www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-10-31

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS | Pernah tak korang ada masalah untuk dapatkan no TAC untuk urusan perbankan online korang terutama Maybank? Kebiasaannya korang perlu tunggu sms dari pihak bank untuk dapatkan beberapa digit nombor untuk urusan pengesahan tranksaksi setelah korang request nombor tu dan ada beberapa ketika apabila pihak bank ada masalah korang kena tunggu lama untuk dapatkan atau ada masa korang tak dapat terus nombor itu. Mesti korang angin kan bila sebab sms no tac diterima, kerja korang tertangguh dan ada kes sampai barang korang nak beli selalu flash sale di shoppig online terlepas. Kali ini cik en nak jar sikit cara mudah yang mana korang boleh aktifkan secure2u untuk Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS
Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS


Cara Dapatkan Nombor TAC Maybank Tanpa SMS

Cik en sendiri pengguna tegar perbankan online untuk cik en bayar bil bil dan sewa rumah setiap bulan. Dulu cik en menggunakan apps Maybank yang lama. Banyak kelemahan antara kalau kita tak favourite nombor akaun seseorang, kita tak boleh nak transfer melalui apps. Kena guna web juga. Kalau tak silap cik en, hampir setahun Maybank buat satu apps terbaru yang lebih mesra pelanggan. Untuk apps baru korang boleh transfer duit walaupun akaun itu bukan akaun favourite. Begitu juga dengan bil bil. 

Selain itu, Maybank ikut jejak CIMB untuk aktifkan no TAC secara apps. So kalau korang duduk luar negara pun, korang tak perlu risau untuk dapatkan no TAC melalui sms. Asal ada internet, korang boleh buat sebarang urusan melalui Maybank banking online. Nak tahu caranya? Ikut step di bawah ini

1. Download Maybank Apps New (ada tulis new kat atas icon)


2. Buat register dengan masukkan butiran yang diperlukan.
3. Masa pendaftaran sila aktifkan secure2u ye. Masa ini masih memerlukan no tac untuk pengesahan dan selepas ini korang boleh gunakan secure2u tu. Macam cik en, cik en daftar sekali untuk model handphone cik en.
4. Cara nak gunakannya adalah paling senang, apabila korang gunakan perbankan online secara web (komputer) sampai untuk isikan no tac korang hanya masukkan maybank apps di handphone korang dan buka bahagian secure2u 


5. Kat situ akan ada digit digit yang valid dalam 30 saat kalau tak silap cik en. 


6. Masukkan digit itu kat bahagian tac dan ianya valid untuk buat transaksi.
7. Kalau korang gunakan Maybank Apps korang tak perlu nak masukkan apa apa no tac sebab ianya akan automatik update no tac itu. Tau tau settle je. 
8. Cuma cik en tak boleh nak screenshoot atau save bukti transaksi sebabnya lepas bayar melalui Maybank Apps, korang ada 2 pilihan, save as favourite atau send to email. Kalau nak bukti untuk hantar pada seller, korang boleh download di email yang korang hantar. 

Kalau korang pengguna CIMB, dorang pun guna konsep yang sama juga dulu..Boleh baca Cara Terbaru Dapatkan No Tac CIMB Tapi sekarang macam dah tak ada je selepas update yang terbaru. 

2017-10-30

Cara Mudah Save Gambar Di Dalam Word

Cara Mudah Save Gambar Di Dalam Word | Menjadi seorang blogger, cik en akan selalu draftkan artikel atau entri cik en di dalam word kalau ada masalah talian internet. Dan cik en akan masukkan sekali gambar yang bersesuaian untuk elakkan gambar tak jumpa nanti. Dan menjadi satu masalah untuk cik en nak keluarkan sebanya bila cik en copy paste, hanya tulisan saja yang keluar manakala part gambar tak dicopy sekali. Mesti ada yang suruh cik en right klik tapi masih takde save as yang keluarkan. Ada juga yang suruh screenshoot tapi cik en takkan dapat kualiti gambar yang original. Dalam cik en research, cik en dapat satu Cara Mudah Save Gambar Di Dalam Word. Hope dapat bantu korang


Cara Mudah Save Gambar Di Dalam Word

Caranya sangat mudah sangat. Korang ikut step dibawah ini
  1. Buka word yang ada artikel bergambar yang korang nak keluarkan.
  2. Korang klik Save As
  3. Klik Word Document
  4. Pilih Save as Type "Web Page, Filtered"
  5. Nanti akan de keluarkan box dan korang tekan yes je.
  6. Nanti korang akan nampak di kawasan korang save word akan wujud 1 folder. 
  7. Dalam folder itu ada kesemua gambar dalam word tadi. 

