www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2020-01-09

12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping

12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping | Terfikir nak cuti cuti Malaysia ke Perak ? Kalau sebelum ini ada yang komen di entri 8 Aktiviti Menarik di Gopeng dan Ipoh Yang Boleh Korang Buat tak sesuai untuk bawa family terutama anak anak, kali ini cik en nak share cuti cuti yang sesuai untuk lapisan umur. 12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping ini termasuklah penginapan dan port makan sedap di sekitar Taiping ini. Jadi korang yang baru nak merancang percutian ke sebelah utara negeri Perak ini boleh la jadikan entri ini rujukan untuk korang. | 12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping 


12 Tempat Lengkap Untuk Dikunjungi Apabila Di Taiping 


Cik en suggest kat korang untuk stay 2 hari 1 malam di Taiping ini. Kalau nak lebih pun boleh tapi korang kena rujuk point ke 11 untuk tengok tempat menarik yang lain yang ada di Taiping ini

1. Kilang Kopi Antong


Kilang Kopi Antong
Kilang Kopi Antong

Selama duduk kat Perak dan selalu pergi Taiping, inilah kali pertama cik en ke Kilang Kopi Antong. Tak tahu pula kewujudan kilang ini. Hahahahha. Tapi apa pun kami sampai dalam pukul 1 tengah hari so tak dapat nak tengok cara kopi dibuat secara tradisional menggunakan kayu api sejak tahun 1933. That why kopinya penuh dengan aroma dan harum. Tapi apa pun kalau korang ke sini pastikan datang around 11 pagi atau 2.30 petang kalau nak cuba membuat kopi disini. Kat sini juga, korang boleh beli Kopi Antong ini dalam pelbagai perasa. Korang  juga boleh rasa setiap perasa kopi yang ada.. Cik en dah rasa semua dan tak boleh lawan kopi original mereka. Antara perasa yang ada seperti White Coffee Mint , Mocha dan lain lain lagi

Kilang Kopi Antong
Assam Kumbang
34000 Taiping Perak
012-5068671 / 05-8075189
www.antong.my

2. Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taiping

Ini wajib la korang pergi sebab trademark Taiping adalah Taman Tasik Taiping. Taman Tasik Taiping ini merupakan pusat rekreasi yang tertua di Malaysia. Asalnya adalah lombong biji timah dan sekarang menjadi tempat rekreasi popular di Malaysia. Kat sini juga banyak pokok yang berusia ratusan tahun dan suggest what. semua pokok ini ada insurans sendiri. Pokok pun ada insurans korang dah ada insuranas belum? Hahhaha. Anyway sekarang tengah viral pokok tumbang. Ramai datang sini semata mata nak tangkap gambar. Selain itu, ada disediakan track untuk korang jogging atau berbasikal.

Kredit Gambar : Rosli Mansor

3. Hotel Grand Baron Taiping


Hotel Grand Baron Taiping
Hotel Grand Baron Taiping

Sebelum meneruskan aktiviti lain, korang boleh check in hotel dulu. Hotel Grand Baron Taiping ini dalam kawasan Taman Tasik Taiping je, so mana yang travel melalui public transport atau perlukan rehat sebentar sebelum explore Taiping bolehlah pilih hotel ini. Harga dia sangat berpatutan. Ada 80 bilik dengan 6 jenis bilik. Yang itu nanti cik en akan buat entri khas.

Hotel Grand Baron
Jalan Bukit Larut 
34000 Taiping Perak
014-6032870 (Mrs Ika)
05-8079222

4. ATV Adventure Park Larut


ATV Adventure Park Larut
ATV Adventure Park Larut

Yang ini pun cik en tak tahu ada di Taiping. Anyway ATV Adventure Park Larut ini sebelah jdengan Hotel Grand Baron Taiping. Jalan kaki pun boleh. Masa cik en check in bilik, memang nampak separuh track untuk aktiviti ATV ini. Korang boleh tengok keindahan alam semula jadi hutan tropika di Taman Tasik Taiping sambil menunggang ATV yang agak mencabar dan menyeronokkan bagi cik en yang pertama kali bawa ATV. Korang akan ditemani dengan penunggang ATV berpengalaman yang mana mereka akan ajar teknik teknik menunggang sepanjang laluan yang mencabar. Harga dia bergantung kepada pakej. Pakej yang ada adalah Mini Funride, Funride, Ride with Guide, Offroad dan Offroad to River dengan harga serendah RM30. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

