Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Sinopsis Drama

Showing posts with label Sinopsis Drama. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Drama. Show all posts

Misteri Wan Peah Menghantui Hidup


Misteri Wan Peah Menghantui Hidup | Setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam, cik en wajib duduk di depan televisyen sebab menunggu drama seramedi terbitan TV3 Misteri Wan Peah. Siapa sini suka tengok cerita tu? Mesti ramai kan? mesti ada yang tertanya tanya siapa Wan Peah? apakah kaitan Wan Peah (Normah Damanhuri) dan Tok Hashim (Ucop Wilca). Apa rahsia yang disimpan oleh mereka dan Mak Timah ( Delimawati)? Bersatu ke Cik Siti (Sasqia Dahuri) dan Cikgu Farhan (Ariff Aziz)? Yeh Kumbang (Acap Tokan) dan Nurin (Sweet Farhana) ? Betul ke Aishah (Indah Emelda DFKL) boleh tengok hantu Wan Peah? Jadikah rancangan Cikgu Zaiton (Sherry Al-Hadad) untuk menambat hati Cikgu Farhan dan memisahkan Cik Siti dan Cikgu Farhan? Apakah yang didendam oleh Ramli (Cat Farish) anak kepada Wan Peah terhadap orang kampung dan Tok Hashim? Kenapa Wan Peah tidak boleh keluar waktu siang dan hanya waktu malam. Banyak persoalan yang masih menjadi tanda tanya pada penonton setia drama bersiri Misteri Wan Peah arahan Sheila Rusly ini kan?

Drama ini mempunyai 20 episod dan tinggal 3 episod yang akan ditayangkan minggu hadapan. Dikatakan 29 Mac 2016 episod terakhir Misteri Wan Peah ini. Semestinya drama ini menjadi kegemaran cik en kerana ianya di buat di kampung cik en sendiri, Kuala Kangsar. Loghat yang digunakan hanya Delimawati saja yang pure loghat Kuala Kangsar. Untuk pengetahuan korang, Perak ini walaupun tinggal di Kuala Kangsar dan Bota, loghat dan percakapan sangat berbeza. Apa yang berbeza? dari segi sebutan. Bota leper leper sebutannya. Kuala Kangsar lebih kepada e e e sikit. So kalau disebut perkataan "kome" tu, di Bota lain sebutannya. kalau Kuala lain pula dengungnya.. Hihi. 

Apa apa pun, diharap pengakhiran drama ini akan memuaskan hati penonton. Dan diharap semua persoalan diatas itu akan dijawab untuk minggu terakhir slot Seramedi drama Misteri Wan Peah ini. 
4

Sinopsis Suri Hati Mr. Pilot



Sinopsis Suri Hati Mr. Pilot | Drama yang diadaptasi dari novel Dila Dyna ini memilih nealofa dan Fattah Amin akan menemui penonton tidka lama lagi. Jom kita tengok sinopsis drama ini. Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”
2

Sinopsis Lara Aishah Astro


Sinopsis Lara Aishah | Dilakonkan oleh pelakon-pelakon seperti Fasha Sandha, Nazim Othman, Shah Jaszle, Ainul Aishah, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Janet Khoo, Sasqia Dahuri, Zamarul Hisham, Wati Elite, Maria Farida, Shah Reza, Dayana Roza, Afzan Abdul Rahman, Fadil Dani Mia Nasir dan Aedy Ashraf.

Sinopsis drama, mengisahkan dua wanita iaitu Aishah yang berjuang menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya. Zurin dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu dirancang ibu mentuanya. 

Apabila dibebaskan dia dapat tahu anaknya diculik ketika kecil masih hidup dan nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis itu. 

Pergaduhan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya mekanik yang miskin. Perkenalan itu membuahkan bibit cinta di antara mereka. Dalam masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dan sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran bekas kekasih Aishah merumitkan lagi keadaan.
0

Sinopsis Abang Bomba I Love You


Sinopsis Abang Bomba I Love You | “KAU MEMBAKAR JIWA INI SEHINGGAKU MENGELUPUR KELECURAN. IA TAK PERNAH SEMBUH BIAR ARLOGI MASA KIAN BERGANJAK. KE SEANTERO DUNIA KUCUBA BERLARI DEMI MEMUJUK HATI YANG DEGIL MENCINTAIMU. MUNGKIN, MASIH KURANG RASAKU MENCINTAI DIRIMU, BERBANDING DIA.”—- LILY

“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.

Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?
2

Sinopsis Seindah Takdir Cinta


Sinopsis Seindah Takdir Cinta | Karya KAMSIAH ABU bakal ditayangkan dan dilakonkan oleh Syarul Ridzwan dan Amyra Rosli

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?
3

Sinopsis My Dear Mr Dimple



Sinopsis My Dear Mr Dimple | Karya Aifa Batrisya bakal ditayangkan dan dilakonkan oleh Syukri Yahya dan Emma Maembong

“Yang awak suka-suka bohong mama dengan abang long saya tu, kenapa?” marah Sofea. Tapi nada suaranya masih ditahan-tahan supaya perlahan. Biar ngan-ngam untuk dia dan Umar saja yang mendengarnya. Sesekali senyuman dilempar pada ahli keluarganya yang setia menanti berhampiran keretanya.
“Bohong? Saya tak bohong,” balas Umar, tayang muka tak bersalah.
“Tak bohong ye? Habis, tadi tu..apa? Ya, saya. Saya Umar Faliq. Ehhh, Umar. Saya kenal awak pun tidak ye. Baru hari ni saya tahu nama awak. Setakat jumpa kat café beberapa kali, tak bermakna awak boleh suka-suki claim saya ni bakal tunang awak tau! ”.
“ Bukan awak yang mengaku tadi saya ni tunang awak ke?” tiba-tiba nada suara Umar jadi tegas
.
Gulppp! Sofea hilang ayat. Sesekali dia tayang sengih pada mama Dhuha sambil angkat tangan pada Abang long.
“Tadi tu…kan. Saya pinjam awak sekejap je. Bukan selama-lamanya. Bohong sunat!” balas Sofea sambil buat gaya-gaya berbisik.
“Mana ada istilah bohong sunat. “
“Ya..ya..whatever. Sekarang ni, saya nak awak jelaskan semula pada abang long…pada Mama Dhuha hal yang sebenar. Iaitu, iaitu …awak bukanlah bakal tunang saya. Faham Encik Umar? Saya tak nak hal ni jadi berpanjangan. Hidup kita ni Umar, bukan macam cerita dalam novel. Boleh pura-pura jadi tunang. Pastu bila dah kahwin, pura-pura gembira padahal sorang tidur sofa, sorang tidur atas katil. Saya tak nak macam tu. Saya nak kahwin dengan lelaki yang saya sayang. Taka da istilah kahwin paksa dalam kamus hidup saya”.
“Maaf, saya tak baca novel macam tu.”
“Haaa..iyelah tu. Awak baca novel islamik ye tak?” perli Sofea dengan senyum sumbing. Tangan ditarik lalu disilangkan sambil mata tajam merenung lelaki yang setia tunduk itu dari atas sampai ke bawah berkali-kali. Hail ah Pia, macam mana kau boleh terjebak dengan mamat cashier café ni?
“ Fine. Tak kisahlah awak baca ke tak, tapi saya yang membacanya ni tak mahu hidup saya jadi macam yang tertulis dalam novel tu. Faham?”.
Diam. Kali ini Umar tidak membalas. Hanya diam membisu, tanpa kata. Tapi dah cukup nak jadi alasan untuk Sofea jadi tambah angin.
“ Macam nil ah Umar, alang-alang awak dah tolong saya kat dalam tadi kan..apa kata awak tolong saya sekarang. Tolong jelaskan hal yang sebenar pada keluarga saya.”
“Tak nak” balas Umar sambil matanya tanpa jemu ditundukkan kea rah jalan tar. Sesekali kakinya yang disarung Lacoste itu menguis perlahan daun-daun kering disekeliling mereka.
Mata Sofea dah membesar 1 cm dari asal. Eh dia ni, degil amat la pulak! Cepuk karang!
“ Baik. Kalau awak tak nak, biar saya sendiri jelaskan.”
Sofea dah siap-siap nak tinggalkan perbincangan yang tak ada kesudahan itu sebelum beg tangannya ditarik dari belakang. Langsung tersekat langkahnya.
“Sofea…..”.
Mak aihh.
Tiba-tiba rasa lembik pula lutut .Menggeletar satu badan macam baru lepas kena renjatan letrik bila suara selembut dan se…emm, tak tahu nak jelaskan macam mana.