Mudah je kan? Cara Mudah Save Gambar Di Dalam Word ini akan keluarkan semua gambar yang ada di dalam word tak sampai 5 saat pun kan? Ok la, sebelum itu, mesti korang nak baca artikel 5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing

2017-10-28

Teh Panas Terbaik

Teh Panas Terbaik | Cik en seorang yang suka dengan masakan style chinese. Mungkin cik en ini ada keturunan chinese kot. Hahaha. Janganlah percaya sebab cik en sememangnya Melayu tulen. Cuma makanan yang ada di Malaysia, cik en lebih suka dengan masakan chinese style berbanding mamak. Bagi cik en, masakan chinese ini tidak terlalu pedas, tak terlalu masin, manis, bahan perasa dan rasanya sesuai dengan tekak cik en. Sebab itu cik en akan cari kedai cina lagi lagi untuk breakfast. Menu apa yang cik en admirer gila Teh Panas dorang. 


Rasa teh ini tidak terlalu manis macam teh panas di kedai mamak dan terlalu pekat di kedai melayu. Teh Panas dia menggunakan teh cina yang dicampur dengan susu pekat dan sedikit susu cair. Jadi rasanya balance. Cik en masih terasa lemak dari susu cair dan manis manis lidah pada susu pekat. Satu lagi, cawan yang digunakan akan dibilas dengan air panas sebelum buat. Dan yang best lagi ianya tidak terlalu panas apabila di hidangkan. Kalau tiba tiba ada urgent case, cik en boleh hirup terus. Hahahha. 

So kalau korang sukakan teh panas yang macam mana? Macam cik en gak ke? Kalau ada, cer komen kat entry ini. Ok lah, jumpa next entri di www.nurfuzie.com lagi

2017-10-27

5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing

5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing | Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai kerana sifatnya yang mudah jinak dan suka bermain. Ada yang memilih untuk mengambil saja kucing liar yang dijumpai di luar rumah, dan ada juga yang sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk membeli kucing dari baka istimewa. Tidak kisah bagaimana cara korang mengambil ‘anak angkat’ ini, korang perlu bersedia untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk memeliharanya. Kos makanan, perubatan dan grooming adalah antara keperluan asas yang harus diambil kira setiap bulan. Selain keperluan asas, korang juga perlu menyediakan rumah atau ruang yang cat friendly untuk mereka membesar dan bermain dengan selamat.Jika korang masih mencari idea untuk jadikan rumah lebih mesra kucing, mari lihat 5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing agak menarik dan unik yang telah cik en kumpulkan untuk tatapan korang.

5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing


1. Para dan kabinet khas untuk kucing

Bagi rumah jenis kompak seperti pangsapuri atau rumah setingkat, gunakan ruang kosong di dinding sebagai tempat untuk kucing anda bermain dengan meletakkan para kayu. Korang bebas untuk melakar bentuk trek laluan mengikut saiz dinding kosong yang ada, dan dapatkan khidmat renovate rumah untuk tempah dan lakukan pemasangan para tersebut. Selain itu, korang juga boleh membuat tempahan kabinet khas dengan tema kucing sebagai ruang penyimpanan barang-barang keperluannya. 

5 Idea Ubah Suai Rumah Untuk Pencinta Kucing

2. Kabinet untuk kotak pasir kucing

Jika korang mempunyai kabinet lama yang masih elok untuk digunakan, jadikan kabinet itu sebagai tempat untuk korang sorok kotak pasir kucing korang. Dapatkan khidmat handyman untuk lakukan sedikit penambahbaikan dengan membuat lubang untuk memudahkan kucing korang keluar dan masuk dengan sendiri pada bila-bila masa. Dengan adanya kabinet khas ini, pasir tidak akan bersepah ke merata-rata tempat, dan bau busuk juga tidak akan pergi jauh. 


