www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2020-05-05

Apa Yang Menarik Di Kedah?

Apa Yang Menarik Di Kedah? | Cik en adalah half kedah sebabnya abah cik en berasal daripada kedah dan cik en sendiri pernah bersekolah di sana dalam 2 tahun macamtu. Kalau nak dibandingkan Kedah dulu dan Kedah sekarang, cik en rasa banyak perubahan yang telah berlaku. Cik en sendiri yang selalu ke Kedah jarang untuk melawat tempat menarik di Kedah. Biasalah, apabila ianya tempat biasa, kita tak teringin pun nak explore kan? Penghujung tahun lepas, cik en diberi peluang untuk explore north kedah dan sangat menarik rupanya Kedah ini. So jom tengok Apa Yang Menarik Di Kedah?


Mungkin ada juga orang Kedah sendiri tak sempat nak explore jadi korang pun jadilah teruja macam cik en dalam membaca entri ini. Hahahhaha. Apa pun, korang boleh tambah tempat menarik yang lain kalau cik en tak listkan dalam entri ini. Untuk panduan pembaca cik en nanti

Tempat Menarik Di Kedah?


1. Muzium Padi Alor Setar


Muzium Padi Alor Setar ini dipanggil juga Muzium Padi Gunung Keriang sebabnya berhampiran dengan Gunung Keriang. Kalau hendak diceritakan masa cik en bersekolah disana, muzium ini masih belum wujud lagi. Tapak dia itu pun masih sawah padi. So ini lawatan cik en yang pertama ke sini dan sangat menarik kalau nak bawa keluarga terutama kanak kanak. Muzium ini ada 3 aras semuanya. 


  • Aras Pertama : Sejarah penanaman padi di Kedah. Aras ini boleh belajar membanting dan menumbuk padi. Selain itu boleh kenal ikan ikan yang hidup bersama dengan padi atau waktu waktu tertentu selepas menuai padi
  • Aras Kedua : Ada 6 galeri yang mempamerkan lukisan aktiviti pertanian daripada zaman purba hingga kini.
  • Aras Ketiga : Yang ini korang kena menaiki sebanyak 59 anak tangga. Sampai diatas korang akan melihat gambaran seluruh kawasan sawah padi dan ianya berpusing dan korang boleh duduk di kerusi dan memerhati mengelilingi mural yang dikatakan terbesar dan tercantik di Malaysia

Bayaran Masuk
Dewasa : RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Pelajar Sekolah Berunifom : RM 2.00 seorang

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

Tutup
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha

Alamat
Muzium Padi Alor Setar
Lot 798 Jalan Gunung Keriang,
Mukim Gunung Keriang,
06570 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-735 1315
Faks : 04-730 5516

2. Pulau Payar


Bila masuk point yang ini, cik en suka sangat sebabnya aktiviti di Pulau Payar ini adalah antara aktiviti yang cik en paling suka. Aktiviti snorkling semestinya aktiviti yang menjadi kegilaan cik en dari dulu lagi. Trip Ke Pulau Payar ini dikelolakan oleh 3D Diving Centre 

Pulau Payar ini boleh melalui Kuala Kedah, Pulau Pinang atau Pulau Langkawi. Kalau sebelum ini, kebanyakan orang ke Pulau Langkawi dulu tapi sekarang korang dah boleh pergi melalui Kuala Kedah sahaja. Jadi dah boleh masuk dalam list itinery korang walaupun hanya travel ke Alor Setar.

Bayaran Masuk 
RM180 perpax

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Alamat
3D Diving Centre
3D Kampung Pengantin. 
Kg. Keluncur, Mukim, Kampung Kubang Rotan, 
06250 Alor Setar, Kedah
Facebook : LetsGo Travel
Instagram : LetsGo Travel

3. Menara Alor Setar


Siapa tak tahu mercu tanda bagi Bandar Alor Setar. Jika sebelum ini korang nampak mural di Muzium Padi, di menara ini, korag boleh nampak permandangan bandar dan jelapang bagi di sekitar Alor Setar. Ikutkan, cik en boleh nampak kampung cik en tapi kena pakai teropong.

