www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-09-27

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing | Sampai saja musim tak menentu ini, banyak customer cik en bawa kucing yang sakit mata. Ada yang bertaik mata biasa, ada yang dah bengkak dan ada yang terjojol mata. Ada yang lambat bagi rawatan sampai mata kena dibuang. Macam biasa la, cik en berkerja di klinik kerajaan yang mana daerah cik en ini dah jadi macam klinik manusia je. Patient yang sakit kadang kadang sehari mencecah 60 ekor. Jadi ada beberapa operation yang cik en tak boleh nak ambik kerana kekurangan staf. Kesian memang kesian kalau ada yang mengadu kos di klinik veterinar swasta mahal dan tak mampu. Kalau peringkat boleh bantu, memang cik en bantu. Disebabkan kes sebegini cik en menaip juga artikel Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing untuk tindakan awal yang boleh korang ambil sebelum jadi kronik sampai memerlukan belanja yang mahal. Harap artikel Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing ini dapat bantu korang ye!

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing
Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing

Sebelum itu cik en nak korang tahu tahap tahap sakit mata ini. Dan macam biasa cik en akan terangkan menggunaka bahasa yang ringkas dan ubat yang korang beli di farmasi. Farmasi manusia tau! Sebab ada yang tanya cik en kat mana farmasi haiwan. Hahaha. Kedai haiwan atau Petshop lain tau! Yang cik en list kat sini yang ada di farmasi manusia. Kiranya ubatan manusia yang selamat digunakan untuk haiwan terutama kucing. Bukan semua tapi ada beberapa saja yang sesuai. 

Jenis Jenis Sakit Mata Pada Kucing

Bertahi mata 

Kes ini ada 2 jenis kucing. Anak kucing dan kucing dewasa yang demam atau tidak sihat. 

  • Anak Kucing 



    • Selalunya tugas mencuci mata dan badan anak kucing ini adalah mak kucing tersebut. Mak kucing yang "baik" akan selalu menjilat (memandi atau membersihkan) anak anak beberapa kali setiap hari. Tahi mata anak kucing akan ada sebab anak kucing selalu tidur. Tapi bila si ibu mula tak jaga anak anak, tahi mata akan berkumpul dan kalau banyak akan jadi infection. Masa ini bila korang dah nampak si ibu mula tak jaga anak, korang kena take over kerja si ibu sehingga anak anak boleh bersihkan diri sendiri. 

    • Rawatan : Kerap cuci mata anak anak kucing menggunakan tuala lembut. Gunakan air suam untuk cuci. Elakkan guna wipe tissue atau tisu basah. Walaupun tisu basah selamat untuk baby tapi tuk mata tak sesuai digunakan. Kecuali gunakan wet tissue khas untuk mata kucing. Kalau nampak dah merah merah, dapatkan ubat titiis untuk mata namanya Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol. 


  • Kucing Dewasa Tidak Sihat


    • Bila kucing atau anjing sakit, dorang lebih banyak tidur. Mereka tak boleh nak grooming atau bersihkan bulu dorang. Macam kita juga la kan. Bila demam, nak tidur dan tak malas nak bersihkan diri. So bila dah macam tu, tahi mata kucing akan berkumpul macam anak kucing cik en story kat atas tadi. Cuma tidak merbahaya sangat sebab kucing dewasa mempunyai antibodi yang kuat. 

    • Rawatan : Selalu cuci mata menggunakan air suam. Dan gunakan ubat titis yang sama iaitu Cara Merawat Sakit Mata Pada Kucing. 


Kelopak Mata Bengkak 

Kelopak mata bengkak berlaku disebabkan radangan disebabkan infection atau jangkitan. Masa ini penggunaan Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol mula tak berkesan. Sebabnya jangkitan perlu diberi antibiotik untuk lawan. Fungsi Neodeca Ear Eye Drop atau Nicol lebih kepada membersihkan. Masa ini boleh gunakan Terramycin Oitment yang berbentuk gel. Letak ubat mata di dalam mata dan gunakan kelopak mata untuk sapu ke seluruhan mata. Tapi kena cuci dulu dengan air suam. Untuk matikan kuman kuman sebelum treatment dengan Terrymycin. Dan juga boleh beli ubat papain beazyme untuk kurangkan radangan atau bengkak. 

Mata terjojol atau pecah

Kes sebegini selalunya perlu bawa ke klinik veterinar untuk dapatkan suntikan. Kalau vet kata kronik dan perlu dibuang, operation akan dibuat untuk buang mata. Kes sebegini selalunya berlaku pada anak kucing. Dan kebanyakkan tak dapat diselamatkan sebab ramai yang lambat bawa untuk rawatan

Mata luka kerana kemalangan


Kes sebegini macam terlanggar dengan kenderaan, jatuh atau bergaduh dengan kucing lain. Kes sebegini kena tengok dan dibuat pemeriksaan lanjut. Tapi kalau ada tanda tanda diatas boleh guna cara rawatan diatas. Atau terus je bawa ke vet berdekatan ye 

Atau pun korang ada masalah mata kucing yang tak skait tapi abnormal? Korang boleh try baca artikel Kenapa Mata Kucing Tiba Tiba Ada Kelopak Putih Antara Mata 

  15 comments:

  1. artikel yang bagus.. lebih bagus kalau tunjuk gambar ubatannya..

    ReplyDelete
  2. Kesian nampak kucing2 dengan jangkitan mata ni.. kadang2 tak sanggup nak tengok..

    Terima kasih sebab kongsi info ni k. huhu

    ReplyDelete
  3. bagus post nii.. sbb sy ade byk kucing di belakang rumah.. huhu.. =)

    ReplyDelete
  4. Good info. Boleh share ngan adik yg bela kucing.

    ReplyDelete
  5. terbaik post ni.. anak kucing slalu skit mata rupanya ibunya xbuangkan taik mata .ngee

    ReplyDelete
  6. mak cik timm selalu cuci dgn air suam..lama2 lega sendiri..haha

    ReplyDelete
  7. info bagus ni. kalau ada kucing Mai sakit mata, boleh cuba rawatan ni nanti

    ReplyDelete
  8. Terima kasih info ni ye ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. ubat mata tu boleh beli dkt mana ye. or eye drop biasa yng ad jual kt kdai2 tu. ??

    ReplyDelete
  11. Ada cara lain x nk ubat sakit mata kucing terjojol?

    ReplyDelete
  12. Assalam...sya ade ank kucing bru dua minggu tpi sakit mata byak jenis dh beli ubat tpi tk menjadi ade cara lagi nk bgi sembuh skit mata kucing

    ReplyDelete
  13. salam sis,

    kucing sy si melur tu selaput putih nya besar menutupi separuh mata. saya selalu bersihkan lap mata die pakai air suam. cuaca panas sekarg ni, kesian tgk mata die selaput putih tu lebar dh mcm hantu. nak wat camne. org kata letak rebusan air daun sireh. ubat mata tu harga berapa. sya sayng si melur tu mcm boyfren sy

    ReplyDelete

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads

Grab Me!