Sijil Simpanan Premium BSN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdullilah sebabnya cik endiberi kesempatan nak menulis walaupun hari hari makan lemang dan rendang.
Kali ini entry bertemakan perbankan ini cik en kuarkan kerana semalam cik en de beraya di rumah Aunty Rozie dan menceritakan mengenai simpanan. Aunty sangat peramah dan banyak nasihat dalam banyak hak terutama kewangan.
Jadi untuk mengetahui lebih lanjut. cik en mencari info dan share kepada yang masih tak mengetahui atau memahami Sijil Simpanan Premium BSN

Fakta Ringkas Mengenai Sijil Simpanan Premium (SSP)

» Merupakan produk simpanan BSN yang unik dan diperkenalkan sejak tahun 1978.
» Merupakan produk simpanan BSN Patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi
hadiah dalam Cabutan SSP.
» Hanya dengan RM10 semua penyimpan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan pada setiap
minggu dan bulan di samping memperoleh keuntungan (dividen) yang berpatutan.
» Simpanan dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan.
» Setiap sijil yang masih belum ditebus layak menyertai setiap Cabutan SSP yang diadakan pada setiap minggu dan bulan.
» Individu berumur 21 tahun ke atas boleh melakukan Sandaran SSP untuk memohon Pembiayaan Kad Kredit Al-Aiman &
Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah SSP yang disimpan (warganegara sahaja).
» Pada tahun 2015, BSN menawarkan bilangan hadiah Cabutan SSP melebihi 88,000 hadiah dengan nilai sebanyak RM18juta
dalam lebih 260x cabutan setahun.
» Purata pemenang setiap bulan adalah melebihi 7,000 orang

Syarat-syarat Untuk Menyimpan SSP

» Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.
» Berumur 12 tahun dan ke atas.
» Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum.

Kategori Cabutan SSP 2015

» Terdapat empat (4) kategori cabutan yang ditawarkan iaitu :

Cabutan Istimewa 1x setahun
Cabutan Bulanan 12x setahun
Cabutan Tempatan 13 Negeri x 12 bulan = 156x setahun
Cabutan Mingguan 2x setiap minggu = 99x setahun
Jumlah Cabutan 268x setahun

Kaedah & Saluran Untuk Menyimpan SSP


Kaedah SimpananSaluran
TunaiCawangan BSN
CekATM
Kad Kredit BSN sahajaCDM
Debit AkaunEjen Bank Berdaftar (EB)
Pindahan AkaunPerbankan Internet (myBSN)
Arahan TetapPerbankan SMS
Potongan Gaji

macam menarik kan.. mungkin cik en lambat mengetahui nya.. tapi cik en berazam nak menyimpan duit dalam bentuk SSPN ini.
Untuk keterangan lanjut boleh rujuk di SINI
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. xpnh bli lg.. dlu abah rajin smpn situ..hihi

    ReplyDelete
  2. Anggaran hadiah utk sebulan dlm 7000 lebih ye, Cikna dh join dr thn 2008-sekarang simpanan sebanyak 800sijil tp xprnh merasa pun hadiahnye.....;-(

    ReplyDelete
  3. duit simpanan ssp tu boleh keluar masuk ke just simpan n beku?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post