Testimoni Sebenar Menggunakan Safi Expert Solution Oleh Eintan Nurfuzie

Testimoni Sebenar Menggunakan Safi Expert Solution Oleh Eintan Nurfuzie | Ramai la dok kata, blogger ini kalau nak buat testimoni mesti cepat sangat kesannya kan? Kali ini cik en ambil masa  yang lama iaitu hampir 3 minggu untuk membuktikan adakah Safi Expert Solution keluaran terbaru Safi ini berkesan atau tak? Safi satu jenama yang sangat cik en percayai dari dulu sampai sekarang. Dari sari mentimun sampai la Safi OxyWhite memang cik en setia menggunakan. Lepas cik en travel ke Jogja dan buat aktiviti snorkling di Pulau Perhentian, kulit cik en dah macam biskut terlebih masak je. Kulit jadi kering melampau dan sunburn yang teruk terutama pipi cik en yang mulus ini. Cik en menggunakan Safi Expert Solution setiap hari selama 3 minggu ini. Adakah ianya berjaya? Kalau tak berjaya memang cik en boikot Safi Expert Solution! | Testimoni Sebenar Menggunakan Safi Expert Solution Oleh Eintan Nurfuzie


Testimoni Sebenar Menggunakan Safi Expert Solution Oleh Eintan Nurfuzie


Anyway cik en dapat Safi Expert Solution ini sebelum cik en ke Pulau Perhentian lagi. Asalnya macam nak cuba la lepas balik Jogja tapi dah alang alang apa kata bagi muka ini betul betul sunburn, betul kering kering, betul betul gelap dan betul betul teruk la senang cerita. Masa di Pulau Perhentian memang cik en tak apply sunblock sebab cik en takut nak guna lepas di Jogja muka naik jerawat yang banyak. Settle aktiviti berjalan jalan cik en, barulah cik en start gunakan Safi Expert Solution ini secara konsisten. 



Untuk merawat masalah kulit cik en kali ini, cik en gunakan tiga produk Safi Expert Solution. Dua daripadanya dalam set Safi Expert Solution Intensive Ampoules dan satu lagi Safi Expert Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin. First time cik en terima Safi Expert Solution ini, cik en sebenarnya macam was was nak guna. Sebabnya macam pelik je produk Safi Expert Solution ini. Dengan packing hitam dia, lepas itu ada pula step 1 dan step 2 nak guna. Nama dia Intensive Ampoules pula. Kalau serum itu, kita tau la apa kan. Ini nak kata pelembab pun bukan, krim pun bukan. Yang Milk Drop Serum macam pelembab tapi dikatanya serum. Lepas duk baca pamplet barulah cik en tahu apa kebenda ketiga tiga produk Safi Expert Solution ini. 

Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation


Intensive Ampoules ini didalam kotak dan ada 2 jenis produk yang hanya tulis Safi Expert Solution Intensive Ampoules 1 dan 2. 


Safi Expert Solution Intensive Ampoules 1

Ianya Renewal Hydra Complex. Fungsinya macam renew balik kulit muka kita dan dalam masa yang sama melembabkan, melembutkan dan smooth kulit wajah. Safi Expert Solution Intensive Ampoules 1 ini adalah campuran unik Mandelic Acid dan Hyluronic Acid. Tekstur dia macam air biasa dan tak ada bau bauan. Sebijik macam air paip kita itu. Masa itu dalam hati ini, macam air paip je Safi Expert Solution Intensive Ampoules 1 ini. Maybe sebab kita tak nampak dalam Safi Expert Solution Intensive Ampoules 1 ini ada apa. Cara guna dia, drop sikit pada tangan atau cik en terus kepada kulit muka dan urut dengan lembut. Settle bagi kering kita pergi ke step ke 2 pula. 


Safi Expert Solution Intensive Ampoules 2

Yang ini namanya Supreme Anti-Spots Complex. Fungsi yang ini dapat mengurangkan secara drastik pigmentasi, improves skin firmness dan ketidaksempurnaan kulit yang lain. Ini pula gabungan unik Antioxidants dan Bio Complex eksklusif. Tekstur dia berminyak macam minyak baby itu dan bau dia harum la. Cik en suka. Masa ini pun dok test macam letak minyak baby je atas muka ini. Cara penggunaannya sama macam yang first cuma urut naik keatas ala ala di spa giteww.. 

Safi Expert Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin 



Anyway ianya serum walaupun tekstur dia macam pelembab. Cik en biasa guna serum jenis cecair sebab ianya adalah step pertama kita perlu apply lepas pelembab muka. Cik en pernah tertengok di youtube, step kita nak pakai produk ini bermula dari yang jenis cecair sehingga pekat. Sebab ianya memberi kesan dan jangkamasa serapan pada kulit. 

Fungsi Safi Expert Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin  ini adalah melembabkan kulit dengan locking dari kekeringan. Diformulasikan dengan Hydra Boost capsules dalam campuran milk droplests  untuk memudahkan dan mempercepatkan serapan pada kulit. Mungkin kerana campuran ini yang menyebabkan Safi Expert Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin menjadi macam pelembab. Cara gunaanya hanya calit disekitar muka dan buat urutan membulat.

Untuk kedua dua produk Safi Expert Solution ini, cik en amalkan rutin penggunaan seperti dibawah

Pagi : Lepas cuci muka - apply Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation - Safi Rania Gold Moisturising Day Cream SPF25
Malam : Lepas cuci muka - apply Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation - Solution Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin

Untuk hasilnya selepas 3 minggu 


Walaupun tidak 100% pulih tapi around 60% juga la recover kulit muka cik en ini. Kalau result hingga ke sebulan atau sebulan lebih mesti lagi okey. Kesan sunburn memang kurang banyak, kulit nampak lebih cerah, kulit lebih lembab tapi tak sampai berminyak minyak. Dark circle bawah mata pun mula mengurang sikit demi sedikit walaupun cik en tahu cik en adalah fully contact lens user so susah nak hilang terus dark circle ini. So tak jadilah nak boikot Safi Expert Solution ini sebab ianya berkesan pada kulit cik en. 

Mungkin lain orang lain kesannya dan sebenarnya banyak lagi kesan kesan yang boleh dapat lepas penggunaan Safi Expert Solution ini. Buat masa ini, ini Testimoni Sebenar Menggunakan Safi Expert Solution Oleh Eintan Nurfuzie.


PURCHASE ANY SAFI EXPERT SOLUTION ENJOY RM5 OFF

Promo codes: ISSINRUYTYJRSA
Promo Duration: 02.04.2019 - 29.04.2019

Link guardian: http://bit.ly/2U5XLA4
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

7 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Akak guna safi ada perubahan bintik hitam kat pipi nampak pudar sikit2

    ReplyDelete
  2. cik nor guna jgk..mmg nampak kesan dia..terbaik..:)

    ReplyDelete
  3. Exclusive sangat packaging untuk safi yang ni.

    ReplyDelete
  4. wahhh menarik produk safi ni.. nak cubalah nanti!

    ReplyDelete
  5. salam cik en... pencuci muka cik en guna dr rangkaian safi jugak ke? atau produk lain?

    ReplyDelete
  6. mmg bes guna produk ni..bintik hitam bkurang dan pudar

    ReplyDelete
Previous Post Next Post