www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-11-19

Cik En Tak Takut Anjing Eh?

Cik En Tak Takut Anjing Eh? | Seringkali cik en akan diaju soalan ini bila upload gambar bersama dengan anjing. Cik En Tak Takut Anjing Eh? Beraninya cik en? dan macam macam lagi tapi cik en faham kita dah difahamkan anjing memang garang suka mengigit. Lagipun mentaliti kita rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu yang anjing ini bukan haiwan yang penyayang seperti kucing. Sebab itu cik en pernah keluarkan artikel Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing pada 2016. Sesiapa yang belum membaca cik en harap korang boleh baca artikel itu untuk korang boleh kenal haiwan bernama anjing ini. 


Cik En Tak Takut Anjing Eh?


Berbalik kepada Cik En Tak Takut Anjing Eh? cik en pun macam korang semua juga. Ada juga perasaan takut dan was was. Lagi lagi cik en berdepan dengan mereka dalam pelbagai keadaan seperti sakit, marah dan agresif. Walau haiwan apa pun even kucing, korang bukannya boleh main terkam je. Jumpa kucing comel terus kejar. Confirm kucing pun akan lari atau bertindak agresif. 

Tips yang cik en akan amalkan bila berhadapan dengan mana mana haiwan yang datang ke klinik atau dimana mana tempat adalah 

  1. Perhatikan matanya, mata takkan menipu. Saiz mata hitam membawa maksud yang tertentu. Jika mata hitam besar maknanya mereka takut. Kalau ditambah dengan kemerahan (bukan masalah sakit mata) kemungkinan mereka tengah marah
  2. Perhatikan gerak badan mereka. Mereka menyinga atau menikus
  3. Jangan terus terkam, peluk, sentuh atau apa apa pun. Mulakan dengan sentuh bahagian yang dia nampak seperti dahi atau kepala. Jika tak ada tindakan agresif, baru perlahan lahan gosok bahagian batang hidung. Pastikan alert bahagian mana yang sakit dan sentuh perlahan lahan di kawasan itu. 
  4. Kalau dah nampak agresif, better jauhkan diri dulu dan mula pujuk guna mulut. 
  5. Kalau kucing cik en akan guna tuala dan tutup mata dulu dan mula perlahan lahan sentuh bahagian badan. 



Untuk kes Fillo dan kawan kawan dia yang mana tinggal di sebelah rumah cik en ini. Cik en ambil masa hampir setengah tahun untuk berkawan dengan mereka. Fillo jenis baka Great Dane. Anjing paling besar. Nampak menakutkan sebab tinggi dia separuh badan cik en tapi paling manja sebenarnya. Anyway anjing yang kecil ini yang paling berbahaya. Sebab mereka suka mengigit bila rasa terancam.

Cik en pernah kena gigit dengan anjing?


Image result for shih tzu

Of Course. Anjing jenis Shi Tzu. Anjing kecil nampak comel sangat tapi kalau terancam atau marah suka mengigit. Anyway tak teruk tapi sakit juga la. Tapi tak terlawan kesan gigit dan luka dari kucing. Sampai 2 3 kali tersembur darah dari kesan gigitan kucing. Hahahhaha

2018-11-15

Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak

Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak  | Lamanya cik en tak kongsi story story semasa kerja kan? Kerap sangat keluarkan niche beauty dan travel lately ini. So hari ini cik en nak kongsi dengan korang 2 kes pagi tadi. Seawal 8.30 pagi klinik veterinar dah dibuka. Kes pertama adalah kes kucing tak boleh kencing dan semestinya cik en dah boleh agak ianya kes batu karang. Belum selesai kes pertama masuk kes kedua, kes yang sama tapi condition kucingnya agak lemah


Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak


Mana yang tak tahu lagi, kucing jantan selalunya akan kena Batu Karang atau FLUTD berbanding kucing betina. Macam mana nak tahu kucing kita kena batu karang? korang boleh baca artikel Kenapa Kucing Kencing Berdarah , Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang atau entri Penyakit Sistem Urinari Kucing. Untuk kes pagi tadi seperti cik en story di awal tadi ini merupakan kes pertama yang cik en buat serentak disebabkan kalau cik en tunggu takut masalah lagi kronik. 

