www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-04-30

Selesai 1 Hutang

Selesai 1 Hutang | Bila sebut pasal hutang, mesti banyak kisahnya kan? Tak kisah la pemberi hutang atau yang berhutang. Dan kalau dikira zaman sekarang ini, memang ramai yang berhutang. Lagi lagi yang ada buat pinjaman pelajaran masa sambung belajar dulu. Belum lagi hutang dengan bank, dengan kawan kawan, mak bapak dan sebagainya. Ada juga yang bagi hutang tapi bertahun tahun tak dapat balik duit yang dipinjamkannya. 



Cik en pun tak lari la dari berhutang. Ikutkan cik en ada 2 hutang pelajaran iaitu PTPTN dan Kerajaan Negeri Perak, hutang kereta, hutang peribadi dengan bank dan 2 tahun lepas cik en berhutag dengan AEON Credit. Masa itu telefon cik en ada masalah dan disebabkan telefon itu penting untuk buat job dan kerja kerja part time cik en, cik en pun buat la pinjaman Aeon Credit untuk beli telefon. Dah alang alang buat loan, cik en ambik la Samsung S7 Edge yang mana masa itu paling latest. Harga jualan RM3888 dan bila berhutang jadi dekat RM4888. Rugi dekat RM1000 gak kan? Tapi dah ghairah nak pakai samseng (hahahah) masa itu, cik en buat la loan juga. 

Sepatutnya cik en akan habis hutang telefon itu bulan Ogos 2018 ini sebab perjanjian 2 tahun. Cik en ambil Ogos 2016. Bila dah ada rezeki lebih cik en ingat nak bayar lumpsum terus untuk tutup akaun hutang itu. Baki tinggal RM800++. Bila cik en nak bayar habis tinggal RM500. Untung juga la kan? Banyak interest itu. Hahahha. Bila dah selesai 1 Hutang ini, cik en rasa lega sangat sangat. Dan cik en bangga boleh langsaikan mampu langsaikan hutang. 

Insyallah, lepas ini cik en nak selesaikan hutang PTPTN yang berbaki RM1600++ lagi. Lepas itu hutang kereta dalam RM7500++ lagi. Hutang pendidikan kerajaan negeri pun dah tinggal RM6000++. Bila semua dah settle, cik en hanya tumpu hutang peribadi dengan bank dan hutang rumah yang akan ambil masa yang panjang dan banyak. Hope korang pun jangan lupa hutang hutang korang. Selesaikan sebelum menutup mata. Kalau ada cik en hutang dengan korang semua, jangan lupa pula beritahu. Mungkin ada yang cik en terlepas pandang. Huhuhu 

2018-04-28

Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?

Bas Sekolah Percuma? Biar Betul? | Last cik en naik bas sekolah masa sekolah rendah. Jarak rumah ke sekolah agak jauh. Disebabkan abah cik en kerja tak menentu masa, abah cik en ambil perkhidmatan bas sekolah. Masa itu bayaran dalam RM 25 sebulan rasanya. Dan sekarang cik en survey yang bayaran bas sekolah sampai beratus ratus ringgit. Mahal juga rupanya sekarang ini kan? Kisah RM 25 itu kisah 20 tahun lepas. Mesti membebankan pada keluarga yang kurang kemampuan. Lagi lagi duduk di bandar besar seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur). Bila cik en baru  baca satu artikel Bas Sekolah Percuma di Sinar Harian online kejap tadi terus perkataan " biar betul? Ada ke benda free sekarang ini? Lagi lagi libatkan perkhidmatan kenderaan" keluar dari mulut cik en. Yang korang  pula tau ke ada Bas Sekolah Percuma untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awan (PA) untuk orang Kuala Lumpur? Kalau korang pon tak tahu macam cik en, meh cik en nak cerita pasal Bas Sekolah Percuma ini ?


Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?

Sebenarnya semenjak dari tahun lepas (2017), Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan peruntukan RM80 seorang murid yang menggunakan perkhidmatan Bas Sekolah Percuma ini. Program Bas Sekolah Percuma ini meliputi 74 kawasan di PPR dan PA di sekitar Kuala Lumpur. Jumlah besar yang diperuntukan RM15 juta ini di sediakan oleh kerajaan dalam bajet DBKL 2018. Mungkin cik en tak tahu adanya Bas Sekolah Percuma sebabnya bukan tinggal di bandar tapi bila ada program sebegini, cik en nampak penduduk yang kurang kemampuan di Kuala Lumpur dapat mengurangkan kos bas sekolah untuk anak anak dan boleh gunakan saving itu untuk perbelanjaan yang lebih memerlukan yang lain. Untung la korang yang duduk di Kuala Lumpur tu? Banyak kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun nampak sikit tapi bagi orang yang terhimpit dengan bebanan kewangan ianya sangat bererti. 


Kalau ikutkan kos pengangkutan macam sewa van sekolah boleh mencapai RM300 untuk seorang anak. Itu baru seorang kalau ada 3 orang? Tak ke dekat RM1000 juga. Baru sewa van je. Duit belanja sekolah lagi, peralatan sekolah lagi dan lain lain lagi. Bila ada program Bas Sekolah Percuma ini  sebenarnya banyak membantu golongan pendapatan rendah ini. Suka cik en tengok kalau adik adik ini boleh belajar tanpa ada bebanan kewangan. Mereka boleh tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Program Bas Sekolah Percuma Ianya merupakan inisiatif dari Datuk Seri Tengku Adnan bin Mansor atau senang disapa dengan nama Ku Nan. Beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Dengan rasa prihatin terhadap penduduk di dalam kawasan Wilayah Persekutuan yang mana ada penduduk kurang berkemampuan, anak anak yang ada semangat untuk belajar tapi tidak mampu untuk membayar pengangkutan ke sekolah dan juga keresahan ibu bapa yang mana semakin hari semakin tinggi kos menguruskan keluarga telah menjadi titik tolak kepada Ku Nan mewujudkan Program Bas Sekolah Percuma ini dibawah peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan bajet yang diperuntukan, beliau menggunakan sebaiknya untuk memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk Kuala Lumpur.

Bantuan ini disediakan untuk penduduk PPR dan PA sahaja, kita (kerajaan) memahami kekangan hidup (kos sara hidup tinggi) jadi kita akan lihat setiap hari bagaimana mahu meringankan beban mereka 
- Datuk Seri Tengku Adnan Bin Mansor -

Harapan cik en pula agar Program Bas Sekolah Percuma ini dapat diteruskan dan akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa seperti diperluas ke seluruhan kawasan bandar Kuala Lumpur. dan bukan hanya tertumpu kepada kawasan PPR dan PA. Selain dapat mengurangkan beban kewangan, ianya dapat juga mengelakkan masalah jenayah seperti penculikan di kalangan pelajar sekolah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh baca di Bantuan Bas Sekolah Percuma

p/s: Selain dari Program Bas Sekolah Percuma untuk penduduk PPR dan PA, Ku Nan juga ada mewujudkan beberapa program lain seperti Perpustakaan 1 Wilayah Persekutuan Lembah Pantai dan pembangunan semula Residensi Kerinchi. Semua ini untuk kemudahan penduduk di Kuala Lumpur. 

2018-04-24

Dah Try Ke Makan Kat Swissomelt Sitiawan?

Dah Try Ke Makan Kat Swissomelt Sitiawan ? | Orang Sitiawan? Lumut? Ayer Tawar? Pantai Remis? Beruas atau pendek namanya Manjung? Pernah try ke makan kat Swissomelt Sitiawan? Cafe Halal yang bertemakan English Style ini kepunyaan Kak Jalilah Ishak. Makanan western dan makanan tempatan menjadi menu utama Swissomelt Sitiawan. Cik en datang kali kedua dan barulah rasa nak kongsi dengan korang. First cik en hanya kongsi di insta story saja. Jom kita tengok menu menu aweosme di Swissomelt Sitiawan ni. 


Dah Try Ke Makan Kat Swissomelt Sitiawan ? 

Macam biasalah ini la crimepatner bab makan ini. Kekda dan ayu. Ini bekalan untuk malam sebenarnya. Dah alang alang nak mengeteh terus makan malam di Swissomelt Sitiawan ini 


Ini menu pilihan cik en, Chicken Cordon Bleu. Portion dia banyak dan puas hati la makan. 


Ini pula Mee Kari Nyonya. Nyum nyum terasa lagi kesedapan kuah dia dalma mulut cik en ini. Yang ini Kekda order dan cik en hanya rasa sikit.


Ini makanan diet Ayu, Chicken Salad. Ini pun sedap gak tapi tak kenyang buat cik en. Hahhahah


Macam biasa, cik en akan pilih 2 menu. Ini menu kedua. Meatball and Fries. Suka meatball dia. Besar dan rasa rempah dia. Blackpaper dia sedap gak. Tak terlalu kuat dan cair. 


Ini menu cik en gak. Lupa dah nama apa. Aiskrim Vanila dan Puding Mangga.