ATV Adventure Park Larut
Jalan Bukit Larut 
34000 Taiping Perak
012-2104761 / 05-8063761
Buka setiap hari kecuali Selasa
9 pagi sehingga 6 petang

5. Night Safari Zoo Taiping


Night Safari Zoo Taiping
Night Safari Zoo Taiping

Selalu kalau malam macam slow je tak ada aktiviti untuk anak anak kan? Tapi kat Taiping ini korang boleh ke Night Safari Zoo Taiping. Night Safari dibuka pada tahun 2003 dan mempamerkan haiwan haiwan liar yang aktif pada waktu malam. Tapi sebelum itu, korang boleh makan malam dulu di Mergastua Restaurant sebelum explore kehidupan malam warga Zoo Taiping. Korang tak perlu nak berjalan kaki sebab jauh juga la nak pusing zoo ini lagi lagi malam dan kebetulan memang ada tempat yang tak diletak lampu bagi mengekalkan suasana malam. Sebabnya akan ada train dengan tour guide yang akan breifing sepanjang journey. Jika korang bernasib baik, boleh juga bagi makanan kepada haiwan haiwan yang ada, 

Night Safari Zoo Taiping
Taiping Lake Garden
34000 Taiping Perak
05-8086577
Zoo Taiping : Dibuka setiap hari (8.30 pagi hingga 6.00 petang)
Night Safari : Dibuka setiap Malam (8.00 malam hingga 11.00 malam)

Kredit Gambar : Majlis Perbandaran Taiping

6. Dolphin Hunting, Eagle Watching dan  Fish Feeding


Dolphin Kuala Sepetang
Dolphin Kuala Sepetang

Siapa kata susah nak tengok secara dolpin yang bebas? Kalau korang ke Kuala Sepetang, korang boleh tengok banyak dolphin berenang keliling bot korang. Ini tak tak tipu punya sebab cik en sendiri tengok pink dolphin keliling bot kami. Cik en sempat rakan video dan kawan cik en Ayue sempat snap gambar. Tapi ada hari hari dia tau. Awal bulan dan hujung bulan. Dalam sebulan lebih kurang 4 ke 6 hari sahaja waktu sesuai tengok dolphin. 

Eagle Watching

Selesai dolphin hunting, korang akan di bawa tengok helang dan semestinya ianya sanagt berbeza denagn helang yang ada di Langkawi. Disini, mereka tidka memberi makanan tidak sihat sebabnya ianya akan menganggu diet asal helang berkenaaan

Fish Feeding 

And last, korang boleh bagi ikan makan di sangkar ikan berhampiran dengan Eagle Watching. Kat sini ada banyak ikan dan semestinya yang menarik perhatian adalah ikan buntal. Kalau korang berminat untuk ambil semua pakej ini boleh hubungi

Dolphins Kuala Sepetang
C13, Kampung Menteri, Kuala Sepetang 
34650 Taiping, Perak
012-631 6132

7. Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang


Pusat Eko-Pelajaran Kuala Sepetang
Pusat Eko-Pelajaran Kuala Sepetang

Dah alang alang masuk kawasan Pusat Eko-Pelajaran ini, jangan lupa untuk round round dulu kawasan ini. Korang berpeluang mempelajari tentang ekosistem paya laut sambil bersiar siar melalui pelantar laluan pejalan kaki yang dibina. Kat sini ada chalet, dorm, tapak khemah, dewan, kemudahan meletak kereta dan tandas. Selain itu ada jeti yang mana korang naik untuk hunting dolphin. 