Bayaran Masuk 
Dewasa : RM 6.00
Kanak Kanak : RM 3.00

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 8.30 pagi hingga 10.30 malam

Alamat
Menara Alor Setar
Darul Aman Highway, Bandar Setar
05000 Alor Setar Kedah
04-7202234/2075


4. Muzium Kota Kuala Kedah


Muzium ini ditubuhkan di tapak sejarah yang sangat penting dalam abad ke 16 sehingga 18 Masihi. Dikenali sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kubu Kesultanan Melayu Kedah. Disini ada 60 koleksi artifak areologi, seramik dan batu bata asal kota. Terdapat galeri yang dibahagikan kepada 6 segmen iaitu, penerangan, sejarah, fungsi Kota Kuala Kedah, Zaman British, Zaman Jepun dan Zaman selepas merdeka.

Disini terdapat Pintu Gerbang Kacapuri yang dikatakan mempunyai seni bina India dan menjadikan ianya tarikan utama pengunjung ke muzium ini

Bayaran Masuk
Percuma

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

Tutup
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha

Alamat
Muzium Kota Kuala Kedah
Jabatan Muzium Malaysia
Kampung Seberang Kota
06600 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-741 2152
Faks : 04-741 9297

5. Rumah Merdeka Tunku Abdul Rahman


Rumah Merdeka atau dipanggil RM ini adalah dimiliki oleh Che Manjalara, bonda Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra sebelum diambil oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 2003. Ianya dibaik pulih dan masih mengekalkan susunatur rumah asal tapi dalam bentuk pameran.

Terdapat 3 bahagian :


  • Tingkat Bawah - Terdapat ruang tetamu, ruang makan tetamu, bilik tetamu, ruang makan keluarga serta ruang rehat yang terletak di bahagian luar mengadap Sungai Anak Bukit
  • Tingkat Atas - Terdapat bilik tidur Tuanku, bilik bacaaan/muzik, bilik solat/ bilik tidur dan ditengah tengah terdapat pameran barangan hobi kepunyaan Tunku 
  • Bahagian Luar - Dipamerkan bot yang pernah digunakan oleh Tunku. terdapat dusun kecil yang masih ada sehingga kini sepeti pokok ciku, mangga, buluh cina, tebu serta kekabu. 


Bayaran Masuk
Percuma

Waktu Lawatan
Dibuka Selasa - Ahad 10.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.00 t/hari hingga 3.00 petang)

Tutup
ISNIN
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha

Alamat
Rumah Merdeka
Jalan Tunku Abdul Rahman Putra
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-720 4212
Faks : 04-772 2301

6. Medan Diraja Alor Setar


Medan Diraja Alor Setar ini terletak di tengah tengah bandar Alor Setar. Disini ada 4 tempat menarik  berdekatan yang boleh dikunjungi iaitu


  • Masjid Zahir - Dikenali sebagai Masjid Zahrah dan merupakan Masjid Negeri Kedah. Masjid ini merupakan Masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin dan dikenali dengan ciri kubah hitam- satu kubah utama dan lima kubah kecil yang melambangkan liam rukun Islam
  • Balai Besar - Balai Besar ini dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II pada tahun 1735 dan berfungsi untuk updacara rasmi raja raja dan kerajaan 
  • Balai Nobat - Balai ini menempatkan alat alat muzik Nobat DiRaja yang dimainkankan pada upacara diraja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian. Alat muzik tersebut adalah 3 rebana besar, 2 rebana kecil, 1 gong dan 1 serunai. 
  • Galeri Seni - Galeri ini menghimpunkan koleksi hasil seni anak tempatan kedah iaitu golongan pelukis veteren dan muda. 

7. Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad


Rumah ini merupakan rumah papan biasa dan terletaknya barangan Tun Mahathir Mohamad.

Bayaran Masuk
Percuma

Waktu Lawatan
Dibuka Selasa - Ahad 10.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.00 t/hari hingga 3.00 petang)

Tutup
ISNIN
JUMAAT
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha

Alamat
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
No 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pengawai,
Jalan Seberang perak, Taman Persisiran Tanjung Chali
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-720 4205


8. Pekan Rabu


Ini port cik en masa tinggal di Kedah dulu. Tempat paling meriah pada masa itu. Konsep Pekan Rabu ini macam One Stop Centre. Dalan Pekan Rabu ini ada 277 peniaga yang menjalankan pelbagai jualan sepert makanan, pakaian tradisional, tukang jahit, kraftangan, buku, kitab dan produk IKS.