Tapi.
Errr…boleh tak, nada suara tu kasi kasar sikit ustaz? Biar ada unsur-unsur menyakitkan hati ke. Menyampah ke. Apa-apa jelah, tapi bukan buat suara ala-ala Adi putra waktu lakonkan watak Zainal tu. Sangatlah….
“Sofea….”.
Kali ini Sofea berpaling. Risau, kalau lagi sekali namanya diseru dengan suara macam tu..sah-sah dia akan mencair dekat situ juga. Pulak tu dengan lelaki yang dia baru tahu nama tak sampai beberapa jam. Haih Pia, sadisnya kau! Senangnya hati berubah.
“Sofea…. Saya rasa, ini bukan waktu yang sesuai untuk awak jelaskan hal sebenar pada keluarga awak. Awak, diri awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Secara logiknya, kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Kasihan pada mereka, yang jauh-jauh datang malam-malam macam ni tapi akhirnya berita tak berapa baik yang dikhabarkan. Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi…apa kata, awak bagi saya teruskan?” tutur Umar dengan wajah yakin, konfiden dan yang sewaktu dengannya.
Cuma Sofea yang masih ternganga macam nampak Fahrin Ahmad tengah lambai-lambai tangan sambil tersenyum. Waahhhh..hensemnya dia! Smart.
Pia. Stop it! Back to your sense! Pipinya ditepuk berkali-kali dengan mata tak jemu merenung Umar yang dah mula mahu angkat muka.
Jap. Teruskan? Apa maksud dia?
“Umar.. Zarin, ada apa-apa masalah ke ni?” suara Abang Long tiba-tiba datang menyapa.
“ Err…maaf. Tak da apa-apa bang. Kami Cuma berbincang kalau kita boleh pergi makan dan berbincang dekat tempat lain. Dekat dalam tu, crowded sikit sebab ada event. Abang okey ke? ”
.
Zafril sempat menoleh kea rah Sofea yang nampak tercengang-cengang sebelum dia sendiri angguk kepala, bersetuju.
“Abang okey je. Tapi, parents umar…kat mana ye ? Mereka tunggu kat dalam ke?”
Sofea langsung ketap bibir bila soal parents umar pula yang abang long ajukan. Macam mana ni? Sudahlah Umar ni tunang express, mana pula nak cari parents express? Itulah Pia, orang dulu-dulu dah kata…siakap, senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong, lepas tu kena berbohong lagi!
“Oo..emm..sebenarnya bang. Saya ni, anak yatim piatu,”.
Laju saja Sofea mengerling. Ini betul-betul ke tipu ni? Dia..anak yatim piatu? Macam aku?
“ Dan…ahli keluarga saya yang terdekat, tiba-tiba tak dapat datang. Ada hal. Jadi, saya seorang saja malam ni,” sambung Umar lagi dengan senyum nipis.
Sofea cebik bibir. Ye..ye..oo je dia ni kan? Tiba-tiba tak dapat datang kunun! Padahal.
“ Tak apa. Yang mana ada, kita dahulukan. Dengan Umar pun, kami belum kenal lagi. InsyaAllah, akan datang kita berkenalan dengan keluarga Umar yang lain. So, kita nak ke mana sekarang ni? Zaim dengan Zafran tu dah bising-bising perut lapar.” Balas Zafril sambil curi-curi pandang pada Sofea yang tanpa jemu menelek wajah pemuda dihadapannya. Memang betul lah agaknya Sofea sayangkan lelaki ini. Tapi…ada sesuatu tentang lelaki ini yang memusykilkan hatinya.
“Apa kata kita ke Papa Rich? Tak jauh dari sini,” cadang umar.
Sofea tarik nafas lega. Nasib baik dia tak cadangkan ke Café Al-Faliq. Buat malu je dengan orang-orang kat situ nanti. Pengujung setia café, dating dengan bekas pekerja mereka.Haih. Tak sedap langsung bunyinya. Kalau dating dengan owner café, okey juga.
“Boleh. So, Umar..drive ke?”.
“Tak. Saya taka da kereta. Ada motor je bang.”
