www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-07-31

Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil

Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil | Mesti ramai yang tahu, cik en adalah rider RS dan cik en pernah story pasal RS sebelum ini di RS150r . Honda RS ini sebenarnya masih baru. Launched di Malaysia pada tahun 2016 dan tahun 2019 adalah tahun ke 3. Setiap tahun akan ada Mega Gathering RS150r dan cik en pernah join Mega Gathering RS150r 2.0 tahun lepas Masa itu baru 2 atau 3 bulan keluar RS. Tapi masa itu cik en sibuk sampai lupa nak update Mega Gathering RS150r 2.0 di blog. So tahun ini Mega Gathering RS150r 3.0 akan berlangsung di tapak event yang sama di Bukit Jalil pada 3 Ogos 2019. | Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil


Mega Gathering RS150r 3.0 Bukit Jalil


Insyallah tahun ini cik en akan join dan masih dengan jentera yang sama, masih standard dan masih warna yang sama. Anyway dah plan nak tukar coverset tapi macam sayang je lagi masih ok coverseat original ini. Kalau sebelum ini join sebagai ahli biasa. Kali ini cik en pergi dengan misi. Disebabkan cik en kaki media sosial, AJK melantik cik en AJK Multimedia kononnnnnn. So jadilah cik en reporter tak bertauliah untuk kelab. Memang tugas seorang blogger kan? Kena cover event. Huhuhu. Di harap cik en selamat pergi dan balik. Boleh nanti cik en share dengan korang kehangatan Mega Gathering RS150R 3.0 Bukit Jalil. 

Kehangatan Mega Gathering RS150R 3.0 2019 kian terasa!
Semua riders dah sedia ke?! 
Jemput hadir kepada semua Rider HONDA RS150R ke event MEGA GATHERING HONDA RS150R 3.0
TARIKH : 3 OGOS 2019
TEMPAT : PARKING B STADIUM BUKIT JALIL
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG

2019-07-28

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan | Uiks, cepatnya cawangan baru MBH Medispa ini dibuka? Kalau sebelum ini, kira kira 3 minggu lepas, cik en hadiri grand opening MBH Medispa Manjung yang cik en story di MBH Medispa Manjung Kini Telah Dibuka, kini MBH Medispa buka cawangan ke 21 di Taiping. Memilih Taiping sebagai lokasi terbaik, MBH Medispa Taping memberi peluang kepada penduduk Taiping yang mempunyai masalah kulit wajah berjerawat, berparut, kulit kusam dan jeragat untuk kembali cantik dan berseri. Tak perlu nak pergi jauh semata mata untuk dapatkan rawatan ini. | MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan

MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping

MBH Medispa Taiping Kini Dibuka Atas Sambutan Mengalakkan Pelanggan


MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping

MBH Medispa Taiping ini merupakan cawangan ke 3 di Perak dan kerana permintaan yang tinggi sebelum ini dan rungutan pelanggan perlu travel jauh untuk rawatan kulit, Puan Yaya pengasas MBH Medispa telah memudahkan penduduk di Taiping dengan pembukaan cawangannya di sini. MBH Medispa Taiping dirasmikan oleh penyanyi Kanda Khairul yang pupular dengan lagu "Atikah Songket" yang merupakan salah seorang pelanggan setia MBH Medispa. Seperti yang cik en sharing sebelum ini, MBH Medispa telah melakarkan nama dalam bidang estetik selama 11 tahun sejak tahun 2008 dan setakat ini telah memenangi dua anugerah iaitu Top Brand Excellence Service Asia Pasific 2017-2019 serta Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018. Sebabkan award ini menjadikan MBH Medispa sebagai spa estetik paling dipercayai dalam kalangan pelanggan yang mempunyai masalah kulit muka. 

Rawatan yang paling mendapat sambutan adalah Skin Growth Factor (SGF) dan mempunyai beribu ribu testimoni. "Kalau nak cantik datang ke MBH" kata Puan Yaya memberi inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai keyakinan kurang dan malu kerana kesan daripada kulit wajah bermasalah. Beliau juga berkata " Taiping bukanlah cawangan terakhir MBH Medispa tetapi akan menyusul cawangan terbaru MBH di Kinrara, Punchong, Nilai dan juga Melaka menjelang Ogos dan September ini. Wow! Lagi kukuhlah MBH Medispa di Malaysia ini. 

Sedikit info untuk korang, MBH ini bukan sahaja untuk muka, tapi ada MBH Body Theory untuk rawatan perlangsingan badan yang baru mempunyai 2 cawangan di Johor Bharu dan Melaka. Cik en harap Puan Yaya akan buka satu MBH Body Therapy di sebelah Utara sebab cik en nak buat rawatan kuruskan badan yang semakin lama semakin membesar. Hahahhaha. 