3. Jambatan dan buaian gantung

Bagi rumah yang mempunyai ruang terhad untuk kucing korang melepak, pasangkan jambatan gantung di tempat yang tidak menghalang laluan. Walaupun jambatan gantung itu kelihatan ringkas, korang harus pastikan lebar jambatan itu sesuai dengan saiz kucing korang, dan lapik serta skru yang digunakan cukup untuk menampung berat kucing korang. Pastikan ia dipasang dengan kemas untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan. 


4. Terowong khas di bahagian bawah pintu

Sebelum ini korang sering lihat rumah-rumah dalam filem Hollywood mempunyai laluan khas untuk anjing mereka keluar dan masuk. korang juga boleh mengaplikasikan idea yang sama untuk kucing peliharaan korang. Ada dua cara untuk korang dapatkan pintu dengan terowong khas ini. Yang pertama, korang boleh dapatkan handyman untuk potong bahagian bawah pintu mengikut saiz yang sesuai untuk kucing korang, dan tambah kemasan kayu seakan telinga kucing agar ia kelihatan lebih menarik. Yang kedua, tempah pintu baru mengikut citarasa korang, terutama sekali jika rumah korang masih lagi dalam proses pembinaan. 



5. Para di tepi tingkap

Bagi indoor cats yang sentiasa berada di dalam rumah, sediakan para di tepi tingkap untuk kucing anda lihat suasana di luar. Upah cabinet maker untuk membuat para yang sesuai dengan saiz kucing korang. Tambah karpet agar tidak mudah tergelincir ketika memanjat, serta lebih selesa untuk mereka tidur. Jangan lupa untuk susun para itu seakan tangga agar mereka dapat naik dan turun dengan mudah. Jika korang mempunyai anak kucing, tambah para yang lebih kecil di antara dua para yang besar untuk memudahkan anak kucing tadi naik dan turun. 



Bagi penggemar kucing, mereka pasti akan memberikan perhatian dan kasih sayang yang menggunung untuk anak angkat mereka ini. Mengikut kemampuan dan kesesuaian, ada yang pilih untuk renovate rumah agar ada ruang yang lebih besar untuk kucing bermain, ada yang dapatkan pakar renovate rumah untuk bina rumah kucing, dan ada juga yang tempah kabinet atau aksesori lain, khas untuk kucing-kucing kesayangan mereka. 

Sebelum korang memulakan projek home improvement pilihan korang, pastikan korang gunakan khidmat kontraktor yang boleh dipercayai. Recommend.my mempunyai lebih 900 kontraktor yang berpengalaman di seluruh Malaysia, sedia untuk membantu korang. Kongsi maklumat ringkas dan terima anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam sahaja.

2017-10-25

Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing

Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing | Entri ini cik en taip selepas baca kisah diceritakan oleh Dr Najihah yang dikeluarkan di artikel blog Siakap Keli. Cik en tak sangka la pula kalau tak cucuk anti tetanus ini boleh bawa kepada kematian. Ingatkan cucuk tu untuk tahan sakit dan elak kena kancing gigi je. Apa pun lepas cik en baca kisah kematian pesakit Dr Najihah itu, cik en memang rasa Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing juga. 

Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing
Pentingnya Suntikan Anti Tetanus (Kancing Gigi) Apabila Digigit Kucing 

Berbalik pada kisah diceritakan oleh Dr Najihah itu, cik en ringkas kan kalau rasa nak baca penuh, korang boleh baca di Jangan Kata Tetanus. Aduh.'', Kisah Pesakit Tak Mahu Terima Suntikan Vaksin Elak Kancing Gigi Akhirnya Mati. Kisahnya apabila ada seorang pesakit datang berjumpa Dr Najihah dan katanya tak boleh buka mulut dan sakit belakang. Apabila ditanya lagi, rupanya pesakit itu ada kemalangan minggu sebelum itu. Dan disebabka luka yang teruk, kotor dan bernanah, terus Dr tanya, ada tak pergi klinik selepas kemalangan untuk cucuk ubat? Rupanya tak ada. Dr dah mula agak mungkin kes Tetanus. Dari tak sedarkan diri selepas 2 hari sehinggalah pesakit itu meninggal dunia. Semuanya kerana tak buat suntikan anti teteanus atau kancing gigi. 

