Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Advertorial

Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

Kapsul Manjakani dan Manjakani Hygiene Wash Terbaik!


Kapsul Manjakani dan Manjakani Hygiene Wash Terbaik! | Manjakani atau Quercus infectoria adalah herba yang sangat baik untuk wanita. Terkenal sebagai herba "emas"  dalam merawat seribu satu masalah bagi wanita. Kenapa cik en kata ianya herba "emas", ini kerana khasiatnya. Khasiat Manjakani adalah :

  1. Awet Muda
  2. Pencegahan Kencing Manis
  3. Pencegahan Barah Payudara dan Rahim
  4. Mencegah bau yang tidak diingini
  5. Mata Yang Siap
  6. Rawatan Payudara
  7. Kulit Kering dan Berminyak
  8. Pelbagai Khasiat Makanan
  9. Memulihkan Otot Dalaman Faraj
  10. Mengawal Lendir dan Lelehan Faraj
  11. Mengecut Tisu Tisu
  12. Menegang dan mencantikkan kulit
  13. Menguatkan gigi dan tulang kerana kaya dengan kalsium
  14. Menjaga Mulut Sihat
  15. Perawatan Kronik Ulser
Wow! Banyak khasiatya dalam 1 herba kan? Dari turun temurun, masyarakat kita yakin dengan khasiat herba ini untuk diamalkan oleh semua wanita wanita. Dan kita lihat sendiri gadis dan wanita di Asia mempunyai kulit yang sangat sihat dan mulus terutama masyarakat Melayu. Kini terlalu banyak produk di luar sana yang mahal tapi tidak pasti adakah produk mereka mempunyai campuran atau tidak dengan bahan yang lain. Kali ini cik en hendak kongsi rahsia cik en. Sebelum itu cik en belanja satu gambar cik en yang terkini


Hasil pemakaian selama seminggu, badan cik en terasa ringan dan cergas, kulit lebih berminyak kerana cik en jenis kulit yang sangat kering dan cik en lawas dalam buang air besar dan buang angin dalam badan juga. Sekarang cik en jarang mengantuk di tengah hari. Ini kerana cik en mengamalkan Kapsul Manjakani Mama_Tasnem. Cik en juga menggunakan Manjakani Hygiene Wash dan cik en merasa sangat segar di bahagian intim. 


Seperti cik en cerita mengenai manjakani pada mula mula entri tadi, meh cik en hendak menceritakan kebaikan Kapsul Manjakani dan Manjakani Hygiene Wash ini.



Kapsul Manjakani mama_tasneem

Untuk pengetahuan semua, Kapsul Manjakani mama_tasneem ini boleh menjadi masker dengan hanya keluarkan serbuk dan campur dengan air seterusnya apply sahaja di muka. 

Manjakani Hygiene Wash

Menggunakan  4 bahan iaitu Manjakani, Serapat, Sireh dan Gel. Tidak langsung menggunakan langsung sabun atau bahan kimia.

Manjakani yang mengandungi tannin yang tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melahirkan anak, sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah bakteria, kulat & yis (punca utama gatal-gatal & bau kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita).

Daun sireh pula yang terkenal dengan kemampuannya menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan keanjalan & mengurangkan cairan berlebihan yg boleh menyebabkan ketidakselesaan & rasa tidak menyenangkan sesetengah wanita.

Serapat pula berupaya membaiki & menegangkan tisu faraj serta wangian yg sangat menyegarkan

Berminat? Korang boleh dapatkan di barangan hebat ini yang diedarkan oleh :

Rozina Health Care
Ambangan Heights
Sg. Petani, Kedah
sms/whatsup : 019-5138283
Facebook : Rozina Health Care
0

Serenity By Syira Lokman


Serenity By Syira Lokman | Hye! Semua pengembara dunia. Jom berjalan mencari Tuhan. Buku yang mempunyai 41 tajuk kecil sangat memberi inspirasi kepada setiap pembacanya. Tajuk kecil ini mengambil elemen dunia semasa yang sentiasa menjadi masalah terpencil manusia kini. Penulis iaitu Syira Lokman berjaya menjadikannya teguran santai dan mengajak kita berfikir yang sebenarnya DUNIA INI INDAH. Tinggalkan sementara kisah manusia lain dan lihat sendiri DUNIA , Diri sendiri dan TUHAN kita semasa membaca buku ini. Andai kata kita sering menyalahkan tuhan yang tidak adil dalam memberi kenikmatan kehidupan kepada kita, buku ini akan mengubah persepsi kita 360 darjah bila kita membacanya. Baca dan jangan pertikaikan apa apa terlalu awal sebabnya di akhir tajuk, anda akan nampak mesej yang hendak di sampaikan.


Diatas, adalah ringkasan yang boleh cik en berikan terhadap buku SERENITY BY SYIRA LOKMAN ini, Garapan yang di buat oleh Syira Lokman memang cik en kagum. Satu tajuk yang buat cik en rasa sampai ke hati adalah " Menyakiti dan Disakiti". Jujur disaat cik en membaca buku ini, hati cik en disakiti oleh perbuatan dan kata kata seorang hamba Allah.