Kalau korang ada masalah rambut, MBH juga ada cawangan MBH Haircare. MBH Haircare ini hanya tertumpu pada rawatan rambut dan estetik yang mempunyai rawatan berunsur moden dan tradisional. Produk digunakan adalah produk daripada kilang sendiri yang dijamin halal, selamat dan berkesan. Yang ini pun hanya ada di cawanagn Johor Bharu dan Kajang saja. Hope ada jugalah cawangan di sebelah Utara ini. Mesti ramai yang menunggu cawangan di sini. 

MBH Medispa Taiping
MBH Medispa Taiping


Selain daripada spa, rawatan badan dan rambut, MBH sebenarnya mempunyai produk penjagaan kulit sendiri yang berasaskan bahan bahan semulajadi yang dipanggil Dermaklair. Dermaklair adalah produk yang menjadi produk utama untuk rawatan kulit di semua MBH Medispa di Malaysia. Produk ini juga digunakan oleh spa spa bukan dibawah MBH kerana kesan produk ini sangat bagus untuk kulit. So far masa grand opening MBH Medispa Taiping tempoh hari, cik en tertarik dengan sunscreen mereka. So cik en terus grab sebabnya masa itu dapat diskaun. Yang itu nanti cik en story di entry yang lain okey? 

Kalau korang nak dapatkan rawatan MBH Medispa Taiping ini , korang boleh baca detail di bawah 

MBH MEDISPA TAIPING 
31, Jalan Ciku, 34000 Taiping, Negeri Perak
Instagram : MBH Medispa Taiping

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi | Mungkin ramai yang tahu cik en adalah peminat produk Safi dan jika yang mengikuti perkembangan cik en dari dulu, cik en pengguna tegar Safi Balqis OxyWhite dan pernah di jemput oleh pihak Safi di satu wawancara khas di Alor Setar tahun lepas. Eh? korang tak tau yang cik en pernah talk pasal Safi? Korang boleh baca di Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah . So kali ini cik en mencuba lagi satu lagi produk Safi yang terbaru iaitu Beautea by Safi. | Beautea by Safi Produk Terbaru Safi 

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi
Beautea by Safi Produk Terbaru Safi 

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi 


Beautea by Safi ini ada 4 jenis iaitu 
  1. White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser
  2. Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser
  3. Apricot Tea Revitalising Face Scrub
  4. Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Cik en baru mencuba 1 dari 4 jenis ini iaitu Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser . Tapi sebelum nak kongsi review penggunaan ini, cik en nak story juga la, apa kelebihan produk safi kali ini berbanding yang sebelum ini. Beautea by Safi ini adalah dari ekstrak teh premium yang terpilih dan menyegarkan serta gabungan bahan semulajadi untuk nyagkan kesan negatif pada muka kerana pencemaran, tekanan dan produk kosmetik yang mampu breakdown kulit wajah korang. Dalam Beuatea ini juga ada anti PM 2.5. 

Apa Itu PM 2.5? 


Pencemaran adalah salah satu punca utama kerosakan pada kulit. asap, kotoran dan debu di udara boleh menyumbat liang roma, menyebabkan jerawat dan mengakibatkan kusam pada wajah. Pencemaran udara biasa dipanggil Particulate Matter, atau PM 2.5. Ia adalah istilah bagi zarah yang terdapat di udara, termasuk habuk, kotoran, asap, dan titisan cecair. Anyway, sekarang ramai yang memilih termasuk cik en untuk mengelak daripada kena dengan sinar matahari dan pakai sunblock atau sunscreen untuk melindungi muka direct kena pada matahari. Tetapi duduk dibandar yang korang tahu penuh pencemaran, even dah pakai semua itu still tak boleh dielakkan daripada masalah ini. Masa ini sunscreen dan sunblock sahaja tidak cukup. Sebab itu ramai yang ada masalah ketidakseimbangan PH dan boleh mengakibatkan garis halus dan kulit kering

Pendedahan jangka panjang kepada pencemaran boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan termasuk keupayaan kulit untuk melindungi dan menyahtoksik sendiri yang membawa kepada keadaan kulit yang serius. 80% penduduk dunia terdedah kepada pencemaran udara yang berbahaya. Terdapat sedikit yang boleh kita lakukan untuk menghadkan pendedahan kepada pencemaran udara, terutamanya di kawasan bandar. 

Disebab itulah Safi mengeluarkan Beautea by Safi ini untuk membantu mengurangkan masalah masalah cik en terangkan tadi. Beautea by Safi mempunyai Dermatologically tested yang mana ianya

  • Alcohol Free
  • Paraben Free
  • SLS/SLES Free
  • Silicone Free

Review Beautea by Safi  Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser


Beautea by Safi Produk Terbaru Safi

Masa cik en menaip entri ini, cik en dah start pakai 3 hari lepas. Anyway untuk Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser baunya biasa je, tak la wangi (bagi cik en la). Selepas cik en pakai, kulit muka rasa bersih dan tidak terlalu kering. Kulit rasa fresh tapi tak terlalu ketara mungkin baru lagi. Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser ini ada asid amino untuk membersihkan dan menghapuskan kekotoran pada kulit wajah. Campuran teh Hitam & Black Orchid membantu menghasilkan kulit baru, sambil mengekalkan kulit sentiasa sihat dan dilindungi daripada penuaan. 

