www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2018-12-31

Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019

Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019 | Hurm, nampaknya azam tahun baru 2018 failed. Dari 3 azam dan wishlist hanya 1 saja je tercapai. Itupun nasib la jadi azam yang 1 tu. Kalau ikutkan delay sebab keadaan yang tak mengizinkan. Untuk entri kali ini cik en akan kongsi azam yang tercapai satu tu dan Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019


Azam tahun baru 2018 adalah seperti Travel ke Lombok, Travel Ke Turki, Turun Berat Badan 20 kg. Dari 3 ini hanya travel ke Lombok sahaja yang tercapai. Itu pun kemungkinan akan delay disebabkan masa itu ada gempa di sana. Korang boleh baca semua story di Lombok di entri Itinerary | Trip Lombok Indonesia . Travel ke Turki tak jadi sebab travel ke Lombok yang delay 2 bulan. Berat badan memang tak turun turun. Mybe stress bekerja kot. Hhahahha..

Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019

Untuk tahun 2019, cik en akan gugurkan 1 dan carry forward 1 azam tahun lepas. Hope untuk tahun ke dua azam yang cik en carrry forward ini akan berjaya atau dapat half pencapaiannya.

  1. Turun berat badan 20 kg  - Harap cik en akan berjaya ataupun dapat 10 kg pun cik en happy sangat dah. Hihihi
  2. Travel 3 tempat di luar negara - Cik en tak tetapkan tempat sebabnya currency kita ini selalu berubah ubah jadi cik en tetapkan 3 tempat di luar Malaysia untuk travel pada tahun 2019 ini. 
  3. Duduk Rumah Sendiri - Ini yang cik en tunggu dalam 2 tahun ini. Diharap rumah yang dirancangkan dapat cik en duduki pada tahun 2019. Sekarang dalam proses CF dan harap tiada masalah. 
  4. Update blog sebanyak 200 entri pada tahun 2019 - Untuk 2018 ini, cik en hanya dapat update blog 161 termasuk entri ini. Dan cik en harap dapat update 200 entri untuk tahun 2019
  5. Bebas dengan update perkara negatif di media sosial termasuk blog - Anyway tahun 2018 ini cik en ada update 1 perkara negatif di blog disebabkan services kedai makan di Pantai Merdeka. Dan di harap 2019 cik en akan sentiasa positif selalu setiap hari. 
  6. Follower di Instagram mencapai 10k - Ini lebih kepada option sebab cik en tahu, kalau kita tak aktif 2 3 hari follower dan enggament akan turun sikit. Jadi yang ini cik en akan cuba dapatkan dalam 2019. Skearang follower cik en 7771 saat cik en menaip entri ini
  7. Habiskan hutang PTPTN - Insyallah akan habis tahun 2019 sebab PTPTN cik en hanya tinggal RM800. Ikutkan nak habiskan untuk dapatkan diskaun tapi sebab budget yang ada ini ada kegunaan cik en teruskan saja pemotongan gaji setiap bulan. 

Rasanya cukup 7 azam itu dan diharap semuanya di permudahkan. 

2018-12-30

Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju

Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju  | Mungkin ada yang masih ingat kes cik en gatal 1 badan dulu sebelum cik en ke Lombok. Baru kesempatan untuk cik en story kisah Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju dan cara rawatan yang boleh sembuh dalam masa seminggu. Walau awalnya cik en sendiri tak tahu alergik kerana apa. Dan doktor yang merawat cik en pun tak dapat bagi jawapan yang tepat tapi bila diteliti balik rupanya cik en alergik dengan jenis baju yang bercampur dengan peluh badan semasa konvoi motosikal ke Ipoh. Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju | Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju 

Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju
Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju 

Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju 

Cik en mula gatal badan selepas konvoi RSMC ke Ipoh yang cik en story di entri 1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) . Kalau korang perasan, baju cik en pakai itu punca cik en gatal badan. Bermula dengan tangan dan bila cik en garu di tempat lain, seluruh badan cik en naik ruam ruam kecil yang sangat gatal. Dan cik en tak boleh tidur malam sebabkan gatal satu badan. Menangis nangis cik en setiap malam menahan gatal merenyam ini.


Mulanya cik en fikir mungkin pasal peah. Habis satu rumah cik en cuci, cadar, tuala dan semua boleh di basuh cik en basuh. Tapi tetap tak boleh sampailah cik en ke klinik swasta berdekatan. Doktor kata mungkin alergik so dia beri sabun badan dan krim untuk apply keseluruhan badan. Sabun tu PH neutral dan krim itu untuk bagi kulit cik en sentiasa lembab. Selain itu ada ubat alergik. Hampir 4 hari makan tapi still tak ada perubahan. Akhirnya cik en google dan amalkan untuk minum air kelapa dan Yakult setiap hari dan mula ada perubahan 3 hari sebelum ke Lombok. 