Mungkin orang lihat dia pendendam
tapi sakitnya hati dia yang faham

Yang menyakiti, jaga tingkahlaku
Yang disakiti, apa pun terjadi, sabar

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 37

Bagi gadis dan pemuda di luar sana atau sesiapa yang merasakan kehidupan orang lagi best dari kehidupan sendiri boleh baca tajuk "Kenapa Kita Rasa Hidup Orang Lain Best?"

Jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain, kerana setiap daripada kita memiliki kurian masing masing yang telah Allah berikan.
Aku Perlu Bersyukur

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 8

Untuk pengguna tegar Facebook, Twitter, Instagram malah blog sendiri, ayat yang korang selalu keluarkan "Twitter aku,suka hatilah aku nak tweet apa, Kalau tak suka jangan baca, Facebook dan Twitter ini aku punya, biarlah nak tulis apa pun, kau sibuk kenapa? Kalau tak suka , jangan baca". tapi sedar tak setiap yang dibaca oleh orang kalau ianya tidak benar menjadi fitnah dan akhirnya mendapat dosa? Inilah kata kata penulis dalam buku dia. 

Semua penulis akan mati
Hanya karyanya akan terus abadi
Maka tuliskanlah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu diakhirat nanti
Syadina Ali Bin Abi Talib

-SerinityBySyiraLokaman-
mukasurat 31

Dan banyak lagi tajuk tajuk yang menarik dalam buku ini. Cik en belanja tajuk buku ini ye.



Berminat hendak membaca lagi yang lain lain? boleh dapatkan di Kedai Buku berdekatan atau pesan melalui online di KOMRAD BUKU atau terus isi borang online di SINI. Jom kenali penulis Syira Lokman di blog beliau SYIRA LOKMAN. Komen pembaca lain boleh rujuk sini

3

Wonderfood Museum Penang Awesome!

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Museum Penang Awesome! | Wonderfood Museum Penang merupakan muzium yang menempatkan replika gergasi makanan yang ada di Malaysia amnya dan Penang khususnya. Wonderfood Museum Penang terletak di dalam pekan Georgetown yang berhampiran dengan muzium 3D, Upsidedown Meseum dan kawasan menarik yang lain. Wonderfood Museum Penang menerapkan elemen makanan 1 Malaysia yang terdiri daripada makanan Melayu, Makanan Cina, Makanan India. Pintu masuk ke Wonderfood Museum Penang, anda akan disajikan dengan Cendol yang besar

Wonderfood Meseum Penang

Melangkah sahaja masuk ke ruang kaunter, disajikan dengan telur goreng gergasi yang sangat nyum nyum. Tapi ianya hanyalah replika. Dilarang Sentuh tapi cik en sentuh juga dan ianya awesome sangat kerana nampak sangat real.

Antara blogger perempuan dari team Blogger Utara. Dari kiri Miss ZyarosesCik En , Lady Yana dan YunSing. Pada mula berjumpa, masing masing malu. Tapi bila mula bersembang, semuanya menjadi ramah. 

Wonderfood Meseum Penang

Di bahagian pertama kami memasuki galeri kedai mamak. Terdapat replika teh tarik yang membolehkan pengunjung membuat aksi seperti sedang membuat teh tarik. Gambar diatas merupakan cik en dan kawan kawan sepejabat cik en. Dari kiri cik en, Kak su, Anis dan Ila.

Wonderfood Meseum Penang

Diakui kami mulanya kekok dalam mempamerkan aksi seakan akan real tapi tunjuk ajar dari staf Wonderfood Museum Penang kami berjaya mengambil feel dalam bergambar. Jaga jaga cik en tengah goreng mee ni. Hiah!
Wonderfood Meseum Penang

Blogger Utara yang lain adalah ArzMoha dan Pha Is.

Wonderfood Meseum Penang

Makanan dibawah adalah makanan bagi masyarakat India di Malaysia. Untuk menampak ketelitian terhadap setiap jenis makanan, anda boleh fokuskan dan cik en menggunakan kamera berpixel tinggi.

Wonderfood Meseum Penang

Dibawah ini, makanan tradisi Masyarakat Melayu. Nampak sedap sangat bila tengok

Wonderfood Meseum Penang

Ini pula makanan tradisi Masyarikat Cina di Malaysia

Wonderfood Meseum Penang

Pulau Pinang tempatnya Nasi Kandar. Jadi ini menu lauk nasi kandar. Nampak sama dengan makanan original kan?

Wonderfood Meseum Penang

Siapa yang tidak makan belacan? kuih muih kan? Disini terdapat replika bagi makanan kuih muih, sambal belacan, udang sambal petai dan lain lain

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Colorful Theme

Wonderfood Meseum Penang

Semangat kalau makanan berwarna warni

Big Satey. Sate merupakan makanan kegemaran pelbagai bangsa. Kalau macam ini sate yang dijual di kedai, rasanya satu cucuk pun dah buncit perut.

Wonderfood Meseum Penang

Perhatikan gambar laksa di atas? Adakah nampak seperti replika? TIDAK kan? Inilah hasil yang sangat mengagumi cik en. Bakat dan seni sejati dapat menghasilkan makanan replika yang sama dengan original. Isi ikan nampak sangat jelas. 

Wonderfood Meseum Penang

Laksa Gergasi dengan Geng Blogger Utara. Jemput makan semua.

Wonderfood Meseum Penang

Wonderfood Meseum Penang

Disatu sudut yang meminati aiskrim dan macaron akan terasa seperti ladang manisan.

Wonderfood Meseum Penang

Ini pula mee kari gergasi

Wonderfood Meseum Penang

Argh!

Wonderfood Museum Penang

Ketiau Goreng dari pandangan dekat


Disini terdapat bahagian yang membolehkan kita membezakan 1 kg muscle dan 1 kg fat. Walaupun nilai kg yang sama. Tapi Fat lagi berat dari muscle. Jadi amalakan pemakanan yang baik untuk menghasilkan muscle. 



Mari mari, cik en ada jual ikan masin, beras, mee, sayur sayur, buah buahan dan roti. Semuanya nampak real!


Masyarakat Malaysia sangat mengemari Durian! Lebih besar dari Musang King! Adik comel ini anak kepada blogger ArzMoha 

Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang

Tolong cik en, makanan nak jatuh!

Wonderfood Museum Penang

Mee Tarik. Nyum Nyum


Untuk pengetahuan semua, Wonderfood Meseum Penang mempunyai 1 bilik kebal yang menempatkan makanan yang dicampur dengan emas. Menurut pembacaan cik en sebelum ini, ada yang mencampurkan makanan dengan emas untuk tujuan kecantikan. Dan di dalam bilik ini mempunyai emas bernilai ratusan ribu ringgit.


Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang

Tiba di bahagian kemanisan. Semua nampak manis. Life Is Short, Make It SWEET!


Bertarabur pula meja ini. Kenapa ye?


Rupanya gambar MONALISA


Sup Sirip Ikan Yu (Shark Fin Soup) selalunya di makan oleh kaum cina semasa perayaan Tahun Baru Cina, Keramaian, Kenduri atau Majlis Harijadi Orang berada. Rupanya, mereka menangkap ikan yu dan hanya mengambil Sirip Yu dan melepaskan semula ke laut. Dalam masa 1 minggu, ikan tersebut akan mati kerana berbau darah dan tidak boleh berenang laju apabila dikejar ikan yu yang lain. Jadi hentikan pengambilan Sirip Ikan Yu! Keperimanusian itu sangat penting dari rasa sedapnya sup tersebut. Dan juga ada chef menyatakan sirip ikan yu tidak rasa apa apa dan yang buat ia sedap adalah bahan bahan tambahan yang dicampurkan di dalam sup tersebut. Hukum Makan Ikan Yu







Bahagian ini mempaparkan bilangan gula yang boleh diambil bagi 

Lelaki dewasa : 9 sudu
Wanita Dewasa : 6 sudu
Remaja : 5 sudu
Kanak Kanak : 3 Sudu

Tapi bila melihat mangga. terdapat 5 sudu gula dalam satu biji!


Ini bahagian akhir perjalanan kami

In Every Minute of Every Day, Four children die of hunger
Food Is Precious,
Dont Waste.....




Wonderfood Meseum



Akhirnya kami blogger utara selesaikan tugas bagi review Wonderfood Museum Penang kali ini. Sangat-sangat berbaloi. Anda semua akan terpegun dengan hasil seni yang dipaparkan di meseum ini. Bersempena Tahun Baru Cina Ini, Wonderfood Museum Penang mempunyai 2 menu baru iaitu limau mandarin dan makan besar


Wonderfood Museum Penang

Jika anda berminat untuk merasai dan menjamu mata dengan makanan makanan ini bolehlah pergi ke butiran di bawah ini

Alamat
Wonderfood Museum Penang
49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang
(next to CIMB bank)
04-2519095/ 012-2251968

GPS Wonderfood Meseum Penang
5°25'02.7"N 100°20'31.9"E

Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Dewasa : RM 15 (Mykad) RM 25 (Non IC)
Student/Pelajar : RM10
Kanak Kanak : Percuma

A fun, creative, informative and interactive Food Museum
Open from 9am-6pm 7 days a week

Terima kasih kepada team Wonderfood Museum Penang dan Geng Blogger Utara yang sama sama menjayakan program review ini 31 Januari yang lepas. Geng Blogger Utara yang terlibat adalah Miss ZyarosesCik En , Lady YanaYunSingArzMoha , Pha Is dan Zumal


9