Beautea by Safi Produk Terbaru Safi

So far cik en pun ada stok Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser tapi belum digunakan sebab cik en akan pakai masa tumbuh jerawat nanti. Insyallah yang itu cik en akan review lain okey? Korang boleh beli Beautea By Safi ini di Watsons atau secara online di Beautea By Safi 

2019-07-26

Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap

Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap | Lamanya tak kongsi resepi dalam blog ini. Dah alang alang free ini, cik en nak kongsi dengan korang Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap. Sesuai la untuk korang tengah demam atau diet. Kaki ayam ini mempunyai kolagen yang tinggi, kurangkan risiko tulang rapuh, sembuhkan kecederaan, pencernaan yang sihat, baik untuk kuku dan gusi. Walaupun banyak khasiat ada juga yang geli nak makan sebab kaki ayam ini mencakar tanah dan sebagainya. Hahahha. Tapi bagi cik en, masa kecilm inilah menu paling cik en suka. Terpulang masing masing untuk makan ke tidak sebabnya tiada paksaan pun. huhuhu. | Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap

Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap
Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap


Resepi Mudah Sup Kaki Ayam Sedap


Resepi ini tersangatlah mudah, hanya campak campak je dan siap. Cik en beli kaki ayam di AEON sebab nampak fresh. So ini bahan bahannya

Bahan Bahan
  1. Kaki Ayam
  2. Bawang Putih
  3. Halia
  4. Lada Sulah
  5. Garam
  6. Daun Bawang

Cara Memasak  Sup Kaki Ayam Sedap

  1. Rebus kaki ayam. Air untuk dijadikan sup terpulang kepada korang nak banyak mana
  2. Ketuk bawang putih dan halia seterusnya campak dalam air rebusan kaki ayam itu
  3. Masukkan garam, lada sulah dan biarkan sehingga kaki ayam betul betul lembut
  4. Siap dan taburkan dengan daun bawang


Mudah kan? Kalau korang nak tambahkan kentang, lobak dan daun sederi pun boleh. Campak campak aje. Hahhahah. Kalau korang nak makanan diet yang lain tapi sedap boleh cuba buat Resepi Bubur Oat Homemade

2019-07-24

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je?

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je? |  Lepas photoshoot sabtu lepas, cik en dan kak Julia lapar giler sebabnya dari pagi tak makan sebab sibuk dengan make up dan photoshoot. Nak share pasal photoshoot yang kami buat, gambar masih tak siap lagi so cik en nak share satu port makan yang cik en pergi lepas photoshoot hari tu. Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je? Macam tak recomended je cik en ini? ahhahha. Kalau nak tau cik en recomended ke tak, kena la baca entri Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je? ini sampai habis

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak
Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je?


Cik en memilih spagethi carbonara seafood dan kebab daging. Kak Julia pula order nasi putih dan asam pedas. Tambahan banana split. So far spagheti carbonara dia cik en suka. Creamy dan pastanya cukup masak.

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak
Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak

2nd dish yang cik en order Kebab Daging Mini. Mini dia pun boleh tahan juga besar. Tak mampu nak habiskan. Ingatkan macam kebab pasar malam yang kecik tu. Sampai sampai memang besar. Camne la rupa jumbo kan? Hahahha. Disaluti cheese atas dia tapi tak muak la bagi cik en. Boleh la untuk makan 2 atau 3 orang ini

Kebab Daging Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak

Kak Julia pula order nasi putih dan nak macam sup atau tomyan. Menu berkuah. Awalnya kata ada tapi 2 3 kali datang tak ada dan akhirnya kak julia memilih nasi putih Asam Pedas

Asam Pedas Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak

Yang ini cik en tak rasa tapi kak julia komen sangat pedas. Kalau di apu kata pedas cik en confirm tak makan sebab cik en kan tak makan pedas.

Chillex Concept Cafe Seri Iskandar Perak So So Je sebenarnya. Tak la tak sedap dan tak la sedap sangat. Boleh la kot. Anyway lepas ini cik en akan repeat lagi sekali untuk repeat macam nasi 7 benua tu. Kata blogger marshaliza sedap. So korang pernah tak makan kat sini? pe pendapat korang? Mana yang belum lagi bolehla try menu menu dorang.


p/s : Kalau pagi pagi di area Seri Iskandar ke Ipoh ada satu port nasi lemak berlauk yang sedap giler iaitu Nasi Lemak Kukus Pak Nan Terbaik Di Pusing Perak

2019-07-22

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane | Merasa juga la muka di make up bagaikan majlis perkahwinan. hahahahah. Anyway cik en jarang di make up oleh Make Up Artist (MUA). Rasanya seingat cik en baru 3 kali dan kali ini yang ke 4. Disebabkan cik en nak buat photoshoot so kena juga la make up sikit. So cik en pun Mencari MUA Manjung. Tapi biasalah cik en bukan tahu sangat sampailah Kak Julia Alisya suggestkan seorang MUA dan dalam masa yang sama cik en dan kak Julia photoshoot bersama. So Kak Julia suggestkan Janna Jane yang mana sebelum ini beliau pernah make up kan kak Julia. Simple make up tapi cik en sangat selesa dapat servis dari beliau. So kalau korang Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane ini. 

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane 


Janna Jane ini dulu MUA Terengganu. Dapat rezeki kembali ke negeri sendiri, so beliau dan suami kembali ke Manjung kalau tak silap cik en around 5 atau 6 bulan lepas. So selepas berehat lama, beliau nak kembali untuk aktif semula. So bila cik en tengok hasil make up dia. cik en rasa memang patut pun cik en review servis dia. Anyway Janna Jane ini sangat friendly. So rasa tak kekok bila bersembang. 

Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane
Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

Apa yang lagi cik en suka, beliau tanya dulu apa yang make up cik en. Disebabkan ini phooshoot pertama cik en, so cik en tak ada kenakan tema apa apa pun tapi biar nampak runcing muka dan sesuai dengan pakaian yang cik en pakai. Anyway cik en tak suka heavy make up tapi bila melibatkan photoshoot, kena lebih sedikit heavy sebab pencahayaan warna putih akan buat muka pucat kalau terlalu light make up tu. 

Mencari MUA Manjung
Mencari MUA Manjung

Dari hasil make up cik en suka cara beliau punya eyeshadow. Mungkin ramai suka jenis soket atau smokey tapi cik en kurang berminat kalau ianya bukan majlis yang glam. Ia cuma untuk phototshoot untuk profile cik en dan blog www.nurfuzie.com cukuplah ia simple eyeshadow. Begitu juga dengan bulu mata. Beliau gunakan gam warna hitam so nampak lebih natural tak la nampak line putih tu kan.

MUA Manjung

Selain cik en, Janna Jane make up Kak Julia juga, So beliau tak ambil masa yang lama sebab kami pun tak ada masalah muka yang memerlukan correction lebih. Huhuhuhu

MUA Manjung
MUA Manjung

Anyway Janna Jane ni pemalu sangat bila cik en nak snap gambar beliau. Dia asyik pakai mask beliau je macamni

MUA Janna Jane Manjung
MUA Janna Jane Manjung

So kalau korang nak nak tengok wajahnya dan mungkin nak bertanya pakej make up beliau bolehlah ke Instagram dan facebook beliau atau terus whatsapp


Mencari MUA Manjung? Cik en Suggest Ambil Servis Dari Janna Jane

2019-07-19

Berbaloi ke Beli Baby Foot Mask Yang Mahal Itu?

Berbaloi ke Beli Baby Foot Mask Yang Mahal Itu? | Kali ini nak share dengan korang rutin terbaru cik en. Cik en bekerja dan memerlukan berdiri dan berjalan setiap hari so cik en memang ada masalah kulit kaki yang kering dan kematu. Kematu means macam kulit keras di tumit atau bahagian tapak kaki. Cik en memang sibuk sangat so memang tak ada masa nak scrub ke, manicure pedicure ke so memang biarkan je sampai la kaki macam dah macam orang tua. One day,cik en terbaca di Instagram mengenai foot mask. So sebelum ini ada try cuma ambil yang biasa dan murah je. Tapi kali ini cik en request pada staff SASA (sebab di Manjung ini hanya SASA ada jual foot mask) nak yang extreme feet peel dan dia suggestkan cik pakai Baby Foot Mask. Tapi tak bestnya mahal giler. Hahahha. Dekat RM50 sekotak yang ada sepasang saja. So Berbaloi ke Beli Baby Foot Mask Yang Mahal Itu?

Berbaloi ke Beli Baby Foot Mask Yang Mahal Itu?
Berbaloi ke Beli Baby Foot Mask Yang Mahal Itu?

Berbaloi ke Beli Baby Foot Mask Yang Mahal Itu?


RM50 untuk sekali je pakai. Sedangkan cik en boleh beli 3 pasang dengan harga jauh lebih murah dari tu. Baby Foot adalah mask untuk kaki. Bermula dari tahun 1997 dan sekarang ianya antara brand yang dipercayai. Produk ini asal dari USA tapi dari packing banyak tulisan chinese. Maybe produk ini tumpuan orang chinese dan bukan melayu kot bila masuk pasaran Malaysia. Baby Foot ini menggunakan 16 ekstrak bahan natural iaitu 


Fruit acid is the generic name for Alpha Hydroxy Acid (AHA) which can be found in fruit. Fruit acid includes the nutrients needed by cells. This is why fruit acid is very gentle on the skin compared to other acids. Fruit acid has been formulated for facial cleansing and peeling. It supports the texture of the facial skin by removing the damaged outer layers, thus beautifying and improving the skin. It has generally been proven that fruit acid reduces the adhesive power between the dead skin layers.

So mesti korang nak tahu, Berbaloi ke Beli Baby Foot Mask Yang Mahal Itu? Masa untuk cik en kongsi pengalaman menggunakan Baby Foot Mask ini. 

Baby Foot Mask
Baby Foot Mask

Baby Foot
Baby Foot 

Yang mana faham itu korang faham la apa ditulisnya. Cik en rasa macam jepun tapi ada rasa macam chinese. Hahhahah. So yang bawah ini packing untuk mask 



So far ada saiz tau.. cuma yang ada di SASA saiz M. Agak besar la buat cik en sebab itu cik en pakai ini dan stoking untuk bagi dia tak tercabut Hahahha


Kena pakai lebih kurang 30 minit. Kemudian kena basuh. Dalam masa 3 hari cik en dah mula nampak keburukan kaki cik en. Hahahhaha. 


Dalam masa kurang 7 hari memang proses pengelupasan 100% settle. Selalunya kalau brand lain dah masuk minggu ke2 masih tak habis mengelupas. So ini perbezaannya 



So memang puas hati la guna Baby Foot Mask ini. Nampak perbezaan yang sangat ketara. Kalau korang rajin buat 2 bulan sekali, memang kulit kaki korang dah macam kaki baby. Hahhaha. So far Berbaloi ke Beli Baby Foot Mask Yang Mahal Itu? Berbaloi sangat sebab kesan dia cepat dan tak perlu pakai lama macam brand lain. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh ke laman web Baby Foot dan yang berminat nak beli. boleh kat SASA atau Watsons atau boleh search je kat google di mana ada juga yang jual online

In time mengelupas gi Sungai Moroli Ranau Sabah untuk Spa Ikan best juga kan?

2019-07-18

Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee?

Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee? | Siapa orang Kluang of course la korang akan kata pernah tapi kalau orang luar dan datang ke Kluang Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee?  Anyway cik en pernah ke Kluang masa ambil peperiksaan jabatan di Institut Veterinar Kluang (IVM), masa itu cik en rasa tak pulak singgah sebab apa cik en dah tak ingat. Masa itu, cik en hanya fikirkan peperiksaan sebab cik en banyak frust sebab banyak yang cik en gagal nak buat. Selepas cik en kena depression, banyak lagi cerita di sana termasuk ke "hidden file" memori cik en. So memang tak dapat recall. Tapi cik en Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee  selepas beberapa tahun iaitu April lepas. 

Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee?
Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee? 

Pernah Cuba Kopi Di Kluang RailCoffee?


Anyway kawan yang cik en bawa adalah bekas pelajar IVM dan semestinya kat Kluang ini tempat berkumpulnya kawan kawan dia. So cik en melayan Kopi Kluang RailCoffee dengan roti bakar rasanya. Sebab rasa macam order benda lain tapi dapat benda lain. Dan juga telur ayam kampung setengah masak. Kalau korang nak cuba Kopi Kluang RailCoffee di Kluang ini ada 2 tempat. 1 di stesen keretapi Kluang dan satu lagi cawangan berhampiran dengan Kluang Mall kalau tak silap la. 

Kopi Kluang RailCoffee
Kopi Kluang RailCoffee

Anyway kopi dia okey, sedap dan pekat. Roti bakar dia pun macam biasa cuma kawan cik en kata dulu lain rupanya sekarang dah lain. Mungkin mengikut arus permodenan, Hahahha. Boleh la nak jadi port sarapan. Banyak lagi menu tapi disebabkan cik en dah aim nak makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari tengah hari itu so cik en hanya order yang simple je. 

So kalau ke Kluang try la cuba Kopi Kluang RailCoffee ini. Kalau tak, korang boleh beli kopi ini secara online. Bila search di google kopi Kluang ini boleh juga dibeli di Lazada. Tapi feel dia lain kalau kita nikmati di Kluang sendiri

2019-07-17

Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor

Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor | Throwback balik trip travel cik en ke Johor Melaka bulan April lepas. Tiba tiba cik en Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor. Dalam tekak ini tengah cuba merasa balik kesedapan Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari tu. Nasinya yang cukup sempurna dan kelembutan kambing dia. Haishhh. Bila lagi nak repeat ke Johor pun entah la. Dari Perak ke Johor pun makan masa setengah hari. Kalau la ada cawangan lain yang lebih dekat memang nak pi juga hujung minggu ini. | Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor

Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor

Teringat Ingat Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor


Anyway cik en tak berharap tinggi untuk makan di Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari ini sebab selesai sahaja urusan di Kluang dah lewat. So cik en anggap kalau kedai Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari ini dah tutup atau nasi dah habis, cik en dah redha. Hahahha. Masa ini tak pekena lagiNasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari so macam tak kisah la kalau tak dapat merasa. Kalau sekarang memang mau menangis depan restoran kalau dah gi jauh jauh tapi tak dapat makan. Tapi orang kata dah nama rezeki so memang time sampai, masih ada semua cuma orang dah mula kurang mungkin juga bukan waktu cuti. 

Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor

Cik en memilih Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari dan kawan cik en Nasi Arab Ayam. Untuk Kambing of course la masak kari yang pekat likat dan sedappppp. Untuk Ayam pula macam ayam stim dan ada kuah kari asing. Ada diletak sayur campuran kobis, tomato dan timun. Orang kata, kalau dah makan kambing kena la order air limau. Potong balik orang sebut. So kami berdua order limau suam. Selesai makan kami terus ke Melaka dan terus check in di The Imperal Heritage Hotel Melaka

Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor
Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari Di Johor

Anyway, cik en suka nasi Arab sebab rasa dia memang buat cik en teringat ingat so tak mustahil la sekarang ini(saat entri ini ditaip) cik en tengah craving giler nak makan Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari ini. Jadi cik en nak akhiri entri cik en ini dengan share detail Nasi Arab Restoran Kari Kambing 40 Hari sebelum cik en akan bawa ke mimpi jap lagi. 

Restoran Kari Kambing 40 Hari

Air Hitam- 86100 Yong PengJohor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari 
Jam 7.30 pagi hingga 3.30 Petang

2019-07-16

Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh

Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh | Orang luar kalau datang Ipoh mesti nak cuba Nasi Ganja kan? Korang anggap itulah yang paling sedap ada di Ipoh tapi sebenarnya cik en sendiri yang pernah duduk di Ipoh masa belajar dan bekerja, cik en lebih suka makan Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh berbanding Nasi Ganja. Bukannya Nasi Ganja tak sedap tapi tekak cik en lebih meminati Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh. So review cik en mengenai Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh bukanlah detail tapi cuba nak kongsi dengan korang tempat kegemaran cik en kalau di Bandar Ipoh selain Mee Hailam Parit Perak yang pernah cik en kongsikan sebelum ini

Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh
Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh

Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh


Cik en ada snap Nasi Kandar yang cik en pilih tapi dok cari tak jumpa pula gambar tu. So tak boleh la nak belanja korang gambar terliur Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh ini. Perbezaan antara Nasi Kandar adalah kuah dia. Kuah campur ini yang membezakan rasa Nasi Kandar Pekan Ipoh dengan tempat lain. 

Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh
Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh

Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh bermula jam 10.00 pagi dan waktu kemuncak waktu rehat iaitu 12.30  tengah hari sehingga 2.00 petang. Jangan mai lewat sangat, memang licin la lauk lauk best dia. Cik en akan minta kuah campur, telur masin, sambal kelapa (paling favourite), ayam/daging dan sayur. Cuma cik en ini jenis tak makan pedas so selalunya cik en akan minta kurangkan kuah cuma datang paling latest ini cik en lupa. Tapi sebab dah lama tak makan, cik en memang gigih makan walaupun bibir dah jadi macam Angelina Jolie. Hahahhaha


Abaikan muka tembam cik en diatas, biasalah, yang snap gambar ini jenis tak sentitif dengan kegemukan dan kecubbyan. Aahhaha.. Abaikan penggunaan bahasa bukan baku itu ye. Hahahha. So kalau korang Datang Ipoh Jangan Lupa Cuba Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh ini. Korang boleh search Rumah Flat Kinta. Sebab Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh bersebelahan dengan flat ini atau korang boleh ke 

Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh

Rumah Pangsa Jln Bijih Timah Mbi, 125, 31650 Ipoh, Negeri Perak
Facebook : Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh
Google Maps

2019-07-15

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources | Minggu lepas, cik en ada event dan dalam masa yang sama kad bisnes habis. Cik en ada masa seminggu untuk tempah sebabnya kalau tak ada bisnes kad, camne cik en nak perkenalkan diri kepada client. Kalau buat sebutan cik en akan ada repat ceyen, CN dan macam macam sebutan. Kalau ada bisnes kad ini, senang client nak pronounce nama cik en. Korang yang biasa baca perkataan cik en mungkin tak ada masalah tapi yang tak biasa dah macam berbelit lidah cik en tengok. Hahahha. So cik en memang mencari yang boleh buat Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti. Dok la cari ramai suggest Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources. Hurm, boleh ke disiapkan dalam masa kurang seminggu ini?

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources
Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources

Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources


Cik en tak ada idea nak design kad bisnes so cik en serahkan design pada BG Design Resources cuma cik en beritahu guide dan corak serta warna cik en nak. So far BG Design Resources sangat sabar melayan cik en yang cerewet dalam design ini sebab cik en memang suka design sendiri dan suka yang lain dari yang lain. Cuma kekangan masa buat cik en tak leh nak mencari idea bernas dan havoc untuk kad sendiri. Rasanya lebih 5 kali, BG Design Resources kena adjust ikut kehendak cik en. Nampak tak betapa cerewetnya cik en. Hahahha.. 


Design ambil masa 2 hari juga bermula ahad. So Isnin baru siap design dan BG Design Resources beritahu ambil masa 1 hingga 2 hari untuk proses. Postage ambil masa 1 hingga 2 hari juga. Cik en tunggu sampai hari Khamis, masih tak sampai. Cik en berharap Jumaat sampai la kad bisnes cik en itu. Sebab Sabtu dah nak ke Penang ada event. 


Sampai hari Jumaat, tadaaaaa... sampai dah kad bisnes cik en. Masa itu duk fikir kalau siap cepat cepat ini kualiti dia ok ke. Cik en memilih jenis glossy. Sampai saja terus cik en tengok material. Memang kualiti. Cantik dengan glossy dan pemilihan background hitam bercorak. 

Anyway cik en nak share dengan korang satu kisah. Tapi jangan cerita kat orang. Kalau tak tahan nak cerita suruh dia baca entri ini tau. Huhuhu. Cik en masukkan lebih kurang 15 keping kad bisnes dalam poket seluar masa event Expo Taiwan 2019 sebab senang nak bagi pada kawan kawan dan client baru. Habis event dan keesokkan harinya, cik en pergi mesin basuh layan diri (mesin basuh kat rumah dah rosak) dan terbasuh sekali dalam mesin basuh dan pengering. Masa itu dah risau, habislah kad bisnes aku ini. hahahah. Hancurlah kan, Tapii, bila tengok balik kad bisnes itu jadi camni



Hahhaha, nampak steady lagi kan? Tak kembang pun, tak rosak teruk cuma hujung itu je terkopek sikit. So terbuktilah yang Kad Bisnes Cepat Siap dan Murah Tapi Berkualiti BG Design Resources. Kalau korang nak tempah boleh la ke

Image may contain: text

Telefon / Whatsapp : 010-7950473

Selain daripada bisnes kad, banyak lagi BG Design Resources boleh buat seperti sampul duit raya, servis website, flyer, kalender, sticker dan lain lain lain lagi. Kalau nak tau lebih lanjut pergi je la facebook dan instagram dorang okey

2019-07-12

Sedap ke Bubble Tea The Alley Yang Viral Tu?

Sedap ke Bubble Tea The Alley Yang Viral Tu? | Tadi cik en berkesempatan beli Bubble Tea atau Boba Tea The Alley yang tengah viral itu even The Alley Sitiawan ini rasanay dah 2 bulan buka. Kesetian pada Tealive buat cik en tak berminat nak cuba yang lain. Anyway favourite cik en adalah Brown Sugar Pearl Milk Tea. Signature ini rupanya banyak tempat yang jual. Lepas cik en cuba Brown Sugar Pearl Milk Tea TBH Manjung yang rasanya lebih kurang sama dengan Tealive. Why perlu beratur hampir sejam di Aeon Seri Manjung kalau kita boleh dapatkan lebih cepat dengan rasa yang sama. Disebabkan nak gi TBH agak jauh, cik en cuba pula The Alley di Sitaiwan ini tapi cik en tak ambil Brown Sugar Pearl Milk Tea sebab bila ditanya mana yang jadi signature dorang suggest Earl Grey Tea Latte. Sebab nak try kelainan cik en order dengan harga RM16.70. Mahal mahal ini sedap ke? | Sedap ke Bubble Tea The Alley Yang Viral Tu?



Sedap ke Bubble Tea The Alley Yang Viral Tu?


Earl Grey adalah salah satu teh favourite cik en tapi selalu minum jenis panas je. Bila dah jadi sejuk dan ada tambahan latte, rasanya mungkin akan lain. Tapi bila cik en rasa, rasa Earl Grey memang pekat tapi tak pahit dan latte buat kan rasa itu balance. Bubble tea dia ok, tak terlalu pahit dan manis. So bila siap Earl Grey Tea Latte, cik en nampak balance dari segi rasa dan tahap kemanisan. Di The Alley bubble atau boba dipanggil Tapioca. Tak boleh add on macam Tealive. So cik en tabah dengan satu scop saja bubble. 


Its ok, but lepas ini cik en nak try Brown Sugar Deerioca Milk yang mana sama dengan Brown Sugar Pearl Milk Tea. Untuk rate, mybe 4/5 camtu. Ini pendapat peribadi mengikut tekak cik en. So kalau yang tak suka Earl Grey, korang akan rasa tak sedap. Pasal isu Halal, its depends pada korang. Selagi korang yakin, korang minum kalau rasa dah was was, jangan minum. 