Bayaran Masuk
Percuma

Waktu Perniagaan
Dibuka setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Alamat
Pekan Rabu
Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 017-778 2767

Tempat Makan Menarik di Kedah


1. Keriang Hill Resort


Keriang Hill Resort berhampiran dengan Muzium Padi dan semestinya berhampiran dengan Gunung Keriang. Keriang Hill Resort ini mempunyai resort tapi agak terhad. Disini juga selalu ada majlis perkahwinan kerana mempunyai dewan yang mampu menampung tetamu yang ramai. Selain itu, ramai yang datang ke sini waktu tengah hari kerana menyediakan buffet lunch.

Alamat
Keriang Hill Resort
Mukim Gunung
06570 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7305 232
Website : www.kerianghill.com.my
Email : sales@kerianghill.com.my

2. Restoran Jeragan Alor Setar


Restoran ini terletak bersebelahan Sungai Kedah dan boleh menampung 300 pengunjung pada setiap masa.

Waktu Perniagaan
Dibuka setiap hari bermula 4.00 petang hingga 12.00 pagi kecuali ISNIN

Alamat
Restoran Jeragan Alor Setar
No 1, Persiaran Jeragan
Lebuhraya Lencong Barat, Ampang Jajar
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 019-528 7917

3. Haji Jamil Gulai Ikan Termenung


Siapa peminat gulai ikan temenung? Datang ke Kedah jangan lupa pekena gulai ikan termenung. Ditempat cik en dipanggil Ikan Termenung Kari, tapi di Kedah di panggil Gulai Ikan Termenung. Tempat paling terkenal untuk menikmati adalah di kawasan Kuala Kedah dan cik en nak korang ke Haji Jamil gulai Ikan Termenung untuk merasai keenakan gulai dorang ini.

Restoran ini terletak di batas paip, Teluk Kechai , Kuala Kedah berdekatan dengan Kilang Bernas. Sajian utama di sini semestinya gulai kari ikan termenung yang dimakan bersama nasi putih

Waktu Perniagaan
Dibuka setiap hari bermula 7.00 pagi hingga 2.00 petang kecuali JUMAAT

Alamat
Haji Jamil Gulai Ikan Termenung
Km 8, Jalan Batas Paip
Teluk Kechai, Kuala Kedah
Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 019-475 4206


4. Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant


Siapa orang Alor Setar atau pernah ke Alor Setar menikmati makanan di Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant? Tak pernah? rugi sangat aihhhh sebabnya tempat ini makanan dia sedap sedap belaka. Hidangan makanan disini berkonsepkan Authentic Thai dan Chinese Cuisine dimasak dengan ramuan tradisional dan rahsia. Mereka tak gunakan sebarang bahan perasa tambahan tetapi membuat mengabungkan sendiri bahan semulajadi yang dibuat secara homemade. Datang sini korang kena rasa Daging Harimau Menangis. Rasa macam terliur pulak cik en saat menaip entri ini. Hahahha

Selain di Alor Setar Kedah, ada satu lagi cawangan di Subang Jaya Selangor. Beruntung la orang Selangor. Cik en orang Perak ini kena ke Utara la kalau nak merasa lagi menu mereka.

Alamat
Aloq Staq Bamboo Garden Restaurant
No 83A, Jalan Kampong Perak (bersebelahan Masjid Zahir)
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-730 2796

5. Restoran Seri Segi Menara Alor Setar


Sesiapa teringin nak menikmati makanan sambil melihat permandangan Bandar Alor Setar, korang boleh menikmatinya di  Restoran Seri Segi Menara Alor Setar. Restoran yang boleh berputar ini akan menjanjikan permandangan yang indah dan jangan risau, pusingan tersebut sangat perlahan sampai korang tak perasan  Restoran Seri Segi Menara Alor Setar ini berpusing

Alamat 
Restoran Seri Segi Menara Alor Setar
Lot 99, Lebuhraya Aman
051000 Alor Setar 
Kedah Darul Aman
04-736 3427

Penginapan di Urban Inn Alor Setar


Trip travel ini adalah kerjasama diantara rakan media, travel agensi dan Tourism Malaysia Wilayah Utara. Dan sepanjang trip 3 hari 2 malam ini, kami menginap di Urban Inn Alor Setar. Hotel ini beroperasi pada 8 November 2019 dan mempunyai 85 bilik dengan harga berpatutan.

Alamat
Hotel Urban Inn
Ampang Business center
Kompleks Perniagaan Ampang
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
04-771 9331

Selain itu, Kedah juga dalam mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi pelancongan di negeri Kedah. 10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba mungkin boleh masukkan dalam wishlist travel korang lepas ini

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads