Eintan Nurfuzie | Lifestyle, Beauty, Travel, Tips & Rawatan Kucing & Review: Malaysia

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah

Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah | Siapa suka Char Kuey Teow? Kalau korang obses dengan Char Kuey Teow korang geng dengan cik en. Walaupun asalnya char kuey teow masakan masyarakat orang cina tak berkuah tapi dimelayukan dengan ada kuah, kedua duanya adalah kegemaran cik en dulu, kini dan selamanya. Entri kali ini cik en nak kongsi port char kuey teow utagha yang ada di Sungai Petani. Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah


Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah

Percutian keluarga ke Sungai Petani adalah percutian tak dirancang. So bila tak dirancang cik en memang tak ada google atau survey tempat makan menarik di kawasan ini. Macam biasalah, disebabkan kawan facebook cik en tinggal di merata rata tempat cik en pun ada tanya dan kawan cik en Syazwani ada suggestkan makan di Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah. Settle check in hotel terus kami waze ke Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini.


Sampai Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini, terus cik en ambil menu dan order yang menjadi pilihan pelanggan mereka iaitu Char Kuey Teow Lobster Menengah. Keluarga cik en termasuk tunang adik cik en pun order yang sama. Selain itu ada Char Kuey Teow Lobster Tadika dan Char Kuey Teow Lobster Rendah. Padan la nama dia Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah sebab menu dia pun ada tadika, rendah dan menengah. Perbezaannya adalah seperti berikut :

  1. CKT Lobster Tadika : CKT + lobster
  2. CKT Lobster Rendah : CKT + Lobster + Udang
  3. CKT Lobster Menengah : CKT + Lobster + Udang + Telur Goreng
Ini review jujur dari kami, rasanya macam CKT yang lain tapi Lobster dia terbaik la. Goreng rangup cuma cik en bukan peminat Lobster jadi tak tahu macamana nak makan secara betul.Hahhahaha. Udangnya pun banyak dalam 5 ekor dan tambahan telur goreng itu cik en suka. Adik adik yang layan kami sabar dengan kerenah kami dok tanya itu ini. Siap terang apa maksud tadika, rendah dan menengah. Bagus sangat service mereka. Recommended sangat!

Mesti ada yang nak tanya pasal harga kan? Kami order CKT Menengah 5, air suam, teh ais, teh panas, air kosong dan teo o limau ais dan cik en bayar around RM 78. Murah.. Sangat murah bagi cik en. Cuma kalau korang tengah lapar better minta lebih kuey teow.. Hhahahah. Tempat dia nampak kecil dan masa kami datang memang tak ramai so tak ada la masalah tempat duduk. Selain dari CKT ada nasi lemak lobster cuma dah kehabisan masa itu. 


Insyallah next ke Sungai Petani cik en nak repeat nasi lemak lobster hampa pula ye Budak Sekolah. hahahah. Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah di 

Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah 

Sungai Jagong
08000 Sungai Petani


waze : Budak Sekolah Char Kuey Tuaw

p/s : ada yang kata cik en menutup periuk nasi orang dengan entri INI tapi kalau sedap, layanan bagus cik en akan review seperti Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini, Tak adanya cik en nak mendengki sebabnya cik en tak jual la apa kak cik tu jual. 
4

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time | Cameron Highlands memang banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kalau satu hari memang tak sempat nak pergi semua. Untuk bonding time dengan Firman minggu lepas, cik en sempat pergi 6 tempat menarik yang ada di Cameron Highlands. | 6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time
6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time


6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

1. Ladang Teh ( Cameron Valley Tea)



Kalau dari Tanah Rata ke Cameron Valley Tea ini lebih kurang 3km. Ada satu cafe dan dekat dengan cafe ada pintu masuk turun ke ladang. Tak besar mana dan kalau nak masuk kena cas RM 2 seorang. Kalau pergi ke Ladang Boh free off charge tapi perlu ke Sungai Palas. 


Dah alang alang datang ke Cameron Highlands ini, kami pekena tea original. Walaupun boleh beli teh dan bawa balik tapi nak merasa juga teh di sini. 


2. Lavender Garden



Lavender Garden ini masuk kena bayar RM 10 seorang. Dan dalam ini korang puas puas la tangkap gambar sebab semua cantik cantik belaka. Semestinya ada bunga lavender, bunga ekor kucing dan lain lain lagi. 


1st lagi dah ada jual aiskrim lavender ini dan rasanya macam makan pewangi. Hahahha. Walaubagaimana pun Firman sangat suka perasa ini. 