Sebelum cik en ke Lombok, cik en berjaya mengurangkannya dan sepanjang di Lombok, cik en tak ada masalah kegatalan. So selepas ini cik en akan pakai dulu inner sebelum pakai baju itu. Sayang sangat kat baju itu tapi disebabkan kulit tak serasi cik en kena fikirkan cara lain untuk terus pakai masa konvoi dengan team RSMC. 

2018-12-26

Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing

Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing | Pernah korang nampak punggung kucing macam ada keluar sesuatu bewarna kemerahan dan tergantung gantung. Itu adalah tanda kucing itu ada masalah buasir. Cik en nak kongsi dengan korang rawatan awal yang boleh korang buat dirumah. Tapi kalau dah terlalu lama kena bawa ke klinik veterinar. Sebab akan ada proses yang korang tak boleh buat sendiri. | Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing

Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing
Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing


Rawatan Awal Untuk Buasir Kucing

Jika korang baru nampak buasir kucing dengan tanda buasir yang keluar belum membengkak korang boleh masukkan balik ke dalam dubur. Tindakan ini dapat membantu otot dubur tidak loose. Jika nampak otot dubur loose boleh tuam dengan ais untuk kecutkannya. 

Jika buasir kucing dah membengkak pula, korang boleh tuam buasir dengan ais untuk kecutkan dan masukkan balik. Dan tuam ais pada otot untuk kecutkan balik. Untuk peringkat ini kemungkinan kucing akan jadi agresif sebab sejuk dan sakit. 

Jika korang tak mampu lakukan, better rujuk vet terdekat. Di vet akan buat proses yang sama tapi otot dubur akan dijahit secara jerut tapi ada tekniknya. Bukan main jahit saja. Kalau beberapa hari buasir kucing masih keluar disebabkan kucing putuskan benang, kemungkinan vet akan buat pembedahan. 

Jangan korang pm cik en mana nak dapatkan benang untuk jahit. Ini tugas vet. Jangan memandai nak buatkan. Kang dah buat kucing tak boleh poo sebab korang jahit sekali dengan saluran dubur jadi masalah pada vet pula nanti. Ini rawatan awal untuk buasir kucing maksudnya di peringkat awal dalam 1 hari atau kurang dari itu. Jika lama better bawa ke vet. 

Buasir kucing mungkin berlaku disebabkan masalah cirit birit. Jadi korang boleh baca entri Cara Rawatan Kucing Cirit Birit

Gambar kredit pada google image. Selama ini banyak kes buasir cik en sekali pun tak pernah snap gambar rupanya. 

2018-12-25

Muka Breakout? Boleh Cuba Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum Skincare dari NSA Beau

Muka Breakout? Boleh Cuba Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum Skincare dari NSA Beau | Disebabkan ada masalah muka yang berjerawat, beminyak, berparut, berpigmentasi dan masalah lain, ramai akan cuba mencari produk yang mampu menyelesaikan masalah muka. Disebabkan terpegaruh dengan lambakan produk di pasaran, ada yang tersalah pilih produk sehingga muka breakout teruk. So kali ini cik en nak kongsi dengan korang set skincare yang boleh memperbaiki muka breakout iaitu Ainaa Skincare dari NSA Beau. NSA Beau diasaskan oleh Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina. Ainaa Skincare terdiri dari 2 item iaitu cleanser muka yang bagus Ainaa Cleanser dan serum muka Ainaa Serum yang mana kedua dua ini adalah penjagaan asas untuk muka yang sihat dan bersih. 

Muka Breakout? Boleh Cuba Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum 


Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum merupakan produk yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kedihatan Malaysia (KKM)  dengan nombor NOT180202252K dan NOT180406150K . Kedua dua produk ini mempunyai kelebihan masing masing yang mana mampu memberi rawatan kepada muka bermasalah. 

Ainaa Cleanser



Ainaa Cleanser bertindak sebagai pembersih muka dan juga mampu membersihkan solekan, Dilengkapi dengan dengan dwi fungsi yang mampu membersihkan wajah secara mendalam dan menanggalkan solekan. Kandungan Poloxamer 184 bertindak sebagai agen untuk menanggalkan solekan, minyak berlebihan dan kotoran di dalam liang roma. Ainaa Cleanser diformulasikan dengan pH yang seimbang dan bebas bahan kimia merbahaya. Kulit akan terasa lembut, segar dan halus. 100% tanpa paraben, tanpa sulfat dan tanpa minyak mineral. 

Kelebihan Ainaa Cleanser ialah anti jerawat, menanggalkan solekan, membersihkan liang roma dan menyegarkan kulit serta lebihan minyak dan kotoran. Bahan yang digunakan adalah Castor Oil, Coconut, lecithin dan Avena Seed Extract.

Ainaa Serum



Ainaa Serum merupakan serumbebas minyak yang dirumus khas untuk memperbaharui sel kulit bagi menyerlahkan kulit yang lebih segar dan sihat. Diformulasikan dengan penghidratan sesuai untuk membantu merawat serta menghapuskan jerawat tanpa menyebabkan kekeringan dan kerengsaan. Ia berupaya untuk meremajakan sel kulit agar kelihatan lebih licin, lemut dan halus. Tona kulit akan kelihatan lebih sekata serta dapat menghilangkan bintik bintik hitam dan juga pigmentasi. Wajah akan tampil cerah, berseri dan lembut.

Kelebihan Ainaa Serum ini menjadikan kulit lebih muda, cerah, meremajakan dan memperbaharui kuli. Mengurangkan pigmentasi dan memudarkan parut, meningkatkan pembaharuan sel kulit dan juga mengecilkan liang pori. Bahan yang digunakan adalah Aloe Vera, Timun, soapwort, lavender dan asparagopsis Armata.

Saranan penggunaan adalah untuk lelaki dan perempuan berumur 13 tahun keatas dan kesannya boleh dilihat selepas penggunaan selama 14 hari berturut turut. Kandungan berasaskanbahan semulajadi selamat digunakan untuk smeua jenis kulit

Cara penggunaanya (boleh rujuk video tutorial di Cara Penggunaan Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum
  1. Bersihkan muka dengan air suam
  2. Letakkan sedikit Ainaa Cleanser di tapak tangan dan urutkan secara membulat.
  3. Bilas dengan air
  4. Letakkan Ainaa Serum di muka dan leher kemudian dap dap sahaja 
  5. Siap
Untuk pembelian dan maklumat lanjut boleh ke 

NSA Beau

7-53-3, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
+60 12-246 6900

2018-12-24

Spaghetti Bolognese Bukan Makanan Itali

Spaghetti Bolognese Bukan Makanan Itali | Tahukah korang yang orang Itali tak akan makan Spaghetti Bolognese atau membuatnya di rumah dan restoran mereka? Mesti korang terkejut kan? Sedangkan korang dah dimomok atau diberitahu dari dulu lagi yang Spaghetti Bolognese adalah masakan orang Itali. Cik en sendiri pun terkejut lepas tengok satu dokumentari di BBC Earth iaitu Indise in Factory. Rupanya resepi Spaghetti Bolognese adalah daripada orang luar Itali. 


Di Itali, ada lebih 350 jenis pasta. Walaupun semuanya dihasilkan dari bahan yang sama tapi ianya mempunyai pelbagai bentuk. Setiap bentuk pasta mempunyai sos yang tersendiri. Mungkin kita di Malaysia kenali pasta seperti Spaghetti, Angel Hair, Lasagna, Macaroni dan Futtuccine. Tapi di Itali korang akan tengok lebih banyak lagi jenis pasta. 

Spaghetti Bolognese Bukan Makanan Itali



Berbalik pada tajuk cik en Spaghetti Bolognese Bukan Makanan Itali tadi, sebenarnya di Itali, sos Bolognese adalah untuk pasta jenis Tagliatelle dan cara masakannya juga berbeza. Kalau Spaghetti Bolognese yang kita tahu, kuah dan pasta tidak bercampur tapi kuahnya hanya diletakkan di atas spaghetti yang siap direbus. Tapi di Itali Tagliatelle Bolognese dimasak dan digaul bersama semasa masak. Macam kita makan mee goreng atau bihun goreng. 


Setiap pasta yang berbeza bentuk memberi maksud tertentu dan adalah gabungan yang sesuai dengan sos. Seperti pasta Fusili yang berpintal sesuai untuk sos berasaskan tuna dan bawang. Kerana kawasan berpintal itu terletaknya tuna dan bawang untuk dimakan. Pasta jenis cengkung seperi Conchiglie sesuai dengan sos yang ada ketulan sayur. Fungsi cengkung itu untuk memudahkan sayur dimakan bersama pasta. Pasta jenis reben seperti farfalle sesuai untuk sos keju berkrim kerana ada 2 sudu (berbentuk reben)

Patutlah cik en tak minat makan Spaghetti Bolagnese rupanya gabungan tu salah. hahahha. Didalam rancangan itu pun ada nyatakan mereka memotong spaghetti kepada 30 cm kerana ianya saiz sesuai untuk dimasak menjadi masakan pasta. Walaupun kita rasa terlalu panjang untuk kita rebus didalam periuk yang ada kan? Tapi disebabkan pasta di hasilkan oleh orang Itali, mereka lebih tahu kenapa saiz itu yang paling sesuai untuk dipasarkan. 

Selain dari ilmu spaghetti ini, cik en dapat ilmu teh di rancangan Indise in Factory. Cik en ada story di Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap . Tak sia sia la masukkan HyppTV dan ada rancangan ilmiah macamni. Dari melayan drama yang tak ada faedah baik layan dokumtari camni. Kalau ada drama pun ianya berfakta dan bagi ilmu pada penonton. 