Kalau sesiapa yang ingat atau baca entri cik en sebelum ini, cik en sendiri ada dapatkan cucuk kancing gigi ini awal tahun ini. Sebab kena gigit dengan kucing sampai berdarah. Nak tau pasal apa kena gigit? Kena baca entri Sepandai pandai mengelak digigit, digigit juga akhirnya . Suntikan ini valid 6 bulan. So sekarang dah bulan Oktober kiranya dah habis dah suntikan itu. Medical Assistant masa itu kata kalau ada kemalangan atau digigit lagi 6 bulan dah tak perlu cucuk kancing gigi ini. 

Disebabkan itu, cik en nasihatkan kepada pembaca cik en terutama owner kucing ini, kalau kucing gigit anggota badan korang, cepat cepatlah dapatkan rawatan di klinik. Paling habis pun, dapatkan cucuk kancing gigi. tak mau nanti, bila jadi kes kematian atau kronik, kucing disalahkan. Kesian kucing itu. Kalau setakat calar calar tak payah la nak suntik. Calar ini dibahagian kulit je tak sampai luka dalam. 

2017-10-24

Cara Atasi Masalah TIdak Boleh Tidur Dengan Yoga

Cara Atasi Masalah Tidak Boleh Tidur Dengan Yoga  | Sebut pasal tak boleh tidur ini, cik en pernah alami satu masa dulu. Masa mula mula cik en nak dapat depression dan anxiety. Cik en hanya tidur dalam 2 jam saja setiap hari. Pelbagai senaman cik en buat tapi tak berkesan. Lagi cik en letih, lagi mata cik en ini segar walaupun badan dah tak larat. Memang cik en dapat ubat tidur dari doktor tapi cik en memang tak amalkan. Kalau perlu sangat saja cik en akan makan, itupun 1/2 biji saja. Dalam itu, cik en cuba cari cara yang natural tanpa perlu ambik ubatan. Dan akhirnya cik en jumpa juga Cara Atasi Masalah Tidak Boleh Tidur Dengan Yoga.

Cara Atasi Masalah TIdak Boleh Tidur Dengan Yoga
Cara Atasi Masalah TIdak Boleh Tidur Dengan Yoga 


Cara Atasi Masalah Tidak Boleh Tidur Dengan Yoga 


Ada banyak sebenarnya step dalam yoga yang boleh kita buat untuk bantu masalah ini. Cik en amalkan step yoga dari fitnessmagazine. Alhamdulilah, buat cik en yang bukan ada masalah insomnia yang tidak kronik ini, step ini dapat bantu cik en sedikit. Dalam web ini, mereka ada 5 step yang digunakan dalam masa 8 minit saja. 






Atau boleh tonton video di entri asalnya Cara Atasi Masalah TIdak Boleh Tidur Dengan Yoga . Macamana cik en dapat ubat tidur daripada doktor? Cik en ada story di Dalam Diam Buat Ujian Darah Dan Air Kencing

2017-10-23

Terima Kes Kaki Kucing Ada 2 Biji Bearing

Terima Kes Kaki Kucing Ada 2 Biji Bearing | Kalau sebut biji bearing ini, cik en tau ramai lelaki akan tau macamana rupanya biji bearing. Kalau yang perempuan pula, kalau korang tak tahu, korang boleh tengok gambar dibawah ini. Tengok pada tajuk ini, mesti ada yang tertanya kan macam mana ada biji bearing di kaki kucing. Tapi malangnya cik en tak langsung tak tangkap gambar sebelum cik en keluarkan biji bearing itu dari kaki kucing. Faham fahamlah, bila kerja dengan animal ini, adakala kita sempat nak selfie ada masa tak sempat. So cik en akan story je la macamana cik en Terima Kes Kaki Kucing Ada 2 Biji Bearing.


