Badan Ber"Elektrik"

Badan Ber"Elektrik"


Badan Ber"Elektrik" | Kisah ini bermula apabila kawan cik en , Puan Ila mengalami masalah apabila kawan kawan beliau mengadu yang disengat oleh arus elektrik apabila bergesel atau bersentuhan dengan beliau. Oleh kerana itu, cik en mendapat idea untuk mencari kenapa badan beliau mempunyai arus elektrik sehingakan orang sekeliling merasa arus tersebut.

Didalam badan manusia, semestinya kita mempunyai sistem elektrik yang sangat maju canggih dan kompleks berbanding apa yang ada di dunia ini. Hebat ciptaan Allah. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Tapi jika sampai memberi kesan kepada orang sekeliling, ianya mungkin anda berpenyakit! Penjelasan cik en di dalam entri ini merujuk entri dari Kosmo Online. Ada 2 penyebab iaitu suhu dan tabiat atau penyakit.

Suhu atau tabiat
Tabiat suka mengesel di tempat yang sama ada ketika berjalan atau duduk menghasilkan cas negatif. Suhu yang lembab dan sejuk pun boleh dijadikan faktor

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” 

Penyakit

Terdapat beberapa penyakit
  1. sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
  2. sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
  3. Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.
Jadi diharap artikel ini dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah sebegini. Untuk penyakt bolehlah terus ke klinik atau hospital untuk dibuat pemeriksaan lanjut.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

13 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. erks..saya kadang-kadang tu, rasa macam ada arus elektrik juga. ada masanya, saya pegang besi, rasa macam kena renjatan elektrik! ada masanya, macam boleh dengr bunyi elektrik yang terhasil. And wife selalu juga kena,bila dia dekat je, macam kena elektrik. tapi tak selalulah..ada masanya sahaja.

    ReplyDelete
  2. Kaqlin selalu kalau pegang troller kekadang cam ada renjatan letrik...hehehe

    ReplyDelete
  3. kadang2 pegang troli tesco terasa renjatan tu..camne?
    jemput singgah blog sy tau,sy ada buat GA...
    jangan lupe join & support

    ReplyDelete
  4. husband saya pun kategori berbadan elektrik..tak selalu la..kadang2 bila tergesel, ada rasa macam tarikan elektrik..

    ReplyDelete
  5. Bunyi mcm x-men pulak... Tapi kesian dia ye, mudah-mudahan masalah tu blh diatasi.

    ReplyDelete
  6. Ohhh baru tau yg sebenarnya mmg ada ye golongan mcm ni bila sentuh kita rasa renjatan letrik halus...bagus perkongsian ni dik en...lg satu masa fasa ibu mengandung tu akak selalu kena sgt kt betis...mmg kram gila

    ReplyDelete
  7. Cik ein. Adah selalu juga kena time buka tutup pintu kereta. Orang lain xde. Macam2 lagi la. Ingtkan adah sorang. Rupanya ada juga orang nasib yg sama

    ReplyDelete
  8. Saya selalu kena hari ni saja dlm 8 kali renjatan elatrit tu.. Tu yg saya ingat la.. Mcm mana ye..takut pun ada..

    ReplyDelete
  9. alamakkkk . kadang saya pun terasa terkena renjatan elektrik . saya pun tak tau kenapa . kadang terlanggar besi , air sejuk yang kat water dispenser tu , tangan kawan. kenapa yaa > ada penjelasan kah ???

    ReplyDelete
Previous Post Next Post