Pengalaman Menginap di Pangkor Coral Bay Resort

Pengalaman Menginap di Pangkor Coral Bay Resort | Hari ini dah masuk hari ke-28 Perintah Kawalan Pergerakan dan bagi peluang pada cik en nak kongsi Pengalaman Menginap di Pangkor Coral Bay Resort pada bulan lepas dengan korang. Tapi lambat juga la, sebabnya nak buat blog ini kena ada mood untuk menaip. Hope mana yang nak datang ke Pulau Pangkor boleh jadikan entri Pengalaman Menginap di Pangkor Coral Bay Resort cik en ini sebgai guide dalam memilih tempat penginapan yang budget masing masing.


Pengalaman Menginap di Pangkor Coral Bay Resort 




Anyway cik en menginap di Pangkor Coral bay Resort ini bersama team BBSAP Media yang datang daripada Kuala Lumpur untuk cover event Kejohanan Badminton Remaja BBSAP 2020 dan melihat tapak perumahan terancang terbesar di Perak iaitu Bandar Baru Setia Awan Perdana atau ringkasnya BBSAP. Masa ini, permulaan wave pertama Covid-19 tapi kami mengamalkan saranan KKM seperti hand sanitizer, face mask dan kebersihan diri. Kiranya ini trip travel cik en terakhir sebelum PKP di kuatkuasakan. 

Pangkor Coral Bay Resort Van Transfer



Apabila menginap di Pangkor Coral Bay Resort ini, korang tak perlu nak cari van merah jambu dan deal berapa harga sebabnya Pangkor Coral Bay Resort menyediakan Van Transfer. Hanya perlu booking dengan pihak hotel dan van akan siap sedia berada di parking apabila korang sampai. Van yang cik en naik ini boleh memuatkan 10 orang beserta segalam luggage korang. Kalau korang nak lebih senang booking terus dengan tiket ferry daripada Marina Islands ke Pulau Pangkor yang ambil masa 10 ke 15 minit sahaja. 

Perjalanan dari Jeti Pulau Pangkor ke Pangkor Coral Bay Resort Hanya 5 Minit



Pangkor Coral Bay Resort ini cik en belum pernah menginap sebelum ini tapi pernah beberapa kali lalu untuk ke Teluk Nipah. Pangkor Coral Bay Resort ini terletak di Pasir Bogak. Anggapan cik en, Pangkor Coral Bay Resort tidak mempunyai bilik penginapan yang banyak memandangkan daripada luar macam satu bangunan tapi apabila cik en masuk, Pangkor Coral Bay Resort ini ada 2 bangunan yang menghadap satu sama lain. Dan cik en sendiri berpeluang untuk pergi ke dua dua bangunan untuk melihat bilik bilik yang Pangkor Coral Bay Resort tawarkan kepada pelanggannya. 

Bahagian Reception Pangkor Coral Bay Resort 



Kebetulan, masa kami sampai, memang ramai betul orang, jadi agak crowded di bahagian reception tapi disebabkan bahagian ini besar dan mempunyai sofa empuk serta aircond yang cukup sejuk, penantian kami untuk dapatkan kunci bilik masing masing tak terasa sangat. Cik en siap boleh terlelap sekejap la. hahahaha.


Bilik Jenis Superior Pangkor Coral Bay Resor



Untungnya kami dapat seorang satu bilik memang yeppii sangat la. Dan bilik kami menghadap jalan raya dan ada yang menghadap laut. Kepanasan di Pulau Pangkor masa itu tak boleh dibawa bincang jadi pihak pengurusan Pangkor Coral Bay Resort memang dah siap sedia pasangkan aircond di setiap bilik. Nampak tak pihak pengurusan mereka alert dengan keadaan pelanggan mereka yang memang dah sauna masa itu. hahaha. So ini bilik cik en yang cik en boleh kongsi dengan korang.








Makan Malam BBQ Di Pangkor Coral Bay Resort 


Alhamdulillah, kami diberi reward makan malam BBQ sebab dah jalankan tugas terbaik untuk 2 task. Bukan nak puji kosong tapi makanan di Pangkor Coral Bay Resort sangat sedap. Cik en throwback balik menu lunch kami sebelum itu. Memang sedap sangat


BBQ dia pun sangat sedap dan sangat berbaloi. Ini menu untuk BBQ kami


Swimming Pool di antara bangunan



Nampak saja swimming pool, rasa happy sangat even cik en taknak mandi pun, tapi memang best la yang mana bawa anak anak. selain laut, mereka boleh mandi di swimming pool yang sangat strategik untuk keluarga memantau anak anak mereka. 

Jenis Bilik Yang Ada di Pangkor Coral Bay Resort 


Pangkor Coral Bay Resort menawarkan 2 jenis penginapan iaitu

  • Bilik Hotel

Mempunyai 3 jenis iaitu Superior untuk 2 pax, Deluxe untuk 3 pax dan Suite untuk 3 pax. 

  • Apartment

Apartment pula ada 3 jenis juga iaitu 2 bilik (4 pax), 3 bilik (6pax) dan 3 Bilik Duplex (6 pax). Untuk apartment mempunyai extra tilam dan katil. 

Kemudahan Lain ada di dalam Pangkor Coral Bay Resort 


Seperti hotel, resort dan apartment di mana mana pusat peranginan, mesti mereka menyediakan kemudahan lain untuk kemudahan semua. So apa yang ada di Pangkor Coral Bay Resort adalah 

  • Fitness Center
  • Hot Tub
  • Massage
  • Sauna
  • Spa
  • Swimming Pool
  • dll

Apa Yang Ada Di Sekitar Pangkor Coral Bay Resort 



Mesti korang nak tahu, apa yang ada di sekitar Pangkor Coral Bay Resort kan? Ini yang ada di sekitar Pangkor Coral Bay Resort 

  • CK Duty Free
  • Kedai CK
  • Sunside dan Sunrise di Pantai Pasir Bogak (3 minit berjalan kaki)
  • Replika Kapal Pangkor bebas Cukai (berdepan dengan Pangkor Coral Bay Resort )
  • Restoran
  • 7 Eleven (6 minit berjalan kaki)
  • Perkhidmatan sewa motosikal 

Harga di Pangkor Coral Bay Resort 


Harga pula, Pangkor Coral Bay Resort menawarkan pakej full board yang lebih berbaloi untuk korang pilih daripada bilik sahaja. Pakej full board termasuk Set Buffet Breakfast, Lunch dan Dinner. Disebabkan harganya berubah ubah, nanti di akhir entri cik en akan berikan detail Pangkor Coral Bay Resort untuk korang deal sendiri selain daripada korang boleh survey di online. 

Aktiviti Tambahan Lain di Pangkor Coral Bay Resort 


Selain daripada aktiviti yang ada di dalam Pangkor Coral Bay Resort, ada aktiviti lain yang korang boleh pilih dengan harga yang berbaloi. Aktiviti tambahan yang ada adalah

  • BBQ, Grand dinner atau Steamboat
  • Island Hoppung dengan Beach BBQ Lunch
  • Sea Tour/Snorkling dengan snacks dan mineral water
  • City land Tour by Van
  • Telematch dengan mineral water
  • Karaoke Session 

Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan perkhidmatan yang Pangkor Coral Bay Resort tawarkan korang boleh ke

Pangkor Coral Bay Resort Sdn Bhd (418599-D)
Lot 34, Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor Perak
Tel : 05-6855111
Whatsapp : 017-5026000
Faks : 05-6855666
Email : reservation@pangkorcoralbay.com.my
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bab hotel ni suka tengok kolam dia food dia hehe..
    tu penting.. lama da x pi Pulau Pangkor.. last tahun 2013 rasanya..
    tak tahu pun ada duty free situ ngeh2..

    ReplyDelete
  2. Best dan rasa seronok dapat menginap di sini. Dan paling syok 1st time dapat kenal Cik En lebih dekat..

    ReplyDelete
  3. rindunya nak pergi Pangkor lagi..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post