Kisahnya bergini permulaanya, kucing tersebut selsema dan cik en hanya check bahagian bahagian tertentu untuk pemeriksaaan fizikal. Apabila settle dan sahkan kucing itu sedikit demam dan selsema, cik en pun buatlah rawatan yang sepatutnya. Bila dah settle dan serahkan pada PRA untuk pembayaran, barulah owner bercerita di kaki kucing itu ada 2 biji macam biji kekabu. Eh, kenapa pulak ada biji kekabu di bahagian kaki kucing ini? Nak tahu bahagian mana? Di bawahgian cik en bulatkan warna merah dibawah ini.


Tiada luka atau darah so cik en tanya bila perasan biji ini? Owner beritahu dan berbulan dan cik en boleh la expect yang ianya dah lama so memang tak ada luka atau darah. Biji bearing ini ada diantara kulit luar dan kulit dalam. Bukannya ada di dalam daging dan bila cik en tengok, memang nampak ianya 2 biji jenis besi. Disebabkan di bawah kulit je, cik terus ambil pisau bedah dan potong area biji besi itu. Cik en tak pelalikan kucing sebabnya prosedur tu tak la menyakitkan sangat. Bila je potong dan cik en keluarkan cik en dan rasanya besi yang berat. Bila tengok balik rupanya bearing. Cik en boleh agak, kucing ini mungkin la kena senapang angin yang bulletnya adalah bearing. Anyway kucing itu selamat la lepas cik en keluarkan 2 biji bearing tu dengan jayanya. Hahahhaa. 

Cik en pernah terima kes guli pada kaki kucing dan memerlukan pembedahan. Masa itu, cik en dan kawan cik en anis yang menerima kes dan cik en pun tak tahu keadaan kucing itu selepas pembedahan. Ownernya tak datang balik pun. Sedih juga la kan? Tengok kucing dalam keadaan sebegini. 

Nasihat cik en, kalau tak suka sangat pun kucing, janganlah menyeksa kucing sebegini. Kesian tau! Kalau yang tak serius, ok la klinik vet boleh tolong. Tapi kalau dah kena di bahagian bahagian penting tak ke mati kucing tu? Hurm.. Ok la, jumpe di next entri di www.nurfuzie.com ye~

2017-10-21

Labun Kucing Yang Mempunyai Kad Matrik Sendiri Dan Masuk Kelas Di UIA

Labun Kucing Yang Mempunyai Kad Matrik Sendiri Dan Masuk Kelas Di UIA | Cik en pun baru saja tahu kewujudan Labun Sikucing yang mempunyai kad matrik dan masuk kelas di UIA dari Astro Awani. Tetiba teringin nak buat entri pasal dia. Dikatakan Labun ini tinggal di Kuliyyah ICT UIA. Berumur 5 tahun dan dijaga oleh 4 orang "mommy" yang rasmi yang mana mereka merupakan pensyarah pensyarah di UIA. Selain itu, Labun juga dijaga oleh pelajar pelajar dan kakitangan di situ. Perangai dia yang suka tidur dalam kelas setelah beberapa minit mendengar pensyarah mengajar yang menjadi titik punca Labun ini tular di media media sosial. Ada seorang pelajar yang kongsi gambar Labun dan dishare oleh ramai akaun media sosial. 

Labun Kucing Yang Mempunyai Kad Matrik Sendiri Dan Masuk Kelas Di UIA
Labun Kucing Yang Mempunyai Kad Matrik Sendiri Dan Masuk Kelas Di UIA

Labun merupakan kucing jalanan dan dijumpai semenjak anak kucing lagi yang mana asalnya dijaga oleh cleaner. Disebabkan cleaner selalu bertukar tukar, "mommy" iaitu pensyarah sanggup take over menjaga Labun. Rutin harian Labun ini adalah merayau rayau difakulti tersebut dan menjadi pemes di kalangan kakitangan dan pelajar. Ada juga memanggil Labun ini dengan nama seperti Tiger, Karpet dan Manja. Tapi nama yang kerap dijadikan sebutan adalah Labun. Labun di beri oleh pensyarah iaitu salah seorang "mommy" Labun Prof Dr Norsaremah Salleh bersempena kucing beliau yang lama. 

Labun pernah dapat penyakit Parvo sebelum ini dan telah berjaya melaluinya. Macam cik en cakap di entri sebelum ini, jika ada kucing yang berjaya tempuh masa masa sakit kerana virus, badan kucing akan imun dengan virus tersebut dan selepas itu kucing tersebut akan kuat dan sihat. Ini adalah Cara Merawat Penyakit Parvo

Labun juga pernah hilang sealma 4 hari dan disebabkan itulah, Labun mempunyai kad matrik yang mana diatas kad matrik mempunyai nama dan siapa yang perlu dihubungi jika merayau di luar kawasan yangbaisa bagi Labun. Labun juga telah dimandulkan untuk mengelakkan dia hilang sekali lagi. Kenapa perlu memandulkan kucing?

Korang boleh ke Asal Kucing Jalanan, Kini Labun Mempunyai Kad Matrik dan Ikuti Kuliah di UIA untuk mengenali kisah Labun ini atau tengok video dari Astro Awani di bawah ini atau terus like Page Labun di LABUN KICT


Gambar dari : Page Labun di LABUN KICT

Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak

Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak | Yong Tau Foo adalah makanan favourite cik en dari dulu. Dulu cik en tahu, Yong Tau Foo ini dimakan bersama kuah hitam. Tapi bila cik en dapat posting bekerja di Sitiawan, 1st time cik en tengok Yong Tau Foo berbentuk sup. Pelik tapi bila lama lama makan, ianya lagi best dari kuah hitam. Dan bila makan ramai ramai itu, macam best pula. Berkuah dan boleh spend masa sama sama. Port terbaik yang cik en boleh suggest korang datang ke Manjung atau lumut atau sitiawan atau Pulau Pangkor sendiri adalah Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak. 


Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak


Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak ini ada 2 cawangan dah.1st di Kedai Makanan di Padang Astaka dan setiap malam memang kedai ini penuh dengan orang. Yang kedua di tepi Padang Astaka hampir sangat dengan rumah cik en. Sejarahnya kedai ini dimiliki oleh En. Zul. Dan bermula dengan kedai yang pertama. Masa itu memang setiap malam penuh dengan orang. Dalam 3 tahun lepas kot, tapak kedua kedai ini baru dibuat dan cik en tengok mereka buka lagi 1 cawangan disitu, Katanya kedai pertama diuruskan oleh isteri En Zul. Dan kedai ke 2 diuruskan oleh En zul . Tiap hari kedua dua tempat memang penuh orang. Sampailah En Zul meninggal, kedai no 2 kejap kejap tutup kejap kejap buka. Tapi kedai pertama masih lagi beroperasi seperti biasa. Cuma cik en suka kedai no 2 sebabnya ianya betul betul di tepi Padang Astaka. Angin menderu deru dan ruang letak kereta yang lebih luas. 

Selain Yong Tau Foo, korang boleh juga makan makanan panas yang lain seperti nasi goreng, mee, bihun ketiaw dan beberapa menu panas yang lain. Kedai no 1 ini selalunya ada jual sate dan cik en selalu bawa keluarga cik en ke kedai no 1 tu. Sate dia pun sedap juga. Puas hati la. Harga pun berpatutan. 

So kalau datang ke sini boleh la singgah kedai Yong Tau Foo Sup Famous di Sitiawan Perak ini. Sambil tu roger la cik en ye! sekejap je cik en akan sampai. Hahahhaha.. ok la, jumpe di next entri www.nurfuzie.com

2017-10-20

Wan Zai Bawal Goreng Bandar Perda Bukit Mertajam Penang

Wan Zai Bawal Goreng Bandar Perda Bukit Mertajam Penang | Miggu lepas, cik en dan keluarga sempat habiskan masa bersama ke Bandar Perda Bukit Mertajam. Kami ke Bandar Perda disebabkan abah cik en nak berjumpa dengan kawan lama dia yang bekerja di Balai Polis Bandar Perda. Kawan lamanya pernah bertugas di Balai Polis Kuala Kangsar sebelum ini. Cik en pun bergerak dari Kuala Kangsar dalam pukul 8 malam dan sampai lebih kurang 9.30 malam. Sementara menunggu kawan abah cik en habis shift, kami sempat la berjalan di Uptown Bandar Perda dan makan dulu di Wan Zai Bawal Goreng Bandar Perda Bukit Mertajam Penang. Tak sangka Wan Zai Bawal Goreng Bandar Perda Bukit Mertajam Penang merupakan tempat yang tular di kalangan pengemar makanan ikan bawal goreng panas panas di sini. 


