www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2019-05-23

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop | Teruja nampaknya semua bila cik en muat naik gambar sofa bed yang baru sampai di media sosial. Sesungguhnya  keterujaan korang itu tak seterujanya cik en yang dah lama menunggu dengan penuh kesabaran dan ketenangan tanpa war warkan kepada korang. Lepas banyak kes order lain dapat lain sebelum ini, cik en jadi takut nak kongsikan apa yang cik en beli sebelum barangnya sampai. Tapi kali ini puas hati la, barang dalam gambar dan depan mata sama. Warna dia pun sama dan kebesarannya pun sama. So berbaloi la penantian hampir sebulan lebih akhirnya barang yang sampai memuaskan hati cik en. So dengan itu cik en nak kongsi dengan korang Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop dari pengalaman sendiri. 


Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop

Anyway bila masuk SGShop memang cik en jadi macam rambang mata, mana satu nak pilih. Pilihannya sangat banyak dan harganya yang macam tak masuk akal. Murah sangat. Cuma bahagian shipping nanti korang kena alert berat. Lagi berat lagi mahal shipping dia tapi cik en akan bagai tips untuk dapatkan diskaun pada shipping nanti. So lets go kepada Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop hasil dari pengalaman sendiri cik en. 

Sebelum itu cik en nak share sikit apa yang korang kena tahu mengenai shopping online SGShop ini.

Apa Itu SGShop


SGShop adalah shopping online yang memberi perkhidmatan pembelian di shopping online China. SGShop juga adalah Taobao Agent dan di Malaysia, SGShop Malaysia sebagai Taobao Malaysia. Cuma kalau pembelian terus korang kena tahu bahasa cina baru korang boleh beli disebabkan semua laman web ini berbahasa cina. 

Sgshop ini ada buat beberapa perkhidmatan iaitu Buy For Me, Ship For Me dan SmartShop. Ketiga ini ada perbezaannya. Cuma cik en ada pengalaman pada Buy For Me. Maknanya SgShop akan uruskan pembelian dan penghantaran kepada kita. Kalau Ship For Me, kita akan uruskan pembelian bayaran dan menggunakan SGShop untuk penghantaran ke Malaysia.

SGShop juga baru menaik taraf laman web mereka dengan reka bentuk web yang responsif bagi memudahkan korang untuk cuci mata atau buat pembelian. Ada tambahan Bahasa Melayu bagi memudahkan korang yang mungkin tidak mahir dalam English. So tiada masalah salah info atau salah pembelian. Dan korang boleh cari barangan dengan upload gambar. So tak ada masalah la kalau tak tahu apa nama barangan itu. Dan yang last ada Shiok Shipping Program. Yang ini cik en akan terangkan dihujung entri sebab ianya antara tips cik en nak kongsi dengan korang. So harap korang faham la sikit mengenai SGShop ini atau senang cakap Borang China sebelum cik en teruskan Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop ini. 

Cara Mudah Beli Barang Dari China Dengan SGShop


Langkah 1 : Masuk ke laman web SGShop. Selain itu boleh download Apps SGShop di Google Play atau Apple Store


Langkah 2 : Semestinya kena buat sign up atau mana ada akaun boleh log in sahaja dan wajib letak nombor telefon sebab nanti SgShop akan hantar code yang perlu korang masukkan semasa pendaftaran.




Langkah 3 : Cari produk atau barangan dengan gambar, keyword atau link dari Taobao.com url. Macam sofa bed cik rn tu korang boleh klik Sofa Bed



Langkah 4 : Sebelum add cart pastikan saiz dan warna pilihan korang dan double check untuk mengelak dari salah order. 



Langkah 5 : Dah confirm semuanya boleh add to chart dan boleh checkout. Penting sangat part ini. Pembayaran checkout ini adalah pembayaran pertama untuk Buy For Me. Pembayaran ini untuk pembelian dari China Seller. Sg Care tu terpulang korang nak klik atau tak. SG Care ini lebih kurang macam jaminan. Berlaku apa apa pada barangan SG Care akan bertanggungjawab. Disebabkan produk ini besar so cik en decide untuk guna SG Care. Ada pembayaran sikit la tak sampai RM5. 



Langkah 6 : Lepas settle pembayaran pertama ini selesai, korang akan di update pasal barangan korang. Bila dah sampai ke China Warehouse korang kena stanby pula untuk pembayaran ke 2. Ini tanda barangan korang dah sampai ke China Warehouse



Langkah 7 : Setelah semuanya selesai masuk ke China Warehouse, SGShop akan keluarkan invoice untuk shipping ke Malaysia pula dan korang perlu buat pembayaran ke 2 sebelum naik kapal ke Malaysia. Ada beberapa jenis Shipping Method dan korang boleh pilih mana yang sesuai. Paling murah Sea Shipping.


Disebabkan barangan cik en ini berat 70kg dengan volumetric weight 181x24x98 so jangan terkejut kalau shippingnya hampir RM400. Sedangkan harga sofa bed dia RM190 (paling besar 180 meter dengan 2 bantal). Tapi korang boleh gunakan tips cik en dengan Subscribe Syiok. Syiok ini adalah 30% diskaun untuk shipping. So dalam pembayaran ke 2, cik en jimat dalam RM120 camtu. Berbaloi sangat bagi cik en. Lagi lagi barangan ini antara barangan yang cik en dah masuk dalam wishlist untuk masuk rumah baru nanti.

p/s : Rasa nak buat giveaway untuk korang sebab cik en ada beli beberapa item dari SGShop yang nampaknya cik en takleh guna.  So korang kena rajin follow media sosial cik en nanti. 

  11 comments:

  1. Thanks for the shopping tips! I love their home deco items

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak beli kat sgshop.. Last dulu lupa dah bila.. Btw lawa color sofa tu..

    ReplyDelete
  3. cantik dan harga murah lah, awat akk xperasan sofa n aritu huhu

    ReplyDelete
  4. tengok ada ada macam-macam pilihan, dan harga pun ada yang murah. cuma, sebelum ni tak pandai nak membeli kat website ni. bolehlah jadikan entry Cik En ni sebagai rujukan.

    ReplyDelete
  5. Xpernah lagi beli barang kat sgshop.. Nk beli tapi was2.. Tp ade posting ni leh la buat rujukan..

    ReplyDelete
  6. Akak tak pernah beli lagi kat SG Shop ni....nanti boleh cuba. Sofa cik en comel la....

    ReplyDelete
  7. wahh biar betul cik en beli sofa bed tuuu melalui sg shop?? terkejut TB tengok.. ala-ala ala... lawa la pulak.. ter bekenannnn lakk

    ReplyDelete
  8. Lama x shopping kat sgshop. Kat sini barang nemang murah murah kan

    ReplyDelete
  9. Oh yes, i bought clothes and accessories thru them too but tak pernah beli perabot lagi.

    ReplyDelete
  10. Suka la sofa tu cik En. Walaupun murah. Tapi kita tak berani lagi nak shopping kt SgShop. Dok cuci mata je la. Hehe

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Get widget

Trending 1 Week

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!