Misbun Sidek semasa Kejohanan Remaja Terbuka Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) 2020 di Manjung Badminton Arena pada 14 Mac 2020 yang lepas. Datuk Misbun Sidek menjawab negara perlu menggunakan modul latihan khas yang selaras bagi melahirkan lebih ramai bintang sukan itu bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei. Beliau mahu Malaysia mencari formula khusus supaya atlet badminton negara terus menempa nama di persada antarabangsa.


Oleh kerana itu, Datuk Misbun Sidek telah merangka satu Modul Kejurulatihan Khas Badminton Negara. " Modul ini yang telah diguna pakai selama ini hingga mampu melahirkan jaguh seperti Datuk Lee Chong Wei dan pemain lain yang mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.



Beliau berharap modul ini akan menjadi peninggalan berharga pada bidang sukan badminton selepas perkhidmatan kejurulatihan beliau berakhir suatu hari nanti. Modul inilah yang boleh digunakan oleh jurulatih yang ada di Malaysia bagi memastikan Malaysia akan terus menyerlah dalam sukan badminton ini. 


Datuk Misbun Sidek yang baru dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, Malaysia perlu terus menghantar pemain negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa supaya kedudukan negara kekal di tangga tertinggi.

Dalam hal itu, penganjuran Kejohanan Remaja Terbuka Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) 2020 dapat mencungkil bakat bakat baru dalam sukan ini. Ditambah pula Dewan Badminton Datuk Misbun Sidek dibina oleh Pemaju BBSAP yang mempunyai 6 gelanggang berpotensi mengilap bakat bakat baru di sekitar BBSAP. 


BBSAP merupakan bandar terancang terbesar di Perak yang telah dianugerahkan Pembangunan Rumah Mampu Milik Terbaik fasa pertama dalam Anugerah Kecemerlangan Pembangunan iProperty (iDEA) 2019 baru-baru ini. Pemaju bagi BBSAP adalah Taraf Nusantara yang merupakan satu-satunya syarikat pemaju di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik. Dengan lebih 5 tahun pengalaman dalam pembinaan projek perumahan mampu milik.

BBSAP adalah kawasan yang strategik untuk membeli rumah. Tidak kira ianya rumah pertama atau sebagai aset. Ini kerana harganya yang mampu milik dan berhampiran dengan kawasan berpotensi tinggi. Korang boleh baca di Betuahnya Siapa Memiliki Rumah Di BBSAP | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak. Korang juga boleh terus ke www.mybbsap.com untuk maklumat lanjut. 
2

Betuahnya Siapa Memiliki Rumah Di BBSAP | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak

Betuahnya Siapa Memiliki Rumah Di BBSAP | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak | Memiliki sebuah rumah sendiri memang menjadi idaman semua orang terutama sekali ianya pertama kali. Camtu jugalah dengan cik en. Awalnya cik en sebenarnya tak bersedia lagi memandangkan harga rumah di Manjung ini semuanya bernilai RM200 ribu ke atas. Gaji cik en tak la besar mana memandangkan baru beberapa tahun bekerja. Bila di tolak itu ini cik en yakin tak lepas la buat pinjaman. Sampai la cik en nampak bunting mengenai Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak (BBSAP) ini. Harganya tak masuk akal!! Hanya RM135 ribu sahaja!! | Betuahnya Siapa Memiliki Rumah Di BBSAP | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak

Betuahnya Siapa Memiliki Rumah Di BBSAP | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak


Iye korang, masa itu BBSAP untuk fasa pertama bermula dengan harga RM135,000. Masa itu cik en masih was was. Pertama, tak mungkin semurah itu rumah di Manjung ini. Kedua. kerisauan cik en menjadi projek gajah putih. Cik en pun lengahkan masa sampai la 3 bulan selepas itu, cik en ada masalah untuk mencari rumah lain selepas tuan rumah sewa bercadang ambil semua rumah sewa cik en itu. Terdetik di hati cik en untuk bertanya pasal projek BBSAP ini balik. Masa ini cik en dengan kawan cik en yang kebetulan nak mencari rumah juga. Kami berdua pergi dan sangat teruja dengan penerangan dari sales yang BBSAP akan menjadi perbandaran terancang terbesar di Perak dengan lebih dari 10,000 rumah dengan harga mampu dengan kemudahan 5 bintang seperti house club, pejabat kerajaan, fasiliti asas dan taman tasik.



Memang sangat dipermudahkan Allah la, dalam masa sehari, cik en sediakan dokumen dan tak sampai seminggu semuanya lulus. Oh ya, cik en menggunakan pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Tiada cas guaman dan harga rumah berjumlah RM138,000 (dalam masa 3 bulan harga rumah naik RM 3,000. Nampak tak fast selling rumah di BBSAP semasa di awal pembukaannya) beserta insurans RM5,000. Total pinjaman RM142,000. Bulanan dalam RM650++.

Rumah Contoh Kepunyaan Datuk Misbun Sidek bagi inspirasi pada cik en untuk hias rumah cik en nanti

Cik en beli rumah fasa 1. Cik en ada story di entri Yey! Rumah Baru | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak. Rumah teres dengan kelebaran 20 x 65. Tapi yang ini dah habis dijual dah. Fasa kedua ada 2 jenis iaitu teres dengan keluasan yang sama dan jenis kluster dengan kelausan 33 x 60. Teres fasa pertama dan kedua beza pada susunan bilik sahaja. Tapi sayangnya dah habis juga dijual. Yang sekarang mereka open adalah Fasa 3 dan Fasa 4. Dok dengar cete Fasa 3 pun dah start nak habis tu. Rugi la kalau korang yang mencari rumah itu tak grab salah sebuah rumah di BBSAP

Masterplan BBSAP

Tau kenapa cik en kata rugi? Sebabnya banyak kemudahan yang bakal di bina dan yang ada di sekitar BBSAP dan Manjung ini. Kemudahan dan kelebihan yang ada ini, cik en rasa perlaburan sangat berbaloi untuk masa akan datang. Antara yang ada adalah

Kemudahan BBSAP


Gelanggang Datuk Misbun Sidek dalam proses pembinaan

Kemudahan ini ada yang dalam pembinaan dan bakal dibina. Projek masih baru tapi bila tengok master plan mereka, cik en boleh nampak akan ada club house yang mana ada Dewan Badminton Datuk Misbun Sidek. Selain itu ada padang futsal, padang bola sepak, kelab golf, pos keselamatan, taman tasik, tempat berbasikal, jogging dan lain lain lagi

Rumah kedai dalam proses pembinaan

Suasana sekitar Fasa 1

Pembinaan taman yang terancang 

Mengikut perancangan, akan ada masjid, balai polis, balai bomba, sekolah, pejabat kerajaan yang lain dan pejabat Majlis Perbandaran Manjung. Dan kalau dah ada perumahan akan ada rumah kedai di beberapa kawasan. 

Kelebihan Lain Di Sekitar BBSAP


Selain daripada dalam BBSAP, banyak kemudahan asas, korang juga akan bertuah sebabnya banyak kelebihan lain yang ada di sekitar BBSAP ini. Jika korang menjadikan rumah di BBSAP ini rumah ke 2, mungkin korang boleh jadikan homestay atau jadikan rumah sewa. Harga rumah sewa di Manjung ini sangat berbaloi. Sebabnya


  • Lebuhraya WCE
Sumber : Google

Lebuhraya WCE menghubungkan Banting ke Taiping. BBSAP berhampiran dengan Tol Sitiawan Utara dengan masa 15 minit. Jadi nak ke Kuala Lumpur lebih kurang 90 minit dan Penang pun lebih kurang masa yang sama

  • Pulau Pangkor dan Duty Free

Duty Free di Pangkor telah dilaksanakan 1 Januari 2020 dan menjadikan pulau bebas cukai seperti di Langkawi. Memang strategik la BBSAP sebabnya jaraknya hanya 30 minit sahaja. 