Sofea buat muka tak percaya. Oooo…mamat motor rupanya ustaz ni. Ye lah kan, setakat kerja dekat café jadi cashier..cukup ke duit nak beli kereta?
“ Kalau macam tu, Rin naik dengan abang boleh kan? Abang tak biasa jalan dekat bangi ni.”
“Okey.”
“Saya gerak dulu ye. Jumpa kat sana nanti. Assalamualaikum….”.
“Waalaikumussalam.”
Dan mata Sofea terus menyorot pada kelibat Umar yang kemudian hilang dari pandangan mata mereka.
“Jom bang long. Rin pun lapar ni.”
“Rin, nanti dulu.”
Sofea terkedu bila lengannya ditarik Abang Long tiba-tiba.
“ Ada apa ye abang long?”
“Hmmmm…”.
Abang Long dah tayang wajah ala-ala Mac Taylor CSI New York. Tangan sebelah di pinggang. Sebelah lagi dekat dagu. Muka penuh dengan kemusykilan.
“ Umar ni, siapa ye sebenarnya Rin? Bukan hari tu…Rin beritahu abang nama bakal tunang Rin, Naim ke?”.
Ha? Naim? Aku pernah sebut ke nama Naim sebelum ni ye? Alamak, waktu dekat beranda belakang rumah malam tu. Ahhh...kantoi.
“Ehhh..ye ke? Abang Long silap dengar kut! Nama dia Umar la,” balas Sofea sambil tergelak-gelak sendiri. Come on Pia, act natural! Don’t get caught!
“Abang dengar Naim….”.
“Naim? Siapa Naim tu ? Rin tak kenal pun.”
“Rin…Rin jangan bohong abang. Cara Rin pandang Umar tadi, nampak macam Rin baru sangat kenal dia. Tiap kali dia bercakap, Rin nampak teruja…nampak macam tercengang pun ada. Betul ni, Umar..lelaki yang Rin maksudkan tu ? Bukan orang lain?”
Ye ke? Obvious sangat ke tadi? Ah, kau lupa ke Pia? Abang long ni kan jenis lelaki observer alias protecter! Kerja dia pulak apa? Inspektor! Adoyai Pia! Camane ni?
“Errr…macam nil ah abang long. Biar Rin terus-terang ye. Sebenarnya, Rin dengan Umar memang jarangbe rjumpa. Umar, dia tak berapa gemar keluar berdua-duan dengan Rin. Jadi, kebanyakan masa kami hanya berhubung melalui phone atau online saja. Umar tu, ala-ala ustaz sikit abang long. Tapi, dia bukan ustaz ” jelas Sofea, gaya macam dah bertahun kenal. Hentam sajalah Pia!
“ Ooo…patutlah abang tengok bila Rin nampak Umar tadi, muka Rin macam nak makan dia? Sebab itu lah ye?”. Abang Long dah mula gelak besar.
Ha? Muka macam nak makan mamat lesung batu tu? Biar betul? Tak kan lah seteruk itu kut? Pipinya diusap berkali-kali. Muka comel macam ni ada gaya muka nak makan orang ke?
“Mengarutlah abang long ni, mana ada macam nak makan dia.”
“ Mata abang ni, belum rabun lagi Rin. Hisyhh…Rin ni, buat malu abang je tau! Ada pulak perempuan yang beria-ia telek muka lelaki. Yang Umar pula, elok je jaga pandangan.”
“Heheheheh….”.
“Rin ni..macam-macam!” balas Abang Long, turut sama tertawa. Tangannya kemudian tepuk perlahan bahu Sofea yang langsung terhenti tawanya.
“Kalau lelaki macam umar, yang jadi pilihan Rin…abang redha. Abang doakan, Rin bahagia dengan Umar,” sambung abg Long tiba-tiba.
“Tapi…”.
Sofea sengih tayang gigi biarpun dalam hati rasa seriau amat bila abang long dah ‘konar’ masuk topik soal hati . kalau soal hati dia dengan perempuan lain, dia okey saja. Tapi masalahnya perempuan itu, dia.
“Tapi…kalau Umar buat hal sebelum Rin dan dia ada ikatan sah, abang tak teragak-agak untuk terus pinang Rin.”
Dan kata-kata akhir abang long tadi tu benar-benar buat dia berfikir panjang sama ada untuk terus menerima pertolongan Umar, atau sebaliknya.
