Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Untuk Safi Balqis OxyWhite

Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Untuk Safi Balqis OxyWhite | Lamanya nak ambik mood untuk buat entri ini kan? Pada awalnya cik en bukanlah barisan pertama yang dipilih dan cik en sendiri tak tahu pun akan ada Road Show Safi Balqis OxyWhite disebelah utara ini. Cik en pun dapat jemputan lagi 3 hari sebelum event dan mulanya cik en ingat cover event biasa macam selalu. Rupanya ada satu lagi tugas cik en untuk sesi talk bersama blogger semasa event ini berlangsung. Fuh.. lama cik en tak pegang microphone untuk bercakap. Boleh lagi ke? Nak tahu boleh ke tak korang kena la baca sampai habis entri ini. |Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Untuk Safi Balqis OxyWhite


Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Untuk Safi Balqis OxyWhite

Last cik en menjadi MC atau pegang mic kalau tak silap 2 tahun lepas. Itu pun untuk conduct makan malam kursus MyGap Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Lumut. Selepas itu, cik en tak pernah diberi peluang untuk jadi MC atau bual bicara. Kalau pegang mic pun untuk karaoke je. Hahahha. 

Untuk mana yang tak kenal cik en dari zaman sekolah, cik en sebenarnya sangat sangat aktif dengan syarahan, debat, pengerusi majlis, syair, koir, nyanyian dan aktiviti seangkatan dengan itu semenjak dari sekolah rendah lagi. Masih ingat, cik en masuk pertandingan bercerita pada umur 8 tahun dan cik en menang tempat ke 3 bersaing dengan kakak dan abang lebih tua. 

Selepas itu cik en dah mula aktif menyanyi di pentas, bersyair, berpantun dan pada tahun 6 cik en mula jinakkan diri dengan berdebat. Sekolah menengah cik en masih aktif syarahan, berpantun, ketuai koir, ketua nasyid dan aktiviti kokurikulum yang lain.

Masuk Politeknik, cik en dah jadi MC untuk makan malam, dan conduct beberapa Program Kebajikan Kelab Bimbingan dan Kaunseling. Dan seterusnya untuk pekerjaan. Masih ada beberapa aktiviti cik en join. 

That why ramai yang tanya, berani cik en smule eh? Setakat smule dengan tak ada audience memang tak ada apa sangat pada cik en. 

Setelah ditawarkan untuk join talk bersama blogger ini, cik en tak lepaskan peluang. Rindu nak pegang mic tau! Rindu nak sembang depan semua orang maam dulu dulu. At least cik en boleh naikkan balik spirit yang hilang masa depression dulu. Terima kasih kak Rozana Hassan, Kak El Darwena dan Lia Hasty sebab mengerakkan hati korang pilih cik en walaupun cik en hanya reserve tempat orang lain. 

Road Show Safi Balqis OxyWhite ini dibuat di Aman Central Alor Setar. Ada slot Interview Bersama Blogger. Dan blogger yang dijemput adalah cik en, Kak El Darwena dan Lia Hasty. Cik en pickup kak El dan Lia di Penang dan sampai di Aman Central jam 12.00 tengah hari. Untuk kisah cik en pickup Kak El dan Lia di Penang, ada satu benda kelakar tau. Lia bagi location untuk cik en tunggu sebab Lia dan kak El sedikit lewat. Location yang dibagi memang betul tapi waze dah bagi direction yang salah. Sepatutnya tempat untuk stesen minyak lebuhraya selepas simpang Permatang Pauh tapi waze bawa cik en keluar lebuhraya dan melalui kampung dan sampai ke sawah bendang bersebelahan stesen minyak tersebut. Memang cik en nampak kereta Lia tapi mereka di sebelah pagar highway dan mr barney dan cik en disebelah pagar kampung. Macamana cik en nak masuk highway balik!!!!! Kami gelak besar juga la dan cik en kena keluar balik dan jumpa kat laluan yang sebenar benarnya.. ahahah


Road Show bermula pukul 2 petang dan sesi kami bermula 2.30 petang bersama MC Iffah Hazim Pembaca berita RTM. Kami diberi 30 minit untuk sesi tersebut. 

30 minit sangat sangat sekejap dan cik en sendiri tak sedar yang dah 30 minit. Apa yang dttanya masa interview tu cik en? Semestinya mengenai penjagaan muka dan kecantikan. Banyak kami kongsikan tips tips yang mana dapat membantu audience yang ada masa sesi tu. Nak tahu keseluruhan korang boleh tengok video yang dirakam oleh blogger Zahirah Dzahir di SINI

Sebenar banyak cik en nak share pasal produk Safi ini tapi rasanya cik en akan story di entri yang lain. Sebab cik en dapat keterangan mengenai produk safi ini dari Puan Mahsuri iaitu Marketing Manager Safi sendiri. Banyak benda menarik pasal Safi yang cik en tak tahu sebelum ini. Selain itu cik en akan share aktiviti yang dijalankan di roadshow tersebut na... 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

5 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kalau saya, mau gigil nak ckp depan audience cam ni...

    ReplyDelete
  2. Kalau saya, mau gigil nak ckp depan audience cam ni...

    ReplyDelete
  3. Mmg aktif cik en dulu ya...
    Patut tgk cik en sentiasa berkeyakinan

    ReplyDelete
  4. Wahhh... Seronoknya Cik En dapat pengalaman mcm ni.Tahniah

    ReplyDelete
  5. Wah tahniah, bukan calang² org dpt join talk mcm ni 😍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post