Sambutan Fiesta NBOS SayangMalaysia di Bagan Datuk Memang Wow!
- Pusat Transformasi Bergerak (Mobile CTC),
- Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M),
- Coding@Schools (C@S),
- NBOS Rangkaian Strategik,
- Program Komuniti Agropreneur Muda,
- Visit My Kampung (VMK),
- 1Strategic Partner Community (1 SPC)
- Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
- Pameran Pengalaman Homestay yang mengetengahkan konsep utama strategi perniagaan baru daripada 10 kluster homestay di Malaysia yang mempamerkan produk – produk tempatan dengan keunikannya yang tersendiri. Antaranya ialah
- Homestay Bagan Datuk, Homestay Maju Manik
- Homestay FELCRA Seberang Perak
- Homestay Felda Sungai Klah
- Homestay Kg Beng
- Homestay Labu Kubong, Perak.
![]() |
Bahan bahan untuk buat Kebebe |
- Pavilion Citrarasa Sayang Malaysia yang mengetengahkan makanan tradisi rakyat Perak seperti Rendang Tok Bagan Datuk, Bihun Madu Klah, Kuih Limas, Soto Bagan Datuk, Kuih Peneram Bukit Gantang, Rendang Itik dan Ketupat Palas, Bubur Anak Lebah, Telur Dadar Ikan Loma, Kebebe dan Jeli Kelapa di bawah seliaan Jabatan Warisan Negara (JWN)
![]() |
Persembahan JKKN |
- Persembahan kesenian dan kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
- Penganjuran permainan Jigsaw Puzzle #SayangMalaysia bagi dua kategori, iaitu dewasa dan kanak – kanak pada waktu happy hour (jam 11.00 pg - 12.00 tgh dan 1.00 ptg - 2.00 ptg) di bawah seliaan Unit Komunikasi Korporat, MOTAC
- Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah di bawah seliaan Bahagian Pelesenan Pelancongan, MOTAC
- Sesi temubual pengunjung Pavilion, pengusaha homestay serta pempamer bersamaMatic.FM, Online TV, YouTube, Celebrity DJ di bawah seliaan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
- Pameran daripada 3 penggiat industri iaitu Perak Gaharu Tea Valley, Ghost Museum, Magic World di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Industri, MOTAC
- Pertandingan memasak ala Master Chef
- Pertandingan sepak ratus
- Pameran vespa
- Pameran gasing
- Pameran Doodle
Untuk fasa kedua penganjuran ini ianya bertemakan Sayang Malaysia sempena dengan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia. So korang bolehlah tengok semua gambar dan cerita warna warni Malaysia di laman sosial dengan hastag #SayangMalaysia. Korang juga di alu alu kan untuk mengunakan hastag #SayangMalaysia ini pada setiap post di social media korang. Keluar gambar makanan ke, tempat menarik ke atau apa apa je la boleh je letak hastag ini. Mana yang single tu boleh la try juga manatau dapat jodoh atau kawan kawan baru. Hahaha
![]() |
Menara Condong Teluk Intan |
Udah dibuat di Bagan Datuk sempatlah ke Menara Condong Teluk Intan ini. Tak sangka sebelah malam ianya lagi cantik. Dengan lampu berwarna warni melambangkan Malaysia yang mempunyai pelbagai adat, budaya, masyarakat dan sebagainya. Jadi alang alang ini, cik en promote juga la, mai je Teluk Intan mai sini ambik gambar dan jangan lupa hastag #sayangmalaysia kalau upload di media sosial korang.
Alang alang masuk perak ini, nak kabo kan, kami di Perak ada 5 loghat. Itu yang buat Perak ini unik dan awesome tau. Macam cik en, comel selalu.. sebabnya Hensem itu bermula dari Almarhum Sultan Azlan Shah lepas tu turun ke Sultan Nazrin Shah dan akhir sekali terus merebak dekat seluruh rakyat Perak. Seterusnya ke rakyat wanita perak juga . Hahhaha. Itulah Negeri Perak. Nak tau tak loghat tu? cuba baca Loghat atau Dialek Rakyat Perak . Jumpa di entri seterusnya.....