Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Automobil

Showing posts with label Automobil. Show all posts
Showing posts with label Automobil. Show all posts

Tukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan

Tukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan  | Rutin 3 atau 4 tahun, cik en akan tukar tayar baru untuk Mr Barney cik en tu. Walaupun kali ini bunga tayar masih banyak tapi tayar dah keras. Dengan bantuan orang berpengalaman, cik en yang sebenarnya malas ambil tahu bab itu (hihii) mengikut sahaja untuk menukar tayar. Kebetulan memang dah terasa lain pun. Cik en selalunya tak pernah ikut pun si dia tukar tayar kereta cik en, tapi kali ini cik en ikut pula Disebabkan diperkenalkan la, dari tayar ke rim. ahhahaha. Kedai yang cik en maksudkan adalah Huat Tyres & Services Centre SitiawanTukar Rim dan Tayar Baru Yang Murah di Huat Tyres & Services Centre Sitiawan 


1

Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K

Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K | Mudahnya nak memiliki salah satu atau salah dua atau kesembilan sembilan kereta Honda dalam Campaign Terima Kasih 900K. Dengan hanya join 4 cara mudah melalui Honda, Tealive, Unifi dan Syok, korang berpeluang mendapatkan kereta Honda ini. Tapi sebelum itu, cik en nak kongsi dengan korang pengalaman dan kelebihan kereta kereta Honda yang sempat cik en test drive dalam Honda Blogger Test Drive yang lepas. Kalau korang tahu, mesti korang akan join semua campaign yang ada untuk memenangi kereta kereta ini. | Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K

Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K
Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K

Menangi 9 Kereta Honda Dalam Campaign Terima Kasih 900K


Anyway cik en terpilih menjadi blogger untuk Honda Blogger Test Drive Penang dan rasa happy sangat sebab memang dalam angan angan nak ambil Honda. So dah ada ini, boleh la cik en test drive kereta terbaru Honda dengan macam macam kelebihan keselamatan, kelajuan dan sporty. So ada 3 kereta yang cik en berpeluang untuk test drive iaitu Honda Civic, CR-V dan HR-V. So jom kita tengok apa kelebihan setiap kereta ini. 

Honda Civic Vtec Turbocharged

Honda Civic Campaign Terima Kasih 900K
Honda Civic 


Honda Civic kalau sebut memang jadi idaman semua terutama anak anak muda atau golongan belia macam cik en. Memang itu target cik en masa nak survey Honda ini. Honda Civic ini generasi yang ke 10 dalam Civic. Honda 1.5L Vtec Turbocahrged ini developed under Honda's Earth Dream Technology able to provide performance equal to a 2.4L engine. 

Kuasa turbo dia yang wow! Lebih sporty, pickup dan throttle respond dia best giler. Honda Civic yang cik en drive ini ada eco button iaitu penjimatan minyak yang mana boleh jimat sehingga 10% dari penggunaan biasa bila speed tinggi. 

Kalau korang yang malas nak keluar nak panaskan enjin atau nak sejukkan kereta masa sebelum drive, Honda civic ini ada Remote Engin Start. So tak perlu nak keluar untuk hidupakan enjin manual dengan hanya on melalui remote saja kereta dah stanby untuk berjalan dan kereta dalam keadaan sejuk dan selesa. 

Ada 5 variasi warna menarik dan cik en sukakan warna Dark Ruby Red Pearl. 

Tealive X Honda 

Tealive X Honda
Tealive X Honda

Sebelum nak teruskan lagi pengalaman cik en, cik en nak share sikit, kalau korang peminat setia boba Tealive atau any product, korang boleh berpeluang untuk mendapatkan Honda Jazz dengan hanya beli Tealive saja. Hanya 3 simple step ini je

  1. Buy Any Tealive drink
  2. Snap gambar bersama standee
  3. Complete Caption
  4. Send WhatsApp di hotline number 017-6194750

Untuk maklumat lanjut boleh ke Tealive X Honda

CR-V with Honda SENSING

CR-V With HONDA SENSING
CR-V With HONDA SENSING

Cik en cuma nak share kelebihan CR-V ini je kalau yang lain lebih kurang sama dengan kenderaan baru yang lain. Kelebihannya adalah Honda Sensing. Apa itu Honda Sensing? Simple word la cik en terangkan pada korang. Sensing ini adalah satu function keselamatan terbaru pada keluaran baru Honda. Kalau drive dan kita masuk ke line putih putus putus, akan ada simbol appear di cluster. Kalau line putih terus, akan de vibrate pada sterring. Lagi satu kalau kereta terlalu rapat dengan kereta depan pun akan ada function sensing ini. So bila de function ini, kita akan jadi lebih alert dan akan mengelak berlakunya kemalangan. 