Cik en bukanlah peminat menu ini, tapi seorang yang mencari menu menu terkenal di satu satu tempat. Menu Bawal Goreng Panas Panas ini dalam satu set yang mempunyai nasi, bawal yang digoreng semasa order, sambal belacan dan ulam serta yang paling best kuah kari Melayu dia. Sedap. Dan kalau datang sini kena cuba juga Sup Ayam Kampung mereka. Kuah dia perghhh. sedap sungguh. Cuma dah lewat dan cik en dah kenyang cik en tak dapat la pulun makan macam abah cik en. Abah cik en siap tambah lagi bawal untuk meratah.

Kebetulan, masa cik en dan sekeluarga ke sini, Pak Teh Am cik en iaitu pak menakan atau bapa saudara cik en ini baru balik bekerja. Dia kerja bawa lori dan port simpan lori di area sini je. Jadi sempat la berjumpa dengan salah seorang wali cik en ini. 


Kalau korang datang kesini, bolehlah try datang kesini dengan search di Waze Wan Zai Bawal Goreng atau Uptown Bandar Perda. Uptown ini berdepan je dengan Wan Zai Bawal Goreng ini. Lepas cuci mata di Uptown tu bolehla menjamu perut di sini. 

Xoxo, jumpa next entri di www.nurfuzie.com

2017-10-19

Bengkak di Bahagian Telinga Kucing Dipanggil Hematoma

Bengkak di Bahagian Telinga Kucing Dipanggil Hematoma | Kali ini cik en nak kongsi satu lagi masalah pada kucing dan anjing. Mungkin entri ini boleh bantu korang yang bakal jumpa kucing atau anjing dalam keadaan telinga bengkak dan ditekan lembut. Bengkak di Bahagian Telinga Kucing Dipanggil Hematoma kerap berlaku pada anjing tapi lately ini cik en banyak juga terima kes pada kucing. Disebabkan cik en ada gambar yang cik en ambil sebulan lepas, so boleh la jadi modal entri cik en kali ini. 

Bengkak di Bahagian Telinga Kucing Dipanggil Hematoma

Bengkak di Bahagian Telinga Kucing Dipanggil Hematoma


Kes sebegini cik en kerap tolak kerana peralatan yang ada di klinik kerajaan ini agak terhad. Tapi kalau terpaksa cik en buat juga la. Selalunya kes tak cukup budget la. Cik en jenis tak suka nak menghampakan customer sebab itu kalau mana yang pandai memujuk cik en akan kalah dan buat juga. Sebelum itu cik en akan terangkan kenapa Bengkak di Bahagian Telinga Kucing Dipanggil Hematoma berlaku.

Bengkak di Bahagian Telinga Kucing Dipanggil Hematoma ini berlaku apabila kulit menjadi lekang antara atas dan bawah. Kenapa lekang? Disebabkan salur darah yang bocor. Kenapa dia bocor sebabnya masalah kucing atau mengaru di bahagian tersebut. Bila mengaru, akan berlaku luka dan masa ini lah kuku kucing akan melukan salur darah. Dan kenapa pula kucing nak mengaru bahgaian telinga? Disebabkan earmites atau kutu telinga. Boleh baca entri Cara Rawatan Kutu Telinga ATau Earmites .

Apa rawatan paling sesuai? Yang ini korang kena bawa ke vet untuk jalankan pembedahan. Kalau korang yang berani akan tanya boleh ke cucuk guna jarum dan keluarkan cecair tu? Jawapan cik en, ianya bukan satu cara yang berkesan. Sebabnya kalau korang keluarkan air dalam tu, esok lusa, akan jadi balik tau kes ini. So rawatan paling berkesan adalah perlu pembedahan kecil. Mungkin ini keje doktor veterinar atau pengawai veterinar tapi cik en nak kongsi sikit apa yang dibuat semasa pembedahan itu. 