2018-12-23

Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap

Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap | Cik en ini bukanlah pandai memasak tapi cik en sentiasa suka dengan ilmu ilmu baru mengenai makanan dan minuman. Baru baru ini cik en ada menonton satu rancangan di HyppTV channel BBC Earth. Nama rancangan itu Inside In Factory. Asalnya rancangan ini adalah dokumentari pembuatan uncang teh dari awal sehingga di pasarkan. Dalam itu mereka ada slot bersama pakar untuk siri itu iaitu Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap

Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap
Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap

Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap

Selama ini cik en tak tahu ada 3 benda yang penting yang membuat teh yang betul dan sedap. Selalunya main buat saja. Ini Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap

  1. Buat air teh dalam kole atau mug yang bewarna merah. Warna merah memberi psikologi membuat teh rasa lebih sedap
  2. Gunakan air tapis untuk dimasak. Penggunaan air tapis dapat membantu menyerapkan rasa daripada uncang teh
  3. Rendam uncang teh selama 5 minit sebelum keluarkannya. Ini kerana lagi lama uncang teh direndan, lagi banyak antioksida dan kafein yang keluar.
So lepas ini cuba la Tips Buat Teh Yang Betul Dan Sedap ini. Tengok ada perbezaan tak rasanya. Nanti bagi feedback kat cik en eh!

Nak pi bancuh gift teh yang dibagi oleh Avillion Hotel masa Grand Launch la.. 

2018-12-20

Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah

Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah | Siapa suka Char Kuey Teow? Kalau korang obses dengan Char Kuey Teow korang geng dengan cik en. Walaupun asalnya char kuey teow masakan masyarakat orang cina tak berkuah tapi dimelayukan dengan ada kuah, kedua duanya adalah kegemaran cik en dulu, kini dan selamanya. Entri kali ini cik en nak kongsi port char kuey teow utagha yang ada di Sungai Petani. Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah


Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah

Percutian keluarga ke Sungai Petani adalah percutian tak dirancang. So bila tak dirancang cik en memang tak ada google atau survey tempat makan menarik di kawasan ini. Macam biasalah, disebabkan kawan facebook cik en tinggal di merata rata tempat cik en pun ada tanya dan kawan cik en Syazwani ada suggestkan makan di Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah. Settle check in hotel terus kami waze ke Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini.


Sampai Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini, terus cik en ambil menu dan order yang menjadi pilihan pelanggan mereka iaitu Char Kuey Teow Lobster Menengah. Keluarga cik en termasuk tunang adik cik en pun order yang sama. Selain itu ada Char Kuey Teow Lobster Tadika dan Char Kuey Teow Lobster Rendah. Padan la nama dia Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah sebab menu dia pun ada tadika, rendah dan menengah. Perbezaannya adalah seperti berikut :

  1. CKT Lobster Tadika : CKT + lobster
  2. CKT Lobster Rendah : CKT + Lobster + Udang
  3. CKT Lobster Menengah : CKT + Lobster + Udang + Telur Goreng
Ini review jujur dari kami, rasanya macam CKT yang lain tapi Lobster dia terbaik la. Goreng rangup cuma cik en bukan peminat Lobster jadi tak tahu macamana nak makan secara betul.Hahhahaha. Udangnya pun banyak dalam 5 ekor dan tambahan telur goreng itu cik en suka. Adik adik yang layan kami sabar dengan kerenah kami dok tanya itu ini. Siap terang apa maksud tadika, rendah dan menengah. Bagus sangat service mereka. Recommended sangat!

Mesti ada yang nak tanya pasal harga kan? Kami order CKT Menengah 5, air suam, teh ais, teh panas, air kosong dan teo o limau ais dan cik en bayar around RM 78. Murah.. Sangat murah bagi cik en. Cuma kalau korang tengah lapar better minta lebih kuey teow.. Hhahahah. Tempat dia nampak kecil dan masa kami datang memang tak ramai so tak ada la masalah tempat duduk. Selain dari CKT ada nasi lemak lobster cuma dah kehabisan masa itu. 


Insyallah next ke Sungai Petani cik en nak repeat nasi lemak lobster hampa pula ye Budak Sekolah. hahahah. Kalau ke Sungai Petani Jangan Lupa Pekena Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah di 

Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah 

Sungai Jagong
08000 Sungai Petani


waze : Budak Sekolah Char Kuey Tuaw

p/s : ada yang kata cik en menutup periuk nasi orang dengan entri INI tapi kalau sedap, layanan bagus cik en akan review seperti Char Kuey Teow Lobster Budak Sekolah ini, Tak adanya cik en nak mendengki sebabnya cik en tak jual la apa kak cik tu jual. 

2018-12-19

Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka

Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka | Asalnya nak menaip entri trip ke Kedah dan Penang dulu tapi biarlah nak story pasal yang kecewa dan menyedihkan ini dulu. Cik en hanya meluahkan perasaan kecewa dan terkilan dengan staf dan pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Mungkin kerana kami nampak biasa biasa dan sikap mak cik en suka bergurau senda buat pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini seakan akan marahkan kami. Mungkin juga mereka tak mahu lagi datang kesini lagi sebab itu dibuatnya begini.


Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka

Kisahnya bermula pada 16 Disember 2018, kami sebenarnya trip ke Kedah dan Penang untuk kenduri dan percutian keluarga. Dan Pantai Merdeka adalah perhentian terakhir kami sebelum kami pulang ke Perak. Cik en pernah sampai ke sini 2 tahun lepas bersama trip kawan kawan dan adik cik en. Untuk kali ini cik en dan adik bawa mak abah kami. Disebabkan mereka datang berpuluh puluh tahun dulu, cik en bercadang bawa mereka kesini untuk melihat kawasan Pantai Merdeka yang dulunya tak semeriah ini.

Selesai berjalan jalan, hari mula hujan dan cik en pun ajak la mak cik en ke kedai berhampiran nak pekena ABC Gunung Jerai yang terkenal disini. Cik en memilih kedai Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang sebab tertarik dengan kemeriahan warna warni. Ini cik en pujilah sebab dia pandai gunakan warna yang menarik untuk menarik pelanggan termasuklah cik en.

Abah cik en lambat sikit sampai dan kami memesan makanan dan minuman terlebih dulu. Awalnya ada rasa pelik sikit, kedai makan tapi tiada air suam dan air kosong. Tapi boleh buat air panas dan sejuk yang lain. Tapi cik en hormatilah mungkin mereka ada masalah dengan sumber api mereka kot. Hahahhaa.. Kami memesan ABC Gunung Jerai, mee udang, mee sotong dan air mineral.

Hampir 10 minit, mee udang dan mee sotong sampai. Wow! cepat juga mereka serve. Cik en hirup kuah mee udang dan nampaknya sedap dan pekat. Masa itu dah lupa dah kes air suam itu. Tak sampai 10 minit lagi ABC Gunung Jerai pun sampai. Tapi dalam keadaan senget seperti dibawah ini


Tapi tak apa la, mungkin dah senget kan. Masa ini abah cik en sampai dan nak order. Belum lagi abah cik en order, pelayan terus pergi (kebetulan ABC sampai) Abah cik en biasalah nak tengok menu yang ada. Lepas itu abah cik en pun pergi la order di kaunter dan cakap la, "mungkin air kosong dan air suam tak berbayar, sebab itu tak disediakan" sebabnya dia pun order air suam juga masa itu. Dan masa itu juga order la mee goreng udang. Al kisahnya pula, ABC kami tumpah dan kami pun masukkalah dalam pinggan dibawah itu sebab diatas dah penuh. Disebabkan banyak, ada ABC yang kami tak masukkan balik dan mencair sehingga basahkan meja

Bila mee goreng udang dihantar, abah cik en minta kemaskan ABC yang tumpah itu dan staf itu boleh pula lap ABC yang tumpah dan masukkan dalam bekas ABC yang kami baru separuh makan. ABC masih tak habis lagi. Dan tiada maaf dan ganti rugi dari pihak kedai. Adik cik en pun katalah " Boleh la kot separuh harga, kami tak habis makan lagi ini" Staf itu kata " boleh" . Sebabnya kami rasa ABC Gunung Jerai Kak Cik ini sedap.


Sampai waktu membayar, cik en bagi duit dan suruh adik yang bayar sebab manatau boleh dapat diskaun sebab kecuaian staf Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka. Masa bayar dengan pemilik Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka, adik cik en pun bercerita tapi dengan nada marahnya pemilik itu berkata " Saya Bos, saya kata tak boleh, tak boleh la. Tak ada orang makan ais dalam pinggan itu" . Masa itu adik cik en kata, ada beberapa orang pandang dia dan dia berasa malu di katakan sebegitu didepan orang.

Adik cik en marah juga dan terus ke meja dan mengadu pada kami, cik en marah juga masa itu tapi itu tempat dia. Semestinya dia akan kata "SAYA BOS" so dari bertekak dengan orang yang rasa dia hebat, baik cik en biarkan.

Tapi kan cik/puan bos Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka, ABC itu kami bayar, suka hatilah kami nak makan atas pinggan ke, atas sudu ke, pakai tangan ke. Itu rasanya cara kami makan. Tak kena mengena dan perlu ikut peraturan ditetapkan oleh sesiapa.

Harga untuk Mee Udang, Mee Sotong, Mee Goreng, ABC Gunung Jerai dalam RM47.00++ dan bab duit bukan satu masalah besar bagi cik en. Sesekali datang kan? Tak apa la mahal walaupun cik en ada tengok review di Google harga di kedai ini mahal.

Ingat lagi cik en masa cik en datang sini 2 tahun lepas, memang mereka tak suggestkan ke kedai Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Mungkin sebab ini la kot. Kebetulan kawan adik pun ada disitu dan berasal di kawasan itu dan dia sendiri pun sebenarnya tak suggest untuk kami makan disini.

Apa apa pun, kalau layanan dia baik, kemungkinan cik en akan buat satu entri yang boleh bantu promosi perniagaan dia tapi disebabkan itu, cik en boleh kata yang cik en Kecewa Dengan Kak Cik ABC Gunung Jerai dan Mee Udang Di Pantai Merdeka ini. Cik en hanya boleh kata, pelanggan ini pembawa rezeki pada peniaga. Dengan sorang pelanggan boleh viralkan dan dengan sorang pelanggan boleh menjatuhkan.

