www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-09-28

Pekena Pulut Durian Pak Yeop Corner Trong Perak

Pekena Pulut Durian Pak Yeop Corner Trong Perak | Entri terakhir untuk trip cik en ke Taiping untuk urusan kerja. Sebenarnya sebelum lagi kami dah chop tempat ini untuk makan masa balik nanti. Hahahah. Cik en tak pernah singgah sini tapi Ila pernah singgah dan memang ini port dia akan makan kalau balik ke Kedah. Port ini korang boleh jumpa dari simpang Trong ke Simpang Tol Changkat Jering. Kedudukan kedai ini di bahagian selekoh sebab itu kedai ini namanya Pak Yeop Corner. Yang menarik kat sini semestinya Pulut Durian Pak Yeop Corner Trong Perak la. 

Pekena Pulut Durian Pak Yeop Corner Trong Perak
Pekena Pulut Durian Pak Yeop Corner Trong Perak

Pulut Durian Pak Yeop Corner Trong Perak


Pulut Durian Pak Yeop Corner Trong Perak ini bukan saja ada pulut durian tapi ada cendol, makanan panas dan durian. Durian ini durian kampung dari Lasah. Durian kampung rasanya lemak dan sedap. Sebab itu kami repeat pulut durian ini 2 kali seorang. Hahahha


Selain itu cik en order cendol pulut durian dan seorang lagi order cendol kacang. Nampak sedap tak?


Sebenarnya kami makan ini dalam keadaan hujan so cik en tak sempat nak ambil kawasan luar. Tapi cik en ambil gambar ini dari facebook


DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping

DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping | Siapa tak kenal dengan DOLI Kuey teow goreng kan? Datang ke Taiping mesti port ini akan masuk dalam list untuk korang cuba. Anyway walaupun cik en orang Perak tapi cik en belum pernah merasa DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping ini. Sebab cik en jarang ke Taiping, cuma bila ada tugas memeriksa ladang itik untuk perlesenan unggas di Perak cik en dapat ladang di daerah Taiping cik en dapatlah nak mencuba DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping ini. 

DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping
DOLI Kuey teow goreng popular di Taiping

DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping


Entri ini adalah sambungan entri Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak. DOLI Kuey Teow Goreng Popular di Taiping terkenal dengan menu kuey teow goreng. Selain itu ada mee/kuey teow kari, sup ayam, nasi ayam  dan mee/kuey teow rebus. Cik en yang memang peminat kuey teow goreng semestinya order kuey teow goreng special dorang. 


Cik en suka sebab dia tak terlalu lembab dan berminyak. Ini cik en bagi 1 bintang. Udang dia siap kopek dan cik en memang tak suka (anyway malas) nak mengopek udang ini. So cik en bagi 1 bintang lagi sebab serve udang siap kopek dorang. Kuey teow pula jenis kecik dan cik en suka jenis camni. Lagi 1 bintang cik en bagi. Cuma taugeh dia tak banyak pula. Cik en suka style chinese. taugeh banyak.. hahahaha. Untuk tekak cik en ini cik en suka la dengan kuey teow goreng special ini. 

Kawan cik en Ila, order kuey teow rebus. Rupanya di bawah ini


Agak tawar mungkin kuey teow kan rasa kosong. Kalau mee mungkin ada sedikit masinnya. Kuah dia terbaikkkk!!! Pekat Likatttt.. hahahahah. Ila tambah ayam dan ayam dia sedap la. Tapi kuah dia cepat meresap la. Mungkin dia letak lebih awal dan kuey teow mengembang atau dia letak kuah sikit ataupun memang kuah dia pekat sangat. Anyway cik en suka juga menu kuah rebus ini. 