2019-07-11

The Imperial Heritage Hotel Melaka

The Imperial Heritage Hotel Melaka  | Sepatutnya dah lama cik en nak keluarkan entri review The Imperial Heritage Hotel Melaka ini tapi sibuk menguasai buat cik en simpan je folder review The Imperial Heritage Hotel Melaka ini. Disebabkan dah sibuk dengan update blog dalam 3 minggu ini, cik en rasa sunyi dan bosan pula bila dah tak ada entri task review.(anyway ada tapi tak ada feel lagi) Huhuhu. Cik en ke Melaka kalau tak silap awal bulan April 2019 atas urusan Kesatuan sebab cik en adalah setiausaha agung kesatuan. Cik en perlu ke Johor dan Melaka untuk urusan kewangan dan pentadbiran. So Cik en bermalam di Melaka sebab esoknya ada urusan di JHEKS Melaka dan memilih The Imperial Heritage Hotel Melaka.

The Imperial Heritage Hotel Melaka
The Imperial Heritage Hotel Melaka 

The Imperial Heritage Hotel Melaka 


Anyway kalau korang ke Melaka try la menginap di The Imperial Heritage Hotel Melaka yang berada di tengah tengah bandar Melaka. Kalau korang nak jalan jalan sekitar Bandar DiHilir korang tak perlu nak keluarkan kereta just jalan tak sampai 5 minit. Tips nak bercuti kat Melaka ini senang sangat, cari hotel yang paling hampir dengan tempat menarik di Melaka contohnya berhampiran dengan Joker Walk atau Banda di hilir. Kat Melaka, memang pack dengan kenderaan dan parking akan sentiasa penuh so dengan adanya hotel berdekatan, memudahkan korang berjalan tak kira siang atau malam. 

The Imperial Heritage Hotel Melaka

Sebab cik en nak berjalan di bandar dihilir ini, cik en pun memilih The Imperial Heritage Hotel Melaka dan bila tengok harganya pun boleh tahan la berbaloi. Kalau tak silap RM150 macam itu. Bilik dia pun luas betul dan mengadap bandar melaka. 



Tempat yang penting bila masuk hotel adalah bilik air dia. Jom tengok.



Kira ok la, cik en lupa nak snap gambar permandangan dari tingkap. Tapi memang cantik la nampak lampu lampu bandar Melaka

Ok, sampai part mengomen, cik en dapat tuala yang dah kotor. Ada cop tapak kaki. So ini gambarnya


Dan lepas inform pada reception , dapat tukar tuala. not big issue but tak best la kan, nasib check dulu. Kalau tak check tak perasan pula. Anyway cik en bagi 4/5 bintang. So lepas ini, cik en akan repeat lagi hotel ini. Insyallah. Ini detail room bilik cik en ini

Imperial Deluxe The Imperial Heritage Hotel Melaka 


Specifies :
1 Double Bed or Twin Beds, with exceptional views of Melaka City.
224 - 236 sq ft floor plan
Maximum for 2 guests to stay

Accommodation include the following :
  • Air-conditioning
  • 32 inch flat-screen TV
  • Satellite channel (selected channel)
  • Complimentary bottled water
  • In-Room Safe
  • Telephone
  • In-Room Coffee/ Tea facilities
  • Hair dryer (upon request)
  • Marble bathroom with shower
  • Complimentary Wi-Fi
  • Complimentary access to Gym
  • Complimentary Parking
Anyway The Imperial Heritage Hotel Melaka  ini ada 6 jenis bilik untuk pilihan korang. 6 jenis bilik itu adalah 

1. Imperial Deluxe

Standard room furnished with contemporary furnishings with double bed or twin beds. The room is equipped with amenities you could possible need during your stay

2.Heritage Deluxe

With a warm and comfortable settings, feel relaxed in on a double bed or twin beds. The room comes with marble-finished bathroom with amenities for your stay.

3. Executive Room

The room is decorated in a fresh business style chosen to blend with heritage side of Melaka. Comes with 1 king or twin beds, bedside bables, working desk and chair. It also offers and exceptional views of Melaka city.
4. Junior Suite

A suite that offers a perfect balance of comfort and leisure. Junior Suite features 2 rooms comprise of 1 queen bed and 1 single bed, living room with sofa bed and a marble-finished bathroom.
5. Deluxe Suite

Deluxe Suite is furnished with classic Balinese furnishings complete with high-speed Internet connection. The suite features 2 rooms, living room and a marble-finished bathroom.
6.Family Suite

Spacious and beautifully designed luxury suite with 2 rooms, living room and 2 marble-finished bathrooms promised to bring a refreshing and relaxing stay.

Untuk maklumat lanjut The Imperial Heritage Hotel Melaka korang boleh tengok di 

The Imperial Heritage Hotel Melaka 

No 1, Jalan Merdeka 1, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka, Malaysia
60 6 289 9000

p/s : Dah sampai Melaka itu jangan lupa melawat 10 Tempat Menarik di Melaka Yang Berbaloi Dikunjungi

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!