Tasik Cermin Ipoh Perak Destinasi Kedua Bersama Adik Adik

Tasik Cermin Ipoh Perak Destinasi Kedua Bersama Adik Adik | Selesai bermandi manda di Air Terjun Ulu Licin Beruas Perak, kami terus ke Kellie Castle awalnya. Tapi bila sampai nampak full dan panas sangat, kami terus ke Tasik Cermin Ipoh Perak dulu. Sebelum ini cik en pernah keluarkan entri Cara Ke Tasik Cermin Ipoh Perak sumber dari Tourism Perak tapi belum kesempatan untuk ke sana. Kali ini cik en pergi bersama adik adik yang suka ber OOTD. Jadi ada point la untuk cik en pergi ke Tasik Cermin Ipoh Perak ini. | Tasik Cermin Ipoh Perak Destinasi Kedua Bersama Adik Adik

Tasik Cermin Ipoh Perak
Tasik Cermin Ipoh Perak 


Tasik Cermin Ipoh Perak Destinasi Kedua Bersama Adik Adik


Untuk datang ke sini dulu, tak dikenakan bayaran cuma perlu mencari sendiri jalan unutk ke Tasik Cermin ini. Tapi sekarang jika pergi waktu cuti, korang perlu bayar parking RM5 dan perlu letak kereta jauh. Cik en yang tahu serba sedikit meneruskan menaiki kereta ke tempat paling hampir jalan ditutup. Cik en ada sediakan video perjalanan ke Tasik Cermin Ipoh Perak ini di Youtube. 


Ramai orang kan? Sediakan payung dan air mineral juga ye. Sekarang musim panas. Cik en tak tahan dengan panas melampau ini. Tapi jangan risau sampai di tasik korang akan rasa sejuk. Cuma musim cuti, kawasan ini tidak mendamaikan dan cik en sendiri akan repeat semula nanti mungkin hari biasa. Air dalam tasik ini agak keruh jadi tak nampak la macam cermin. Mungkin faktor terlalu ramai orang. Antara gambar yang sempat kami tangkap. Yang lain korang jangan lupa tengok di youtube




1 comment

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.