Harga semalam untuk kemudahan yang ada disini adalah seperti berikut


  • Chalet : RM 100 
  • Exclusive Chalet : RM150
  • Dorm : RM10 Seorang (Local) & RM30 seorang (foreigner)
  • Dewan Terbuka : RM 200 
  • Tapak Khemah : RM10 (dewasa) & RM 5.00 (pelajar) - Khemah tidak disediakan 


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Pejabat Hutan daerah Larut Matang
34000 Taiping Perak
05-8072762
Kredit Gambar : kualasepetang.com

8. Kari Ikan Sembilang dan Ketam Cili di Selera Azrorasa


Gulai Kari Ikan Sembilang Kuala Sepetang
Gulai Kari Ikan Sembilang Kuala Sepetang

Ketam Cili Kuala Sepetang
Ketam Cili Kuala Sepetang

Kalau mai Taiping ini, menu yang menjadi tumpuan adalah makanan laut yang segar dan manis. Lepas Kuala sepetang Tour, korang wajib ke Selera Azrorasa untuk merasai Kari Ikan Sembilang dan Ketam Cili dorang. Sedap sangat sampai tengah menaip entri terasa lagi kari itu kt tekak. Apa yang membezakan kedai ini dengan kedai lain adalah cara memasaknya. Ianya dibuat satu persatu dan bukan secara buffet. So sebab itu setiap bekas kualiti rasa dia tetap sama. Digalakkan untuk buat tempahan sebelum datang kesini untuk mengelakkan korang tunggu lama. Nak tempah boleh la hubungi

Selera Azrorasa
Selera Azrorasa

Selera Azrorasa
Gr 131 B Kg Matang Gelugor
34750 Taiping, Perak
013-533 2253

9. Kilang Arang Kuala Sepetang


Kilang Arang Kuala Sepetang
Kilang Arang Kuala Sepetang
Arang sangat popular di Kuala Sepetang ini. Disebabkan disini tempat paya bakau. Arang yang diperbuat dari kayu paya bakau. Dan baru cik en tahu nak buat arang ini bukan senang. Perlu ambil masa berminggu minggu. Dapur besar dibuat sendiri dan ianya buak dibakar macam yang kita fikirkan. Ianya menggunakan haba panas untuk keringkan kayu dan seterusnya perlu disejukkan. Banyak sebeanrnya proses nak jadi arang yang kita buat untuk bakar ikan tu. Hahahah

10. Mee Udang Mak Jah


Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang


Mee Udang Kuala Sepetang antara menu wajib untuk orang luar yang datang berkunjung ke sini. Antara mee udang yang popular adalah Mee Udang Mak Jah. Selain dari itu ada menu menu lain seperti nasi goreng udang, mee goreng dan bihun goreng. Semuanya mesti ada udang yang sederhana besar. 

11. Galeri Perbandaran Taiping



Masih tak puas untuk explore Taiping? Korang boleh datang ke Galeri Perbandaran Taiping ini dan korang boleh tengok banyak lagi tempat menarik yang ada. Galeri Perbandaran Taiping berfungsi sebagai pusat informasi pelancongan di Taiping. Pelancong dari dalam atau luar Malaysia memang digalakkan untuk datang ke sini bagi mendapatkan maklumat produk produk perlancongan disini. 

Galeri Perbandaran Taiping
Galeri Perbandaran Taiping

Galeri Perbandaran Taiping
PWD 105, Jalan Stesen
34000 Taiping Perak
05-8010832 (Bahagian Korporat, Perhubungan Awam dan Pelancongan)

Kredit gambar : Facebook

12. Nasi Kerabu Locs & Thyme 


Locs & Thyme
Locs & Thyme

Sebelum balik, korang kena isi perut dulu. Tempat makanan yang cik en suka sangat adalah Locs & Thyme. Menu cik en suggest korang cuba adalah Nasi Kerabu dia. Nasi dia biru bukan gunakan pewarna tapi menggunakan bunga. Rasa dia sedap, lauk seperti ayam dan udang dia memang dimasak dengan cukup sempurna. Sedap dan akan buat korang repeat datang sini balik.. Diabhagian atas restoran ini dikhaskan untuk sesiapa nak buat candle light dinnet atau sambutan anniversary secara privacy. untuk maklumat lanjut boleh hubungi


Locs & Thyme 
No 12, Jalan Lim Teong Chye
34000 Taiping, Perak
017-507 1958

Entri ini cik en dapat kongsikan dengan korang kerana mengikuti Famtrip Northern Perak Eco VM2020 Expedition anjuran Tourism Malaysia Cawangan Utara pada 4 sehingga 6 Disember 2019 bersama rakan rakan media dan travel agensi di seluruh Malaysia.