Cik en tak berkesempatan nak merasa yang lain tapi kalau korang yang tak pernah cuba patut kena cuba la. Mungkin korang akan suka. Cik en ada juga tengok komen di page facebook Doli Kuey Teow Goreng ini. Katanya ramai sampai lambat sampai makanan. Tapi tadi cepat je. Mungkin tak seramai mana sebab waktu bekerja kan. Kedai pun lenggang je. Kira nasib cik en datang masa itu tak ramai. Hahahhaha


DOLI Kuey teow goreng
No. 5, Regat Tupai, 34000 Taiping, Perak
34000 Taipeng, Perak, Malaysia

Waze : Doli Kuey Teow Goreng 

2018-09-27

Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous

Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous | Hari ini hari kebebasan pada cik en sebab hari ini cik en perlu selesaikan pemeriksaan ladang itik untuk Lesen Penternakan Unggas Negeri Perak di Taiping. Setiap lesen yang perlu renew perlu dibuat pemeriksaan untuk melayakkan mereka renew untuk tahun selepas itu. Lesen Penternakan Unggas ini valid hanya untuk 1 tahun. Anyway cik en bukanlah nak cerita bab lesen tapi seperti biasa, bila ada aktiviti luar, kami akan makan di tempat tempat sedap sepanjang perjalanan. Kali ini kami akan makan port sedap disepanjang perjalanan Manjung ke Taiping. Untuk sarapan pagi hari ini cik en pekena Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous. 


Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous 


Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak Port Roti Canai Marvellous ini antara port roti canai yang popular dan jadi pilihan orang orang Manjung tak kira Melayu, Cina dan India. Kalau tengok update location Roti Canai Pak Hassan Segari Manjung Perak di facebook, ada orang cina yang tagged. So boleh dikatakan Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini pilihan ramai orang. 

Kat mana kesedapan Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini? Bagi cik en, cik en suka roti canai dia yang lembut dan sedap. Kuah dia pun sama. Sedap. Kiranya kalau di sebelah Sitiawan, Kedai Roti Canai Tam Kampung Sitiawan port roti canai sedap tapi di sebelah segari Roti Canai Pak Hasan Segari jadi pilihan. 

Segari ini berhampiran dengan Teluk Senangin, Pusat Penetasan Penyu Segari , Swiss Garden Damai Laut, Port Memancing Kg Bharu Sitiawan dan kalau jauh sikit, lumut, teluk batik, pulau pangkor dan Marina Island. 


Roti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak dibuka bermula 8.00 pagi sehingga 5 petang dan rasanya dibuka setiap hari. Nak cari port sini senang, waze saja Roti Canai Pak Hasan LumutRoti Canai Pak Hasan Segari Manjung Perak ini bersebelahan dengan Masjid Arfiah Batu 3 Segari atau google saja Roti Canai Pak Hasan


2018-09-26

Servis Penghantaran Bunga Di Perak Mudah Dengan Flower Chimp

Servis Penghantaran Bunga Di Perak Mudah Dengan Flower Chimp | " Susahnya nak mencari Servis Penghantaran Bunga Di Perak ini ! Aku pernah cuba satu servis ini tapi bunganya sampai layu, kena caj pula penghantaran pastu bunga tak banyak pilihan". "Aku pula, lepas settle banking duit, hilang ntah kemana. Memang la tak banyak nilainya tapi dah serik la nak cari Servis Penghantaran Bunga Di Perak ini". Cik en! Oh Cik en! mana nak cari Servis Penghantaran Bunga Di Perak yang dipercayai, banyak pilihan, bunga sampai segar dan percuma penghantaran eh? Itu antara keluhan kawan kawan group whatsapp cik en. Cik en yang duduk di Perak ini selalu jadi bahan rujukan dan kebetulan cik en tahu satu Servis Penghantaran Bunga Di Perak yang boleh dipercayai dan memenuhi kehendak cerewet kawan kawan cik en itu. Servis Penghantaran Bunga Di Perak cik en recommended semestinya Flower Chimp.


Servis Penghantaran Bunga Di Perak

Flower Chimp ini merupakan Kedai Bunga Atas Talian (Online Florist) di Malaysia yang menyediakan Servis Penghantaran Bunga. Cik en pernah story sebelum ini kat entri Servis Penghantaran Bunga di Seluruh Malaysia . Mereka akan menghantar bunga segar di seluruh Malaysia semestinya di Perak juga secara percuma dan andai kata korang urgent sangat nak buat penghantaran bunga contohnya terlupa hari ini hari aniversary, Flower Chimp boleh uruskan servis penghantaran bunga yang dipilih tapi perlu buat tempahan sebelum 1 tengah hari. Mereka juga sangat komited dengan " Jaminan Flower Chimp " yang memastikan bunga di hantar dalam keadaan segar dan berkualiti tinggi tapi dengan harga yang berpatutan. Flower Chimp juga adalah satu jenama yang sangat dipercayai dan kerana itu setiap pengusaha yang bekerjasama dengan mereka mempunyai sikap yang sangat berdidikasi dan mesra. Selain di Malaysia, mereka boleh juga buat servis penghantaran bunga di Indonesia dan Filipina. Akan datang akan buat di Singapura pula. Singapura dah launch baru baru ini.



Apa yang cik en suka dengan Flower Chimp ini, mereka banyak bagi idea dan tips tips berguna selain Servis Penghantaran Bunga. Andai la kata korang yang dah lupa hari ini anniversary dan nak kejarkan tempahan sebelum pukul 1 Petang mesti blur nak pilih bunga mana yang sesuai kan. Tapi dengan Flower Chimp ini, mereka dah siap siap listkan mengikut kategori seperti Anniversary. Kalau jenis nak beli ikut budget pun ada. Korang boleh pilih Budget Bawah RM100


Selain dari itu, andai kata korang dah kering idea nak bagi kata ucapan yang sesuai, korang boleh cuba pilih ayat sesuai di Idea Kata Kata Ucapan. Kalau pasangan korang kata "Sayang pula bunga ini dibiarkan layu "korang boleh baca tips penjagaan bunga di Tips Penjagaan dan kongsi dengan pasangan korang. Masa itu mesti pasangan korang rasa bangga dengan kepintaran korang ( walaupun korang cedok tips dari Flower Chimp. ahahahhah Kalau korang nak tahu lagi yang lain lain korang go thru sendiri website Flower Chimp . 

Disebabkan korang sentiasa setia membaca blog www.nurfuzie.com ini, cik en nak bagi reward untuk korang yang nak cuba atau repeat menggunakan Servis Penghantaran Bunga di Flower Chimp ini. Korang boleh dapatkan diskaun 15% tanpa minimun pembelian dengan menggunakan code

Eintan15 

semasa pembelian. Bayangkan kalau bunga bernilai RM100, korang dapat diskaun RM15 dan hanya bayar RM85 sahaja. Boleh add on lain tu. Hahhahah. 

Kalau sesiapa tak tahu menggunakan diskaun code tu boleh baca di SINI dan syarat syarat penggunaannya seperti di bawah 
  1. Potongan harga sebanyak 15% di seluruh platform di https://www.flowerchimp.com/ perbelanjaan minima 
  2. Baucar hanya boleh digunakan sekali bagi setiap pesanan. 
  3. Baucar adalah terhad kepada sekali penebusan bagi seorang pengguna. 
  4. Kod baucar tidak boleh digabungkan dengan promosi lain. 
  5. Tiada pemulangan atau ganti rugi berbentuk tunai bagi potongan harga yang diberi. 
  6. Kod baucar sah dalam tempoh 3 bulan selepas ulasan diterbitkan
Flower Chimp 

Website : www.flowechimp.com
Facebook : https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram : https://www.instagram.com/flowerchimp

2018-09-24

1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC)

1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) | Ini antara moment yang cik en nak save dalam blog kesayangan cik en. Kalau mana yang baru dengan blog ini, cik en pernah story yang cik en meminang Honda RS150R di entri Honda RS150R Pilihan Hati Cik En. 2 minggu selepas itu, cik en masuk RS150r Manjung Club (RSMC) sebabnya cik en memang tak pernah tahu apa apa info pasal motosikal jenis clutch ini. So cik en join untuk menambah pengetahuan yang memang zero. And 1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) adalah event Grand Opening Kin Wah Silibin Ipoh Perak 23 September 2018 lepas. 


Kali ini cik en pergi event bukan untuk cover event sebagai blogger tapi sebagai rider jemputan. Beza okey, kalau dipanggil untuk cover event sebagai blogger, tangan dan kaki korang memang penat untuk dapatkan angle terbaik untuk gambar. Kamera dan smartphone dalam tangan untuk rakam setiap inci event termasuk skrip mc event. Sebabkan event sebgai rider jemputan rasa bahagia sangat sebab cik en ada free time untuk enjoy dengan rider dan diri sendiri. Tak ada due date untuk publish entri dan entri ini dibuat secara santai santai. Hahahhaha.. Dah la, jom berbalik kepada tajuk entri kali ini na..