Ini menu ayu, Baked egg pe tah namanya. Sedap tapi kena makan panas panas. Kalau sejuk tak sesedap makan panas


Menu wajib cik en, Green Tea. Style letak dalam teko kaca dan ada lilin bawahnya. So air sentiasa panas. Tu yang best tu. 


Total semua ini bawah RM100 tau. Murah kan? Bagi cik en ok la. Dari segi rasa, kuantiti dan kualiti dia memang berbaloi baloi sangat la. Kalau korang mai Manjung ini, korang boleh try Swissomelt Sitiawan ini tau! Ini detail Swissomelt Sitiawan

Swissomelt Sitiawan

WAKTU OPERASI ISNIN & SABTU | 6:00 PM SELASA - JUMAAT | 12:30 PM AHAD | CUTI 0194735816 (call & whtsap) 0134874383 (whtsap only)
Swissomelt Sitiawan ini di Taman Sejati dan terletak sebaris dengan MagicBoo Sitiawan. 

Kalau korang dah cuba Swissomelt Sitiawan, korang boleh juga cuba Iwan Grill juga nanti. 

2018-04-22

Menu Western Mat Periuk Cafe Ipoh Tak Pernah Mengecewakan

Menu Western Mat Periuk Cafe Ipoh Tak Pernah Mengecewakan | Dah lama cik en tak travel untuk release tension. Rasanya 2 bulan juga la. Dan bila dapat masa free, cik en turun ke Ipoh untuk jalan jalan. Biasanya sampai Ipoh, cik en akan roger adik cik en dan ajak makan sama sama. Dah lama cik en tak repeat makan di Mat Periuk Cafe Ipoh dan terus cik en ajak adik cik en join cik en dan kawan kawan cik en makan di Mat Periuk Cafe Ipoh. Last cik en pergi Mat Periuk Cafe Ipoh dekat 2 tahun lepas. Masa itu cik en sukakan menu western dia. Dan dah 2 tahun berlalu, menu western Mat Periuk Cafe Ipoh tak pernah mengecewakan lagi la. Mantain kualiti dan kuantiti macam dulu. 


Menu Western Mat Periuk Cafe Ipoh Tak Pernah Mengecewakan 

Mat Periuk Ipoh Cafe ini kepunyaan Chef Kamarul. Siapa tak kenal dengan Chef Kamarul kan? Selalu dok masuk TV dan rancangan rancangan masakan. Kalau korang yang ada di Ipoh dan tak pernah jejak Mat Periuk Cafe Ipoh ini memang sedikit rugi la. Sebab cik en rasa kualiti dan kuantiti dia seiring dengan harga. Cik en dan kawan kawan ambik menu western semuanya malam itu. Kononnya diet la. Hahaha. 

Aglio Olio Spagetthi

Chicken Chop Grilled

Lamb Chop

mix grilled

mushroom soup

Spagetthi Carbonara

Puas hati betul dengan udang kat spaggeti. Hahaha. Nak tahu tak cik en order apa? Cik en sememangnya akan order lebih dari satu. Aglio Olio Spagetti dan Chicken Chop Grilled. Habis tak cik en makan? Memang habis la sebabnya cik en suka dengan menu western Mat Periuk Cafe Ipoh ini. 


Ini la team yang join cik en ke Ipoh. Belakang cik en Kekda, depan dia Ayu, bos kecik cik en. Hahahahah. Dan tepi dia adik cik en, Ayang meletops kebabom. Hahhahah. Kalau korang nak cuba merasa menu western dan malaysian delight Mat Periuk Cafe Ipoh ini korang boleh waze Mat Periuk Cafe Ipoh atau google maps. 

Mat Periuk Cafe Ipoh

Lot 22241, No.40 Hala Tasek Timur 11, Kampung Tersusun Tasek (44.85 mi)
Ipoh, Perak 31400
017-572 5579

Selain dari Mat Periuk Cafe Ipoh, ada satu lagi port makan western sedap. Korang boleh cuba di Thumb's Cafe Ipoh

2018-04-17

Capati Lembut dan Kari Kambing Sedap Di Capati Corner Tapah

Capati Lembut dan Kari Kambing Sedap Di Capati Corner Tapah | Lamanya cik en tidak buat food review kan? Kali ini cik en hendak kongsi dengan korang port makan capati sedap di Tapah iaitu Capati Corner TapahCapati Corner Tapah ini terletak di Kampung Pasir Temoh Tapah. Capati Corner Tapah ini dibuka setiap hari bermula 7 pagi sehingga 7 malam. Selain capati ada menu nasi, ayam kampung dan lain lain lagi. Macamana cik en boleh ke Capati Corner Tapah ini? Sebenarnya cik en kena buat pemeriksa ladang ayam di sekitar Air Kuning. Sudah alang alang, staf lain bawa cik en ke kedai capati sepupu peternak beliau. Cik en tak tahu pula capati dia lain dari yang lain. Asal order satu last repeat 1 keping lagi. Hahaha . Jom tengok menu apa yang cik en recommended sangat di Capati Corner Tapah ini. 