Permulaan, kucing akan dibiuskan. Selepas itu, akan dibuat luka memanjang di tepi telinga, ada yang buat lubang lubang dan beberapa cara yang berseuaian. Tengok kepada doktor veterinar nak memilih cara mana. Cik en kongsikan 2 gambar yang cik en cari di google image ye untuk bagi gambaran jelas pada korang. Ini yang kerap dibuat la dan ada beberapa cara yang lain juga. 



Cik en menggunakan cara yang pertama. Buat luka memanjang dan dibiarkan tanpa jahit. Cik en akan keluarkan cecair dan flushing menggunakan stretile water sehingga jernih. Selesai cik en hanya jahit di bahagian tepi dan perlu datang semula ke klinik seminggu selepas itu untuk cik en tengok keadaan nya. Untuk rawatan ini, luka tak boleh bercantum selagi masalah ini tak selesai. 

Nampak simple kan? Tapi dengan peralatan yang tak lengkap, susah juga la. sebab jahit tu perlukan peralatan yang bersesuaian. So far cik en harap entri ini dapat bantu ye. Apa apa kena rujuk klinik veterinar juga. Jangan nak buat sendiri. Nanti kalau ada masalah bleeding, korang akan jadi masalah pula. 

Sumber gambar : Google image

2017-10-18

Kuih Sagu Camni Tak Masak Tau Tak?

Kuih Sagu Camni Tak Masak Tau Tak? | Cik en seorang peminat kuih dan antara favourite cik en adalah kuih sagu. Cik en kalau dapat memang mampu habiskan setalam. Mak cik en rajin buat masa bulan puasa. Dan disebabkan cik en gilakan kuih sagu ini, cik en belajar buat masa cik en zaman sekolah menengah lagi. Bahan bahan untuk buat kuih sagu yang diperlukan sangat mudah iaitu biji sagu, gula, air, pewarna, garam dan kelapa parut. Dan kalau dibuat jual, memang boleh untung. Tapi yang cik en tak nak beli dah kuih sagu ini sebab Kuih Sagu Camni Tak Masak Tau Tak?


Mak cik en selalu pesan, nak masak sagu ini kena rajin. Jangan malas. Sebabnya proses buat kuih ini kena lama dan tak boleh tinggalkan sehingga masak. Masak sehingga biji biji putih tu hilang. Barulah kuih sagu betul betul masak. Kalau tak masak, akan ada yang sakit perut kalau perut sentitif. Walaupun cik en bukan jenis perut sentitif, cik en sememangnya tak suka kalau kuih sagu dijual dalam keadaan masih ada putih putih biji tu. Sanggup cik en kacau kuih sagu ini setengah jam asal cik en dapat rasa real punya rasa kuih sagu. Mana yang nampak camni, cik en akan anggap orang yag masak ini pemalas sebab tak mau tunggu sampai sagu betul betul masak. Kalau la cik en jumpa kuih sagu yang dijual masak sepenuhnya mau cik en cari sampai ke rumah untuk order 1 talam. Hahahha

2017-10-17

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Pilihan Golongan Wanita Hari Ini

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Pilihan Golongan Wanita Hari Ini | Siapa yang tak kenal dengan produk Enchanteur kan? Haruman dia memang yang lain tak dapat nak lawan la bagi cik en. Baru baru ini cik en berkesempatan untuk mencuba Enchanteur 24H Moist Losyen yang baru dikeluarkan oleh pihak Enchanteur. Dihadirkan dengan 3 wangian iaitu Alluring, Romantic dan favourite cik en wangian Charming. Seperti yang sedia maklum, kelainan losyen ini dengan losyen yang lama adalah ini mampu bertahan 24 jam wangiannya. Tak payah nak sapu losyen banyak kali kan? Senang. Pakai pagi sampai kemalam baunya. Sentiasa wangi dan segar. So tak hairanlah ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Pilihan Golongan Wanita Hari Ini. 


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Pilihan Golongan Wanita Hari Ini


Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari. 

Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.



ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 

• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 

• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads