10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018

10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018 | Tahun 2018 meninggalkan kita dengan penuh memori dan kita menempuh tahun 2019 dengan pelbagai azam, harapan dan impian. Bukanlah untuk mengimbau kisah tahun lepas yang ada suka dan duka hanya cik en nak abadikan segala memori pada tahun 2018 di salah satu entri di blog kesayangan cik en ini. | 10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018



10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018


1. Dunia Blog Semakin Berkembang dengan Job dan invites sebagai Media

Nurfuzie.com

Alhamdulillah, ramai yang nampak nurfuzie.com dan ramai yang percayakan hasil penulisan dan marketing blog cik en. Bermula awal tahun 2018 cik en dah masukkan niche beauty di blog ini dan banyak juga produk produk beauty yang cik en ulas secara berbayar dan ulas secara jujur (tidak berbayar). Terima kasih semua yang mempercayakan Eintan Nurfuzie. 

2. Travel ke 2 tempat iaitu Lombok dan Singapura


Perancangan ke Lombok adalah perancangan yang penuh dugaan. Dari pengumpulan rakan travel sehingga la kena delay percancangan sebab gempa bumi disana. Alhamdulillah pada 6 Oktober kami berjaya menjejaki bumi Lombok selama 4 hari 3 malam. Korang boleh baca di entri Itinerary | Trip Lombok Indonesia. Lebih kurang 2 minggu selepas itu dapat sponsared trip ke Singapura. Yang itu korang boleh baca di entri Tempat Menarik dan Percuma di Singapore.

3. Buku hasil penulisan cik en 



Anyway yang ini memang cik en tak war war kan lagi. Sampai la penghujung tahun 2018 bila da final semua baru cik en kongsi dengan semua. Buku bertajuk Kitab Para Ku-Cheng mempunyai 8 orang penulis dan salah seorang adalah cik en. Happy sebab impian cik en nak menjadi penulis buku termakbul tapi cik en masih obses dengan penulisan blog yang santai ini. Kalau korang nak order boleh order melalui media sosial cik en. 

4. Berjaya sembuh 70% dari mild depression

Dah lama rasanya cik en tak dapat rasa happy yang betul betul lahir dalam hati. Depression buat kehidupan korang jadi nothing even banyak benda happy berlaku. So dengan kawalan stress, supplemen, sokongan yang tersayang Alhamdullilah, cik en dah boleh jadi diri cik en semula walaupun hanya 70%. So diharap tahun baru ini cik en akan dapat jadi Eintan Nurfuzie yang gila gila, kelakar dan happy macam sebelum ini.

5. Tahun yang sibuk sebab awal tahun buat 3 kerja serentak

Permulaan tahun 2018 cik en sangat sibuk. Masa itu selama 2 bulan lebih cik en lakukan 3 kerja serentak. Masa rehat cik en bermula pukul 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi sahaja. Tiada cuti dalam masa 2 bulan itu. Dan Alhamdulliah, disebabkan kesibukan ini depress cik en berkurang dan dapat extra money!. hahhahaha

6. Terpilih Pekerja Cemerlang Jabatan


So far ini pencapaian 2017 tapi pemberian APC ini dilakukan pada tahun 2018. Terima kasih kepada yang mengundi.. eh yang memberi markah. Tak mengharapkan sangat tapi cik en akan sentiasa bekerja dengan penuh dedikasi walaupun kadang kadang tergelincir juga. hahahha

7. Pembelian Motosikal Idaman


Cik en beli motosikal jenis Yamaha Ego masa praktikal pada tahun 2009 kalau tak silap. Itu pun guna loan belajar dan tahun ini hasil kerja extra 2 bulan cik en dapat keluarkan motosikal idaman iaitu Honda RS150r. Jangan tanya kenapa suka moto clutch ini. Sebab cik en sendiri pun tak tahu kenapa cik en suka. Hahahahha

8. Terpilih jadi blogger jemputan untuk SAFI


Rasanya ini pencapaian terbesar cik en dalam dunia blog. Menjadi blogger jemputan untuk Event promotion SAFI OxyWhite di Kedah. Lamanya cik en tinggal dunia pengacaraan ini. Kali itu dijemput untuk berkongsi rahsia kecantikan. Best sangat dan ianya mewarnakan dunia blog cik en tahun 2018

9. Beli jam idaman - Ice Watch 



Selepas obses dengan G shock cik en mula sukakan Ice Watch. Walaupun tak mahal mana cik en anggap ianya reward dari hasil berblogging selama setahun. Cik en beli masa 11.11 di Shoppe. Harga asal hampir RM300 tapi cik en berjaya dapat dengan harga RM150 saja

10. Beli Kamera Idaman


Anyway cik en tak share pun pembelian ini di mana mana media sosial secara rasmi. Kamera yang cik en pilih adalah Olympus Pen E-PL9 dengan harga teeeeettttt.. hahahah tak nak beritahu.. Rahsia. Cik en pilih yang Limited Edition warna biru. Dan guees what, caps lens cik en dah hilang walaupun masih baru pakai. Tak tahu la letak mana. Nak beli baru pun tak tahu kat mana. HUrmmm...

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wahhh.... Tahniah Cik EN... Semoga impian di tahun 2019 ini juga akan tercapai.

    ReplyDelete
  2. Paling best sebab header blog dah cantik! berterbangan kauuu haha

    ReplyDelete
  3. Wah.. Tahniah Cik En..
    Sha doakan semoga Cik En akan kembali gembira dan sembuh dari depression.. Kuatkan semangat ye..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post