Harap korang ke sana dan makan di kedai ini tak kena la macam cik en ini. 

2018-12-18

Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing

Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing | Lamanya cik en tak share tips dan info mengenai kucing kan? Sebabnya nak dapatkan idea itu selalunya hasil dari rawatan cik en hari hari. Topik yang cik en nak marah ini adalah "Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing " . Nampaknya kes penderaan kucing sakit dengan menggunakan spray biru ini makin banyak dari masa ke semasa. Dan selalunya cik en akan mula marah dengan owner bila kes kes sebegini berlaku. Dah la kucing itu sakit, ditambah lagi sakitnya. Tak kesian ke? 


Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing 

Fungsi spray biru atau dipanggil wound spray atau manggot spray ini adalah untuk menghalau lalat yang menghurung luka disebabkan bau darah dan nanah. Lalat yang berjaga hinggap di kawasan ini akan bagi ole ole telur ulat dan apabila ianya menetas maka terjadilah luka berulat. Luka berulat akan menjadikan kulit mati, daging mati dan kalau kronik organ dalaman juga. Disebabkan luka berulat bakal ada surgery atau pembedahan potong kaki, tangan ekor dan sebagainya. Spray biru ini juga membantu mematikan ulat ulat yang ada dalam luka. Ulat mati dan daging boleh tumbuh semula. Itu cara untuk kucing sembuh bila menggunakan spray luka. 

Tapi bukannya korang memandai mandai spray sampai habis satu botol di kawasan luka dan kawasan sekitar luka terutama pada bulu kucing. Itu tak membantu langsung penyembuhan kucing malah membantu menderitakan lagi. Cukup la spray sikit didalam luka yang berulat. Itu mampu membunuh ulat dan baunya mampu mengelakkan lalat datang. 

Apabila spray terlalu banyak pada bulu kucing, bulu akan melekat pada kulit dan bila kita buat dressing/cuci luka dengan bulu bulu kucing tercabut. Kadang kadang cik en sampai kena tarik bulu yang keirng dengan spray biru disebabkan kebersihan kucing. Andai kata kucing jilat, ianya boleh membawa mati. Spray yang berlebihan sehingga bulu keras boleh mengakibatkan kucing tak mampu berjalan, membengkok tangan disebabkan sakit. 

Dan lagi satu, luka perlu dibersihkan terlebih dulu, jika luka bernanah, pastikan nanah dibuang sepenuhnya dan dibersihkan, jika luka berulat, pastikan ulat totally mati dan bersihkan. Jangan skip part "bersihkan" . Itu yang buat luka boleh baik. Dan jangan lupa baca Cara Merawat Luka Kucing.

2018-12-17

10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi

10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi | Singapore atau Singapura adalah salah satu negara impian cik en untuk dilawati. Disebabkan pertukaran matawang dari Malaysia Ringgit ke USD Singapore buat cik en perlukan masa untuk membuat simpanan. Tapi sebenarnya ada 10 tempat menarik dan percuma di Singapore yang boleh kita kunjungi dengan perbelanjaan 100 SGD Singapore sahaja. Ini pengalaman cik en sendiri dan ianya berbaloi untuk cik en yang buat trip travel ke Singapore last minit ini. | 10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi


10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi

Sebenarnya lebih daripada 10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi tapi disebabkan ianya trip sehari. Rasanya ianya cukup untuk kita kenali Negara Singa ini. Jom kita tengok 10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi ini, manatau boleh masuk dalam checklist korang apabila datang ke sini.

1. Sentosa Walk



Sampai di Singapore Cruise terus kami berjalan kaki menuju Pulau Sentosa. Ada pilihan untuk naik cable car atau Sentosa Express (ala ala monorail kalau di Malaysia). Tapi dengan berjalan kaki kami dapat explore tempat dengan lebih dekat. Walaupun berjalan kaki sebenarnya sepanjang laluan Sentosa Walk ada disediakan escalator. 

2. Universal Singapore Studio



Sepanjang perjalanan kami ke Universal Singapore Studio kami melalui Trick Eye Museum. Kemudian ke laluan cafe dan seterusnya menuju ke Universal Singapore Studio ini. Disebabkan kami pergi hari sabtu memang ramai sangat orang. Jadi ikut turn la untuk bergambar. 


3. Merlion Sentosa



Checkpoint kami seterusnya adalah Merlion Sentosa. Mulanya cik en ingat inilah tempat yang orang ambil gambar tapi pelik tak ada pula air keluar ikut mulut. Rupanya yang itu di Merlion Park. Hahahha. Dari Universal Studio kami ambil Sentosa Express ke sini dan ianya adalah percuma. 