Ada 5 variasi warna seerti Obsidian Blue Pearl, Dark Olive Metallic, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic dan White Orchid Pearl. 

UNIFI X Honda

Unifi X Honda
Unifi X Honda

Berita baik untuk pengguna UNIFI macam cik en, kornag boleh juga join campaign Terima Kasih 900K ini dengan hanya  myuniffi apps, korang bukan saja boleh manage services, bayar payment, track usage tapi boleh berpeluang memenangi Honda HRV Hybrid terbaru dari Honda. Hanya dengan 3 simple steps dibawah ini 

Unifi X Honda
Unifi X Honda

  1. Download Myuniffi Aps
  2. Update personal 
  3. Jawab simple questions about campaign dan submit.

Maklumat lanjut boleh layari Unifi X Honda

HR-V Hybrid Sporty Hybrid i-DCD Intelligent Dual Cluth Drive

HR-V Hybrid
HR-V Hybrid 

Kelebihan HR-V Hybrid ini semestinya pada teknologi hybrid. Cik en akui , cik en bukan pengguna Honda dan juga bukan pengguna kereta Hybrid so apa yang cik en faham, kereta Hybrid seperti HR-V Hybrid ini menggunakan teknologi 2 kuasa iaitu bateri dan petrol. Bukan bateri kereta yang cik en bayangkan pada awalnya tapi bateri hybrid yang mana ianya ada waranty seumur hidup kereta itu. So naif la sikit masa itu. So bila ada 2 penggunaa, ianya sangat ekonomik pada penggunaan petrol Untuk petrol 4.4L boleh pergi sejauh 100km . Bateri Hybrid menggunakan high power lithium-ion battery yang powerful yet durable, its high capacity in a compact package. 

Kelainan dalam ini adalah Gear stick dia Shift By Wire, 3D Illuminated Meter Cluster  dengan pilihan 7 warna yang sesuai dengan mood korang. Selain itu ada Sport Mode. 1.5 DOHC I Vtec Engine with direct Injection, Fully Electric Driven Compressor, 7 Speed Dual Clutch transmission with high power electric motor dan Electric Servo Brake System. 

Yang ini ada 8 variasi yang mana korang tengok akan jadi macam nak semua je warna, So far cik en yang peminat merah ini akan pilih Passion Red Pearl sebagai warna idaman cik en.

SYOK X Honda

Syok X Honda
Syok X Honda


Tadi cik en dah share, korang boleh dapatkan Honda Jazz dengan Tealive, Honda HRV Hybrid dengan UNIFI dan kali ini satu lagi Honda Hybrid dengan SYOK. SYOK adalah platform gaya hidup dan hiburan tempatan yang mana korang boleh jumpa di Facebook, Instgaram, Youtube dan apps mereka sendiri. Syok juga ada 1 biji Honda untuk korang jika korang join Terima Kasih 900K. Syaratnya sangat mudah 

  1. Hanya masuk ke Link ---> Syok X Honda
  2. Isi detail dan kenapa nak memenangi Honda 
  3. Submit


Campaign Terima Kasih 900K


Baru ada 3 kereta bukan dari Tealive, UNIFI dan SYOK? Mana lagi cara untuk dapatkan 5 peluang lagi? Semestinya di Honda sendiri. So ada 5 entri lagi korang boleh dapat di 


Kesemua ini korang kena ke branch Honda yang terdekat untuk dapatkan entry e-ticket ini. So di branch Honda saja ada 5 chance untuk korang boleh sertai. So settle semua ini korang submit dengan cara dibawah ini. 


