Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Review Wayang

Showing posts with label Review Wayang. Show all posts
Showing posts with label Review Wayang. Show all posts

KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh

KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh | Korang yang tinggal di Ipoh boleh la menambahkan pilihan panggung wayang untuk korang tengok wayang dengan MBO Falim Ipoh. Sebabnya pada 23 Disember 2017 lepas, MBO telah buka cawangan baru di AEON Big Falim Ipoh. Dengan modal lebih RM14 juta, outlet MBO yang ke 27 di Malaysia ini menyediakan 2 konsep unik untuk penduduk Ipoh iaitu KECIL dan Big Screen. Dengan itu, Big Screen di MBO Falim Ipoh telah mengalahkan pawangan lain dengan skrinnya yang besar. Dah boleh jadi dewan konvo tau! KECIL pula akan menjadi pilihan ibu bapa yang ingin tengok wayang bersama sama anak anak. Sebabnya dalam KECIL hall ada papan gelongsor atau slide dan pelbagai mainan kanak kanak yang selamat. Cuba korang bayangkan kejap... macamana dalam panggung ada slide? Hahahah. Kalau tak boleh kena baca habis entri ini okey? | KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh


KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh
KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh

MBO Falim Ipoh


Bertempat di AEON Big Falim Falim, ianya terletak di aras 3 sebelah kanan kalau korang masuk dari pintu utama. ANyway sini tak ada parking ticket. Korang boleh masuk macamtu saja. Berbeza dengan AEON yang lain. Jom cik en share sekitar MBO Falim ini








KECIL dan Big Screen Keunikan MBO Falim Ipoh



Cik en puji la MBO ini sebab mengambil berat masalah dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak anak kecil yang suka bebas untuk menonton wayang. Cik en nampak MBO menjadikan KECIL seperti suasana di rumah. Kanak kanak bebas berlari dan buat aktiviti sendiri sambil menonton wayang. Apa yang cuba MBO masukkan keunikan dalam KECIL ini adalah untuk keselesaan kanak kanak dan ibu bapa sendiri. Keunikan yang ada adalah :-


  • Sofa Bed untuk keluarga baring dan duduk
  • Seat yang selesa untuk kanak kanak
  • Playground yang dibina akan memberi rasa enjoy pada kanak kanak
  • Ada bilik untuk tukar lampin bayi dan kanak kanak
  • Audio dan kecerahan yang minima sesuai untuk keselamatan kanak kanak dan ibu bapa




Untuk Big Screen pula cik en memang nak cakap besaarrrr punya skrin. Haahahaha. Sekali pandang dah macam dewan konvokosyen. Dan bila ditanya, memang ada yang buat konvokesyen untuk sekolah. So kalau korang nak buat apa apa event pun boleh book Big Screen ini. MBO memang bijak kan? bukan saja panggung wayang tapi boleh diubah suai untuk majlis majlis rasmi. Awesome dengarnya! 



So berbalik pada Big Screen tadi, ianya merupakan skrin yang terbesar ada di Ipoh ini. Dengan own Premium Large Format ini, tak adanya korang nampak gambar pecah pecah.Yela kan, kalau dah saiz biasa nk dipaparkan dengan saiz besar, mesti akan ada cacat cela pada movie kita tengok tu. Teknologi ini dorang bekerjasama dengan BARCO yang mana memberi paparan gambar yang terbaik dari segi brightness, high contrast dan superior colour performance. Masa cik en tegok movie ritu, rasa macam kita ada dalam movie tu. Bagi sound pula, MBO menggunakan DOLBY ATMOS yang memang korang tahu mempunyai sound system yang terbaik. Masa cik en diberi peluang mendengar dan melihat 2 teknologi ini, cik en memang rasa kagum la. 


Kalau korang tengok di mana mana hall, speaker ada di kiri dan kanan dinding saja kan? Tapi di Big Screen ini siap kat atas pon ada. Patutla dengar kebabom je sound dia. Hall ini ada 302 tempat duduk. 


Masa Road Tour dengan Chun Wai ini, cik en berkesempatan untuk masuk 2 hall yang lain iaitu Couple Hall dan Standard Hall. Yang itu cik en nampak seperti biasa macam pawangam lain. Sound dia pon sama la dengan Big Screen, so duduk di hall mana mana pun korang akan merasa gambar dan sound terboikk ini. MBO Falim ini mempunyai 6 standard hall dan 2 special concept hall iaitu KECIL dan Big Screen dan menjadikan jumlah 8 hall yang mana ada sebanyak 1169 tempat duduk. 


