www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-12-14

Customer Services TM Kali Ini Memuaskan

Customer Services TM Kali Ini Memuaskan | Blogger kalau internet, umpama irama tanpa lagu, lelaki tiada perempuan, kereta tiada tayar, bibir tanpa gincu dan umpama umpama yang seangkatan dengannya. Hahahaha. Dulu, sesiapa yang setia dengan cik en mesti ingat cik en mengamuk dnegan TM sebab masalah internet. Cik en memang maki betul betul customer services yang cik en call. Kalau korang jumpa cik en depan depan dan nampak cik en mengamuk mesti akan kata cik en ini cengai (bahasa kedah membawa maksud garang) . Hahhaha.. Yang tu kalau nak baca full luahan pasal TM boleh baca di Ada Tupai Gemuk Berjalan Atas Kabel Streamyx yang cik en buat tahun lepas. Kali ini nampaknya Customer Services TM Kali Ini Memuaskan sikit hati cik en. 


Customer Services TM Kali Ini Memuaskan

Seperti biasa, masuk saja hujung tahun, mula la banyak kes curi kabel, line internet out, slow dan macam macam lagi. Dan kebetulan hujung tahunla banyak job entry yang cik en kena buat. Berbanding dengan televisyen, cik en banyak habiskan masa dengan socmed terutamanya blog sebab hari hari biasa cik en sibuk dnegan kerja. Dan tahun ini macam kes tahun lepas, internet sekejap ada skeejap tak ada. Macam tak stabil, cik en dah buat report dan nasib la cik en sibuk jadi tak la cik en tension sangat kalau line tak ok ini. Report ini penting tau bagi korang ada masalah internet dengan streamyx sebabnya dengan adanya report tu, korang boleh dapatkan rebet untuk pembayaran internet bulan depannya. Selesai report dia kata kawasan ini ada maslaah kecurian kabel dan akan diselesaikan dalam seminggu. Dah sampai seminggu tapi line masih tak stabil. 

Yang bagusnya, TM call selepas seminggu itu untuk tahu keadaan internet cik en. Cik en ini kadang kadang sibuk dengan anak bulus di klinik, so tak sempat nak angkat. Dan bagusnya, setiap kali tak dapat nak call, dorang akan email cik en dan minta masa bila mereka boleh call untuk bercakap. Rasanya dekat 10 email cik en terima sebabnya dekat 10 kali cik en tak jawap panggilan dorang. So far cik en boleh email bila bila masa dan kalau korang nak lebih cepat tweet je dorang. Tweet ini maaaaybee boleh 24 jam kot. Sebabnya bila tweet reputasi mereka perlu jaga.



Kali ini cik en tak la meroyan macam dulu, sebabnya layanan Customer Services TM lebih Memuaskan dari dulu. Hope masalah internet cik en dapat diselesaikan dengan cepat sebab cik en bila bila masa perlu gunakan internet untuk blog. Good Job TM!

2017-12-13

Bayar PTPTN Menang Iphone X

Bayar PTPTN Menang Iphone X | Pagi pagi cik en baca email tajuk Bayar PTPTN Menang Iphone X ini. Isk, betul ke? Cepat cepat open email tu dan baca. Iyelah, boleh menang Ipohone kalau bayar PTPTN. PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara ini menawarkan kepada sesiapa yang teringin sangat nak Iphone X macam cik en ini. Hhahaha. Tapi dengan bersyarat la. Bukan semudah itu je. Kena bayar hutang PTPTN korang dulu untuk melayakkan korang mendapat peluang memilikinya. PTPTN menawarkan 20 buah Iphone X untuk semua peminjam mereka. 



Bayar PTPTN Menang Iphone X

Syarat yang perlu korang patuhi adalah membayar sekurang kurangnya RM1000 untuk mendapat 1cabutan. Tempoh promosi 1-31 Disember 2017. Ha, apa ditunggu lagi, cepat cepat la grab peluang ini. Sapa sapa yang selalu dapat luck tu. Hahahha. Nak beli mahai gak. Ini email dari PTPTN yang cik en dapat


Klik http://bit.ly/MyPayPTPTN untuk ke laman Web Bayaran Balik Pinjaman PTPTN atau saluran lain http://www.ptptn.gov.my/saluran_byrn_balik.html

2017-12-08

Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing

Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing | Kes flushing pada kucing jantan proses yang cik en selalu buat. Itupun hasil tunjuk ajar bos dan senior cik en. Iyelah, cik en kan pembantu veterinar je, kursus pun tak pergi jadi untuk terus bertahan di klinik cik en kena belajar pada senior dan yang lebih berpengalaman. Kalau kucing betina cik en memang tak ada pengalaman buatnya. Dan kes Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing ini merupakan kes pertama bagi cik en. Belajar jugalah dari senior yang ada masa itu.


Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing


Kes Vulva Kucing Betina Ini Tertutup Sampai Tak Boleh Kencing ini cik en accept pada awalnya sebab owner kata kucing ini kalau kencing akan menjerit dan tak nampak keluar air pun. Cik en pun check la bladder atau pundi kencing dan terasa besar. Diagnosis awal, mungkin dah mula kencing tak lawas. Masa itu owner kata kucing ini jantan dan dah dimandulkan. Cik en pun tak la check area montot dia sebabnya kucing ini mula agresif. So cik en decide untuk pelalikan untuk buat proses flushing.

Selesai pelalikan dan kucing dah mula tidur, cik en ambil la peralatan flusing dan mula nak buat. Check, check dan check.. Eh? Mana dia punya penis? Eh, mana lubang dia? Jantan ke Betina ni? Jantan kot, mugkin dah dimandulkan so pisbol dia dah takde. Tapi asal keronsong pisbol pun tak ada ini? Kalau betina, mana lubang vulva dia? Tak ada la? Ada lubang montot je. Cacat ke pe kucing ini? Kalau cacat dari kecil camna boleh jadi sebesar ini. Takkan bertahun dia tak kencing. Macam macam persoalan dah ada dalam otak cik en. Bila tengok camni, teringat kisah kambing baru lahir yang tak ada lubang montot. Tapi cik en tak ada pengalaman untuk alter buat lubang jadi cik en pass pada yang lebih pakar. Berbalik pada kucing tadi, cik en mula la tak senang duduk dan check lebih teliti. Memang ada lubang tapi tersangatlah kecik dan macam luka yang dah bersambung. Mungkin dia pernah luka bahagian vulva dan dah baik luka dan menutup saluran vulva yang mana satunya laluan air kencing dan peranakan. 


Dibawah ini cik en terangkan melalui gambar perbezaan kucing jantan dan kucig betina. Kalau jantan chateter masuk ikut penis dah boleh terus ke bladder. Tapi betina kena orang yang dah expert buat sebab dalam vulva ada 2 lubang yang kita kena bezakan. 

Anatomi Kucing Betina

Anatomi Kucing Jantan

Kes ini cik en panggil senior cik en En Amir untuk buat bersama. Dia pun sependapat dengan cik en sebab jumpa kesan luka diseiktar lubang vulva. Mula la terfikir, kucing ini dirogol ke pe? Hahahha. Sampai lubang vulva dia terkoyak. En Amir cuba gunakan chateter untuk bukakan lubang, mungkin tersumbat tapi tak boleh, terpaksalah zaaappp.. buat lubang kecil. Barulah air kencing boleh keluar. Fuh.. selamat walaupun kelam kabut juga pada awalnya. 

Tapi.... kalau luka yang kami buat ini bercantum semula, kes ini akan jadi balik. Jadi disebabkan klinik veterinar kerajaan kekurangan kepakaran dan peralatan, kami mintak owner bawa ke swasta untuk rawatan lanjut. Tapi berjaya la kami selesaikan masalah lubang vulva yang tersumbat tu dan keluarkan air kencing yang dah penuh di bladder. 

Kekadang kami ini terpaksa jadi doktor bila kes kes mendesak seperti ini. Tolak kang, faham fahamlah customer akan salahkan itu ini. Jadi kami buat sebaik boleh. Lagi lagi kes makcik pakcik susah tak berduit. Bila suruh refer klinik swasta, dorang bagi macam macam alasan, lastlast akan keluar ayat "biarlah kucing itu mati, klinik kerajaan pun semuanya tak ada, nak hantar swasta duit takda" Jadi nak tak nak kesiankan kucing, kebanyakkan kami buat juga tapi dengan apa yang ada je. Kesiankan kucing yang memandang kami dengan mata berkaca kaca. Hurm.. 