Lagi banyak korang kutip entri, lagi besar peluang korang untuk menang. Dan jangan lupa beritahu cik en kalau korang berjaya nanti okey! 

Comparison Boot Capacity

Anwyay sepanjang test drive ini kami, kami ada tugasan tugasan yang mana menguji boot capacity Honda Civic, HR-V dan CR-V. Memang tak boleh nak compare dengan kenderaan lain seperti Pr****, TO**** atau model yang lain. Comparision yang dijalankan dengan jenis kenderaan dan nampaknya Honda juga the best dalam Boot Capacity. 




Anyway banyak lagi la kelemahan model kereta lain. Ada yang terlalu tinggi untuk angkat barang dan ada yang mempunyai ruangan yang sempit. Selain itu ada mystery space ahhahha. 


Untuk maklumat lanjut yang lain, korang boleh ke detail dibawah ini

Laman web : Honda Malaysia
Facebook : Honda Malaysia
Instagram : Honda Malaysia
Branch Honda di seluruh Malaysia
10

Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com

Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com | Jumaat lepas, adik cik en, ayang ajak cik en ke Pulau Pinang sebabnya dia nak hantar barang kawan dia kat Seberang Jaya Penang. Cik en asalnya malas nak pergi sebabnya masa ini cik en nak berehat rehat sebabnya jadual cik en sangat pack starting awal tahun ini. Tapi disebabkan adik seorang itu je, cik en pun ikutkan je. Asalkan dia yang keluarkan duit minyak dan tol okey la kan? Hahahha. Cik en gerak dari Kuala Kangsar direct terus ke Penang. Lepas tol juru, cik en singgahlah Petronas sebelum susur keluar ke Jambatan Pulau Pinang sebab nak "memerut". Adik cik en pula nak beli air. Selesai cik en pun nak teruskan perjalanan, cik en hidupkan kereta tapi tak boleh. Argh sudah. Pe kes pulak ini, kat Penang pulak, berdua dengan adik pulak, camana nak buat ini. Mesti pasal bateri kalau tak leh start ini. Terus cik en teringat pasal pernah baca artikel Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com. Apa lagi cik en pun terus cari dealer di Penang ini. So kalau korang ada masalah Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com ini je. Tak yah pening kepala fikirkan mana nak cari mekanik. 


Kebetulan cik en pergi masa itu Tahun Baru Cina, confirmlah susah nak cari mekanik masa itu, Cik en pula bukan familiar dengan Penang ini. Mai sini berjimba jimba je tak terfikir nak survey yang lain. Nasibla dok teringat pasal Bateriku.com ini. Cik en masih ingat lagi masa cik en call pukul 11.30 pagi dan Bateriku.com sampai around 11.47 pagi camtu. Tak sampai 15 minit dorang sampai dengan van hijau dorang itu. Cik en pun dok la ngadu dengan kereta cik en ini tak leh start dan dah jadi risau sebab tak ada yang kenal area sini. Staf Bateriku.com atau dipanggil Mobile Technician (MOTEC) yang namanya En Zabidi ini check la keadaan bateri cik en, so far dia kata bateri masih ok lagi. Eh? kalau ok masalah apa pula yerk? Ha, yang ini korang kena baca seterusnya


Selesai check rupanya cik en terletakkan gear cik en kepada D. Hahahha. Patutla takleh start. Aiseyyyy.. camana la boleh jadi camni erk? Nampak kan cik en ini tak ikhlas nak ke Penang kan? Hahaha. Walaupun motec ini mai dan bila check tak ada masalah, dorang tak kenakan cas pun. Dan kalau bateri korang masih ok lagi pun dorang tak ada paksa korang tuk tukar. Kalau macam kaum wanita macam cik en yang tak kenal sesiapa ini kemungkinan di tipu itu sangat tinggi. Kalau dengan Bateriku.com, korang tak perlu risau sangat, sebabnya dorang sangat dipercayai dan berpengalaman. Kawan cik en namanya Ayu ada bagi feedback yang Bateriku.com Penang memang terbaik, katanya bateri dorang berkualiti dan murah berbanding yang lain. Lepas ada masalah pada bateri, terus husband dia call bateriku,com nak tukar bateri dan set di Tol Juru je. Dorang datang memang awal dan tunggu husband Ayu ini. Hahaha. Nampak kan komitmen dorang? Cik en pun tak sampai 15 minit. 