Harga MBO Falim Ipoh ini biasanya RM12 hingga RM13 depends pada movie korang tengok dan type of cinema. Bagi twin seat dan couple seat RM44 yang mana satu seat RM22. So tips untuk korang tengok murah adalah hari Rabu, sebabnya semua hall harganya sama RM9.50. So dah boleh jimat kan? Zaman sekarang ini kena grab benda benda jimat. Huhuhu. Maklumat lanjut korang boleh ke www.mbocinemas.com . Terima kasih juga kepada pihak MBO yang memberi peluang www.nurfuzie.com untuk rreview MBO Falim Ipoh ini

10

TGV Cinemas Aeon Mall Klebang Ipoh Yang Dikhabarkan Paling Mewah


TGV Cinemas Aeon Mall Klebang Ipoh Yang Dikhabarkan Paling Mewah | Khamis lepas 15 September 2016, cik en dijemput sebagai media sebagai promosi TGV Cinemas di Aeon Mall Klebang Ipoh. Seramai 11 wakil media dan blogger. Dan rasa berbesar hati apabila dijemput untuk small event ini. So dah banyak cik en desas desus TGV Klebang ini antara yang mewah di Malaysia. Betul ke?

Sebelum cik en kongsi keadaan TGV Klebang ini , cik en nak story sedikit mengenai TGV Klebang ini. TGV Klebang dibuka pada 25 Ogos 2016 dan telah mengadakan beberapa aktiviti sempena pembukaan pada 15 hingga 18 September 2016. Antaranya tontonan percuma untuk beberapa movie terpilih dan lain lain seperti dibawah ini


Mempunyai 7 hall dan 1272 seat, TGV ini juga menggunkan sistem bunyi Dolby Digital, Christie CP2220 Digital cinema projector yang masa sesuai untuk 3D Movie

Jom kita round TGV Klebang ini




TGV ini ada Family Friendly Weekend yang pertama di Malaysia. Sessions ini termasuklah cas RM5 untuk kanak kanak bawah 12 tahun, Percuma untuk kanak kanak bawah 3 tahun dan RM10 untuk dewasa.




Ini hall biasa tak jauh beza dengan TGV yang lain


Dan istimewanya TGV Klebang adalah TGV kedua di Perak untuk Beanie hall 






Nampak mewah kan? So betul la gosip di luar sana yang TGV Klebang ini mewah. Untuk Beanie Hall ini tiket berharga RM50 tapi sekarang tengah promosi RM42 untuk satu set. Jadi kalau rasa nak ketahui lebih lanjut kena rajin layari www.tgv.com.my. Untuk akhir kan entri ini, cik en nak kongsikan sedikit panorama sekitar TGV Klebang ini.




4

IP Man 3 bakal Di Tayang 24 Disember 2015

IP Man 3 bakal di tayang 24 Disember 2015

IP Man 3 bakal di tayang 24 Disember 2015 | Cik en diakui minat dengan cerita IP Man dan telah menonton IP Man seri pertama dan kedua. Jadi semestinya tidak akan ketinggalan untuk melihat IP MAN 3 pula. Kali ini Donnie Yen akan berlakon bersama Mike Tyson dan menelan kso RM132.26 juta

Kuala Lumpur: Bintang aksi Hong Kong, Donnie Yen, 52, mendedahkan dia nyaris terkena tumbukan peninju lagenda Mike Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan dalam filem Ip Man 3, beberapa bulan lalu.
Donnie berkata, babak itu antara cabaran dalam filem arahan Wilson Yip itu yang dihadapinya berikutan Tyson tidak biasa berlakon.
"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul.
"Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali," katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri WIng Chun, Yip Man.
Menurutnya, peluang berlakon dengan Tyson sememangnya pengalaman baik dan dia juga peminat peninju terbabit.
"Ketika bertemu dengan Tyson, dia turut memberitahu meminati filem IpMan selepas menonton siri pertama dan kedua," katanya ketika ditemui di sidang media filem berkenaan di sini, petang tadi.
Filem IP Man 3 yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember ini.
Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Lynn Xiong, Karena Ng dan Max Zhang.

7

Trailer "Captain America : Civil War" 2016


Trailer "Captain America : Civil War" 2016 Mungkin menjadi filem pilihan kaki wayang. Jom Kita Saksikan.
2

Review Wayang | Pan (2015)

Review Wayang | Pan adalah sebuah cerita / movie permulaan bagi cerita Peter Pan. Sebuah animasi yang sangat menakjubkan. Wayang menawarkan 2 jenis iaitu paparan standard dan 3D. Sinopsis filem Pan adalah seorang bayi hasil percintaan manusia biasa dan putera pari pari yang di hantar oleh ibunya ke bumi kerana ingin menyelamatkan dari dibunuh dan diletakkan di rumah anak anak yatim. Membesar dalam kekejaman manusia yang tamak dan akhirnya telah diserahkan kepada penjahat yang bertempat di Neverland dengan menaiki kapal ajaib untuk menjadi buruh. Neverland merupakan dunia yang mempunyai pixum yang digunakan oleh Blackbeard untuk hidup selama lamanya. Dan disatu bahagian lain terdapat satu perkampungan pari pari yang mana menjadi titik permulaan bagi Pan mengenali keistimewaan dirinya sendiri. Untuk tahu apa keistimewaan Pan, bolehlah tengok sendiri di pawangan yang terdekat.
review wayang pan, pan, sinopsis pan
4