Kucing 1 - Kucing datang 8.30 pagi dan ianya refer 3 hari sebelum ini yang cik en dah beri injection dan ubat urinary. Owner datang harini katanya kucing itu dah tak boleh kencing dan bising setiap kali nak kencing tapi kucing masih aktif dan manja. Cik en terus buat disebabkan tak ramai orang lagi. Selesai bius, cik en buat proses flushing dan drip 

Kucing 2 - kes datang 9.30 pagi, keadaan kucing agak lemah dan cik en terus buat tapi tak biuskan kerana ada risiko kalau dibiuskan. Selesai flushing kucing boleh mula akan muka dan mula berjalan

Anyway kedua dua kes ini alhamdulilah berjaya dan diharap mereka akan sihat. Apa yang penting, kedua dua owner kucing ini perlu cari makanan kucing jenis Urinary S/O jenama Royal Canin

2018-11-12

100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boleh Bertukar kepada TIME Internet

100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boleh Bertukar kepada TIME Internet | Sebagai seorang blogger, pemain game online tegar dan kaki online yang extreme, semestinya korang mencari dan terus mencari pelan jalurlebar yang murah tapi mampu memberi kelajuan maksimun dalam melayari kegilaan korang bila berada dalam talian dan dapat mengatasi masalah gangguan semasa melayari seperti cuaca, bangunan dan lain lain lagi termasuklah cik en. Banyak pelan yang ditawarkan tapi cik en tak nampak pakej yang berbaloi dari segi kelajuan, harga dan kepuasan. Sampai la cik en diperkenakan dengan TIME. Dan cik en sangat tertarik dengan Internet Time yang telah melancarkan langganan dalam talian TIME untuk pelan jalurlebar eksklusif 100Mbps dengan hanya RM99 sahaja.


100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boeh Bertukar kepada TIME Internet 

Dalam perlancaran itu juga, TIME juga melancarkan pelan jalur lebar rumah terpantas di Malaysia iaitu 1Gbps. Gigabit tau bukan lagi Megabit. Dengan 1Gbps atau 1000 Mbps ini, korang memang akan puas melayari internet seperti tanpa ada halangan halangan yang boleh buat mood korang menjad Hulk. Hahahha. Dengan 1Gbps korang boleh muat turun video, stream movie dan muat naik gambar tanpa perlu menunggu atau buffering langsung. Berdesup sekelip mata dah tersave. Tak sempat korang nak ke tandas dah boleh layan movie. Selain itu untuk kaki games online pula, korang akan merasai kelajuan permainan tanpa "hang" walaupun dalam masa yang sama korang tengah layan internet yang lain seperti youtube dan sosial media yang lain. Kalau yang buat bisnes online pula, korang boleh jawab pertanyaan pelanggan tanpa sempat pelanggan nak bertanya. Hahahhaha. Just joke okey!

Tapi cik en selalu ada masalah bila cuaca tak menentu seperti hujan dan ribut. Baru nak layan streaming Gegarvaganza di youtube, mai hujan, tersekat sekat pula. Hilang mood tau. Sebab nak selesaikan masalah itu cik en memang nak memilih Fibre Broadband dari mobile broadband. TIME menggunakan Fibre Broadband yang mana ianya sambungan jalur lebar yang lebih cepat, dipercayai, selamat, muat turun dan muat turun yang lebih tinggi dan dapat nilai harga yang lebih murah. Pendek kata harga yang dibayar berbaloi dengan perkhidmatan yang di tawarkan. 


Tapi the best deal dari TIME adalah 100Mbps dengan harga hanya RM99 berbanding dengan pelan internet yang lain yang kebiasaan harga RM129++. Lagi best dengan TIME ini, kelajuan muat turun dan muat naik sama iaitu 100Mbps berbanding pelan yang lain. Barulah betul kan bila korang memilih pelan jalurlebar kelajuan 100Mbps. 