3. EQ Strawberry



Untuk petik strawberry ini cik en sebenarnya nak ke tempat lain tapi disebabkan hujan kami terjah je ladang strawberry yang ada. Agak mahal berbanding tempat yang cik en nak pergi itu. RM30 untuk 1/2kg. Wajib petik 1/2 kg. Lebih kena topup duit. Tak recommended sangat sebab tempatnya tak berapa cantik. 





4. Pasar Malam Cameron Highlands



Pasar Malam Cameron Highlands memang menjadi tumpuan yang datang ke sini. Dulu pasar malam di Brichang tapis ekarang dah diubah ke Golden Hill. Kami bungkus makanan dan makan di hotel. Kadang kadang tekak pasar malam datang memang nak makan makanan sebegini berbanding di hotel. 

5. Abang Strawberry



Ha, inilah tempat yang sepatutnya cik en pergi untuk petik strawberry tapi tak apa la, walaupun tak petik strawberry disini, kami makan nasi lemak strawberry yang viral. Nanti kalau nak petik datang sini tau. Harganya lebih murah



Cik en memilih Nasi Lemak Strawberry, Aiskrin Strawberry dan Kopi Strawberry.



Nasi Lemak Strawberry ini memang terasa lemaknya cuma tak terasa strawberrynya. Sambal dia pedas dan bagi cik en yang kurang makan pedas memang tak makan la. Firman nampaknya suka dan habiskan separuh nasi ini. Apa pun, not bad la. Cuma cik en andaikan ada rasa strawberry yang kuat. Ada rasanya tapi mild sangat la. Ada 2 pilihan, Ayam ranggup atau rendang. Harga RM9.90 kalau tak silap la.


Aiskrim strawberry biasa macam yang lain cuma cik en suka pati strawberry ini. Sedap sampai cik en beli kordial dia. Lepas ini nak cari askrim vanila dan letak kordial ini. Sedap. Recommended untuk beli. 


1st time minum kopi strawberry ini. Rasanya pun mild saja. Tak terlalu rasa strawberry sangat tapi kira ok la dengan tekak cik en. 

6. KEA Garden



Nak cari KEA Garden ini senang. Kena pergi pasar kea garden. Nak masuk area sini kena bayar RM 1 seorang. Korang layan la apa yang ada dalam ini. 





Untuk keluar, korang kena turun tangga dan ada cafe dibawah dan jual bunga bunga. 


Settle jalan jalan di pasar dan beli apa apa yang patut, kami teruskan perjalanan balik ke Ipoh. Sebabnya hujan lebat kami tak singgah mana mana selepas itu. 

Sepanjang kami mengunjungi tempat menarik di Cameron Highlands ini, kami menginap di Avillion Cameron Highlands di Tanah Rata. Korang boleh baca pengalaman kami di Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time atau terus ke website mereka di https://www.avillioncameronhighlands.com/
5

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor Pilihan Untuk Family Day

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor Pilihan Untuk Family Day | Sebut saja travel, bercuti, family day atau jalan jalan, cik en memang teruja. Kalau la boleh nak buat semua aktiviti setiap hari pun cik en akan buat. Hahaha. Bagi cik en, ini merupakan masa untuk cik en release tension setelah bekerja mengadap kerenah anak anak bulus dan pelanggan di klinik. Dan alhamdulillah, cik en dapat spendkan masa dengan blogger lain di Trip Blogger Media With De Palma Eco - Resort Kuala Selangor minggu lepas. Trip ini best sangat sebabnya cik en tersangatlah enjoy dengan aktiviti yang ada di dalam dan sekitar De Palma Eco - Resort Kuala Selangor. Kalau ada orang tanya best ke stay di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor? Cik en akan bagi thumb up banyak banyak untuk De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini. Kawasan dia sangat strategik untuk family day, untuk team building atau apa apa melibatkan aktiviti ramai ramai.

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor
De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor


Kelebihan De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini dari resort yang lain adalah kawasan dia yang sangat bersesuaian untuk aktiviti berkeluarga dan berkumpulan. Korang boleh spend masa bersama sambil menikmati keindahan dan kelebihan yang ada di Kuala Selangor. Antara tarikan yang ada di sekitar De Palma Eco - Resort Kuala Selangor adalah Bukit Melawati, Kelip Kelip di Kampung Kuantan, Pulau Misteri dan Taman Alam Kuala Selangor. Bagi De Palma Eco - Resort Kuala Selangor sendiri mereka menyediakan aktiviti Team Building seperti low rope course, High Cargo Net, Management Game, Treasure Hunt/Orienting, Night Walk, Mobile Obstacle Course, Archery, Target Paintball, Tele-Match, Explore Race. Selain itu ada Swimming Pool, ATV Track, Horse Riding, Camp Site dan aktiviti Zumba. Jangan risau aktiviti yang dijalankan mematuhi syariah sebabnya De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini adalah Leading syariah Compliant Hotel yang diuruskan oleh Bitzel Sdn Bhd kepunyaan sepenuhnya PKNS.

Penginapan yang ada di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

Mesti ada yang tertunggu macamana bilik cik en stay untuk 3 hari 2 malam ini. Cik en sebenarnya tak teruja sangat sebabnya nampak dari luar biasa biasa je chalet ini tapi bila bukak je pintu! WOW! la. luar setinggan dalam kondo weiiiii! hahahahah.. Ini bilik cik en











Bilik cik en ini Junior Suite RM200.00 dan kalau kakitangan kerajaan boleh dapat RM180. Berbaloi la kan? Boleh stay untuk 4 orang. Sedikit info mengenai penginapan di sini. De Palma Eco - Resort Kuala Selangor mempunyai 48 chalet dan 12 vila yang sangat selesa. Ketegori bilik terbagai kepada 8 jenis iaitu
  1. Superior ( Queen/Twin)
  2. Deluxe ( Twin/Triple)
  3. Villa Superior ( Queen/Twin)
  4. Anjung Suite
  5. Malawati Room (2 Queen)
  6. Junior Suite
  7. Dara Suite
  8. Desa Room (2 Queen)

Aktiviti yang boleh dilakukan di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

Bila korang stay di sini, pelbagai aktiviti yang boleh dibuat. Antaranya seperti di bawah ini :

  • Horse Riding



  • Night Walk




  • Camp Fire



  • Zumba


Selain itu ada aktiviti :

  • Camp Site 
  • Berbasikal (Cycling)
  • Badminton
  • Volley Ball
  • Tele- Match

Fasiliti dan perkhidmatan De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini mempunyai kemudahan fasiliti dan perkhidmatan seperti :

  1. Surau dengan Imam 
  2. Swimming Pool
  3. Safe Deposit Boxes
  4. Laundry 
  5. Internet
  6. City Tour (dengan permintaan)
  7. Shuttle Service
  8. Major Credit Cars Accepted

Restoran di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor

Kalau dah namaya hotel atau resort semestinya tempat penting adalah restoran yang disediakan kan? Di De Palma Eco - Resort Kuala Selangor, mereka mempunyai Rumbia Restaurant yang mana boleh menempatkan 150 orang dalam satu satu masa. Buka bermula 7.00 pagi sehingga 10.00 malam. Menu yang disediakan adalah masakan tempatan dan western. 



Kalau rasa nak gambaran mengenai De Palma Eco - Resort Kuala Selangor ini, korang boleh tengok gambar di bawah ini


Kawasan Menarik di Sekitar De Palma Eco - Resort Kuala Selangor


Selain daripada aktiviti didalam De Palma Eco - Resort Kuala Selangor, korang yang menginap di sini boleh juga mengunjungi kawasan menarik di sekitar ini. Antaranya

  • Bukit Malawati


  • Kelip Kelip Di Kampung Kuantan


  • Pulau Misteri (Salar de Uyuni Of Malaysia - Mirror-Reflection of the sky - sand bank)

  • Taman Alam Kuala Selangor


  • Altingsburg Lighthouse


Silver Leafed Monkey


Selain daripada itu ada beberapa lagi seperti
  • Makam Anak Dara
  • Poisonous Well
  • Penggawa Cannon
  • Historical Meseum
  • Pasir Penambang
  • Eagle Feeding
  • Royal Kg. Kuantan Golf Club
  • Royal Mausoleum
  • Batu Hampar
Best kan! Macam macam macam aktiviti yang boleh dibuat. De Palma Eco - Resort Kuala Selangor  juga ada menyediakan Family Day Package bermula RM135.00 sehari untuk dewasa dan RM85.00 sehari untuk kanak kanak yang mana termasuk Accommodation (Quad Sharing), 3 Meals ( Breakfast, Lunch & Dinner) dan Telematch. Selain itu ada Pakej Team Building iaitu RM188 Perpax (min 20 orang) yang mana termasuk bilik untuk semalam berama lunch dan doinner dan 2 aktiviti yang diuruskan oleh De Palma Eco - Resort Kuala Selangor. Kalau ada nak gunakan dewan De Palma Eco - Resort Kuala Selangor  untuk majlis perkahwinan, De Palma Eco - Resort Kuala Selangor  juga menyediakan Pakej Summayyah iaitu RM28,000.00 untuk 1000 tetamu. Pakej ini merangkumi makanan, pakej deko, dan pakej hotel. Untuk maklumat lanjut, tak kisah la dari segi penginapan, aktiviti, pakej atau apa apa yang korang nak request, boleh hubungi

De Palma Eco - Resort Kuala Selangor 
Jalan Tanjung Keramat
45000 Kuala Selangor, Selangor
03 32897070

8