4. Madame Tussauds Singapore



Melalui Merlion Sentosa kami menaiki escalator ke atas. Kami menuju Madame Tussauds Singapore yang mepamerkan patung lilin aktor, pemimpin negara luar dan orang orang berpengaruh. Untuk masuk sini perlu bayar tiket tapi diluar dan kedai cenderahati mereka ada juga dipamerkan patung lilin. Ada Brad Pit, Lady Gaga dan ramai lagi. Selain itu boleh beli ole ole di kedai ini juga. Tapi cik en masih berjaya tidak mengeluarkan apa apa wang ringgit lagi. 

5. Makan Tengah Hari di Nasi Briyani dan Murtabak Zam Zam



Dah masuk tengah hari mula la lapar dan terus cari port makan. paling famous di Singapore adalah Nasi Briyani dan Murtabak Zam Zam. Cik en pilih Mutton Briyani dengan harga 7 SGD, Murtabak Sardin 5 SGD dan Tea O Limau Ais 2 SGD. Total 14 SGD. So ada baki 86 SGD lagi. Menu ini sedap dan banyak juga. Murtabak dia itu ok la. Tak la nak kata sedap sangat cuma murtabak sardin itu penuh dengan inti


6. Masjid Sultan



Selesai makan kami singgah di Masjid Sultan yang berhadapan dengan kedai makan tengah hari. Terletak di Kampung Glam. Didalam Masjid ini ada ruang untuk non muslim mendapat info masjid dan agama Islam. Non muslim yang berpakaian agak terbuka akan diberi jubah sebelum masuk ke dalam ruangan tersebut. Masuk percuma. 

7. Merlion Park 



Ha, ini la tempat wajib untuk selfie bila datang Singapore. Merlion Park. Sememangnya ramai sangat orang jadi berebut la menunggu turn untuk bergambar. Ini pun masih percuma untuk korang lawati

8. Beli Ole Ole di Singapore Souvenir Centre



Ini tempat kami shopping ole ole. Cik en habiskan hampir 80 USD untuk beli keychain, fridge magnet dan baju. Di kawasan ini banyak lagi kedai kedai yang lain disebabkan kami kejar masa kami hanya terus shopping semuanya disini. Dan kedai ini juga menerima matawang selain USD Singapore. 

9. Gardens By The Bay



Sebenarnya kami tak bernasib baik. Sebab kami sampai, hujan dan ada kilat. Jadi kami tak dapat nak naik di jambatan diatas itu. Kalau nak naik rasanya kena bayar tapi cik en tak pasti berapa. Apa apa pun tempat lain disekitarnya menarik juga. 

10. Marina Bay Sands Light and Water Show



Awseome!!! Itu perkataan yang keluar dari mulut cik en selepas 15 minit light and water show ini. Best! terpegun cuma biasalah ramai orang kan. Jadi video pun tak berapa cantik masa itu. Pertunjukkan bermula 8.00 malam sehingga 8.15 malam. Sesi kedua 9.00 malam hingga 9.15 malam dan kalau hari jumaat dan sabtu ada pukul 10.00 malam hingga 10.15 malam. Disini percuma. Korang boleh tonton kesemuanya kalau tak puas dengan sekali. Hahahha

Korang berminat tak untuk ke Singapore dengan pakej RM135 perpax? Cik en nak kongsi yang trip travel ke singapore dan 10 Tempat Menarik Dan Percuma Di Singapore Yang Boleh Dikunjungi ini cik en dan kawan kawan ambil pakej RM 135 perpax dengan Raini Travel

Kenapa memilih Raini Travel?


1. PENGENDALI BERPENGALAMAN

Team RAINI Travel sangat berpengalaman dalam menganjur dan menyelaras ‘trip’ berkumpulan di dalam dan ke luar negara, berkat kemahiran yang digilap selama 5 tahun mengendali rombongan-rombongan berkumpulan dari pelbagai latar belakang.


2. WAKTU SOLAT


Kami sentiasa menitik-beratkan penyusunan jadual perjalanan yang memberi ruang selesa kepada waktu solat. Insya-Allah pelbagai rukhsah solat yang boleh kita pelajari dan praktik sepanjang bermusafir dengan kami.
3. MURAH & BERBALOI

Kami sentiasa ‘bersilat’ dalam mendapatkan ‘combo’ terbaik untuk pakej-pakej kami, berbaloi dengan nilai pengalaman yang diperolehi sepanjang berjalan dengan kami.


4. INFORMASI PERJALANAN LENGKAP


Team RAINI Travel sangat arif dan mahir dalam selok-belok destinasi-destinasi yang dibawa. Jika ingin tahu serba-sedikit tentang navigasi, sejarah, latar belakang, budaya dan gaya hidup masyarakat sesuatu destinasi pelancongan, insya-Allah kami boleh sampaikan dengan komprehensif dan santai.


5. MEMANG SUKA BERJALAN


Yang paling penting, Team RAINI Travel sendiri memang semuanya kaki berjalan, kaki ‘travel’, kaki ‘backpacking’, dan kaki ‘adventure’ sejak zaman baru-baru nak kenal dunia luar lagi. Tambahan pula kami memang suka bercerita. Pelbagai kisah pahit manis pengalaman ‘travel’ kami yang suka kami kongsi sepanjang berjalan dengan kami nanti.