2020-01-04

8 Aktiviti Menarik Di Gopeng dan Ipoh Perak Yang Boleh Korang Buat

8 Aktiviti Menarik Di Gopeng dan Ipoh Perak Yang Boleh Korang Buat | Sebut saja Gopeng dan Ipoh, apa yang korang boleh bayangkan tempat menarik dan aktiviti best? Cik en sendiri yang duduk di Perak, ambil masa yang lama untuk listkan sebab fikir tak ada apa yang menarik di sekitar lembah kinta ini. Rupanya ada banyak tempat dan aktiviti menarik yang boleh korang cuba. Disebabkan cik en sendiri dan merasai aktiviti tersebut, cik en nak kongsi dengan korang 8 Aktiviti Menarik Di Gopeng dan Ipoh Perak Yang Boleh Korang Buat 


8 Aktiviti Menarik Di Gopeng dan Ipoh Perak Yang Boleh Korang Buat

8 Aktiviti Menarik Di Gopeng dan Ipoh Perak Yang Boleh Korang Buat ini boleh dibuat untuk semua peringkt umur dan ada aktiviti ekstrem dan aktiviti santai yang sangat sesuai untuk keluarga. So korang boleh survey dari 8 aktiviti yang cik en listkan ini sesuai tak dengan korang yang aktif atau berkeluarga. Jom tengok 8 Aktiviti Menarik Di Gopeng dan Ipoh Perak Yang Boleh Korang Buat

1. Gopeng Heritage House 


Gopeng ada muzium? Itulah yang terkeluar dari mulut cik en. Bila masa pula Gopeng ini ada muzium? Rupanya Gopeng Heritage House ini terletak di betul betul Pekan Gopeng. Masuk saja kaki korang dalam Gopeng Heritage House ini, korang macam dah naik kereta back to future tapi kali ini patah balik zaman dulu. Sebabnya kebanyakan barangan yang ada dalam ini antik antik belaka. Kayu sebagai penyambut tetamu Gopeng Heritage House ini berusia beratus ratus tahun. Story lanjut korang boleh baca di Gopeng Heritage House . Selain Gopeng Heritage House ini, ada 2 lagi muzium sekitar Gopeng iaitu Muzium Gopeng dan Koo Fung Bistro

Gopeng Town Heritage Walk
Jalan Sungai Itik, Pekan Gopeng, 
31600 Gopeng, Perak, Malaysia.


2. Gaharu Tea Valley Park / HOGA Gaharu Tea Valley


Apa kegunaan pokok gaharu? Mesti korang tau pokok gaharu ini untuk buat minyak wangi kan? Tapi di Gaharu Tea Valley Park ini, boleh jadi ais krim, roti, mee (ramen), coklat, dan macam macam lagi la. Tapi best juga korang singgah sini, banyak ilmu pasa pokok gaharu ini korang dapat. Tak semua pokok gaharu ada gaharu tau! kena tunggu berpuluh tahun nak dapatkan. So tak hairan la kalau haga dia mencecah ribuan ringgit untuk 1 gram gaharu. Banyak kegunaan pokok gaharu ini dan yang paling banyak adalah untuk kesihatan. Maklumat lain boleh baca di Gaharu Tea Valley Park

Gaharu Tea Valley Park / HOGA Gaharu Tea Valley
Lot 9840, Mukim Teja 
31600 Gopeng Perak

3. Gopeng Glamping Park


Rasanya Gopeng Glamping Park pernah viral satu ketika dulu, dan kali ini cik en berpeluang untuk merasa sendiri menginap di sini. Berkonsepkan Glamping yang mana ianya idea diluar kotak menjadikan tempat ini menjadi tumpuan ramai traveller tak kira secara backpacker atau bersama keluarga. Walaupun menggunakan konsep glamping, tapi dia punya penginapan dikatakan sangat selesa. Makanan dia pun sedap sangat sebabnya pengasas Gopeng Glamping Park merupakan seorang chef. That why makanan dia bertaraf hotel punya. Maklumat lanjut boleh baca di Gopeng Glamping Park


