Put To Sleep Berdosa Tak?

Put To Sleep Berdosa Tak? | Melekat keyword ini kat blog kesayangan cik en ni. Put To Sleep Berdosa Tak? Dan cik en boleh agak, kemungkinan ada yang suggest PTS ini pada kucing. Kemungkinan kes yang tak dapat diselamatkan atau ianya akan berjangkit dengan yang lain. Pada pendapat korang la Put To Sleep Berdosa Tak? Ada tak kucing korang yang disuggestkan oleh Vet untuk Put To Sleep? Apa perasaan korang masa itu? Kalau belum, andai kata korang disuggestkan oleh vet sebegitu, apa yang korang boleh cakap, fikir buat?


Put To Sleep Berdosa Tak?


Put To Sleep atau PTS atau dalam Bahasa Melayu mematikan atau "tidur" pada haiwan atau manusia sendiri disebabkan masalah masalah yang tak boleh diubati, tak mahu haiwan atau manusia rasa terseksa ataupun penyakit yang berpontensi untuk berjangkit. 

Untuk manusia cik en tak tahu sebabnya cik en hanya familiar dengan haiwan. Dan cik en pernah story mengenai PTS ini di entri Satu Sebab Tak Best Mengenai Kerjaya Veterinar.

Berbalik kepada tajuk entri cik en Put To Sleep Berdosa Tak? Cik en sebagai pengawai yang boleh buat proses PTS ini selalu ditanya mengenai pendapat dan pertanyaan Put To Sleep Berdosa Tak ini. 

Apa cik en boleh katakan, setiap vet sebolehnya akan merawat sehingga sembuh haiwan kesayangan TAPI bilamana kes penyakit yang berpontensi berjangkit atau penyakit zoonotik keputusan yang paling terbaik adalah PTS.

Ada beberapa kisah yang cik en nak story yang mana cik en sendiri suggestkan PTS walaupun ada yang marah dengan suggestion cik en 

Kisah Anak Kucing 

Kes ini kalau tak silap dalam 3 atau 4 tahun lepas. Owner bawa seekor anak kucing umur dalam lingkungan 3 bulan dalam keadaan punggung dan muncung muka tak ada. Kisahnya ia terkam mesim rumput yang baru dihidupkan. Tapi kucing masih hidup. Bila di teliti, kucing ini akan mengalami masalah untuk makan, poo dan pee. Jadi untuk elakkan dia terseksa, kami suggest PTS dan owner menerima hati terbuka setelah penjelasan chance untuk teruskan hidup sangat nipis. 

Kisah Lembu

Lembu ada satu penyakit zoonotik iaitu Brucellosis Abartos. Tandanya pada lembu betina ia kerap gugur. Dan ujian serologi (pengambilan darah) akan dijalankan. Jika positif, lembu perlu di culling untuk disembelih di rumah sembelih kerajaan. Ini pun boleh dinamakan juga PTS tapi dalam bentuk sembelih. 

Pernah cik en story di Apa Itu Freeze Branding?

Kisah Anjing Tua 

Kisah ini kisah anjing tua yang berusia hampir 20 tahun. Matanya buta dan dipenuhi ulat. Anjing ini lemah dan sentiasa meraung setiap malam sebab kesakitan. Cik en dah buat treatment beberapa kali tapi masih tak sembuh. Dan setelah meneliti chance untuk sembuh, keadaan ulat di tempat yang susah untuk cik en buang cik en suggest PTS dengan alasan alasan yang owner boleh lihat sendiri. Dan owner pun setuju. 

Kisah Kucing Jantan

Kucing ini kena penyakit zoonotik iaitu Sporo ditahap hidungnya yang dah tak ada. Luka sehingga berulat dan ianya tidak bertuan. Rescue datang bawa dan dia sendiri mempunyai kucing yang banyak. Keadaan kucing itu agak teruk walaupun dah cuba cik en treatment. Owner sendiri minta PTS disebabkan masalah kewangan dan tempat jagaan. - Rawatan Kes Sporo Kucing

4 kisah ini cik en kongsi kerana setiap kisah mempunyai reason atau alasan yang mana chance untuk sembuh sangat tipis, ketidaksanggupan owner melihat haiwan kesayangan menahan sakit dan keputusan darah yang positif dan memberi kesan buruk kepada manusia kalau memakannya.

Jadi sebagai manusia, kita sememangnya tak boleh menarik nyawa haiwan dalam apa jua keadaan tapi jika ianya memberi kemudaratan atau menyebabkan ianya berjangkit kita sebolehnya cuba kawal dengan PTS ini. 

Jadi korang boleh fikir sendiri kan? Jika owner mempunyai komitmen yang tinggi dan kesanggupan menjaga seperti kes sporo, owner boleh menerima risiko risiko yang bakal berlaku,  owner boleh terus merawat kecuali untuk kes positif ujian darah pada ternakan. Yang itu wajib untuk culling. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. dilemma kerja kan Cik En dalam apa bidang pun ada cabarannya. memang berat hati lagi2 yang paling sayang..

    ReplyDelete
  2. Kucing sy terkena sporo. Vet galakkan pts. Sy fhm..cuma blom mampu nak pts kan. Cuba bela dan rawat dgn apa yg termampu. Serba salah sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. Cik en nak tanya pendapat juga. Saya ada seekor kucing yang dry fip. Nak masuk 4 bln dia dalam keadaan lemah dan tak boleh berjalan. Saya dah bawa jumpa vet 2 kali dan dah on ubat saraf. Tapi hasilnya tetap sama, malah makin teruk kondisi pergerakannya. Dia masih makan & minum bila saya letak sudu depan mulutnya dalam kuantiti sedikit. Hari2 saya menangis tengok keadaannya. Bolehkah saya pts sahaja

    ReplyDelete
Previous Post Next Post