1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC)



Ini 1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) dan sebelum ini bertegur sapa dengan ahli lain dalam group whatssap je. Kali ini cik en dapat jumpa dalam 15 orang ke 20 orang ahli RSMC ini. Dan 1st juga cik en belajar cara menunggang motosikal ala konvoi. Kami sampai di Kin Wah Silibin Ipoh around pukul 10 rasanya. Cik en sendiri tak tengok jam macam selalu. Disebabkan kami berpecah di tengah jalan disebabkan traffic light, so kami menunggu yang lain sampai baru masuk event. 


Ramai komen gambar atas ini pipi pau. Hahahha. Helmet ini memang buat pipi cik en jadi pau la.. Hahaha. Hakikatnya cik en tak la bulat sangat macam gambar itu. Hhahaha


Event ini memang dihadiri geng Honda RS150r saja. Sebab itu korang nampak gambar di atas ini semua motosikal jenis Honda RS150r. 

Sebelum korang tengok gambar selepas ini, jangan pelik kalau gambar gelap la, senget la, tak sempurna la. Sebabnya mereka bukan blogger. mereka ambil gambar untuk moment bukan untuk job. Cik en sengaja tak edit untuk korang tengok cara geng motosikal ambil gambar ahahahhaha. Nak ambil gambar landskap pun cik en kena pesan banyak kali. Dannnn mereka snap tanpa sempat cik en nak senyum. Tau tau je, dahhhh,, ahahhaha.. Mana yang cun itu cik en sendiri yang ambil. 







Masa event ini, mereka jemput pasangan viral yang travel menggunakan motosikal Aliff dan Diana tau digelar Kapcaipackers .  Mereka share juga pengalaman mereka sepanjang travel dan tips tips kalau nak ikut jejak langkah mereka



Okey okey.. ramai akan kata cik en gemuk kan? hahahhaha. Selesai event sepatutnya kami plan nak pekena Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang tapi ada masalah sikit pada jentera team dan masa dah lewat kami tukar plan untuk makan Laksa Telur Saranghae Botani. Kali ini kami perlu menunda satu motosikal rosak. Bagusla dorang ini. Semangat setiakawan betul. Nak tengok boleh tengok di chanel youtube cik en RS150r Manjung Club (RSMC) 23/9/2018




Kami pekena Laksa dan roti john lipan. Sedap gak roti john itu..Korang kalau ke Laksa Telur Saranghae ini jangan lupa try roti john ini. 

Selesai kami gerak balik dan sampai Manjung dalam pukul 5. Minum dulu dan around pukul 6 masing masing balik rumah. Ada yang bantu geng betulkan motosikal rosak itu dan ada yang buat aktiviti sendiri. 

Insyallah, kalau tak ada halangan cik en akan ikut 2nd Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) ke Mega Gathering RS150R 2.0 pada 29 September 2018 di Stadium Bukit Jalil nanti. 

2018-09-22

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar | Cik en keluarkan entri ini secara spontan selepas membaca komen pending untuk entri Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) . Ada yang bertanya macamana nak hilangkan air liur berlendir. Kalau Air Liur Kucing Meleleh Keluar kerana virus ini cik en nak kongsi sikit realiti sekarang.  Sebenarnya virus ini semakin lama semakin bijak. Jika dulu bermusim sekarang anytime boleh kena. So cik en nasihatkan untuk mana yang ada anak kucing baru putus susu atau anak kucing ketiadaan ibu, bawalah ke klinik veterinar untuk dapatkan suntikan vaksin. Better bawalah ke klinik veterinar daripada kedai haiwan kerana disitu ada doktor veterinar bertauliah yang akan buat pemeriksaan sebelum suntikan vaksin dibuat. Berbalik kepada tajuk cik en tadi Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar cik en akan terangkan dibawah

Kenapa Air Liur Kucing Meleleh Keluar


Air Liur Kucing Meleleh Keluar ada beberapa faktor tak semestinya virus. Kadang kadang kerana 

  1. Ada benda asing dalam mulut seperti Kemuncup atau Tulang
  2. Masalah gigi
  3. Masalah pernafasan
  4. Virus
  5. Ketakutan
  6. Kucing rasa terlalu "bahagia" (Selalunya kalau cik en suka garu peah bahagian belakang dia akan feel sampai meleleh air liur. ahhahaha)
  7. Keracunan 
  8. Kanser