Gopeng Glamping Park 
Lot 10846, Jalan Besar Kampung Chulek
31600 Gopeng Perak

4. Gua Kandu


Gua Kandu adalah gua batu kapur dan merupakan satu pengalaman baru bagi cik en. Sebelum ini gua yang cik en pernah terokai adalah Gua Tempurung di Gopeng juga cuma gua tersebut lebih terjaga dan mempunyai kelengkaan tangga yang lengkap beserta lampu. Berbeza dengan Gua Kandu ini. Sebelum masuk, kami semua diberi lampu suluh mini dan cik en boleh membayangkan betapa gelapnya dalam gua ini. Apa yang cik en tahu, gua ini adalah tempat komunis yang mana mempunyai peninggalan tulisan dan lambang komunis. Dikatakan ianya dibuat menggunakan getah pokok dan ianya kekal sehingga hari cik en masuk itu. Agak ekstrem sebabnya ada aktiviti climbing dan abseiling. Berpeluh juga cik en nak habiskan. Dan selepas keluar gua perlu jungle tracking sikit kebawah. 

5.  White Water Rafting Sungai Kampar


Sememangnya inilah aktiviti yang cik en nantikan sebabnya ini kali pertama cik en buat aktiviti ini. So far, White Water Rafting Sungai Kampar ini pakej dari RiverBug.Asia. Ada 3 level dan kami dapat level low tapi ekstremnya bagi cik en yang pertama kali ini memang teruja. Sebelum mulakan, kena isi borang untuk insurans. Kami diberi breifing lengkap dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit ke 2 jam. Checkpoint kami di Ulu River Lodge dan menaiki lori. Tak boleh nak share banyak kat sini nanti cik en akan buat satu entri khas untuk White Water Rafting Sungai Kampar nanti. So untuk pakej boleh baca di White Water Rafting Sungai Kampar

6. Waterfall Abseiling


Masih menggunakan pakej dari Riverbug.Asia, aktiviti seterusnya Waterfall Abseiling. So far cik en memang seorang yang gayat lagi lagi kalau waterfall ini. Risau kasut licin dan jatuh. Tapi bila dah ada peluang, tak kan cik en nak tolak kan? So cik en walaupun takut takut, cik en menjadi team terawal melakukan aktiviti ini. Memang gayat tapi akhirnya cik en berjaya juga buat. Yeahhhhh!!!! Hahahah. 

7. Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh



Gunung Lang ini nampak banyak perubahan berbanding dulu. Jika korang melalui Lebuhraya Utara selatan, jangan lupa masuk simpang Ipoh dan korang boleh susur keluar terus ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. Ianya juga gunung batu kapur yang sangat cantik. Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh ini juga mempunyai mini zoo dan beberapa buah rumah perak, Untuk masuk kesini, korang perlu menaiki bot yang telah disediakan. Ianya dibuka setiap hari bermula 9 pahi hingga 6 petang

Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak, Malaysia.

8. Muzium Geologi Ipoh


Tenpat ini jarang dikunjungi tapi disebabkan Gopeng dan Ipoh (Kinta Valley) meupakan kawasan geopark, cik en ajak korang untuk mengenali struktur dan ciri-ciri geologi bumi, sejarah bumi, pameran pelbagai spesimen geologi, kegunaan, perlombongan dan explorasi mineral, dan diakhiri dengan cerita bagaimana geologi dapat menyumbangkan kepada kekayaan dan kesejahteraan manusia. Mempunyai beberapa zon dan korang akan rasa teruja setiap kali melangkah zon zon ini. Muzium ini dibuka hari bekerja (Isnin sehingga Jumaat) bermula pukul 9 pagi sehingga 4.30 petang (rehat 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang dan hari Jumaat 12.00 tengahhari hingga 3.00 petang). Bayaran masuk adalah percuma 

Muzium Geologi Ipoh
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Jalan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh, Perak.

Entri ini cik en dapat kongsikan dengan korang kerana mengikuti Eksplorasi Geopark Lembah Kinta anjuran Tourism malaysia Cawangan Utara pada 24 sehingga 26 November 2019 bersama rakan rakan media dan travel agensi di seluruh Malaysia.

Kalau berminat untuk dapatkan semua pakej ini korang boleh hubungi Puan Norfaiza 019-9786144. 

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!