Berbanding dengan pelan internet yang terkenal di Malaysia, pakej mereka tawarkan adalah 100Mbps tapi korang takkan dapat kelajuan yang sama untuk muat turun dan muat naik. Contoh ambil pakej 100Mbps tapi kelajuan untuk muat turun adalah 100Mbps dan hanya 50Mbps kelajuan untuk muat naik. Sebab itu pengguna pelan internet yang lain termasuk sekarang cik en gunakan Pelan U dapat rasakan perbezaan tersebut.

Untuk pelan Time 100Mbps hanya RM99 dan pelan TIME yang lain, korang tak perlu nak bersiap berjam jam make up dan keluar untuk mendaftar, sebabnya pendaftaran pelan TIME hanya terdapat dalam online sahaja dan siap mendaftar dalam beberapa minit saja tau! Kalau korang nak tahu juga masa untuk mendaftar adalah sangat sangat terhad. So korang kena cepat cepat melanggan sebelum tamat tempoh tawaran dan jadilah orang pertama menggunakannya. Baru la boleh berlagak (ahahhaha).

And last, TIME menawarkan off RM100 dalam bil kalau korang mendaftar sekarang. Untuk mendaftar dan maklumat lanjut korang boleh ke https://bit.ly/2PeKS0g

Stemcell MixBerries Kitsui Untuk Penjagaan Tubuh Badan dan Kulit

Stemcell MixBerries Kitsui Untuk Penjagaan Tubuh Badan dan Kulit | Ingat lagi tak cik en ada review Pimple Away Kitsui sebelum ini? Dengan hanya 5 hari consume superfood kitsui ini memang dah nampak kesannya. Disebabkan itu, cik en excited nak mencuba salah satu lagi produk Kitsui iaitu Stemcell MixBerries Kitsui. Stemcell MixBerries Kitsui ini adalah minuman lengkap untuk body dan skin kita. Dengan memberi kesan melindungi, mengurangkan dan menambahbaikkan body dan skin kita menjadi punca cik en memilih Stemcell MixBerries Kitsui dari superfood yang lain. 

Stemcell MixBerries Kitsui
Stemcell MixBerries Kitsui

Stemcell MixBerries Kitsui 


Mesti korang tertanya, kenapa cik en nyatakan Stemcell MixBerries Kitsui ini superfood kan? Produk Kitsui termasuk Stemcell MixBerries Kitsui bukan dibuat daripada ubatan tapi adalah produk yg diperbuat dari makanan seharian kita seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan kolagen dari ikan. So kalau korang tercari cari No. MAL memang tak kan jumpa la sebab No. MAL hanya untuk produk yang mempunyai ubat. Produk KITSUI cuma ada No.Reference Dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan dikategorikan sebagai makanan. So korang jangan risau akan ada kesan kesan sampingan. 


Stemcell MixBerries Kitsui ini campuran buah buahan dan Collagen sahaja seperti 

  • Blueberry
  • Blackcurrant
  • Rasberry
  • Elderberry
  • Red Grape
  • Strawberry
  • Cranberry
  • Collagen StemCell
Sebelum ini cik en pun amalkan minuman tambahan berasaskan jenis berry ini. Memang kesan dia terbukti sangat. So bila nampak Stemcell MixBerries Kitsui ini adalah campuran buah berry yang mempunyai kualiti yang terbaik cik en memang yakin kesan dia. Kalau nak kesan lebih baik cik en recommended untuk jadikan amalan setiap hari dalam jangka masa yang panjang. Itu pun kalau korang nak dapatkan kulit macam cik en la. Hihihi


Stemcell MixBerries Kitsui ini berfungsi untuk melindungi dari cahaya UV dan bebas radikal, mengurangkan pigmentasi, bintik hitam dan kedutan serta improve dark Eye Circke, Eyesight dan tekstur kulit kita. Cara pengambilannya sangat mudah, campurkan 1 paket dengan 150ml air suam, shake atau kacau sehingga larut dan terus minum serta merta selepas sarapan pagi. Jangan lupa minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. Rasanya masam masam macam makan strawberry tapi rasa mild la tak la ekstrem. 

Dan mesti korang nak tengok review jujur atau testimoni dari cik en kan? Cik en sebenarnya ada masalah Dark Eye Circle atau lingkaran gelap di bawah mata. Mungkin sebab cik en menggunakan contact lens sepanjang hari, selalu tak cukup tidur dan mengadap laptop dan handphone untuk selesaikan kerja pejabat dan blog. So semakin hari semakin teruk pula kadar kegelapan itu. Hahaha. Dan ini hasilnya dengan 7 hari mengamalkan Stemcell MixBerries Kitsui ini


Walaupun tak la tak ada langsung dark circle tapi memang dah reduce la dari sebelum ini. Selagi cik en sibuk dan tak cuku tidur semestinya akan ada cuma ianya semakin hari semakin kurang la. 

Untuk pembelian korang boleh beli di Watsons atau Guardian atau boleh juga layari laman web dan media sosial di bawah untuk lebih lanjut

Kitsui 
Hotline +6 03-7666 1129

2018-11-08

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita | Setelah beberapa kali survey pencuci feminin di drugstore dan dah sekian lama tengok SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE baru kali ini cik en memilih untuk mencubanya. Rasanya ramai juga wanita yang ada masalah gelap di sekitar kawasan intim. Termasuk cik en juga. Pernah cuba sabun beras siam dan sabun papaya tapi buat kawasan intim cik en jadi kering dan pedih. Iyalah, PH yang tak sesuai akan buat kawasan tersebut melecet dan tak selesa. Nasib cepat diperkenalkan dengan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE ini, kalau tak tak tahula apa jadi dengan kawasan intim cik en ini. Hahhahah

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita


Memperkenalkan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan? 

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda. 

Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda. 


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit. 

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra. 

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.


Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

2018-11-06

Starfish dan Lunch di Gili Sudak | Trip Lombok Indonesia

Starfish dan Lunch di Gili Sudak | Trip Lombok Indonesia | Pernah korang tengok starfish atau tapak sulaiman hidup live tak? Cik en tak sangka leh jumpa Patrick live kat sini. Comel rupanya starfish ini. Di Gili Sudak, starfish ini merata rata ada. Ada kecil dan besar. Selain itu, kat Gili Sudak ini tempat makan lunch kami. Heaven sangat rasanya. Makan menghadap laut gitew. Sini kami tak keliling pulau. Selesai makan dan bergambar dengan starfish kami terus ke Gili seterusnya


Starfish dan Lunch di Gili Sudak

Gili Sudak dan Gili Nanggu terpisah dengan Gili Tangkong. So puas snorkeling kami terus naik bot ke Gili Sudak. Ingatkan nak berenang pakai life jacket je ke sana tapi rasanya sampai malam tak sampai sebab cik en bukannya pandai berenang. hahahahah. 


Jom tengok menu kami untuk lunch hari kedua dan gambar kami baling baling starfish. Hahhahaha












Ada yang tanya kenapa kena baling baling starfish tu.  Anyway apa yang Buyung beritahu, starfish tak boleh lama duduk di tempat kering. Jadi selesai berselfie kena masukkan balik kat air cepat cepat. Paling cepat dengan baling terus ke laut. Korang nampak saja tinggi, anyway teknik ambil gambar je tu. Ianya tak mencederakan starfish

Kat sini ada udang kara fresh. Nak masakkan boleh. Tapi confirm mahal kan? Lagipun memang tak ada dalam pakej. Selesai semuanya kami teruskan ke Pulau Putih atau Gili Kedis. Dari Gili Sudak memang dah nampak Gili Kedis ini. Malang sikit bila sampai sana iar dah surut. So tak leh nak snorkeling lagi. Apa apa tunggu next entri di Gili Kedis