Selain itu kalau nampak Air Liur Kucing Meleleh Keluar korang kena tengok dalam mulut kucing.  Buka mulut kucing dan perhatikan lidah, gusi dan lelangit. Pendek kata kesemua bahagian dalam mulut kucing. Ini rupa mulut kucing yang normal dan sihat


Dan ini pula gambar mulut yang tidak normal atau sakit



Tak banyak yang boleh cik en tolong untuk rawatan di rumah tapi kalau ada kes Air Liur Kucing Meleleh Keluar kerana 
  • Kemuncup atau tulang, korang kena keluarkan. Kalau nampak luka, kena bawa ke klinik veterinar untuk dapatkan antibiotik dan anti radangan.
  • Kalau sebab ketakutan dan terlalu feeling (ahahahahha) yang itu tak ada masalah biasa la. Cuma kena bagi mereka calm down saja. 
  • Kalau keracunan boleh rujuk entri Cara Mudah Merawat Kucing Keracunan
  • Masalah gigi perlu buat scalling gigi di klinik veterinar
  • Kalau kerana virus korang kena bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk dapatkan rawatan seperti ubat ulser, antibiotik, radangan dan sebagainya. 

Nasihat cik en, kalau kes melibatkan kesihatan kucing, please refer klinik veterinar atau kedai haiwan yanga da DOKTOR VETERINAR. Banyak kes pemberian ubat tanpa doktor ini bawa kesan yang lebih teruk pada kucing. 

Sumber gambar : 
  1. https://www.healthypawspetinsurance.com/blog/wp-content/uploads/catmouth.jpg
  2. http://www.kongyuensing.com/cgi/20120433young-cat-oral-ulcers-eosinophilia-granuloma-complex-toayohvets-singapore.jpg
  3. http://www.kongyuensing.com/cgi/20120440young-cat-oral-ulcers-eosinophilia-granuloma-complex-toayohvets-singapore.jpg
  4. https://i.ytimg.com/vi/-n29oZLffU0/maxresdefault.jpg

2018-09-21

Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri

Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri  | Seperti dijanjikan pada entri yang lepas, cik en nak share dengan korang mengenai Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri. Walaupun Safi Balqis OxyWhite ini disarankan kepada pengguna beumur 18 tahun hingga 30 tahun tapi ianya tak salah nak digunakan oleh peringkat umur yang lain. Cuma selalunya dah capai umur 30 tahun keatas, ramai yang memilih penjagaan muka untuk elak kedutan. Yang nak putih ini selalunya yang masih bujang macam cik en. Ha.. sebab itu cik en masih gunakan Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri walaupun dah berumur 31 tahun. Hahahha

Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri 



Safi memperkenalkan Safi Balqis OxyWhite 3 Steps ini adalah step permulaan atau basic yang diperlukan oleh semua wanita untuk penjagaan muka. 3 Steps ini perkara asas yang perlu korang tahu untuk mendapatkan kulit muka yang bersih, sihat, cerah dan berseri seri. 3 steps tersebut adalah

Step 1 : Mencuci dengan Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka


Korang kalau nak dapatkan kulit bersih janganlah skip step 1 ini. Even kerja di pejabat pun, korang tak terlepas terkena kotoran dan habuk. Bila kulit muka kotor, kulit akan jadi kusam dan tak bermaya. So apa kata gunakan Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka dengan teknologi buih mikro  membersihkan pori kulit sehingga mendalam, menghapuskan kotoran lebihan dan menanggalkan makeup  serta mengekalkan kelembapan kulit. Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka sesuai untuk semua jenis kulit

Step 2 : Segarkan Muka dengan Safi Balqis OxyWhite Penyegar


Selesai mencuci, secara asasnya, pori kulit akan terbuka disebabkan proses membersihkan dan mengeluarkan kotoran. Masa ini, korang cepat cepat apply Safi Balqis OxyWhite Penyegar untuk  menegangkan pori kulit dengan Ekstrak Cendawan supaya kulit kekal bersih, menyediakan kulit untuk menerima penggunaan produk dengan lebih berkesan dan menyegarkan kulit tanpa menyebabkan rasa melekit tanpa formulasi alkohol.

Step 3 : Sapukan Pelembab dengan Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR



Ini step terakhir Safi Balqis OxyWhite 3 Steps Untuk Nampak Lebih Cerah Berseri. Selesai mencuci, dan menyegar, masa untuk melembabkan kulit dengan Safi Balqis OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR. Pelembab dari Safi Balqis OxyWhite ini akan menjadikan kulit menjadi 2 kali cerah sempurna melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB dengan SPF20PA++, memudarkan pigmentasi dari radiasi inframerah (IR) dengan IR perisai, melindungi kulit 100% dari radikal bebas, mencerahkan kulit lebih cepat dan intensif, menghaluskan kulit dan yang penting menyamaratakan tona kulit.

Selesai 3 Step ini, korang boleh start dengan foundation dan solekan gojes korang itu. Kalau korang amalkan 3 steps ini, Insyallah, kulit korang akan kekal cerah berseri walaupun muka tanpa secalit solekan.

Apa yang cik en nak kongsi dengan korang. Safi Balqis OxyWhite ini berbeza dengan skincare memutihkan kulit yang lain. OxyWhite ini ada 2 gabungan iaitu Nano Oksigen dan Nano White yang mana korang bukan saja nampak cerah tapi berseri. Ala ala pakai aura gitewwww.. Kalau nak diumpamakan macam lagu Sicomel Pipi Merah nyanyian Siti Nurhaliza. Putih dan berseri. 

Untuk tutorial Safi Balqis OxyWhite 3 Steps boleh tonton di chanel youtube cik en di Safi Balqis OxyWhite 3 Steps . Untuk info lanjut mengenai Safi Balqis Oxywhite ini boleh baca di entri Berikan Nafas Baharu Pada Kulit Wajah Dengan SAFI BALQIS OxyWhite

2018-09-20

Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah

Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah | Seperti dijanjikan, cik en kembali dengan entri sambungan Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Safi Balqis OxyWhite. Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah ini dibawa khas oleh Guardian dalam memperkenalkan produk Safi terutama Safi OxyWhite. Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah kali ini sangat istimewa sebab ada jemputan khas Duta Safi Balqis OxyWhite Sarah Hildebrand. Jom baca sampai habis entri ini untuk tahu apa aktiviti yang dijalankan sepanjang road show ini. | Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah


Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah

Road Show Safi Balqis OxyWhite di Aman Central Alor Setar Kedah ini bemula jam 2 petang sehingga 4.30 petang. Pukul 2 petang sampai 2.30 petang, ada acara kuiz yang mana pemenang dapat hadiah Safi Balqis 3 Steps. Nampak orang Aloq Setaq ini memang hebat dan tak pemalu langsung. Sporting dan ikut saja kerenah MC Iffah Hazim. 



Pukul 2.30 hingga 3.00 petang, sesi bersama blogger jemputan iaitu cik en sendiri, Kak El dan Lia, Yang itu korang boleh baca entri Pengalaman Menjadi Blogger Jemputan Safi Balqis OxyWhite. Sebelum sesi kami, sempat juga kami selfie dalam bilik air Aman Central ini. Hahahah


Pukul 3.00 petang Sarah Hildebrand dah mula muncul di tapak road show dan macam biasa la, dah retis mai ini, penuh kerusi yang ada dan yang malu malu duduk di sebelah atas. Sarah banyak berkongsi tips kecantikan beliau. Disamping itu masih ada hadiah hadiah yang boleh dimenangi oleh pengunjung. 



Selain dari itu, ada jualan jualan produk Safi di tapak road show. Kalau korang nak tahu kulit korang jenis apa pun boleh dapatkan khidmat beauty advisor yang bertugas untuk check kulit korang. Cik en sendiri pun mencuba 



So far kulit cik en memang jenis kombinasi. Bagus juga la ada beauty Advisor dari Guardian ini. Mereka boleh bantu pengunjung produk apa yang sesuai di pakai. Jenis kulit sentitif apa yang sesuai, jerawat dan kombinasi. 

Untuk sesiapa berumur 18 tahun hingga 30 tahun yang inginkan kulit cerah berseri, korang boleh cuba produk Safi Balqis OxyWhite. Even cik en dah 31 tahun pun masih lagi pakai produk OxyWhite ini.  Dan untuk next entri cik en akan share pula Safi Balqis 3 Steps untuk nampak  kulit muka korang nampak cerah dan berseri. 

Berbalik kepada road show tadi. selepas habis semua aktiviti, semestinya akan ada aktiviti bergambar kan? Ini antara gambar yang sempat cik en snap. Jumpa next entri!




Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!