www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-06-28

4 Finalist Dipilih Dalam Semi Finals Kedua "THE FACE OF HEALTHY BEAUTY" di Penang

4 Finalist Dipilih Dalam Semi Finals Kedua "THE FACE OF HEALTHY BEAUTY" di Penang | Selesai lunch di Flamingo Hotel, cik en bergegas ke Plaza Gurney untuk menyaksikan Semi Final of The Face of Healthy Beauty di sebelah utara. Untuk pemilihan di sebelah utara, pihak Guardian memilih Penang sebagai tempat berentapnya 100 orang peserta yang layak. 100 orang ini hanya 25 orang sahaja dipilih untuk ke Semi Final pada hari ahad lepas. | 4 Finalist Dipilih Dalam Semi Finals Kedua "THE FACE OF HEALTHY BEAUTY" di Penang


4 Finalist Dipilih Dalam Semi Finals Kedua "THE FACE OF HEALTHY BEAUTY" di Penang


THE FACE OF HEALTHY BEAUTY ini bukanlah semata mata melihat kecantikan tapi Healthy Beauty yang membawa maksud pemilihan 4 finalist ini mestilah mempunyai kriteria dari segi kesihatan, personaliti dan style serta kecantikan.  4 finalist yang bertuah dan cik en rasa sangat layak mewakili sebelah Utara ke final nanti adalah

  1. Afeefa Anaqien Binti Mohd Azri Ooi
  2. Lim Ying Pheay
  3. Teoh Evian
  4. Yeoh Yen Nee

Untuk semi ini, kesemua 25 peserta diuji dengan beberapa ujian. Pertama sekali adalah introduce diri di pentas, kemudian ada task Q&A . Ada 5 soalan berkisarkan lifestyle dan beauty dan yang diberi dan setiap peserta akan diberi soalan mengikut nombor yang diambil. Selepas itu ada maeup skill yang mana kesemua peserta perlu apply makeup bertemakan glamorous dalam amsa 15 minit. Kebanyakan peserta dapat menjawab soalan dengan confident dan make up mereka cantik sangat dan cik en sendiri merasakan mereka semua layak ke final. Tapi hanya 4 orang sahaja terpilih dan cik en harap mereka dapat mengarumkan orang Utagha untuk membolot ke empat empat tempat di final nanti. 


Final THE FACE OF HEALTHY BEAUTY ini akan diadakan di Shah Alam pada 27 Julai 2019 nanti. Bukan seorang pemenang Guardian nak cari tapi 4 orang pemenang dengan hadiah yang sangat menarik iaitu RM10,000 tunai, RM10,000 Guardian voucher, RM 5000 untuk sumbangan mereka ke charity yang mereka pilih dan yang penting menjadi Duta Guardian selama setahun. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti perkembangan contest ini di https://theface.guardian.com.my

Untuk makluman semua, pemilihan ini dibuat secara online yang mana sesiapa yang ingin mencuba nasib boleh upload 30 saat video atau write up tak lebih 100 patah perkataan dengan tajuk Why they want to be The Face of Healthy Beauty? 100 orang peserta di pilih di setiap kawasan yang dibuat di Johor Bahru City Square, Gurney Plaza Penang, Central i-City Mall Shah Alam and 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu, Sabah. 

Selain dari 4 pemenang di event final di Shah Alam nanti, akan ada award dari sponsar yang terlibat iaitu 
  1. Most Healthy (Blackmores)
  2. Most Elegant (Bio-essence)
  3. Most Youthful (Garnier)
  4. Most Expressive Eyes (L'Oréal)
  5. Most Passionate (Maybelline)
  6. Most Confident (Nivea)
  7. Most Cheerful (Safi) 
  8. Most Charming (TRESemmé)
Guardian customers can also vote, from 8 July – 24 July 2019 on the microsite, for their favourite finalist to win at the Grand Finals. The votes received for each finalist will contribute towards 50% of the total scores at the Grand Finals. Customers can earn more votes with purchases at Guardian. For one vote, no purchase is required; for 5 Votes, they need to purchase any item from Guardian and for 10 Votes, they need to purchase any participating sponsor brands in a single receipt.

If that particular contestant wins in the Grand Finals, then she will do a draw to pick her lucky voter. A total 4 draws will be done. Each Winner will pick 1 voter. The selected voter will be rewarded with RM500 worth of Guardian vouchers.

Furthermore, there is also a Scan & Win contest for customers from 10 June to 7 July 2019. QR codes will be placed in Guardian stores for customers to scan. After scanning the QR code, they just need to answer four questions related to healthy beauty. After answering, they will receive an instant voucher for their next purchase

Flamingo Penang Tawarkan Buy One Free One untuk Sunday Lunch Buffet Sempena 10th Anniversary

Flamingo Penang Tawarkan Buy One Free One untuk Sunday Lunch Buffet Sempena 10th Anniversary | Nak berbaloi baloi makan lunch ini sememangnya korang kena pandai memilih promosi promosi yang ada. Masa cik en pi Penang lepas, cik en dapat tau ada satu hotel ini tawarkan Buy One Free One untuk Lunch Buffet. Apa lagi, terus je cik en grab lunch buffet tu sebelum ke event seterusnya petang itu. | Flamingo Penang Tawarkan Buy One Free One untuk Sunday Lunch Buffet Sempena 10th Anniversary


Flamingo Penang Tawarkan Buy One Free One untuk Sunday Lunch Buffet Sempena 10th Anniversary


Anyway masa cik en pergi ini hari ahad, so memang kena sangat la sebab tawaran buy one free one ini untuk sunday lunch buffet. Memang kerap Flamingo Cafe ini buat promotion macam ini. Macam sebelum ini cik en pernah datang untuk promotion 100 days New Malaysia sebelum ini. Memang menyelerakan menu menu mereka. Semestinya kalau jenis buffet ini akan ada banyak jenis makanan dari Hot Dish, Appetizer, Fruit, Soup dan Dessert.

Lunch semestinya ada nasi dan disini ada 2 pilihan nasi iaitu nasi putih dan beriyani. Dan ini pula antara hot dish yang ada




Selain itu ada creamy soup. Memang favourite cik en yang ini. Yummy. masa tengah menaip ini terasa lagi kesedapan soup ini


Selain itu, kalau gi buffet cik en akan cari appetizer dia. Kalau sebelum ini memang cik en suka pilihan yang ada dan kali ini tidak mengecewakan cik en. 




Untuk dessert pula cik en suka samosa dia dan fruit cocktail dia sedap juga. Yummy rasanya. Tengah panas panas sejuk  je tekak ini hirup fruit cocktail dia. Nanti nak try la buat. sama ke tidak. Hahahhaha



Selain itu korang boleh Fruit Pickle


Masa cik en lunch di sini ada 4 jenis bubur. 


Kat sini juga ada action stall yang mana masakan dibuat panas panas sebelum dihidang kepada korang. Dalam banyak banyak ini ada beberapa menu yang cik en suka







Bubur bawah ini bubur ikan.. 1st time cik en makan bubur jenis camni. So far memang sedap dan rasa nak repeat ini banyak kali je masa itu tapi rushing untuk event lagi cik en tak dapat nak makan lagi. Next time okey. hahahaha


Yang ini memang love sangat. Roti tisu orang kata. dengan susu pekat lemak berkrim buat menu ini menu penutup cik en yang paling awesome. Hahahha


Anyway for drink, hanya ada plain water kalau korang nak tambah minuman lain boleh order terus di kaunter. Untuk cik en yang tengah diet plain water dan cukup. Huhuhu

Menu disini berubah ubah untuk mengelak pelanggan jemu. Sebab itu kat sini sentiasa full booking. Dengan harga RM 60 untuk dewasa dan RM 28 untuk Kanak Kanak dan Citizen memang tak dinafikanlah ianya selalu penuh. 


Untuk 10th Annivesary Lunch Buffet Buy 1 Free 1 hanya untuk adult price only dan hanya ada pada  Sunday bermula jam 12.30pm-2.30pm. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi +604 - 892 7167 atau email terus ke fnb.pg@flamingo.com.my

Anyway masa Lia pergi sebelum ini, menu dia agak berbeza dan korang boleh baca review dia di entri Buy 1 Free 1 Sunday Lunch Buffet Flamingo Hotel 

2019-06-27

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang | Yeah, selesai aktiviti di The Habitat dan Event di The Venture, cik en craving pula nak makan durian bila nampak tepi jalan jual durian masa datang ke Penang pagi itu. Lagi lagi dengan pulut dan santan, perghhhh mesti terasa nikmatnya dunia. Hahahaha. Tapi kat mana di Penang ini ada jual durian? Anyway di Lexis Suites Penang tengah buat Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet untuk korang yang tengah craving macam cik en ini. Rasa puas sangat la makan durian ini dengan 10 jenis durian yang terkenal di Malaysia ini. | Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang
Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang


Promosi istimewa Durian Fiesta di Lexis Suites Penang ini menawarkan 10 jenis durian iaitu Musang King, Ang Hae, Hor Lor, Kapli, Cheh Phoay Kia, D11, D14, Cheh Phoay 15, Kun Poh dan Ang Bak Kia. Semua jenis durian ini mempunyai rasa, bau dan warna yang berbeza serta mempunyai keistimewaannya tersendiri. Cik en pun selama ini pernah rasa Musang King dan D14 je. Tak sangka pula banyak betul jenis durian ini. Ianya berada di pelbagai tempat dan Lexis Suites Penang bawakan semua ini di Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet. 

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang


Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Harga yang ditawarkan sangat murah la kalau nak dibanding tempat lain yang hanya menawarkan satu atau dua jenis durian sahaja. Harganya RM118 seorang dengan limit 2 jam korang melantak (kata orang perak ler). Yang lagi best, dalam satu sesi hanya ada 10 orang paling maksimum ditambah pula Lexis memilih beachfront sebagai tempat untuk korang menikmati "Kings Of Fruits" ini. Heaven sangat. Hahahhaha

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Durian Fiesta di Lexis Suites Penang

Selain dari durian, pihak Lexis juga sediakan pulut, santan dan gula merah sebagai booster untuk korang yang suka gabungan itu. Drinking water juga include dalam pakej ini. Untuk tempahan Durian Fiesta "All You Can Eat" Value Buffet ini, korang kena buat sekurang kurangnya sehari sebelum korang nak mai. Segala tempahan korang boleh ke Front Office atau Reception department kalau korang menginap di Lexis Suite Penang ini. Kalau tidak boleh call 04-6282888 atau paling mudah scan saja QR dibawah ini. Mudah dan cepat kan?


Korang kalau mai Penang, masuklah Lexis Suites Penang salah satu tempat penginapan. Cik en one day nanti nak stay sini dengan family. Hope nanti bila dah stay sini semalam dua boleh sharing dekat www.nurfuzie.com nanti

update 13 Ogos 2019 : The durian promotion has ended

2019-06-25

The Venture Penang Menawarkan Ruang Sewaan Pejabat Untuk Pengusaha Perniagaan Atas Talian

The Venture Penang Menawarkan Ruang Sewaan Pejabat Untuk Pengusaha Perniagaan Atas Talian | Korang berniaga online dan korang sentiasa nak memajukan perniagaan korang. Semestinya ada kerjasama dan perbincangan secara rasmi bersama pelanggan atau rakan kongsi korang kan? Nak buat meeting di kedai mamak macam tak sesuai pula dan tempat paling terbaik adalah sebuah pejabat atau ruang perbincangan yang selesa dan private. Nak mencari ruang sewaan pejabat, bilik perbincangan, alamat surat menyurat dan segala yang berkaitan sangat susah. Bukan senang nak mencari kan? Tapi sekarang, ada pakej menawarkan ruang sewaan pejabat dengan kadar yang murah dan berbaloi. Terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, The Venture Penang menawarkan pelbagai pakej untuk mereka yang memerlukan sewaan pejabat atau ruang seminar. | The Venture Penang Menawarkan Ruang Sewaan Pejabat Untuk Pengusaha Perniagaan Atas Talian

The Venture Penang
The Venture Penang

The Venture Penang Menawarkan Ruang Sewaan Pejabat Untuk Pengusaha Perniagaan Atas Talian


Cik en sendiri pernah ditanya oleh kawan cik en yang berniaga online. Disebabkan usaha beliau, dia ditawarkan kerjasama dengan rakan kongsi yang mampu mengembangkan perniagaan dia. Tapi disebabkan semua kerja adalah secara online dan dibuat dirumah, jadi menyukarkan dia untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan rakan kongsi. Pernah cuba buat perbincangan di cafe tapi macam macam masalah seperti ada tempat yang bising, sibuk dan wifi internet yang lemah. Disebab itu cik en kongsi mengenai The Venture Penang ini kepada dia. Bukan sahaja ada tempat yang selesa tapi ada perkhidmatan untuk pejabat maya untuk alamat perniagaan dan surat menyurat

Pakej yang ditawarkan adalah 

  1. Open Hot Desk - RM 288 setiap bulan.
  2. Dedicated Desk - RM 388 setiap bulan.
  3. Private Office - RM 1488 - RM2388
  4. Day Pass - RM 30 setiap hari.
  5. Student Pass - RM 15 setiap hari.
  6. Virtual Office - RM 75 setiap bulan.
  7. Meeting Room - RM 88 jam pertama dan RM 50 jam seterusnya (during operating hour)
        • RM 100 jam pertama dan RM 88 jam seterusnya (after operating hour dan weekends)
  8. Event Space - RM 138 jam pertama dan RM 88 jam seterusnya (during operating hour)
        • RM 158 jam pertama dan RM 100 jam seterusnya (after operating hour dan weekends)






The Venture Penang
508-2-1 Tanjung Point, Jalan Tanjung Tokong
10470 Tanjung Tokong Penang
019-9507596
info@theventure.com.my
www.theventure.com.my

Grand Opening The Venture ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari pada 22 Jun 2019 yang lepas. 

Image may contain: text

Cik en sempat join 2 aktiviti semasa grand opening ini. Pertama adalah DIY Facial Spray and Headache Eraser yang dianjurkan oleh doTerra. doTerra adalah pengeluar Pure Therapeutic Grade Essential Oil. Maklumat lain di laman web mereka https://penang-doterra-wellness-center.business.site/



Aktiviti kedua adalah dari Uncang Tea. Apa yang menarik mengenai Uncang Tea ini? Anyway ianya tea yang berwarna warni dan mempunyai rasa yang berbeza. Maklumat lanjut di laman web mereka di https://www.uncangtea.com/

Image may contain: 2 people, people sitting

Lavender + Roselle + Butterfly Flower

Pappermint + Butterfly Flower
Anyway masa event ini cik en dapat bunga dari Bunga Penang


Cik en berkesempatan untuk join seminar homestay oleh Merveille Journey. Banyak info dan idea yang beliau sharing. Sampai rasa macam ak beli satua set dan buat homestay sendiri. Hahhaha

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing

And last adalah Midorie Malaysia. Yang ini adalah teknologi terkini untuk mengantikan tanah biasa kita guna. Ianya pun tak perlu disiram setiap hari. Info lanjut boleh baca di https://midorie-malaysia.com/homepage/


Event ini bukan cik en sahaja yang ada, cik en ditemani oleh blogger Khaty dan Lia Hasty

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and people standing

The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill

The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill | Di Malaysia, negeri yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di luar dan negara adalah Pulau Pinang atau senang dipanggil Penang. Tempat tarikan utama apabila sampai di Penang adalah Penang Hill atau Bukit Bendera. Salah satu tarikan di Penang Hill, The Habitat dibuka pada tahun 2016 dengan tarikan Langur Way Canopy Walk, Curtis Crest Tree Top Walk, Trail and Garden, Sunset Walk dan terbaru sekali adalah The Flight Of The Colugo Zip. Cik en berkesempatan mencuba The Flight Of The Colugo Zip ini minggu lepas dan nak sharing apa yang best di The Flight Of The Colugo Zip, berbaloikah mencuba aktiviti ini, dan info menarik yang lain mengenai The Flight Of The Colugo Zip ini. | The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill


The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill 


Trip ini, cik en bersama dengan Lia Hasty yang merupakan blogger Penang. Kami berdua naik train jam 8.24 pagi dan bersarapan dulu sebelum bergerak ke check point The Habitat di dataran Penang Hill. Selepas itu, kami menaiki Hilux dan menuju ke pinti masuk The Habitat. 




Selesai pendaftaran, kami terus masuk The Habitat dan menunggu di bahagian The Flight Of The Colugo Zip tak jauh dari pintu masuk The Habitat. Kami adalah orang terawal yang mengikuti trip The Flight Of The Colugo Zip Tarikan The Habitat Penang Hill untuk pagi itu. 






Untuk aktiviti yang sebegini, semestinya kita perlu pakai kelengkapan keselamatan. Menariknya disini, ranger yang ditugaskan akan memakaikan untuk kita sebab disini keselamatan adalah perkara paling utama. Jadi kita tak dibenarkan untuk mengusik apa apa peralatan yang dipakai. Jika rasa tak selesa, inform ranger yang ada untuk mereka betul dan selaraskan semula. 


Selesai pemakaian peralatan keselamatan, kami diberi penerangan ringkas sebelum melakukan aktiviti. Ada 4 peraturan yang korang kena ingat. 4 peraturan itu korang akan tahu kalau korang datang kesini melakukan aktiviti ini. 