Macamana dengan korang kalau tiba tiba tak leh start kereta tu? mesti tertanya tanya adakah masalah bateri ke? Ini cik en nak bagi panduan sikit pada korang (tapi pastikan gear korang dalam P atau N ye, jangan jadi macam cik en dalam D hahahaha)

  1. Bila start enjin, dah ada bunyi macam "keletak keletak" Itu tanda nak mula ada masalah bateri la tu. Kalau dah tak leh start langsung wajib la ditukar
  2. Hon berbunyi tapi perlahan dari selalu
  3. Lampu jadi malap
  4. Radio dah macam kehabisan bateri je. Hahahha
  5. Air Bateri berkurangan secara mendadak (kalau pakai sel basah)
  6. Meter jarak penggunaan minyak akan jadi mereng, kejap 150km kejap 300km
  7. Dah timbul lampu icon bateri kat dashboard.


Kereta Tak Boleh Start Di Penang? Panggil Je Bateriku.com


Dah alang alang ada story pasal Bateriku.com ini, cik en nak share sikit info Bateriku.com ini
  1. Kawasan Bateriku.com meliputi kawasan perumahan, office, jalan biasa dan lebuh raya di seluruh negeri di Semananjung Malaysia
  2. Setiap negeri ini ada agen agen yang terlatih, berpengalaman dan sangat ramah
  3. Waktu servis pemeriksaan dorang bermula 7 pagi hingga 1 pagi
  4. Kalau selepas di periksa bateri korang lemah, dorang akan bekalkan dengan "flaoting battery" dan bateri korang memang kong dan perlu ditukar, jangan rasa ragu ragu sebabnya dorang akan suggest bateri sel kering dan basah yang berkualiti dengan jaminan selalunya 12 bulan seperti :
    • Century
    • Yuasa
    • Amaron (kereta Singapura banyak guna jenama ini)
    • FGEP,
    • SHOGUN
    • ASTRA 
    • jenama-jenama lain yang berkualiti
  5. Pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan adalah percuma. Harga bateri saja dorang cas pada korang. Tiada cas tersembunyi
Kalau korang nak menggunakan perkhidmatan Bateriku.com untuk pertukaran bateri terus ke tempat korang, pemeriksaan, pertanyaan mengenai bateri boleh hubungi 

TOLL FREE 

1 800 22 2324

Whatsapps
Untuk kawasan Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis 

Untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor 

Download apps di Google Play Store dan Apple App Store
Mobil App BATERIKU.COM

Mudah, cepat dan korang boleh "track" pergerakan Mobile Tecnician dorang

KHIDMAT PELANGGAN
Green Initiative Sdn Bhd
31, Jalan Utarid U5/11, Mah Sing Industrial Park
Seksyen U5, 40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: +603-7843 0105 



12

Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com

Bateri Kereta Kong? Terus Ingat Bateriku.com | Kereta cik en dah 2 kali tukar bateri. Walaupun baru berusia 5 tahun. Ingat lagi kali pertama bateri kereta kong. Masa itu cik en di Sungai Petani. Cik en mengiringi arwah sahabat baik abah cik en. Dalam keadaan kecemasan, cik en terus ke sana bersama keluarga dan terlupa untuk check air bateri. Kereta cik en masih menggunakan bateri basah. Masa nak balik ke Perak, cik en cuba hidupkan tapi tak boleh, tapi dari bunyi dah tau dah, bateri kereta kong. Masa itu mulalah gabra semacam sebabnya dah malam, kedai dah tutup. Kali pertama pulak itu. Tiba tiba cik en teringat dengan Bateriku.com . Nasib ada Bateriku.com! 