2017-12-07

Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang

Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang | Nak menjaga kucing yang mempunyai bulu panjang atau long hair ini bukanlah satu benda yang enteng. Eh, tetiba bebahasa indonesia pula. Hahahha. Bukan benda yang mudah. Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang ini memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit. Nampak cantik kan kucing berbulu panjang ini tapi kalau korang yang tak pernah membela, cik en nasihatkan belajar dulu cara Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang ini sebelum korang membelinya. Tak mau nanti, beli cantik menawan, tak sampai sebulan korang jaga, bulu dah serabai dan kurus. Satu penganiayaan tau. Kesian kucing itu nanti. Disebabkan itulah cik en keluarkan entri Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang ini untuk menjadi sedikit panduan untuk korang. Dan juga ianya menjawab pertanyaan Dayang Nurrul Huda di email. 


Baka berbulu panjang yang ada di Malaysia ini selalunya berbaka Persian (Parsi), Maine Coon dan lain lain lagi. Ada juga mixed breed yang berbulu panjang. Itu bonus la bagi owner kucing jika ada 1 ekor berbulu panjang dari 5 ekor berbulu pendek. Kerap kali cik en dengar owner yang luck sebegini. Selalunya kucing berbulu panjang ini menjadi kesayangan. Kesian kan yang berbulu pendek. Hahaha. Pada pendapat cik en ini, kucing berbulu panjang ini agak tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia yang terletak di Garisan Khatulistiwa. Mungkin masa tengkujuh, kucing berbulu panjang ini selesa tapi bila sampai musim kemarau, meleleh air mata dorang. Hahahh. sebab apa? sebab panas. Macam manusia pakai baju sejuk di musim panas. Tak ke dah jadi sauna. Setiap kucing yang Allah ciptakan ini dah sesuai dengan tempat mereka sendiri. Di Mesir, kucing tak berbulu sebabkan panas tapi di di UK, kucing berbulu lebat kerana sejuk. Eh, panjang pula cik en membebel. Back balik pada tajuk asal kita tadi. Cik en nak kongsi sedikit tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang ini. 

Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang


  1. Setiap hari wajib untuk korang sikat bulu dorang. Gunakan peralatan yang betul. Selalunya peralatan sebegini di jual di petshop, kalau nak murah sikit di Daiso pon ada jual. Ini untuk memastikan bulu kucing korang sentiasa kemas dan bersih. 
  2. Potong bulu yang panjang di kawasan montot dan tapak kaki kucing. Ini memastikan najis kucing melekat di bulu sekitar montot dorang. Ada kucing yang rajin menjilat, kalau tak rajin korang la kena rajin mencuci setiap kali dorang poo dan pee. Kalau rasa masa korang terhad, potong sikit bulu area situ. Ha.. satu lagi tapak kaki tu. Yang ini kucing selalu pijak dan mengais pasir untuk menutup najis dorang. Jadi kalau pendek ini, senang sikit penjagaannya
  3. Gunakan sikat bergigi besar. Kalau rapat dah macam sikat kutu pulak. Kalau kucing bukan saja kutu disikit, dengan bulu bulunya tercabut. Hahaha. Kalau rasa tersangkut sangkut cuba taburkan degan tepung jagung atau bedak talcum. Itu untuk senang korang sikat tanpa terhenti di skala 4.. ahahhahahah..
  4. Bila dah berbulu panjang ini, semestinya kes hairball mesti ada. Bila hairball banyak akan jadi sembelit pada kucing. So pilih makanan yang khusus untuk hairball atau dapatkan supplemen seperti hairball-control gel atau treats. Yang ini korang carilah kat petshop. Banyak je. Kalau kucing korang dah mula ada tanda sembelit, korang boleh baca Cara Rawatan Kucing Sembelit di Rumah 
  5. Pilih makanan kucing yang ada Omega 3 dan Omega 6 Fatty Acid untuk kekalkan shinning pada bulu kucing. Kalau tak, korang boleh dapatkan supplemen sebegini di pet shop 
  6. Untuk bekas najis, digalakkan guna jenis kristal atau pallet. Elakkan pasir sebabnya bulu dorang yang panjang itu. Kena belanja lebih sikit la ye. Hahhaa
  7. Selalunya kucing berbulu panjang jenis baka Parsi, mukanya kemek dan selalu berair mata bila ada di Malaysia. Jadi selalulah lap guna air suam atau beli wet tissue khas untuk mata di pet shop. Kucing Parsi ini jenis pemalas sikit, so korang kena jaga kucing berbaka ini macam anak. Sentiasa bersihkan bahagian najis, mata dan bulu dorang. Kalau tak, kucing korang akan nampak comot dan berbau. 
  8. Jangan lupa mandi ok? Hahaha. Kucing camni kena rajin mandi sikit. Nak tau camna nak mandikan kucing dengan betul? Baca entri Cara Memandikan Kucing

Ini antara Tips Penjagaan Kucing Berbaka Bulu Panjang yang boleh cik en kongsikan. Ini dari pengalaman dan nasihat cik en pada owner kucing yang berbulu panjang. Tapi bagi cik en sendiri, cik en tak suka bela kucing sebegini. Cik en suka yang short hair atau berbulu pendek. Senang jaga sebabnya cik en seorang yang sibuk. Sebab cik en mempunyai ramai pesakit berbulu ini di tempat kerja. Hahahahha.. Sebab itu cik en pilih Peah masa dibagi dulu. Sebab dia sejenis pembersih dan berbulu pendek. Ok la, jumpa di next entry.. 

2017-12-06

Cara Memandikan Kucing

Cara Memandikan Kucing | Entri ini ada kaitan dengan pertanyaan daripada email semasa cik en sibuk seminggu itu. Sebenarnya ada 2 pertanyaan, Cara menguruskan kucing berbulu tebal dan cara memandikan kucing. Sebabnya dia dah beberapa kali dicakar bila mandikan kucing dia. Cik en menulis entri dari pengalaman cik en sendiri. Sebabnya peah cik en dan anak bulus cik en baik baik je bila di mandi. hahahha. Hope ianya memberi sedikit panduan untuk korang cara memandikan kucing korang ye? Andai ada yang nak share pengalaman boleh saja komen di bawah sebabnya cik en open untuk semua komen. 


Cara Memandikan Kucing 

Sebenarnya korang tak perlulah mandikan kucing korang tu setiap hari macam manusia. Berbanding dengan haiwan lain, kucing sememangnya pembersih tau. Haiwan yang paling kerap menjilat bulu atau grooming ini adalah kucing. Menjilat bulu adalah mandi bagi kucing korang. Kalau dorang jilat anu atau montot dorang, itu cara mereka membersihkan diri. Bila korang rajin memandikan kucing ini, mereka akan hilang jati diri. Sebabnya bau masham dorang itu adalah cara mereka mengenali kawan atau musuh dorang. Andai kata kucing korang kotor sangat mungkin bergaduh atau jatuh longkang, korang boleh ikuti cara yang cik en listkan dibawah ini ye?

Barang di perlukan untuk memandikan kucing

  1. Ruang yang tertutup seperti bilik air yang pintunya di tutup. 
  2. Bekas seperti besen atau kucing jenis agresif boleh gunakan sangkar besi. 
  3. Cebok air ( in bahasa malaysia baku panggil apa ye? )
  4. Syampu kucing yang mana ianya free dari kimikal dan sebolehnya cari yang PH balanced dan coconut oil. 
  5. Air suam. Jangan terlalu panas dan sejuk. Better gunakan heater dalam bilik air. 
Cara Memandikan Kucing 