Selesai penerangan ringkas, kami terus naik ke point yang pertama. Point ini dipanggil Honeymoon Zip Line 


Honeymoon Zip Line ini masih baru dan ianya sesuai untuk couple activities disebabkan aktiviti ini boleh gliding 2 orang serentak dengan berpegangan tangan. Panjang Honeymoon Zip Line in 80 meter.


Selesai Honeymoon Zip Line, korang perlu berjalan sikit untuk ke point no 2. Kali ini kami dilepaskan one by one. Sementara menunggu, disediakan tempat duduk untuk korang berehat dulu sementara tunggu turn. Oh ya, untuk satu trip ini, maksimun person yang boleh ikut dalam satu kumpulan adalah 8 orang. Termasuk dengan guide ranger 2 orang. Ini sebab di setiap pokok, maksimun bilangan orang yang boleh ada dalam satu satu masa adalah 10 orang.


Untuk point ke 2 ini atau 2nd Zip Line ini, cik en pergi dulu. Selepas itu baru Lia. Dan la cik en dan dia ambil gambar. Cuma di Honeymoon Zip, tak ada gambar kami berdua flying 

Sampai di 2nd Zip Line, cik en dah mula pelik. Pokok mana untuk kami glidding lagi. Sebab semua tempat perlu langgar ranting pokok. Aduh, ranger ini pula memainkan kami dengan suruh memilih pokok mana nak pergi. Hahahhaha. Cik en dah mula rasa macam dah sampai point asbeiling. Dan memang benarlah. 


Ketinggian ini adalah 4 tingkat bangunan. Mula mula macam takut tapi seronok sangat la. Rasa nak buat lagi. Tapi Lia tak boleh nak lepaskan kedua dua tangan. hahahhaa. 


Sampai saja bawah, cik en mencari lagi, mana point seterusnya. Rupanya di bahagian bawah dan pokok seterusnya adalah pokok dalam kawasan Hutan Simpan. So ini untuk 3rd Zip Line


Sampai point 3rd ini, kami diberi penerangan jenis pokok yang kami berdiri. Pokok itu adalah pokok Jelutong. Yang mana getahnya dibuat chewing gum pada masa dulu. 


Untuk point seterusnya adalah Rope Bridge. So untuk point ini tidaklah menakutkan seperti point yang lain. hahahaha. Yakinnya kamu.. So far dah sampai dihujung mula la rope ini bergoyang goyang. hahahah. 



Untuk point seterusnya kita kembali kepada Zip Line yang ke 4. Sebelum itu, ada penerangan juga mengenai pokok. Sambil itu, cik en ada tanya, berapa lama mereka buat inspection setiap pokok, peralatan dan lain lain. Sebabnya ianya melibatkan keselamatan setiap pengunjung disini. Untuk rutin inspection, setiap traning rangers akan checking setiap hari sebelum menerima pengunjung, Untuk inspection dari luar akan dibuat kalau tak silap cik en la 3 minggu sekali (serius lupa pula yang ini) dan inspection khas akan dibuat setahun 3 kali. Rangers pula akan renew qualificated mereka 3 bulan sekali. So korang tak perlu takut pasal keselamatan sebab The Habitat sangat mementingkan keselamatan korang yang join aktiviti ini. 



And last Zip Line yang ke 5. Untuk pokok disini setiap bulan Jabatan Perhutanan akan check semua pokok yang diguna pakai untuk aktiviti ini. Segala pokok tak boleh ditebang sesuka hati. Hanya Jabatan Perhutanan sahaja yang boleh buat untuk pemotongan apa jua pokok. Pemilihan pokok masa awal The Flight Of The Colugo Zip ini dibina pun adalah keputusan Jabatan Perhutanan. 


Selesai aktiviti The Flight Of The Colugo Zip kami dan wajibla, kena selfie menandakan kami dah selesai mencabar diri kami untuk The Flight Of The Colugo Zip ini. Haahahaha


Anyway ingat dah habis aktiviti The Flight Of The Colugo Zip ini, cik en nak ke Conopy Walk dan yang lain lain tapi tak sempat sebab cik en perlu ke event seterusnya. 


So kalau korang nak ke sini korang boleh beli tiket secara online atau walk in. Harga adalah

Train : RM 12.00 (warganergara Malaysia - jangan lupa bagi kad pengenalan)
Entrance Ticket : RM 53.00
The Flight Of The Colugo Zip Ticket : RM 106.00

Laman Web : https://thehabitat.my

Untuk harga terkini train Penang Hill boleh tengok update terbaru di entri Harga Tiket Bukit Bendera

Get widget

Blog Archive

Trending 1 Week

Labels

Ads

Grab Me!