6. MAKANAN HALAL


Di segenap mana pun pelosok dunia yang kami pergi, perkara utama yang menyebabkan kami kaji sambil ‘bersilat’ ialah restoran halal. Jika makanan tidak disediakan dalam pakej kami pun, kami tetap akan ‘turun-padang’ membimbing ke restoran-restoran halal yang murah dan sedap.

Berminat boleh la rujuk detail di bawah ini

RAINI Travel & Tour Sdn Bhd

3.3, 12D, Jalan Jubli Perak 22/1 40300 Shah Alam
Shah Alam, Selangor, 40300, Malaysia
Hotline: 016 774 4594
Email: admin@rainitravel.com

2018-12-16

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time | Cameron Highlands memang banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kalau satu hari memang tak sempat nak pergi semua. Untuk bonding time dengan Firman minggu lepas, cik en sempat pergi 6 tempat menarik yang ada di Cameron Highlands. | 6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time
6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time


6 Tempat Menarik di Cameron Highlands Untuk Bonding Time

1. Ladang Teh ( Cameron Valley Tea)



Kalau dari Tanah Rata ke Cameron Valley Tea ini lebih kurang 3km. Ada satu cafe dan dekat dengan cafe ada pintu masuk turun ke ladang. Tak besar mana dan kalau nak masuk kena cas RM 2 seorang. Kalau pergi ke Ladang Boh free off charge tapi perlu ke Sungai Palas. 


Dah alang alang datang ke Cameron Highlands ini, kami pekena tea original. Walaupun boleh beli teh dan bawa balik tapi nak merasa juga teh di sini. 


2. Lavender Garden



Lavender Garden ini masuk kena bayar RM 10 seorang. Dan dalam ini korang puas puas la tangkap gambar sebab semua cantik cantik belaka. Semestinya ada bunga lavender, bunga ekor kucing dan lain lain lagi. 


1st lagi dah ada jual aiskrim lavender ini dan rasanya macam makan pewangi. Hahahha. Walaubagaimana pun Firman sangat suka perasa ini. 









3. EQ Strawberry



Untuk petik strawberry ini cik en sebenarnya nak ke tempat lain tapi disebabkan hujan kami terjah je ladang strawberry yang ada. Agak mahal berbanding tempat yang cik en nak pergi itu. RM30 untuk 1/2kg. Wajib petik 1/2 kg. Lebih kena topup duit. Tak recommended sangat sebab tempatnya tak berapa cantik. 





4. Pasar Malam Cameron Highlands



Pasar Malam Cameron Highlands memang menjadi tumpuan yang datang ke sini. Dulu pasar malam di Brichang tapis ekarang dah diubah ke Golden Hill. Kami bungkus makanan dan makan di hotel. Kadang kadang tekak pasar malam datang memang nak makan makanan sebegini berbanding di hotel. 

5. Abang Strawberry



Ha, inilah tempat yang sepatutnya cik en pergi untuk petik strawberry tapi tak apa la, walaupun tak petik strawberry disini, kami makan nasi lemak strawberry yang viral. Nanti kalau nak petik datang sini tau. Harganya lebih murah



Cik en memilih Nasi Lemak Strawberry, Aiskrin Strawberry dan Kopi Strawberry.



Nasi Lemak Strawberry ini memang terasa lemaknya cuma tak terasa strawberrynya. Sambal dia pedas dan bagi cik en yang kurang makan pedas memang tak makan la. Firman nampaknya suka dan habiskan separuh nasi ini. Apa pun, not bad la. Cuma cik en andaikan ada rasa strawberry yang kuat. Ada rasanya tapi mild sangat la. Ada 2 pilihan, Ayam ranggup atau rendang. Harga RM9.90 kalau tak silap la.


Aiskrim strawberry biasa macam yang lain cuma cik en suka pati strawberry ini. Sedap sampai cik en beli kordial dia. Lepas ini nak cari askrim vanila dan letak kordial ini. Sedap. Recommended untuk beli. 


1st time minum kopi strawberry ini. Rasanya pun mild saja. Tak terlalu rasa strawberry sangat tapi kira ok la dengan tekak cik en. 

6. KEA Garden



Nak cari KEA Garden ini senang. Kena pergi pasar kea garden. Nak masuk area sini kena bayar RM 1 seorang. Korang layan la apa yang ada dalam ini. 





Untuk keluar, korang kena turun tangga dan ada cafe dibawah dan jual bunga bunga. 


Settle jalan jalan di pasar dan beli apa apa yang patut, kami teruskan perjalanan balik ke Ipoh. Sebabnya hujan lebat kami tak singgah mana mana selepas itu. 

Sepanjang kami mengunjungi tempat menarik di Cameron Highlands ini, kami menginap di Avillion Cameron Highlands di Tanah Rata. Korang boleh baca pengalaman kami di Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Untuk Bonding Time atau terus ke website mereka di https://www.avillioncameronhighlands.com/

Get widget

Blog Archive

Trending 1 Week

Labels

Ads

Grab Me!