  1. Ada 2 step la. Kalau kucing yang manja, korang boleh main kejar kejar dan bermain sebelum masukkan dorang dalam bilik air. Kalau jenis agresif masukkan didalam sangkar.
  2. Jangan lupa tanggalkan kolar ye.
  3. Jangan terus mandikan dengan air.. Main main air dulu dengan dorang.. Ala ala manja gitew. Awal awal renjiskan sikit sikit. Bila dah mula rasa selesa. Baru perlahan lahan mandikan. Bermula dari ekor, kaki belakang, badan, kaki depan dan seteruskan kepala. Ini untuk elakkan kucing terkejut. Andai kucing agresif, take time untuk dorang ye. Ajak la sembang sembang ke, gosip gosip ke. Untuk mengurangkan tekanan gitew. Hahhaha. Kucing ini kalau diajak berborak mereka boleh releks.
  4. Selesai basahkan baru la urut perlahan lahan. Buang segala kekotaran dan segala mak nenek yang tak diperlukan
  5. Selesai, boleh korang syampu kucing korang itu.. Buat dengan gentle, jangan ganas ganas pulak. Kalau boleh, korang pun mandi sekali. barulah kucing rasa fair. bukan dorang saja yang basah. hahahha
  6. Ambik masa 5 minit ke 10 minit untuk syampu seluruh badan. 
  7. Bilaskan sampai tiada sisa syampu. Ini penting, sebab kucing suka menjilat. Nanti keracunan pula kalau de bahan kimikal. 
  8. Lap dengan tual bersih.
  9. Cari hair dryer dan keringkan. Kalau kucing agresif sebab bunyi bising, masukkan dalam sangkar dan keringkan dari luar. Kalau korang mampu keringkan dengan sempurna, its ok, kalau tak ok, sila jemurkan dorang kat cahaya matahari. Jangan lelama. Nanti kering pulak kucing korang. Paling cantik, cahaya matahari pagi.
  10. Selesai semuanya pakai semula kolar dan biarkan dorang masa bertenang untuk jilat bulu. 
Kalau korang nak tau, kalau korang mandikan pun, kalau dorang tak jilat bulu dorang, bulu dorang takkan shinning cantik. Itulah kekuasaan Allah dalam air liur kucing ini. Antara antiseptik untuk kucing dan kecantikan bulu kucing sendiri. 

Ini antara tips yang cik en boleh kongsi, mungkin ada yang cik en lupa nak letak, bolehlah korang bantukan pembaca pembaca entri ini.. Tapi kalau korang dah mandikan kucing korang tapi masih kucingberbau busuk, mungkin korang kena baca entri Kenapa Kucing Berbau Busuk

2017-12-05

10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone

10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone | Seperti dijanjikan di entry sebelum ini, cik en nak sambung beberapa tips dalam slot Cara Pengambilan Gambar Yang Berkesan dalam Kursus Pengawai Perlesenan yang cik en hadiri minggu lepas. Walaupun asalnya slot ini untuk kakitangan tapi cik en rasa ianya boleh di apply pada blogger yang selalu ambil gambar untuk blog dan simpan sebagai ilmu. Nak belajar ini mahal tau? So dengan perkongsian camni cik en dapat bantu kawan kawan mencari info. Jom kita tengok 10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone ini.



10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Smartphone


1.PEGANG TELEFON ANDA DENGAN KUKUH ATAUPUN GUNAKAN ALAT SOKONGAN 

Pastikan anda sentiasa memegang telefon pintar anda dengan kukuh dan jika boleh cuba elakkan melakukan pergerakan ketika mengambil gambar kerana pergerakan ini akan menghasilkan gambar yang kabur terutama sekali jika kamera anda tidak mempunyai optik pengstabilan imej. Selain itu, anda harus melakukan menekan butang ‘shutter’ dengan perlahan-lahan. 

2.ELAKKAN PENGGUNAAN ZOOM DIGITAL

Penggunaan Zoom digital harus dielakkan kerana pembesar imej digital ini akan mengurangkan kualiti gambar, lebih banyak zoom yang anda lakukan lebih teruk kualiti gambar yang terhasil. Jika anda mahu gambar yang baik anda boleh ‘crop’ gambar anda selepas mengambilnya memandangkan kesemua telefon pintar pasti hadir dengan beberapa kebolehan untuk mengedit gambar yang diambil. Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar dari jarak yang lebih dekat. 

3.GUNAKAN TETAPAN RESOLUSI DAN RATIO YANG TERBAIK

Pergi ke tetapan kamera telefon pintar anda dan pastikan anda menggunakan resolusi terbaik yang ditawarkan. Selain itu, elakkan penggunaan ‘aspect ratio 16:9’ untuk pengambilan gambar kecuali anda tahu kamera telefon pintar anda memiliki sensor imej 16:9 Walaubagaimanapun, disyorkan anda menggunakan ‘aspect ratio 4:3’. 

4. BERSIHKAN LENSA KAMERA ANDA

Lensa pada sesebuah telefon pintar mudah menjadi kotor dan berhabuk dan disebabkan ini adalah perlu meluangkan sedikit masa untuk membersihkanya dari semasa ke semasa. Bagi tujuan pembersihan lensa ini kami mencadangkan penggunaan kain yang lembut.