Capati Lembut dan Kari Kambing Sedap Di Capati Corner Tapah

The best di Capati Corner Tapah semestinya capati nya. Capati di lembut, lembab tapi tak berminyak, besar dan sedap. Selalunya cik en akan combine dengan kuah sardin tapi staf yang bawa cik en suruh cik en ambik kuah kari kambing dia. Ada menu kari kambing, masala kambing dan kurma kambing yang mana sangat sesuai makan dengan capati ini. 



Nampak capati dia tak menarik kan? Tapi kalau korang ambik secubit, makan sekali dengan kari kambing dan masuk dalam mulut korang, baru korang akan rasa nikmatnya. Kalau makan capati single pun cik en suka. Sebab capati Capati Corner Tapah sedap sangat, wangi, lembab tapi tak berminyak, lembut, tebal dan besar. 

Ini pula kuah yang sedap makan dengan capati


Ini pula proses buat capati di Capati Corner Tapah. Memang buat fresh dari doh. 




Selain itu cik en tertarik menarik dengan ayam goreng Capati Corner Tapah dia. Masa cik en sampai, ayam goreng dia panas panas baru lepas goreng. Nampak cruncy sangat. 


Menu lain di Capati Corner Tapah menu nasi kandar la. Sebabkan masih awal, kami makan capati saja. Walaupun nampak menu nasi kandar dia sedap. Ini antara yang dah siap masak


Kalau korang ada melalui jalan Temoh Tapah ini, korang boleh cuba masakan dan capati di Capati Corner Tapah dan rasakan sendiri. Setuju ke tidak apa yang cik en review ini. Kalau naik Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur boleh turun Tol Tapah, Kalau dari Utara turun tol Gopeng. Capati Corner Tapah ini melalui jalan Tapah - Kampar. Atau korang boleh waze atau gunakan google maps. 

Capati Corner Tapah
Kampung Pasir,  35300, Temoh Tapah Perak 
05-4199786

2018-04-15

Tamtam dalam Kenangan

TamTam dalam Kenangan | Siapa tamtam atau Atam ini? Tamtam adalah sekor kucing bewarna hitam yang dijumpai oleh rescue di pasar. Tamtam seekor kucing kurang upaya (KKU). Tangan depan tamtam bengkok dari lengan. Dibawa ke klinik dan akhirnya menjadi kucing angkat di klinik. Tamtam tak banyak songeh atau nakal. Baik sangat. Kawan Tamtam namanya Debab. Apa Debab buat, mesti Tamtam ikut. Curi makanan budak budak boarding. Melawat budak budak di ward. Kedua dua ekor ini memang sahabat baik. Cik en gelarkan Debab Warden dan Tamtam penolong Warden. Cik en pun tak la lama kenal Tamtam ini dalam 3 bulan camtu. Tapi biasalah dah hari hari jumpa, dah jatuh sayang. Sampailah 2 minggu lepas.. Tamtam sakit...


Mulanya Tamtam selsema teruk. Kami bagi la ubat selsema dan antibiotik dan 2 hari lepas itu, cik en tengok telinga dia dan jadi kuning. Kami suspek jaundice. Asalnya Tamtam masih lalu makan. Tengok keadaan nampak teruk, kami kurungkan Tamtam. Dari situ kami nampak kuning Tamtam makin teruk.Kami dah mula suspek FIP tapi jenis kering.Masa tu, perut Tamtam masih tak besar lagi. Lama lama perut dia mula membusung. Try sedut dan memang ada air. Jadi kami suspek FIP kering dan basah. Tapi Tamtam masih semangat cuma tak mahu makan. Ekor Tamtam masih gerak gerak cuma dah jadi pasif dalam sangkar. Kencing dia jangan dikatalah, kuning sangat. Kami bagi ubat paling terbaik untuk Tamtam dan drip setiap hari. Makanan kami kena suap dan macam biasalah cik en memang akan marah Tamtam bila dia menolak makanan. Staf lain yang bagi dan bila bergantung pada makan disuap dan drip saja, susah untuk Tamtam sembuh. 


Sampai la 13 April 2018, Tamtam pergi buat selamanya. Cik en sedih sangat tapi tak la tunjuk kat orang. Nampak je tak kisah tapi kepala ini ligat memikirkan pasal Tamtam. Lepas ini dah tak ada Tamtam. Dan tak nampak kelibat dia dah.


Klinik jadi sunyi dah lepas ini. Debab main sorang sorang. Tak ada kawan dah dia tu. Walaupun tak lama cik en kenal Tamtam tapi keletah dia masih terbayang bayang dalam kepala cik en ini. Ntah macam mana peah nanti tinggalkan cik en kan? Mesti cik en tak leh nak terima. Hurm.. walaupun dorang hanya kucing yang hanya mampu mengeow minta makanan tapi mereka dekat dengan hati seorang pencinta kucing. Sedangkan yang cik en rawat 2 3 kali pun sedih bila tau mati inikan dah berbulan bulan atau bertahun tahun cik en jaga dan kenal. Hurm.. pergilah ye Tamtam. maafkan sebab selalu marah Tamtam sebab Tamtam tak mahu makan. Nak Tamtam baik balik. tapi Tamtam tak mau makan. jadi Intan marah la. hurmmm...


2018-04-14

Rezeki Cik EN Kali Ini Di APC Veterinar Perak 2017

Rezeki Cik EN Kali Ini Di APC Veterinar Perak 2017 | Alhamdulilah rezeki cik en semenjak dua ini memang mencurah curah macam ladang gandum. Setelah dapat kerja part time cik en diberi berita gembira kerana terpilih menjadi salah seorang penerima APC Veterinar Perak 2017. Apa itu APC? Kalau kakitangan kerajaan sememangnya dah tau sangat apa itu Anugerah Pekerja Cemerlang atau senang di sebut APC ini. APC ini adalah anugerah untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Sepatutnya awal cik en blog kan kisah ini cuma cik en menerima gambar official dari Jabatan sebabnya cik en terlupa nak suruh orang lain snapkan gambar. Hihihi. Bukanlah niat untuk membangga diri tapi sebagai blogger, story kena gigit kucing pun nak diabadikan dalam blog. Hahahah


6 April 2018 lepas di Tower Regency Hotel Ipoh, Veterinar Perak telah adakan satu majlis untuk Anugerah Pekerja Cemerlang dan Jasamu Dikenang. Majlis ini adalah untuk penerima APC Veterinar Perak tahun 2017 dan meraikan staf Veterinar Perak yang telah bersara dan bakal bersara serta staf yang bakal ditukar ke negeri lain. 



Seramai 22 staf Veterinar Perak menerima APC 2017 dan 12 orang Penerima Jasamu Dikenang 2017/2018 . Cer cuba cari mana nama cik en. Hihihih.. Itulah nama sebenarnya cik en. Tapi ramai yang dah kenal cik en dengan nama Eintan Nurfuzie. Dari staf veterinar sehingga rakan blogger. 

Majlis dimulai jam 3.00 petang tapi biasalah hari Jumaat kan, ada la terlewat 5 ke 10 minit. Ini antara gambar yang cik en nak kongsi dengan korang. 





Ucapan Pengarah Veterinar Perak Dr Fuziah 


Ucapan dari Timbalan Pengarah Kesihatan Dr Shahrul

Penerima APC Veterinar Perak 2017

22 Penerima APC Veterinar Perak 2017


Sumbangan mendapatkan tempat di Sukan Veterinar 2017 di Kelantan baru baru ini. Wakil pengurus team Badminton dapat tempat ke 3

Wakil team sukan yang berjaya mendapat tempat 1, 2 dan 3 dalam Sukan Veterinar 2018 

Dr Fuziah akan bertukar ke Putrajaya 

Dr Shahrul akan menjadi Pengarah Kedah selepas ini

Staf yang ada menghadiri APC tahun ini

Alhamdulillah dan terima kasih banyak banyak pada jawatankuasa APC yang memilih cik en tahun lepas. Apa apa pun, hanya kita yang tahu tahap mana kita bekerja. Cik en senang saja. Andai kita gaj  nilai RM1000 tapi kita buat kerja nilai RM2000, insyallah, Allah akan cukupkan dengan kehidupan yang lebih baik. Kalau gaji nilai RM2000 tapi kerja nilai RM1000, Allah juga balaskan dengan kehidupan untuk jadikan balik nilai RM2000 itu. 

Cik en juga berharap cik en dapat menjadi bukan saja staf contoh di Jabatan tapi blogger contoh untuk rakan rakan blogger. Ada tak Anugerah Blogger Cemerlang? Hahahhaha

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!