 Bateri Kereta Kong
 Bateri Kereta Kong


Siapa Bateriku.Com


Merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Inisiatif Sdn Bhd kepada pelanggan pelanggan yang mempunyai masalah bateri kereta dimana saja berlaku. Terdapat cawangan mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor,Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Kenapa Bateriku.com menjadi pilihan bila bateri kereta kong

  • Harga tetap, murah dan semestinya tak ada caj caj tersembunyi 
Kalau korang perasan kan, kalau korang beli apa apa pun, yang dinyatakan hanyalah harga permulaann. Lepas itu mulalah ada caj pemasangan la, caj penghantaran la. Tapi dengan Bateriku.com ini harganya tetap dan murah berbanding pesaing mereka yang lain
  • Semestinya penghantaran, check bateri kereta korang serta pemasangan PERCUMA. Hanya bayar harga bateri saja
Macam cik en terangkan sebelum ini, korang hanya bayar harga bateri yang ditukar sahaja. Yang lain PERCUMA
  • Vin Battery 
Yang ini cik en baru tahu, setiap bateri ada VIN. Apa itu Vin?  VIN ialah Vehicle Identification Number, kod unik bersama nombor siri digunakan oleh industri Atomotif untuk mengenalpasti kenderaan bermotor. 
  • Big Battery
  • Ada di mana mana saja dari Perlis hingga ke Johor Bahru
So kalau korang tinggal di mana mana saja, korang boleh dapatkan perkhidmatan Bateriku.com ini. Mungkin korang berasal dari Perak macam cik en dan bercuti di Johor. So tak perlu cik en pening kepala nak cari mekanik di Johor ini. Bukannya cik en tahu kat mana ada workshop kan. Sebabnya hanya bercuti. So hubungi Bateriku.com. Senang dan mudah. 
  • Mobile Technician (MOTEC) yang terlatih, berpengalaman dan ramah serta boleh dipercayai 
Bateri Kereta Kong

Mobile Technician ini yang akan datang jumpa korang. Dan macam cik en ini, dah la perempuan, semestinya kita was was kan? Lelaki pulak tu, tapi dengan Bateriku.com ini korang jangan risau, mereka sangat dipercayai dan berpengalaman. 
  • Warantinya pula lama dari 12 hingga 30 bulan dan servisnya di cawangan mereka
Selalunya cik en kalau beli bateri, warranty hanya 12 bulan je, lepas itu dah habis warranti, tapi dengan Bateriku.com ini pula boleh sampai 30 bulan. Dan kalau nak tuntut boleh ke cawangan cawangan mereka di setiap negeri. 
  • Waktu servis bermula 7 pagi hingga 1 pagi 
Kalau bab bateri kong ini bukan tentu masa, pagi pagi nak pergi kerja juga nak buat halnya. So Bateriku.com ini akan mula servis mereka seawal 7 pagi hingga 1 pagi . 
  • Kalau korang ada persatuan macam kelab kereta ke, jkkk taman atau badan badan korporat, mereka boleh juga buat Program #FreeChecking secara PERCUMA (bergantung pada tempahan)
Yang ini kalau korang yang de team team kereta ke, boleh la dapatkan #FreeChecking ini. Jadikan dalam tentitif program korang. 

Sangat Mudah Untuk Hubungi Bateriku.com 

Bateri Kereta Kong

TOLL FREE 

1 800 22 2324

Whatsapps

Untuk kawasan Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis 
Untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor 

Download apps di Google Play Store dan Apple App Store

Mobil App BATERIKU.COM
Mudah, cepat & anda boleh "track" pergerakan Mobile Tecnician kami.

Bateri Kereta Kong

NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com & Dealer & Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) & Rakan Wokshop & Rakan Tow Truck

Korang pula kalau berminat menyertai BATERIKU.COM ini di seluruh negara bolehlah mohon secara on-line di 
 Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> lRakan Wokshop >> Rakan Tow
Jadi ini tips ini cik en share sebabnya cik en yakin yang Bateriku.com ini boleh korang harapkan. Jadikan Bateriku.com sebagai peneman korang untuk perjalanan harian dan jauh.
Mungkin korang berminat untuk baca Jangan Tinggalkan Botol Minyak Hitam Selepas Servis Kereta
2

Siapakah Dibenar Menggunakan Cermin Gelap Untuk Kenderaan?