5. TETAPKAN FOCUS DAN ‘EXPOSURE’ YANG BETUL DENGAN SATU SENTUHAN 

Jika anda merasakan gambar anda tidak mempunyai pendedahan atau fokus yang baik, anda hanya perlu melakukan sentuhan sebelum mengambil gambar, perisian kamera pada kebanyakan telefon pintar ditetapkan untuk memberikan fokus dan pendedahan berdasarkan bahagian yang anda tekan. 

6. MENGIKUT PERATURAN ‘RULE OF THIRD’

Kaedah ‘rule of thirds’ ini adalah mudah dan senang digunakan ketika pengambilan gambar. Pastikan gambar sejajar pada satu garisan menegak atau pada titik pertemuan garisan melintang dan menegak. Selepas itu, pastikan bahagian atas gambar adalah terletak sepanjang garisan melintang paling atas. 

7. BELAJAR MENGGUNAKAN KESEMUA ‘MODE’ PADA KAMERA ANDA

Kebanyakan telefon pintar pada masa ini hadir dengan banyak aplikasi kamera yang kaya dengan pelagai fungsi menarik seperti model untuk mengambil objek bergerak dan pengambilan gambar pada waktu malam. Cuba kesemua ‘mode’ ini kerana jika anda sudah biasa dengan kesemua fungsi pada kamera ianya akan membantu anda ketika anda memerlukanya. 

9. AMBIL BEBERAPA GAMBAR YANG SAMA

Adalah sesuatu yang baik jika anda mengambil beberapa gambar yang sama kerana anda boleh memilih gambar yang terbaik daripada beberapa gambar yang diambil. 

10. EDIT GAMBAR ANDA TETAPI JANGAN KETERLALUAN

Anda boleh menukar gambar biasa kepada gambar yang cantik dengan mengedit gambar namun penggunaan yang keterlaluan tidak digalakkan. Kebanyakkan telefon pintar kini hadir dengan perisian kamera yang mempunyai sistem yang boleh membantu anda meningkatkan kecerahan gambar termasuk bingkai.

Antara tips ini cik en pernah share Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik sebelum ini. Dan cik en pun nk bagi kredit entri ini pada Encik Mohd Razif Bin Jamalludin sebagai penceramah slot ini. Jumpa di next entri na... Da... 

2017-12-04

Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik

Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik | First entri selepas cik en sibuk seminggu ini adalah berkait rapat dengan slot ceramah semasa Kursus Pengawai Perlesenan minggu lepas. Ada 4 slot. Dan slot terakhir adalah Cara Pengambilan Gambar Yang Berkesan. Ianya untuk pengawai pengawai yang bertugas untuk check ladang dan perlu tangkap beberapa gambar untuk buat presentation dalam Mesyuararat Jawatankuasa Induk Perlesenan. Ada 2 topik yang cik en rasa ianya menarik di kongsi. Pertama Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik dan kedua 10 Tips Fotografi Terbaik Menggunakan Kamera Telefon Pintar. Cuma untuk entri ini cik en akan share Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik dulu dan untuk next entri cik en akan kongsi 10 tips tu okey? 


Ciri Ciri Kamera Smartphone Terbaik 


1. JENIS SENSOR

Sensor yang baik dan terkenal dihasilkan oleh Sony Exmor ataupun Samsung ISOCELL. Kebanyakan smartphone yang mempunyai kamera yang baik menggunakan sensor Sony ataupun Samsung. 

2. AUTO FOKUS

Dapatkan imej yang tajam dan tepat, kamera tersebut mestilah mempunyai sistem pemfokusan. Antara sistem pemfokusan yang digunakan dalam smartphone adalah PDAF (phase detection auto focus), laser auto focus, hybrid focus.

3. OIS

Fungsi OIS (optical image stabilizer) adalah untuk memastikan imej yang dihasilkan adalah pegun, tidak bergegar, dan stabil secara optikal. OIS antara elemen terpenting bagi sesebuah kamera. Tiadanya OIS, anda harus mengambil gambar dengan penuh berhati-hati supaya imej tidak bergegar.

Menurut Encik Mohd Razif, penceramah bagi slot ini, smartphone ini mahalnya kerana kameranya. Untuk dapatkan gambar berkualiti, korang disarankan memilih smartphone yang mempunyai lens kamera dari Sony atau Samsung. Antara smartphone yang mempunyai lens yag terbaik adalah Sony, Samsung, Huawei, Oppo, Lenovo dan Meizu. Korang boleh check masa belek belek smartphone dengan tangkap gambar dan cuba zoom kan. Kalau sikit pun korang zoom pecah kira mp dia rendah la. Lagi bagus lens tu lagi mahal smartphone tu. 