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

2018-11-05

Snorkeling di Gili Nanggu | Trip Lombok Indonesia

Snorkeling di Gili Nanggu | Trip Lombok Indonesia | Morning all, masuk entri hari kedua Trip Lombok Indonesia. Mulanya cik en nak gabungkan ke tiga tiga Gili iaitu Gili Nanggu, Gili Sudak dan Gili Kedis tapi bila masa banyak pula gambar cik en nak kongsi, cik en pecahkan setiap tempat setiap satu entri. Rajin nau kan cik en ini. Hahahha. Apa apa pun cik en nak abadikan moment indah ini sebaik mungkin. Manatahu nanti one day bila baca artikel ini akan buat nak ke Lombok semula. | Sumpah Cantik Gila Snorkeling di Gili Nanggu | Trip Lombok Indonesia 

Snorkeling di Gili Nanggu

Snorkeling di Gili Nanggu


Anyway perjalanan kami dari hotel ke jeti ke Gili Nanggu, Sudak dan Kedis ini dalam 1 jam. Anyway cik en buat check point Pelabuhan Tawun tapi sebenarnya kami naik bot di tempat lain. Cik en cuba cari di google maps tapi gambar tahun 2015. So memang banyak perubahan la kan. Apa apa pun kalau korang nak kesana guna je perkhidmatan supir kami je. Detail lengkap di entri Pakej Snorkeling di Lombok. Lengkap dengan pakej go pro dan gambar cantik cantik. Pendek kata hari ke 2 dan seterusnya hasil kamera handphone mereka lagi cantik dari kami. Hahahah


Mesti ada tertanya kenapa tak pergi ke Gili gili yang sememangnya terkenal dan cantik? Disebabkan keadaan gempa sebelum ini kami dinasihatkan tidak kesana. Agak kecewa tapi sejujurnya lepas habis aktiviti hari ke 2 ini, cik en rasa sangat berbaloi ke tempat ini. Agak private sebab tak ramai orang sangat, tak bersesak dan permandangan yang cantik. Tak caya korang kena baca entri tuk hari ke 2 ini okey?




Sampai ke Gili pertama, Gili Nanggu, kami tak terus snorkeling, Buyung, Jarjit dan Kamaruddin ajak kami keliling Gili dan mematahkan mood cik en. Cik en nak snorkeling la. Asal nak keliling gili pulak. Sekali lagi cik en salah, sekeliling Gili Nanggu tempatnya cantik cantik. Ada ala ala Korea, ala ala Jepun. hahahaha. 









Itu baru gambar keliling Gili Nanggu je tau. Belum lagi snorkeling. Ini baru gambar gamabr snorkeling pula.














Cantik kan? Ada video tau tapi cik en masih belum edit lagi. Apa apa pun nanti kalau siap cik en akan upload di youtube cik en di Channel Eintan Nurfuzie. Ini snorkeling kali kedua cik en. 1st cik en snorkeling di krabi . So di compare di Krabi dan Gili Nanggu. Gili Nanggu best sangat. Ikan banyak dan coral dia cantik sangat sangat. Disebabkan kami datang dengan private bot, so driver bot pandai cari port coral yang cantik. 

Sepanjang kami snorkeling, supir bot (betul ke pangkat dia tu? ahahha) Kamaruddin menggunakan Go Pro kauuuuu.. So korang akan tahu kualiti gambarnya kan? Dan semua gambar snorkeling semua dari Go Pro Kamaruddin. I Love You Kamaruddin. Perfect dan cun giler gambar dia. Harga pakej ini cik en tak pasti tapi include dalam pakej kami bayar. Dan juga thanks sebab masakkan kami pisang dan ubi goreng. Rasanya tak ada dalam pakej tapi ada. Thanks pada Buyung dan Jarjit juga. Eh.. macam dah masuk entri terakhir pula nak ucap terima kasih bagai ini. Hahahhaa.. 

Okey, stay tuned untuk entri seterusnya di Gili seterusnya iaitu Gili Kedis untuk kami lunch. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!