Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar serta Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar serta Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan | Memandangkan cik en ini duduk di Sitiawan Perak cik en nak kongsi sikit tempat korang boleh beli pelbagai jenis ikan, udang, sotong dan ketam dan kedai roti canai melayu sedap giler di Sitiawan. Siapa lagi nak perkenalkan kan? Mungkin ada yang dah tahu, tapi cik en kongsi pada sesiapa yang nak tahu Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar serta Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan. Oh ya, sebelum itu nak story sikit la, Sitiawan ini adalah salah satu mukim dalam daerah Manjung Negeri Perak. 

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar dan Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan
Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar dan Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan

Firstly, cik en nak story Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar. Kalau ikutkan banyak lagi tempat di sekitar Manjung menjual ikan dan seafood segar seperti di Kampung Penchalang, Pantai Remis dan Segari. Cuma di dalam mukim Sitiawan ini, disinilah Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar menjadi pilihan penduduk di kawasan Sitiawan. Dan masa nelayan balik dari laut tak menentu kadang kadang pukul 8 pagi, 10 pagi, tengah hari dan petang. 

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar
Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar

Kampung Sitiawan
Kampung Sitiawan

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar di Sitiawan ini sebelah saja dengan Kedai Roti Canai Pak Tam Kg Sitiawan.

Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan
Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan

Roti Canai Pak Tam Kg Sitiawan ini cik en nak ceta memang sedap bebenor roti canai dia. Lembut sangat roti dia. Kalau korang makan roti kosong dia pun mesti double korang tambah. Kuah kari dia simple je tapi cukup melengkapkan rasa. Disebabkan cik en ini jenis makan dulu baru teringat nak snap gambar, so cik en mampu kongsi gambar ini je

roti canai sedap di sitiawan
roti canai sedap di sitiawan

Korang tengok je roti dia pun dah nampak selera sebabnya nampak kurang berminyak dan rangup kan? So kalau korang ada datang ke Sitiawan, selain beli ikan segar bolehlah menjamu selera di Roti Canai Pak Tam Kg Sitiawan ini di waktu pagi untuk sarapan. 


So kalau korang ada datang ke Sitiawan ini, korang boleh kedua dua tempat ini dan ada lagi satu ada seorang makcik ini jual pulut udang di kawasan ini. Pulut Udang dia sedap juga. Berlemak sungguh sampaikan laku sebelum pukul 10 pagi. Macam biasa cik en makan dulu baru teringat nak snap gambar. Bila nak beli balik, pulut udangnya dah habis. Menangis manja la cik en dengan makcik ini. Hihihi. So mana tempat ini, oleh rujuk maps bawah ini



Mungkin korang pernah tengok nama mukim ini dalam ejaan Setiawan dan Sitiawan? Cik en pernah keluarkan entri berkaitan dan nama mana yang betul sebenarnya. So korang boleh baca di entri Setiawan atau Sitiawan
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ni ikan2 baru naik sioook la borong seafood sini kan.. fresh..

    ReplyDelete
  2. Best dpt beli fresh2 macam ni..kat KL, harapan je la..beli la kat pasaraya..haha

    ReplyDelete
  3. Akak kan..part ni mmg suka laa...part ikan part tempat makan best...haih..bila nak jjcm ni..

    ReplyDelete
  4. nanti uyul datang sana, boleh laa singgah rumah cik en. hehehe
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  5. Kene pegi ni..lama xmkn ikan2 segar mcm ni

    ReplyDelete
  6. Lama jugak tak singgah Kg Sitiwan nih sejak adik Nieve study masa ITM di Manjung sewaktu ketika dahulu... makanan dier memang fresh. Tks share.

    ReplyDelete
  7. Bgaimana dgn harga ikan di kg sitiawan?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum boleh bagi kepada saya number telefon atau number handphone pembekal ikan sembilang, sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  9. nanti kita terjah kedai pak tam... lama teringin.. esok nak singgah laa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post