Siapakah Dibenar Menggunakan Cermin Gelap Untuk Kenderaan? | Di Malaysia, penggunaan cermin gelap adalah salah disisi undang undang kerana ianya lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Kereta cik en sendiri hampir pernah di saman tapi nasib menyebelahi kerana masih diberi peluang kedua. Jadi dengan pengawai JPJ, cik en tarik tinted kereta cik en. Pedih leleh hati masa itu. ahhaha. Disini cik en nak kongsi, ada sebilangan golongan yang boleh menggunakan cermin gelap ini tau! Golongan tersebut adalah :
  1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
  2. Sultan
  3. Tengku Mahkota
  4. Raja Muda
  5. Hakim Mahkamah Tinggi
  6. Panglima Tentera Darat
  7. Ketua Polis Negara
  8. Perdana Menteri
  9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
  10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri.
Tapi kalau kita tengok, ada juga golongan dari golongan diatas menggunakan cermin gelap atau dipanggil tinted ini. Yang itu, kena tanggung sendiri la.. Hahaha
2

Jangan Tinggalkan Botol Minyak Hitam Selepas Servis Kereta


Jangan Tinggalkan Botol Minyak Hitam Selepas Servis Kereta | Kereta perlu tukar minyak hitam atau Genuine Oil dalam 5000km atau 3 bulan (yang mana sampai dahulu). Cik en walaupun kereta baru 4 tahun tapi cik en hanya pergi ke perodua servis sekali saja. Sebabnya di kira balik, cas yang dikeluarkan lebih banyak. Memang rugi la sebab automatik kelebihan yang diberi terbatal. Dulu zaman berbajet jadi kena bajet apa yang ada. 

Semenjak itu, cik en akan beli minyak hitam dan filter di kedai spare part sendiri. Dan bawa ke mana mana bengkel untuk servis. Daripada cas dekat RM200 di perodua servis, cik en jimat lebih kurang RM100 kalau beli sendiri. Kalau ada masalah pun, cik en akan pergi ke bengkel dan tanya apa masalah. Lepas itu beli sahaja kat kedai. Bayar di pomen pun hanya upah je. 

Tapi entry ini, bukannya nak cerita mengenai rutin cik en tu, cuma nak pesan pada pemilik kenderaan terutama wanita, kalau de buat servis kereta jangan lupa ambil baki minyak hitam. Macam cik en ada baki dan cik en akan simpan dan akan kumpul sehingga penuh. Seperti dibawah ini


Baki 3 botol sebelum ini boleh dapatkan separuh botol. Dalam 2 atau 3 baki botol minyak hitam nanti boleh dapat free minyak hitam. Sepanjang cik en beli minyak hitam sendiri ini, dah 3 kali la servis tanpa beli minyak hitam baru. Cuma beli filter je. Dalam RM10 kalau tak silap. So jimatlah. Bagi yang lelaki, mungkin dah tahu cara ini. Ini cik en nak kongsi pengalaman pada wanita yang tidak tahu. Bayangkan setiap kali servis, kita tinggalkan baki tapi kita bayar untuk 1 botol. Nanti bengkel boleh kumpul dan guna untuk servis kereta lain. Untung betul bengkel. Hihi.. 

p/s : Simpan juga minyak brek (dot 4), air bateri (kalau bateri jenis air) dan apa dianggap perlu. Cik en akan check setiap sebulan sekali semua ini. Kalau jenis jalan jauh memang akan check sebelum gerak. Topup kalau perlu.
8

Rahsia Di Sebalik Cara Memandu


Rahsia Di Sebalik Cara Memandu | Sesiapa yang membawa kereta, ada pelbagai cara kita untuk memegang stereng kereta kita. Tahukah anda, yang setiap cara kita itu dapat mentafsirkan keperibadian kita. Jom semak cara anda memegang stereng kereta anda











Cik en selalu menggunakan cara no 2. Jadi cik en seorang Minimalis. 80% benar. Tapi cik en peminat baju warna ungu, jadi tidaklah hitam yang menjadi pilihan setiap kali membeli baju.

sumber
5

Panduan Simbol di Dashboard Kereta


Panduan Simbol di Dashboard Kereta | Rupanya banyak juga simbol yang kita tidak tahu. Diharap dapat membantu pembaca. Kredit dari Facebook

9