  • Teluk Batik

Selain Pulau Pangkor, Teluk Batik juga adalah salah satu kawasan perlancongan di Manjung ini. Jaraknya juga hanya 30 minit


  • Kawasan Perindustrian Yang Pesat


Manjung merupakan tempat perindustrian bagi syarikat syarikat ternama seperti Sapura Kencana, Jana Manjung dan Vale. Dijangkakan banyak lagi industri boleh berkembang pesat kerana pembinaan lebuhraya. 

  • Tempat Menarik Yang Lain

Selain diatas ini, BBSAP berhampiran dengan Marina Island, Pulau Giam, Tua Pek Kong Temple, tapak hatcher insitu di Pangkor, Pulau 9, Penyu Segari dan lain lain lagi. Manjung ini kaya dengan makanan sedap dan murah. Jangan lupa pekena Roti Canai Pak Tam dan Tempat Jual Ikan di Sitiawan  yang dekat sangat dengan BBSAP ini. 

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai BBSAP ini korang boleh ke https://mybbsap.com/

Terima kasih pada Taraf Nusantara sebagai main organizer dan Intelectasia Consultancy sebagai PR yang memberi peluang kepada cik en melihat sendiri kelebihan yang ada di BBSAP ini sebagai media. Sekarang cik en sangat berkobar kobar nak masuk rumah sendiri selepas raya nanti. 
2

Yey! Rumah Baru | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak

Yey! Rumah Baru | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak | Alhamdulillah, penantian selama 3 tahun memiliki rumah sendiri berjaya juga. Dari awal proses cik en memang tak hebohkan apatah lagi nak kongsi di blog. Biar dah dapat kunci baru boleh menayang gitew. Bukan menunjuk tau tapi blog ini cik en dah anggap maca diary online yang telah menyimpan beribu cerita dan suka. Lifestyle Blogger kan? So nak tengok ke rumah cik en? Rumah kecik je, sesuai la dengan pendapatan dan keadaan diri cik en yang bujang ini. | Yey! Rumah Baru | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak


Yey! Rumah Baru | Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak


Kawasan ini bakal menjadi bandar baru. So akan ada banyak fasa bakal dibina. Cik en beli rumah fasa pertama dengan nilai RM138K. Permulaan rumah ini dibuka adalah RM135K untuk rumah teres 65x20. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Bandar Baru Setia Awan Perdana Manjung Perak akan ada taman tasik, trek jogging, golf, kolam renang, gym dan house club. Selain itu akan bakal ada sekolah, balai polis dan lain lain. Tapi semestinya ambil masa bertahun untuk siapkan semua itu. Sekarang penjualan dah masuk Fasa 3 rasanya. Disini juga ada rumah PRIMA kalau tak silap. So gamabr diatas adalah rountbout utama bandar ini. 

Untuk fasa 1 ada lebih 1000 unit rumah jadi nak buat appoitment ambil kunci memang leceh sikit cuma cik en memang tinggal di Sitiawan senang la untuk buat temujanji. Dari awal lagi, urusan cik en dipermudahkan. Sampailah urusan pengambilan kunci. So cik en booking 20 Jun 2019 2.30 petang. Ambil kunci kena isi beberapa borang, buat inspection dan dalam masa 2 tahun kalau ada masalah boleh refer balik kepada pemaju. 

Isi borang ini dapatkan kunci
Kotak kunci
Perasmian dibuat secara tidak rasmi. Hahahahha.


Borang Inspection rumah


checking kunci


List kerosakan rumah. Dalam masa 2 tahun, tiada renovate, gurantee masih ada

Inilah rumah cik en

Alhamdulillah, selesai untuk ambil kunci rumah. Cik en perlu tunggu 30 hari untuk mereka betulkan kerosakan dalam rumah ini. Sebelum cik en ambil kunci pendua dari mereka dan seterusnya buat pemasangan grill, awning dan kelengkapan rumah seperti lampu, kipas dan lain lain. Bersiap sedia lah untuk botakkan kepala untuk kos semua ini. Hahahha. Insyallah lepas ini cik en akan kongsi progress seterusnya rumah pertama cik en ini. 

6