********
Sesi suai kenal antara Mama Dhuha dan adik beradik yang lain dengan tunang expressnya, berakhir juga setelah hampir 2 jam berlangsung. Elok-elok plan nak bawa Naim jumpa mereka, terjumpa pula orang lain. Sungguhlah bagai dikata. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.
Zaim dengan Zafran tanpa segan silu order makanan yang bukan-bukan. Fish N chip la. Lamb chop la. Gaya macam tak pernah makan je sebelum ni. Lepas tu, aci pulak dengan muka tak malu budak berdua tu ‘pau’ mee kari yang Umar pesan. Memang dasar mesra alam terlebih budak-budak tu. Mujur dalam dompet Sofea waktu tu ada dekat 5 helai not seratus ringgit.Kalau tidak, mahu merah juga muka kena pergi cucuk duit dekat ATM dulu.
Tapi baru saja dia nak buka dompet, Umar melarang. Tak berkerdip mata Sofea pandang kad kredit yang mamat tu hulur pada pelayan restoren tu. Yang buat dia tambah tak percaya bila kad tu bukan biasa-biasa macam yang dia nampak dalam dompet Harlina. Serius lain.
Langsung buat hati Sofea tambah tertanya-tanya. Kerja apa agaknya Umar ni selain dari kerja café sampai boleh ada kad se eksklusif itu? Kalau setakat gaji kerja café, atau mungkin mengajar mengaji dari rumah ke rumah…tak kan mampu rasanya.
“Jadinya, bila Umar rancang nak adakan majlis tunang dengan Rin ni?”
Hilang terus angan pasal kad kredit bila tiba-tiba Mama Dhuha bagi soalan cepu emas. Macam kilat, wajah Mama Dhuha Sofea renung. Isyarat mata dah diberi, tapi boleh pula Mama Dhuha buat derk, gaya tak nampak.
“Emmm..insyaAllah, tak lama lagi.”
Tak lama lagi? Kali ini wajah Umar yang sedikit pun tak memandangnya direnung dengan bibir diketap geram. Ini sudah lebih ni. Langsung tak masuk dalam perancangan aturcara mereka tadi.
“ Tak apalah. Mama pun tak nak desak kamu berdua. Jadi nanti Umar dengan Rin, bincang dulu baik-baik ye. Mama, tak ada masalah. Siapa pun pilihan Rin, insyaAllah kalau orangnya baik macam Umar ni…memang Mama terima tanpa was-was. Senang-senang, Umar datang la ke Sungai Buloh ye.”
Mama? Sungguhlah Mama Dhuha ni terlebih kata. Belum apa-apa, dah bahasakan diri mama.
“InsyaAllah, ada kelapangan nanti saya akan sampai ke sana. Emmm…saya, kena pergi dulu. Maaf, tak boleh lama sebab esok…saya ada kerja awal pagi. Kita jumpa lagi nanti ye. Abang Long.”
Abang Long hanya angguk, tanpa suara. Sepanjang waktu makan tadi pun, dia masih dengan sikap dan perwatakan inspektor dia. Dok diam tenung, telek je muka Sofea yang nampak tersipu-sipu bila kena duduk makan betul-betul depan Umar. Bersilih ganti dengan renungan dia pada Umar.
Lepas bersalaman, Umar minta diri. Sempat juga Sofea memerhati ke mana langkah si mamat lesung batu tu. Sengaja dia nak tengok, motor jenis apa yang mamat tu bawa. Ini kalau bukan motor Kriss entah-entah setakat motor LC atau Lagenda kan?
Tapi…rahang Sofea tiba-tiba rasa nak terjatuh bila Umar dengan bersahaja sambar helmet Arai warna hitam yang ada pada sebuah motor antara motor yang berbaris di tempat letak kenderaan berhampiran restoren itu.
Ducati Monster? Biar betik mamat ni?Itu kalau tak ada 60k…memang confirm tak dapat.Hehh…entah-entah, motor pinjam je tak?
Tapi kan Pia, motor boleh lah nak pinjam-pinjam. Tapi kad redit kaler gold tu?
Dan entah kenapa, rasa untuk terus mengenali si mamat lesung batu tu makin bertambah-tambah. Makin mengebu dalam diri Sofea. Serius, lelaki yang bernama Umar Faliq ini penuh dengan misteri dia yang tersendiri.
1