Kredit entri ini pada Encik Mohd Razif Bin Jamalludin sebagai penceramah slot ini.

2017-12-03

Minggu Yang Sibuk

Minggu Yang Sibuk  | Hai Hai Hai semua. Nampak tak blog cik en bersawang hampir 2 minggu ini? Banyak pertanyaan di page, fb personal email dan instagram cik en tak jawab. So untuk mengelak di kecam, kena la buat press conference kan? Macam Fattzura. Hahahah. Acah acah pemes gitew Dikesempatan ini cik en ucapkan juga Tahniah pada Fazura dan Fattah. Sempat gitewwww.. . Apa apa pun cik en memang nak minta maaf banyak banyak sebab memang satu pertanyaan pun dari 2 minggu lepas cik en cik en tak jawab. Blog ini pun dah mula bersawang, group whatsapp pun cik en dah lama tak mencelah.


Start 24 November lepas kerja cik en terus ke Ipoh jumpa best friends forever cik en, Poyok. Sebelum ini cik en pernah keluarkan artikel mengenai Poyok. Korang boleh baca di Tahniah My Bestie Poyok. Poyok ada kursus di Ipoh, dah alang alang dia mai perak, cik en tak kan lepaskan peluang nak berjumpa dengan dia. Cik en balik ke Manjung esoknya selepas hantar Poyok ke KTM Ipoh.



Ahadnya pula cik en hadiri kenduri kawan ex housemate cik en, Su di Gunung Semanggol dengan ex housemate cik en yang lain namanya Kak Jue. Selesai je kenduri kami jalan jalan ke Ipoh sebelum bergerak balik ke Manjung. 



Hari Isnin cik en kena bergerak ke Negeri Sembilan sebabnya hari selasa cik en ada Mesyuarat Kesatuan Pembantu Veterinar Semenanjung Malaysia. Untuk pengetahuan semua, cik en dilantik sebagai Setiausaha kesatuan dan kalau dah jadi AJK tertinggi setiap mesyuarat cik en kenalah hadiri. Sambil di Negeri Sembilan sempat juga cik en berjalan jalan di bandar Senawang. Cuci mata di Uptown Senawang dan makan Char Ketiau di Restoran Juara. Hari selasa cik en meeting dari pagi sampai petang. Selesai saja, kami team dari Perak bergerak balik. 



Sampai pun dah malam dan cik en stay rumah adik cik en sebabnya keesokannya hari Rabu cik en ada Kursus Pengawai Perlesenan di Ladang Infoternak Sungai Siput. Sampai ke petang juga lah, lewat petang cik en sampai Manjung. 

Masuklah hari Khamis, cik en dah dibook oleh beberapa pelanggan klinik untuk rawat meow dan gong dorang. Time cik en jugalah ramai orang walaupun hujan lebat. Nampak tak dorang tunggu cik en gak. Itulah yang buat cik en sibuk tahap menteri pada hari khamis tu. 

Dah nama pun setiausaha, cik en perlu siapkan minit mesyuarat dan cik en habiskan malam jumaat cik en dengan menaip ayat ayat skema. Hahhaha. Lain wei menaip di blog dan minit mesyuarat ini. Cik en tak leh nak letak Hahahhahha, Hihihihi, bahasa rojak dan sebagainya. Jadi la cik en skema kejap malam jumaat tu. Selesai cik en masuk tidur dan hari jumaat cuti peristiwa maulifur Rasul, cik en balik ke kampung, Bila balik kampung pulak, line telefon sememangnya macam siput patah kaki. Bukan saja internet, nak send sms pun sangkut sangkut. Hahhaha. Dan hari ini malam minggu cik en menaip entri ini. Ini pun tengah menolong mak cik en kat kedai makan dia. 

Nampak tak betapa sibuknya cik en seminggu ini. Sampaikan tak sempat cik en bermasker muka. hahahha.. Anyway next week ini cik en akan start dengan rutin biasa dan cik en akan lebih cepat membalas semua pertanyaan korang eh? And last ini, cik en mohon maaf sangat sangat ye.. Jumpa di next entry na...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads