Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Tempat Menarik di Kedah

Showing posts with label Tempat Menarik di Kedah. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik di Kedah. Show all posts

Apa Yang Menarik Di Kedah?

Apa Yang Menarik Di Kedah? | Cik en adalah half kedah sebabnya abah cik en berasal daripada kedah dan cik en sendiri pernah bersekolah di sana dalam 2 tahun macamtu. Kalau nak dibandingkan Kedah dulu dan Kedah sekarang, cik en rasa banyak perubahan yang telah berlaku. Cik en sendiri yang selalu ke Kedah jarang untuk melawat tempat menarik di Kedah. Biasalah, apabila ianya tempat biasa, kita tak teringin pun nak explore kan? Penghujung tahun lepas, cik en diberi peluang untuk explore north kedah dan sangat menarik rupanya Kedah ini. So jom tengok Apa Yang Menarik Di Kedah?


Mungkin ada juga orang Kedah sendiri tak sempat nak explore jadi korang pun jadilah teruja macam cik en dalam membaca entri ini. Hahahhaha. Apa pun, korang boleh tambah tempat menarik yang lain kalau cik en tak listkan dalam entri ini. Untuk panduan pembaca cik en nanti

7

10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi

10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi | Siapa tahu mengenai Pulau Tuba? Pernah dengar? Pernah pergi? Atau korang langsung tak pernah tahu kewujudan pulau ini? Cik en pun awalnya seperti korang juga. Apabila diberitahu akan ke Pulau Tuba, cik en tak boleh nak membayangkan di kawasan manakah? Setelah "google" rupanya ianya terletak di Langkawi. Perlu menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis kemudian menaiki "speed boat" ke Pulau Tuba. Satu tempat yang baru pada cik en so memang teruja sangat untuk cik en menjelajah pulau yang dikatakan unik dan lain daripada Pulau Langkawi. | 10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi


10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi


Apabila disebut Pulau Langkawi, korang akan boleh bayangkan replika Burung Lang, barangan bebas cukai, Mahsuri dan sebagainya. Kalau datang semasa cuti sekolah, sememangnya sesak dan panas. Berbeza dengan Pulau Tuba. Pulau Tuba sangat tenang, sunyi dan menarik. Sesiapa yang inginkan suasana ini, bolehlah masuk dalam tentatif korang ke Pulau Tuba. 


Keunikan yang ada di Pulau Tuba ini, korang boleh habiskan dalam masa 4 hari 3 malam. Keunikannya merupakan aktiviti yang susah korang nak jumpa di tempat lain. Aktivitinya adalah

1. Homestay Pulau Tuba (Keluarga Angkat)


Ini merupakan kemestian jika datang ke Pulau Tuba untuk jangka masa lama. Tak kira pelancong dari Malaysia. luar negara, sekolah atau institusi pengajian tinggi, korang akan merasai tinggal bersama sama keluarga angkat untuk tempoh 2 hari 1 malam. Aktiviti bersama orang kampung di Pulau Tuba ini merupakan aktiviti orang Melayu dulu dulu. Aktiviti yang sempat cik en sertai adalah

  • Domenstrasi memasak kuih tradisional
  • Mencanting dan mewarna batik
  • Aktiviti menyicah garam belacan/Pincuk
  • Makan malam bertemakan "Lauk Kampung & Pakain Tradisional"
  • Gotong royong sambil menikmati air kelapa di ladang kelapa
  • Makan tengahhari "Ala Kenduri Kampung"


2. Aktiviti Memanggil Galeopterus atau Yat Yat


Korang kenal apa itu Yat Yat? Yat Yat adalah kubung. Sejenis mamalia yang selalunya akan keluar bermula senja bawa ke malam. Yat Yat ini sangat tertarik dengan percikan api. Jadi cara untuk panggil haiwan ini keluar adalah membakar selonggok ranting kayu yang dan biarkan percikan api berterbangan di kawasan tersebut. Tapi susah sebenarnya sekarang ini cuma nasib cik en dan team cik en masa itu untuk berjumpa dengan Yat Yat ini. Maklumat lanjut mengenai Yat Yat ini korang boleh baca di Yat Yat 

3. Bukit Kechil Geopark (Laut Purba Tuba)


Bukit ini kecil dan rendah je, tapi disebabkan cik en dah lama tak buat aktiviti hiking, megah juga la sampai keatas. Keistimewaannya adalah rupa batunya yang sangat cantik. dan difahamkan oleh tourist guide yang sangat arif dengan Pulau Tuba ini, di sini ada batu kapur yang mempunyai 3 jenis dan warna iaitu bewarna putih, berwarna umut atau hijau hitam dan jenis seakan berpasir. Selain itu terdapat batu berjalur terbentuk kerana fenomena tekanan dan gerakan bumi dari dulu. Dan yang paling menarik ada kulit siput yang melekat di antara batu kapur ini. Disebabkan itu ianya di panggil Laut Purba Tuba yang mana dikatakan tempat ini asalnya adalah laut sehingga meninggalkan kesan kesan kehidupan laut. 

4. Padang Ragut 

Image may contain: tree, sky, outdoor and nature
Credit : Dahlan Ahmad

Padang Ragut adalah satu tempat yang cik en paling suka sebabnya disini akan ada haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam keadan mendamaikan. 

5. Aktiviti Memanggil Burung Wak Wak 


Siapa kenal burung Wak Wak? Tak ramai budak sekarang tau burung ini dan apa kegunaanya. Lagipun burung ini hampir pupus dan Alhamdulillah Pulau Tuba masih lagi menjaga kawasan burung ini jadi ianya masih kekal asli disini dan korang berpeluang melihat cara burung ini ditangkap secara tradisional. 

6. Aktiviti Menangkap Bronok


Cik en memang tak kenal bronok apatah lagi makan beronok. And travel kali ini cik en seronok sangat sebab cik en diberi peluang mengenai bronok dan cara menangkapnya. Satu pengalaman yang sangat berharga. Cuma cik en tak sempat nak makan masakan bronok tapi lepas ini kalau ke Pulau Langkawi atau Pulau Tuba, cik en akan cari menu bronok ini

7. Mengelilingi Hutan Paya Bakau Pulau Tuba dan Island Hopping Dengan Bot


Perjalanan mengelilingi mengambil masa dalam sejam ke sejam setengah. Korang boleh melawat sangkar ikan dan juga melihat burung makan.

8. Mandi Manda dan Berkelah di Batu Reban


Batu Reban adalah tempat pengambaran filem Hollywood. Disebabkan cik en ini jenis cepat lupa, cik en tak ingat filem apa. Tapi bila cik en google yang berkaitan adalah Anna and The King. Kalau ianya tak benar, boleh komen dan cik en akan edit ye. hihihi. Anyway best sangat bersantai disini. Ada sebahagian daripada kami pergi aktiviti memancing. So korang boleh pilih la, nak bersantai atau memancing 

9. Aktiviti Berkayak Bagan Nyiur


Kami berkayak di bawah jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting. Aktiviti ini sekali dengan makan malam di atas sangkar ikan. Selesai makan kami sambung berkayak dan tengok sunside

10. Candat Sotong

Disebabkan semasa cik en datang, angin sangat kuat, jadi aktiviti ini cancel tapi kalau korang kesini korang boleh request untuk bercandat sotong

Penginapan 



Di Pulau Tuba tak banyak penginapan disediakan dan cik en menginap di Tuba Beach Resort yang menghadap laut dan mempunyai jeti yang sangat sesuai bergambar. 


So, Ini antara yang ada di 10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi. Kalau korang kesini, jangan lepaskan aktiviti menangkap bronok tu tau! Korang akan rasakan kepuasan bila dapat rasa dan tangkap beronok. Gambar lain korang boleh layan di IG Story Pulau Tuba Cik En Hahahha. Jumpa di next entry! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Tuba boleh hubungi MPKK Pulau Tuba
1