www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-09-28

DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping

DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping | Siapa tak kenal dengan DOLI Kuey teow goreng kan? Datang ke Taiping mesti port ini akan masuk dalam list untuk korang cuba. Anyway walaupun cik en orang Perak tapi cik en belum pernah merasa DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping ini. Sebab cik en jarang ke Taiping, cuma bila ada tugas memeriksa ladang itik untuk perlesenan unggas di Perak cik en dapat ladang di daerah Taiping cik en dapatlah nak mencuba DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping ini. 

DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping
DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping

DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping


Entri ini adalah sambungan entri Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak. DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping terkenal dengan menu kuey teow goreng. Selain itu ada mee/kuey teow kari, sup ayam, nasi ayam  dan mee/kuey teow rebus. Cik en yang memang peminat kuey teow goreng semestinya order kuey teow goreng special dorang. 


Cik en suka sebab dia tak terlalu lembab dan berminyak. Ini cik en bagi 1 bintang. Udang dia siap kopek dan cik en memang tak suka (anyway malas) nak mengopek udang ini. So cik en bagi 1 bintang lagi sebab serve udang siap kopek dorang. Kuey teow pula jenis kecik dan cik en suka jenis camni. Lagi 1 bintang cik en bagi. Cuma taugeh dia tak banyak pula. Cik en suka style chinese. taugeh banyak.. hahahaha. Untuk tekak cik en ini cik en suka la dengan kuey teow goreng special ini. 

Kawan cik en Ila, order kuey teow rebus. Rupanya di bawah ini


Agak tawar mungkin kuey teow kan rasa kosong. Kalau mee mungkin ada sedikit masinnya. Kuah dia terbaikkkk!!! Pekat Likatttt.. hahahahah. Ila tambah ayam dan ayam dia sedap la. Tapi kuah dia cepat meresap la. Mungkin dia letak lebih awal dan kuey teow mengembang atau dia letak kuah sikit ataupun memang kuah dia pekat sangat. Anyway cik en suka juga menu kuah rebus ini. 

Cik en tak berkesempatan nak merasa yang lain tapi kalau korang yang tak pernah cuba patut kena cuba la. Mungkin korang akan suka. Cik en ada juga tengok komen di page facebook Doli Kuey Teow Goreng ini. Katanya ramai sampai lambat sampai makanan. Tapi tadi cepat je. Mungkin tak seramai mana sebab waktu bekerja kan. Kedai pun lenggang je. Kira nasib cik en datang masa itu tak ramai. Hahahhaha


DOLI Kuey teow goreng
No. 5, Regat Tupai, 34000 Taiping, Perak
34000 Taipeng, Perak, Malaysia

Waze : Doli Kuey Teow Goreng 

  3 comments:

  1. Salam Jumaat EN..
    Nampak sedap dan menyelerakan kuey teow goreng Taiping.. LZ suka makan jenis kering kena dengan cili jeruk, memang umphhh!

    ReplyDelete
  2. ni pon antara kedai mkn famous kt area sana....

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!