Sinopsis Akadku Yang Terakhir

Sinopsis Akadku Yang Terakhir

Sinopsis Akadku Yang Terakhir | Akadku Yang Terakhir adalah diadptasi dari novel karya Acik Lana dan bakal ditayangkan. Gandingan Amar Baharin dan Mia Ahmad akan dikatakan bakal menjadi pilihan penonton. Jom kita baca sinopsisnya :

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Irham Zahri punya trauma yg menyebabkan dia tidak dapat bertahan dalam alam perkahwinan. Berjumpa Rania Baheera , Pakar Psikoterapi atas desakan papanya kerana bimbang dengan masalah jiwa Irham yang berkahwin dan bercerai 3 kali dengan usia perkahwinan tak sampai setahun!
Rania dalam diam menyimpan perasaan sayang kepada abang angkatnya, Fazriq. Sedangkan Fazriq cintakan Zulin, kakak Rania. Irham pula punya kisah ‘pahit’ dari pengalaman pakciknya.
Dari situlah, bermulanya pertemuan Irham dengan Rania. Permulaannya Irham memang tidak dapat terima Rania sebagai doktor yang merawatnya. Lagi2 bila dia lihat Rania terlalu muda dan belum berkahwin. Disebabkan ego Irham sampai tidak mahu memberi kerjasama, Rania terpaksa berbohong bahawa dirinya telah berkahwin. Irham pula cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan, tapi Rania tidak makan rasuah. Irham yang geram dengan sikap Rania membuat rancangan untuk mengenakan Rania. Dalam masa yang sama Rania kecewa dengan Fazriq lalu Rania menerima tawaran Irham dan pergi ke Johor. Tapi lain pula yang jadi bila tiba - tiba hatinya berasa lain dan mereka semakin rapat.
Macam-macam cara Irham pikat Rania. Irham sampai sanggup melamar Rania jadi isterinya. Irham telah buat Rania melupakan Fazriq 100%. Rania yang pada mulanya menindakkan perasaannya terhadap Irham akhirnya kalah dengan perasaannya. Hatinya mula belajar merindu bila Irham jauh dimata. Tapi Rania masih serba salah untuk menerima Irham disebabkan sejarah perkahwinan Irham sebelum ini. Tapi bila hati dah sayang, Rania terima jugak lamaran Irham. Manakala keluarga Irham berasa ragu2 dgn keputusan Irham untuk berkahwin lagi kerana bimbang ‘jiwa’ Irham masih tidak sihat!
Awal perkahwinan mereka bahagia namun Irham mula berubah kerana rasa cemburu pada hubungan Rania dan Fazriq. Keadaan menjadi rumit bila Irham bertindak kasar kesan dari masalah jiwanya. Campur tangan keluarga membuatkan Irham terpaksa melepaskan Rania!
Sedih dan kecewanya Rania dgn keputusan Irham tapi akur demi masa depan mereka! Irham kemudiannya berkeputusan merawat ‘sakit’nya di luar negara. Manakala Rania kekal menunggu dan tetap setia kepada Irham. Dua tahun berpisah dan dipertemukan dalam situasi salah faham! Sakitnya Irham bila ‘tahu’ Rania bersama Dr Herdy. Terlukanya Rania bila ‘hadirnya’ Jannah antara dia dan Irham…
Sekali lagi keluarga campur tangan dan salah faham diperbetulkan…Hati keduanya yg masih dan punya cinta kembali terikat… dan kali ini ikatan mereka lebih indah dan manis dengan restu kedua2 belah keluarga dan tanpa ada rahsia! sumber
1

Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku



Sinopsis Cik Cinderella dan Encik Tengku | Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku ini akan di dramakan di TV 3 tidak lama lagi. Ini sinopsis Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.
Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)
Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.
Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?
Nantikan tayangannya.  
1